Thursday, May 8, 2014

Ikan Bawal Sambal Hijau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak sambal hijau ikan bawal tapi tak berapa nak hijau sambalnya. Biasalah bila perencah dah bersatu....jadilah warna dan rupa yg berlainan...takpe, yg penting menepati selera tuannya. Resepi ni mudah je tapi sedap sangat rasanya. Sebel;um ni pernah guna ikan siakap masak mcm ni, kali ni guna ikan bawal pula. Sebenarnya dah takde idea nak masak apa dngn ikan bawal ni...tu yg wat sambal hijau je. Kalau ada ygnak mencuba tu....bolehlah cuba ya. Meh tngk resepi mudah ni. Terima kasih pd penyumbang resepi asal.


Bahan-Bahan
  • 2 ekor ikan bawal
  • 1/2 cawan santan
  • sedikit air jika perlu
  • 1 biji bawang besar, dipotong bulat
  • 2 biji limau kasturi-ambil jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak
Bahan Kisar
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili hijau
  • 10 biji cili padi hijau
  • 2 sudu besar ikan bilis, cuci dan toskan
  • sedikit belacan
Cara-Caranya
  1. Ikan dicuci bersih,kelar2 sedikit, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan ikan dan potongan bawang besar, gaul rata dan masak hingga pekat dan bawang lembut. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata dan angkat. Hidangkan panas..

5 comments:

  1. sedap ni.... boleh try.... makan nasi dengan lauk ni pun dah cukup :)

    ReplyDelete
  2. Nmpk sdp yatie.xpenah try lg ni.tenkiu shared resepi.

    ReplyDelete
  3. Leen Mohd AnuarMay 9, 2014 at 9:59 AM

    Assalamualaikum Kak Yatie...sedapnya sambal ikan tu boleh cuba ni..B-)

    ReplyDelete
  4. saya dah lama cari resepi sambal hijau..jumpa juga.tp kena kurangkan cili pada lah saya tak tahan pedas.hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails