Tuesday, September 25, 2012

Upsidedown Pineapple Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kek ni saya buat sebelum anakanda Talhah berangkat ke UK. Dalam pada sibuk2 mengemas mlm tu, saya luangkan masa buat 2 biji kek kegemarannya. Inilah antara kek kegemaran Talhah, lepas ni dah kena buat/masak sendirilah kalau teringin nak makan tuuuuu...
Masa ni malam, ambil gambar pun lebih kurang je, kek yg dipotong pun tak sempat nak ambil. So layankan jelah gambar yg tak seberapa ni. Resepi ni dari Mat Gebu. Saya dah banyak kali buat kek ni. Kawan2 boleh lihat diSINI dan diSINI. jomlah semak resepinya. Pada yg belum pernah buat tu, bolehlah cuba..mmng mudah dan semestinya sedap.



BAHAN-BAHANNYA
  • 2 tin nenas berkaleng/gegelang dalam tin-ditoskan
  • Ceri merah secukupnya
  • 250 gm mentega
  • 5 biji telur gred A, asing kuning dan putih
  • 135 gm gula halus
  • 135 gm tepung gandum*
  • 2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali)
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/4 cwn jus nenas dlm tin- saya tambah
Bhn utk karamel
  • 2 camca besar butter di cairkan
  • 1/4 cwn gula perang/brown sugar
CARA MEMBUATNYA
  1. Gris springform pan berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak dengan sedikit mentega juga.
  2. Tuang butter yg di cairkan ke dlm loyang dan tabur rata brown sugar.
  3. Susun gegelang nenas dalam tin, sumbat dengan ceri merah pada setiap lubang nenas tadi (1 biji ceri, belah 2). Ketepikan.
  4. Putar mentega dengan sebahagian gula halus dan esen vanilla hingga putih, masukkan telur kuning satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dan ketepikan.
  5. Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan baki gula dan terus memutar hingga kembang dan kental. Gaul putih telur tadi ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik. Kacau rata.
  6. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 50 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihidangkan. Kek ni memang sedikit turun bila masak.
  7. Setelah kek sejuk, terbalikkan biar permukaan nenas kat atas. Sebab tu nama dia Upside down.

12 comments:

  1. Çok güzel görünüyor. Ellerinize sağlık.

    Saygılar.

    ReplyDelete
  2. hmmm macam sedap je ni ! nak kena try buat ni.. :) kita baru try nak belajar buat kek :)

    ReplyDelete
  3. cantik je nampak upside down kek tu pasti sedap utk hantaran cantik ni kan Yatie

    ReplyDelete
  4. kak yati..kalu wak half..agak2 loyang 6' ok ke..sbb ct je yg layan kek ...

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak....gigil2 perut tgk nie...huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Teringin pulak bila nampak kek akak buat nihh...

    ReplyDelete
  7. Salam kak yatie! apa khabar? moga baik2 selalu ya insyaAllah! Kita yg tak pernah buat lagi kek terbalik niii :D nanti lah cuba buat teringin jugak nak makan tp kena buat loyang kecik ajerr :D

    ReplyDelete
  8. Aslmkum Yati. nampak menarik kek upside down nenas ni...masam2 manis...enak rasanya.
    Yati t.kasih atas doa dan wish Anniversary...

    ReplyDelete
  9. Salm Kak Yatie..
    Konherm kek ni sedap ekk.sbb kat yatie dah banyak kali buat..mesti hepiii je anak2..ibu dia buat makanan kegemaran...

    ReplyDelete
  10. ooo nila kek si talhah bergambar tu.. rupenya kegemaran dia.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails