Tuesday, May 13, 2014

Kaswi Tepung Pulut

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi kuih kaswi yg sangat mudah dan semestinya sedap. Biasanya kita guna tepung gandum, tpng beras dan tpng ubi. Kali ni kita guna tepung gandum dan tepung pulut saja. Saya tak sabar nak mencuba dan rasa kuih ni. Alhamdulillah cantik kejadiannya dan sedap sngt. Minggu lepas saya buat dan bawa blk kmpng srh mak rasa. Mak mmng suka kuih kaswi, jadi saya tak sabar nak srh mak rasa kaswi tpng pulut ni. Memang sedap sngt dan kali ni saya buat lagi atas permintaan suami pula. Tak sangka suami makan berulang2. Terima kasih pd K.Fida atas resepinya, izinkan saya kongsikan kat sini pula ya. Pada peminat kuih kaswi tu, bolehlah cuba...mmng sedap.





Bahan-bahan ( loyang 9x9 inc. / +-30 acuan lompang)

Bahan A :-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 sk kapur yang pekat
  • 2 cawan air
  • sedikit warna coklat (tak letak pun takpe)
Bahan B :-
  • 3/4 cawan gula merah/melaka 
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/2 sk garam
  • 2 cawan air
  • 2 helai daun pandan - disimpul   
 Bahan C :-
  •  kelapa parut kukus dengan sedikit garam dan daun pandan
Cara-cara
  1. Campur bahan2 A ke dalam  mangkuk dan kacau rata. Ketepikan.
  2. Campur bahan2 B ke dalam  periuk dan masak hingga mendidih. Tuangkan ke dalam campuran A dan kacau rata. Tapis adunan.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang bergris dan dipanaskan dulu. Kukus selama 30-40 min jika mengguna loyang dan 15 min jika mengguna acuan lompang.
  4. Biar kuih benar2 sejuk, potong sesuai selera dan sajikan dengan kelapa parut kukus.

12 comments:

  1. Nice post , i hope everyone will like your post

    ReplyDelete
  2. nampak pun sedap...akk hari2 masuk blog yatie cari resepi..terimakasih yatie

    ReplyDelete
  3. sy peminat kuih ni...nak cuba jugak la cam ni

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan salam perkenalan.. Jemput singgah di blog http://www.kedaivitamin2u.blogspot.com. Di sini ada info vitamin n suplemen produk Shaklee

    ReplyDelete
  5. Sedapnye kak yati...tq share resepi

    ReplyDelete
  6. salam.. sedapnyer kaswi ni... boleh minta wife buatkan nnti...

    ReplyDelete
  7. boleh cuba untuk jualan bulan puasa ni...

    ReplyDelete
  8. sedap ni. kuih faveret..... :)

    ReplyDelete
  9. Dah cuba!!!!,mmg resepi ini lah yg d cari2 slama ni....sbb pnh makan kasui tp xlembut mcm yg ini,sblm ni kalo wat kasui just gna tpung gandum je...tp baru tau tepung pulut la yg buatkan kasui ni bertambah sedap....tq share resepi....

    ReplyDelete
  10. Mcm sedapp je..mak sy pon suke kuih ni.nti nk try gak la..tq for da resipi

    ReplyDelete
  11. Dah cuba semalam..alhamdulillah sedap sangaattttt... Sy mmg penggemar kaswi..dan resepi ni mmg tersangat la sedap... Everyone should try this recipe.. Thanks kak ^_^

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails