Monday, October 3, 2011

Roti Sosej Berkeju Rangup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni kita bf dengan Roti Sosej Berkeju Rangup. Sebenarnya dah lama buat roti mcm ni, tapi tak sempat nak ambil gambar dah habis. Biasalah bila roti di gandingkan dngn keju dan sosej mmng menjadi kegemaran anak2 saya. Tak sampai hati pula nak biarkan lama diaorang menunggu lama utk menjamu selera. Jadi tak sempatlah nak ambil gambar. Kali ni saya buat lagi dan sempatlah roti ni berposing. Resepi asal KNor letak slice cheese, kali ni saya buat 2 jenis separuh letak cheese dan separuh lagi tak letak. Anak2 lebih suka yg ada slice cheese kat dalamnya. Terpulanglah pada selera masing2 ya.

Terima kasih pada KNor kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Sebelum ni nampak juga Mas dan Izah buat roti sosej berkeju rangup ni. Kalau kawan2 nak cuba tu, bolehlah semak resepi spt di bawah ni.



Bahan- Bahan
  • 10 keping roti putih
  • 10 batang sosej ~ direbus sekejap dan toskan
  • 10 keping slice cheese
  • 1 biji telur ~ dipukul sedikit
  • breadcrumbs @ serbuk roti secukupnya
  • minyak utk menggoreng
Cara membuatnya :
  1. Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
  2. Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej.
  3. Sapukan hujung gulungan roti dengan sedikit telur (untuk melekatkan)
  4. Gulung dengan kemas. Buat hingga habis.
  5. Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
  6. Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
  7. Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
  8. Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.

Sunday, October 2, 2011

Award Dari Kak Jee dan Diana


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang minggu ni rehat2 je sambil makan jemput2/cekodok ikan bilis. Esok bermulalah rutin harian menghantar dan mengambil anak2 dari sekolah. Bila sekolah ni, masa saya terhad sikit nak ngadap lappy....banyak kerja yg harus di selesaikan. Hari ni nak gantung award yg sangat cantik. Nak tau sape yg beri????..ianya bukan calang2 orang tawww...beliau adalah seorang wartawan, pelakon dan penulis skrip...siapa lagi kalau bukan Fauziah Abdul Samad atau lebih di kenali dngn panggilan KJee di kalangan blogger. Kjee ni mudah mesra orangnya, tak sangka pula KJee sudi beri award pada Yatie. Terima kasih atas penghargaan ini. Kalau singgah blog KJee seronok baca n3 terkini. Catatan yg bernas dan bersahaja membuatkan kita seronok mengikuti perkembangan blog KJee. Saya ni setakat blogger masakan biasa je...masak sempoi2 dan cerita pun taklah menarik sangat...setakat Gitewwww....Gitewwwww.....jeeee...

Semalam pun saya ada terima award yg sama dari si cantik manis Diana. Terima kasih atas penghargaan ini juga. Kalau kawan2 nak tahu siapa dia Diana@Melley ni, bolehlah singgah blog Sky Blue's Kitchen. Kalau singgah dapur Diana mmng tak mahu balik punyer, banyak menu2 masakan, kuih muih dan kek2 yg menarik dan sedap kat sana. Kalau tak percaya..pergilah tengok sendiri....hehehhee...

Ok, dah terima award ni kenalah siapkan tugasan yg di beri. Saya kena kongsikan 7 perkara mengenai diri sendiri. Alamakkkk...nak kena jawab ke???. Rasanya dah banyak kali cerita kat sini. Tapi takpelah, biar saya kongsikan sekali lagi serba sedikit tentang diri ini.
  1. Saya merupakan anak ke 3 dlm 8 beradik. Dalam 8 beradik tu semuanya perempuan dan seorang saja lelaki. Saya mempunyai 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 orang perempuan.
  2. Makanan kegemaran adalah asam pedas. Tak kiralah ayam ke, daging, ikan, sayur ke...yg berkaitan dngn asam pedas mmng kegemaran saya. Maunya bertambah2 nasi dan lauk kalau lauk asam pedas.
  3. Sangat geli/ngeri dngn kucing kecik, maksudnya anak kucing yg baru lahir dan yg dah mula besar2 sikit tu. Pada orang yg gemarkan kucing akan suka pegang dan timang2/belai2 kucing kecik tu, saya pula sebaliknya...kalau ada gak kat rumah, mesti asyik terkejut/terperanjat sendiri..kadang2 sampai terbawa2 dlm mimpi...
  4. Sukakan kesederhanaan. Siapa yg kenal saya je yg tahu saya macamana...hehehehe..
  5. Suka masak dan mencuba resepi2 yg baru. Saya juga suka menjahit pakaian.
  6. Saya merupakan satu2nya menantu perempuan dlm keluarga suami sebab suami hanya 2 beradik saja. Kira sayalah menantu kesayangan...hehehehe....takde yg di banding2kan...lega rasanya.....ngeeeee..
  7. Tak suka tengok cerita hantu/ seram. Takut terbawa2 dlm mimpi, nak selamat jangan tengoklahhhhh...kalau tertengok gak, cepat2 tukar siaran.
Oklah dah siap pun tugasan. Pada pengunjung2 blog Sinar Kehidupanku, sudi2lah ambil award ni ya.

Saturday, October 1, 2011

Lempeng Bawang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni layan lempeng bawang dan di makan bersama kari daging kerisik kat bawah tu. Ingatkan nak buat lempeng ni pagi tadi, tapi banyak sangat urusan so bf roti cicah air jelah. Semalam saya masak kari daging tu 2kg, jadi mmng banyak lagilah..saje masak banyak sbb nak di pelbagaikan menu masakan bersamanya. Petang ni tayang dulu lempeng bawang dan malam nanti baru tayang roti arab pulak...hehehe..

Sebenarnya terliur tengok lempeng bawang yg di buat oleh Mat Gebu tempohari. Jeles betul tngk lempeng Mat Gebu yg CUN tuuu...Tak padan lelaki, hasil sentuhan air tangan Mat mmng menarik dan mengoda sekali. Saya pun sedaya upayalah buat lempeng bawang yg seCUN mcm Mat punyer. Kalau Mat tengok ni, rasa2 ok tak lempeng akak ni????. Kalau tak silap, Sheila juga ada buat lempeng bawang ni. Biasalah makan dngn kari daging kari ayam mmng sedap sangat. Ada juga yg makan dngn sambal sardin. Apa pun mmng bestlah sesekali layan lempeng ni.

Terima kasih pada Mama Fami yg memberi idea utk buat lempeng bawang ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kalau kawan2 nak merasa tu, bolehlah cuba resepi yg mudah ni...




BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 1/2 cawan air (ikut pekat)
  • 2 camca besar minyak masak
  • 5 pokok kuchai, hiris halus
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur
  • 1/2 camca teh baking powder
  • Sambal tumis untuk dicicah
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali sambal tumis dan air, gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan non-stik pan, lenser dengan sedikit dengan minyak masak. Bila panas, tuang 1 senduk adunan tadi, kita kurang tambah sedikit lagi. Ratakan dan masak hingga permukaannya kelihatan pucat.
  3. Terbalikkan dan masak hingga lempeng kelihatan sedikit garing. Angkat dan buat kaedah sama dengan baki adunan hingga siap. Hidangkan dengan sambal tumis sebagai sarapan pagi.
Related Posts with Thumbnails