Wednesday, October 5, 2011

Talam Suji

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama rasanya saya tak menalam. Sejak bulan puasa aritu, mmng tak sempat je nak buat kuih2 talam kegemaran saya. Maklumlah puasa, bila puasa kuih2 mcm ni cuma makan sikit je..pastu esok pagi dah takde orng makan. Kalau hari2 biasa boleh juga di buat sarapan pagi kalau tak habis malam tu. Kuih talam suji kali ni mmng sedap dan menepati citarasa saya. Resepi kali ni saya C&P dari Bdaria dan menurutnya resepi ni adalah dari chef terkenal Chef Asma. Kalau resepi sebenar dari Chef Asma ni mmng best punya. Kebanyakkannya menjadi dan sedap. Sebelum ni ada juga buat talam suji ni, tapi tak guna telur utk lapisan bawah. Manakala kuih talam suji Chef Asma ni menggunakan telur utk lapisan bawahnya,itu yg buat saya teruja nak mencuba resepinya kali ni. Ternyata memang kuih ni bertambah lemak dan sedap. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.




BAHAN2 UTK LAPISAN BAWAH

Bahan (A)
  • 180gm tepung suji @ semolina
  • 450gm air
Bahan (B)
  • 220gm gula castor
  • 2 biji telur
  • 200ml santan (saya guna santan kotak M & S)
  • 250ml air
  • pewarna kuning
Cara-caranya:-
  1. Rendam bahan-bahan A selama 30 minit. rendam dalam periuk.
  2. Satukan semua bahan-bahan B dalam bekas, kacau rata dan tapis masukkan dalam periuk yang mengandungi bahan A.
  3. Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. Kacau biar keras sedikit (adunan akan nampak seperti terangkat sedikit dari periuk)
  4. Guna loyang 10 x 10 x 2 @ 3. sapukan sedikit minyak dan lapik plastik diatas loyang supaya senang untuk mengeluarkan kuih talam. Kukus selama 25 minit.
BAHAN2 UTK LAPISAN ATAS

Bahan (A)
  • 300gm gula merah
  • 50gm gula castor
  • 500ml air
Bahan (B)
  • 150gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 250ml santan (saya guna santan kotal M & S)
  • 1/2 tsp garam
Cara-caranya:-
  1. Rendam bahan-bahan A sekejap untuk hancurkan gula atau anda boleh masak sehingga gula merah hancur dan sejukkan.
  2. Satukan semua bahan-bahan B, kacau sehingga rata
  3. Masukkan bahan B kedalam bahan A dan tapis.
  4. Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. jangan pekat dan jangan cair sangat. Tutup api dan guna pemukul telur untuk ratakan adunan.
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

Tuesday, October 4, 2011

Gulai Nangka Berempah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni saya masak gulai nangka berempah. Dah lama teringin nak makan nangka muda, tapi jadi fobia pulak bila nak beli yg dah di kupas. Sebelum ni beli nangka yg telah di kupas, bila masak rasanya tak sedap pulak. Kali ni saya guna nangka fresh yg baru di petik dari tepi rumah. Memang kena betullah dengan citarasa kami sekeluarga. Nangka ni betul2 sedap dan saya masak campurkan sekali dengan ayam yg dicincang.

Resepi kali ni saya C&P dari pakar masakan kita, sape lagi kalau bukan Mat Gebu tu. Terima kasih Mat berkongsi resepi yg best ni, izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Maaflah akak ada tokok tambah sedikit bahan2nya. Resepi asal menggunakan ikan masin kurau, kami sekeluarga pulak tak biasa makan ikan masin kurau tu. Biasanya kalau nangka masak mcm ni mesti campur dengan ayam tua/muda. BTW gulai nangka ni membuatkan saya makan lebih hari ni. Lepas makan nasi saya ambil semangkuk lagi gulai ni, ratah2 gitewww jeeee.....sedapnyaaaaaa...


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg nangka muda yang siap dikupas
  • 1/2 ekor ayam muda, di potong kecil,cuci dan toskan
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 700 ml santan cair
  • 300 ml pati santan
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan2 Kisar
  • 1 labu bawang besar*
  • 6 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 3 biji buah keras*
  • 1 camca besar ketumbar biji*
  • 1 camca teh jintan manis*
  • 1 camca teh jintan halus*
  • 1/2 inci belacan*
  • 5 biji cili merah*
  • 3/4 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nangka muda dipotong sederhana besar, cuci dan rebus dengan sedikit garam hingga nangka lembut sedikit. Toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga harum dan terbit minyak, masukkan serai dan kacau rata.
  3. Masukkan ayam yg telah di potong kecil dan tambahkan sedikit air. Masukkan nangka, gaul hingga nangka bersalut dengan rempah.
  4. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih, masukkan asam gelugor, sedikit gula dan garam secukup rasa. Biar mendidih perlahan hingga nangka masak. Akhir sekali tuang santan pekat, kacau rata dan didihkan 1 - 2 minit.
  5. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama sambal belacan dan nasi hangat, kalau ada ikan goreng pun sedappp!!!!

Monday, October 3, 2011

Selamat Menduduki PMR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR pada puteri kesayangan saya Seri Izati binti Mohd Khata juga pada rakan2 seperjuangannya. Semoga anak2 semua di berikan ketenangan semasa menjawab soalan peperiksaan, di berikan kesihatan yg baik sepanjang peperiksaan, di permudahkan semasa menjawab soalan peperiksaan dan semoga jawapan yg di berikan bertepatan dengan kehendak soalan serta berjaya dengan cemerlang. Aminn..ya rabbal aalaminnn...

Buatlah yg terbaik, moga usahamu selama ini di berkati dan mendapat keredhaan Allah swt. Jangan lupa tawakkal pada Allah setelah selesai semuanya. Mama dan abah sentiasa mendoakan yg terbaik buat anakku Seri Izati Mohd Khata juga rakan2 seperjuanganmu.

Di sini saya ingin kongsikan bersama Amalan2 yg baik yg boleh di amalkan sepanjang anak2 menduduki peperiksaan supaya dlm keadaan tenang. Sekurang2nya kita berusaha supaya anak dan ibubapa sama2 berasa tenang sepanjang peperiksaan di jalankan.

Sumber ini saya peroleh daripada SINI


Assalamualaikum,

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR/PMR dan SPM tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.


10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber:

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.
Related Posts with Thumbnails