Monday, September 3, 2012

Biskut Suji

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alamakkkk baru buat biskut raya ke? Biskut suji ni buat masa 2 hari sblm raya. Masa tu dah tak sempat nak kongsikan resepinya kat sini. Alang2 nak n3 blog ni, bolehlah saya kongsikan resepinya kat sini pula. Sebelum ni dah buat biskut suji salju, kali ni buat yg asli punya...mmng sedap. Terima kasih pada penyumbang resepi, juga pada Kak Wan kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini ya....lepas ni bolehlah buat utk raya haji pulak.


Bahan-bahan
  • 250 gm minyak sapi
  • 150 gm gula aising
  • 150 gm tepung suji
  • 300 gm tepung gandum
  • 30 gm susu tepung
  • secubit garam
  • ceri merah - utk hiasan
  • cawan kertas secukupnya
Cara-cara
  1. Pukul gula dan minyak sapi hingga kembang
  2. Masukkan garam, tepung suji, tepung gandum dan tepung susu
  3. Adunkan hingga jadi doh yg lembut. Rehatkan 15 minit
  4. Bulatkan dan masukkan dlm mangkuk kertas
  5. Hiaskan dgn ceri yang telah dihiris kecil
  6. Bakar selama 20 minit sehingga masak

6 comments:

  1. Assalamualaikum kak
    suka je tengok orang buat kuih raya, kita tahun ni memang 0 kuih raya. hehehe kesian kan...

    ReplyDelete
  2. Nur pun buat biskut ni tahun ni.. Tapi tak letak susu tepung.. :)

    ReplyDelete
  3. Asslmkum Kak.
    Tak pa, still dalam mood raya lagi. Raya kan sebulan. Hehehee..
    Ni biskut yg duk skodeng kat rumah akak, tp tak jadi buat sebab dah dekat2 raya saya menyerah kalah. Tak termampu nak membiskut lagi..Tak pa, tak raya pun boleh try buat juga kan. Heee

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Biskut ni sedap sangat. Saya dah buat untuk raya haji tahun ni. Anak lelaki 11 tahun kata tahun depan boleh lah mak jual biskut ni, saaya gelak sahaja, sebab saya minat buat biskut untuk makan anak-anak sahaja tak minat berniaga dan anak perempuan suruh buat lagi tak payah tunggu raya baru nak buat, tak puas makan katanya. Terima kasih sekali lagi. Semoga perkongsiah resepi ini menjadi saham kepada mereka yang memberinya di akhirat nanti. InsyaAllah. Ameen.

    ReplyDelete
  5. kak.. tengah google2 terpandang resepi nie in your blog. Nampak sedap. Boleh bagitau brapa suhu oven nak bakar biskut suji nie?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails