Saturday, October 12, 2013

Udang Masam Manis

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Tentunya ramai kwn2 yg sudah pulang ke kampung halaman bertemu sanak saudara utk meraikan Hari Raya Korban yg tinggal 2 hari saja lagi. Walauapa pun selamat bercuti semua. Malam esok barulah kami sekeluarga pulang ke kampung. Hari ni masak menu mudah tapi di gemari kami sekeluarga. Kalau lauk udang ni mmng kena masak lebih, maklumlah anak2 mmng suka sangat, lebih2 lagi Hamka...suka betul dia. Kalau dah makan pun boleh terasa lapar lagi...kdng2 tu buat mama nya gelak je sbb Hamka kata baru je makan tapi tak terasa mcm dah makan ...ni penangan lauk udanglah. Kalau lauk lain kuranglah sikit dan takdenya nak cakap mcm tu. Layankan jelahhhhhh..selagi anak berselera nak makan.

Resepi mudah je, janji ada sos tomato, sos cili dan sos tiram jadilah masam manis tu..he3..mudahkan. Kalau nak pedas tu, tambahkan je cili kisar atau cili padi. Bila dah siap, perasakan....cukup masam dan manisnya..kira oklah tu. Jom semak resepi mudah ni. Ini resepi bila nak masak ikan masam manis juga....kita tukar je udang pada ikan..mudahkan...kita buat dia, dan kita juga yg makan...



Bahan-Bahan

  • 1 kg udang sederhana besar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/2 cwn sos tomato
  • 1/2 cwn sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cwn air
  • 2 biji tomato-dipotong dadu
  • 2 keping gegelang nenas dlm tin-potong kecil
  • Garam, serbuk kunyit, dan sedikit gula
  • sedikit daun sup/ daun limau purut-utk tabur atas udang
  • minyak masak secukupnya
Bahan Hiris
  • 10 biji cili padi merah
  • 1 labu bwng besar
  • 3 ulas bwng putih
Cara Memasak
  1. Udang di gunting muncungnya, cuci bersih dan toskan.
  2. Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam. Gorengkan sehingga masak/garing sedikit. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dulu.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali, tumiskan bahan2 hiris sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan sedikit air. Biarkan  mendidih sambil di gaul rata.
  5. Masukkan nenas dan tomato yg di potong kecil. Masukkan garam, gula dan gaul rata.
  6. Setelah siap dan cukup rasa, matikan api dan bolehlah masukkan udang yg di goreng tadi. Gaul rata dan bolehlah di hidangkan. Tabur dngn daun sup/ daun limau purut yg di potong kecil.

Thursday, October 10, 2013

Bingka Roti Jagung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak buat kuih bakar/ bingka. Kebetulan banyak roti putih kat rumah ni, jadi daripada terbiar gitu je...saya pun buatlah bingka roti berjagung ni. Anak2 mmng suka makan jagung. Tak kisahlah jagung rebus, jagung bakar, jagung dlm tin dan jagung krim. Apa2 yg berkaitan dngn jagung mmng suka yg amat. Bila kenangkan semuanya suka, apalagiiii..mama pun buatlah bingka roti berjagung ni. Resepi sebenar dari Mat Gebu, tapi saya dah buat guna sukatan cawan. Kali ni saya guna santan dan susu cair..mmng sedap dan bertambah lemak berkrim. Sebelum ni guna susu cair je sbb kehabisan stok santan di rumah. Kedua2nya sedap..yg penting bakar garing...tang kerak tu yg menjadi rebutan. Terima kasih pd penyumbang resepi, akak kongsikan sekali lagi resepinya ya.




Bahan-Bahan- loyang 10 inci
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula halus/kastor
  • 100 gm mentega, dicairkan dan biarkan suam
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 12 keping roti putih, didadu
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 liter santan / susu (Yatie guna 500ml santan dan 500ml susu cair)
  • 1 cawan jagung krim dalam tin
Cara-Cara
  1. Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan/susu dan kacau hingga semua sebati.
  2. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....
=> Saya tambah 10 minit lagi utk bakar guna api atas sahaja supaya permukaan garing.
=> Untuk pengunaan santan di atas, saya guna 200ml santan pekat dan tambah 300ml air utk menjadikan adunan 500ml santan...manakala 400ml susu cair dan 100ml air biasa utk menjadikan jumlah susu 500ml.

Monday, October 7, 2013

Pulut Serunding

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kita sekali lagi di hari isnin yg indah ini. Lama tak makan pulut serunding buatan sendiri. Gara2 dah teringin sangat, mlm tadi saya mengigihkan diri utk masak pulut dan serunding sekali.Kira mlm tadi tidur lenalah bila hajat nak buat dan makan pulut serunding ni kesampaian. Alhamdulillah....sedap tak terkata.. Bayangkan dah pkl 10 mlm mengukus pulut dan buat serunding....suami senyum je, siap tanya lagi....buat apa maaaa mlm2 ni..tidur jelah....he3..

Resepi mcm biasalah kopipes kat Mat Gebu. Kalau singgah blog DTS ni mmng semua menu nak di cuba. Sebelum ni pernah buat di SINI...mmng sedap. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi, izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat pulut serunding tu, bolehlah buat ya...mmng sedap.



 BAHAN PULUT :-)
  • 300 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit dan toskan
  • Santan cair secukupnya
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 helai daun pandan, disimpul
BAHAN SERUNDING :-)
  • 1 kelapa parut, pilih yang kulit basah
  • 1 batang serai, hiris halus*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 5 biji bawang merah*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 2 biji cili merah*
  • 1 camca besar ketumbar*
  • 1/2 camca teh jintan halus*
  • 1/2 camca teh jintan kasar*
  • 2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
  • 2 camca besar gula pasir*(*dikisar halus)
  • Garam secukup rasa (agak2 dalam 1/2 camca teh)
  • 1 keping asam gelugor
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SERUNDING :- Tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan garam dan juga kelapa parut, gaul rata. Kecilkan api dan masak sambil dikacau selalu hingga serunding berderai tetapi tidak kering. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan, masukkan pulut dalam bekas dan tuang santan cair sehingga separas pulut. Masukkan garam dan gaul rata. Letak daun pandan dan kukus 20, gaul pulut dan kukus lagi 5 minit. Angkat dan sejukkan.
  3. UNTUK PULUT SERUNDING :- Sarung tangan dengan plastik bersih, ambil sedikit pulut dan kepalkan. Golek dengan serunding sehingga membaluti pulut. Boleh dihidangkan. (Dalam gambar cm guna scoop ais krim saiz sederhana, sapu sedikit minyak makan pada bahagian dalam scoop ais krim tadi, dan cedok pulut, tekan2 sedikit dan keluarkan. Kemaskan bentuknya dan golek dengan serunding kelapa). Boleh hidangkan...
Related Posts with Thumbnails