Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi telur yg sangat mudah dan semestinya sedap. Biasanya kita masak telur sambal, kari, kurma ataupun kicap je kan. Kali ni kita buat sambal bumbu bali pula. Rasanya sungguh sedap, kalau tak percaya dan teringin nak merasa tu....bolehlah cuba. Terima kasih pd Kak Fida kerana berkongsi resepi yg best ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat telur tu.....bolehlah cuba resepi ni...mmng berbaloi. Sambal ni sedap di makan bersama nasi lemak ataupun nasi putih je....jom semak resepinya..
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
- 6 biji telur rebus - digoreng kekuningan dan kelar2
- 4 ulas bawang merah*
- 1 labu bwng besar*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 hiris halia*
- 5 tangkai lada kering*(saya guna 2 sudu besar cili kisar je)
- 3 tangkai lada merah*
- 2 biji buah keras* ( kisar bahan2 bertanda *)
- 1/2 cawan santan pekat
- 2-3 sb kicap manis
- 2 sb hirisan gula melaka (atau secukup rasa)
- 2 helai daun salam,
- 2 helai daun limau purut
- 1/2 jari lengkuas - diketuk
- garam secukup rasa
- air secukupnya untuk kuah
- minyak untuk menumis
Cara-cara
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar halus, masukkan daun salam, daun limau dan lengkuas.Masak hingga garing.
- Masukkan santan, kicap, gula melaka dan garam secukup rasa dan kacau hingga rata. Tambah air jika ingin berkuah.Masak lagi hingga terbit minyak.
- Kecilkan api dan masukkan telur rebus, balik2kan dan masak hingga telur dan kuah mesra.
teluik ceq na
ReplyDeleteKalau dah ada daun salam, limau purut, lengkuas .... memang kombinasi bumbu yang mampu menaikkan aroma masakan dan menggamit selera toh!
ReplyDeleteHari ni saya mencuba masak telur bumbu bali....mmg sedap ...terbaik
Delete