Monday, January 2, 2012

Kari Ayam Serai Wangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semuanya. Sekejap je masa berlalu,jap lagi dah masuk 2 januari...rasanya baru je ucapkan happy new year pada kawan2 semua. Walauapapun kita mmng tak boleh leka dngn masa yg ada. Isilah setiap detik dan waktu tu dngn sesuatu yg berfaedah supaya kita tidak selalu dlm kerugian.
Sebenarnya nak wat n3 ni petang tadi, tapi sibuk memanjang je. Bila malam ni barulah sempat nak masukkan resepi kat blog ni. Alahai resepi2 biasa je, tapi takpelah dari takde. Kari ayam serai ni mmng sedap betul, bila di panaskan lagilah bertambah2 sedap..petang tadi sempat gak saya buat lempeng makan dngn kari ni...waduhhhh mmng best tul...bila dah kenyang tu, dok menyandar je sambil goyang2 kaki.... Nampak gayanya sok pagi, bolehlah cicah dngn roti putih pulak. Jomlah kita semak resepi yg mudah ni.


Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam, potong 12, cuci dan toskan
  • 3 biji kentang, belah 4 setiap satu, rendamkan
  • 1 keping asam gelugor
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1 cwn santan pekat
  • 4 cwn santan cair
  • 1 sudu besar kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji buah keras
Bahan Tumis
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 3 btng serai - di titik
  • 1 helai daun pandan-disimpul
  • 2 tangkai daun kari, asingkan dari tangkainya
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
Cara-Caranya
  1. Bersihkan ayam yg telah di potong dan toskan. Kisar bahan2 kisar.
  2. Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan bahan2 tumis. Masukkan cili kisar dan gaul sebati. Masukkan bahan2 kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
  3. Masukkan ayam dan kentang. Masukkan santan cair dan biarkan sehingga kentang empuk.
  4. Masukkan asam gelugur, garam dan sedikit gula. Boleh juga tambahkan buah tomato. Masukkan kerisik dan gaul lagi.
  5. Masukkan santan pekat dan gaul lagi sehingga sebati.
  6. Boleh matikan api sekiranya ayam dan kentang empuk dan cukup rasa. Bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi putih atau nasi kegemaran.

3 comments:

  1. sedapnya kari, oh baru baru kari letak kerisik dgn rempah kurma ye, nanti boleh lah cuba

    masalahya rakyat kat rumah ni tak brp gemar kari lah pulak

    ReplyDelete
  2. kenyang bersandar tu yang tak tahan tu. hehehe..
    amik resepi akak ni , nak buat koleksi. bila2 nak buat menu ayam berkuah boleh la di cuba kan,

    dan slamat tahun baru buat kak yatie n family

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan yer..ini baru saya tengok dua rempah dipakai rempah kari dan rempah kurma. Insyallah akan masuk dlm senarai resepi yg akan di cuba nanti... :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails