Sunday, April 13, 2014

Ketam Masak Lemak Cili Padi bersama Nenas

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Minggu ni minggu makanan laut. Maklumlah anak bujang balik bercuti, jadi teringin sngt nak makan ketam dan udang. Hari ni mama masakan ketam pulak, biar puas makan. Bila tngk anak2 berselera makan, hati ni senang sangat rasanya....lebih2 lagi bila nampak depan mata menjamu selera masakan mama. Resepi ni pernah di cuba sebelum ni, mmng sedap sangat. Terima kasih K.Ummi berkongsi resepi. Walau lama akak tak bersiaran, tapi Yatie tetap singgah cari2 idea masakan. Kadang2 tu takde idea nak masak apa, jadi carilah resepi2 di blog kawan2...ianya bnyk membantu.


 
Bahan-bahan
  • 10 ekor ketam (sederhana besar) - kerat dua atau biar sekor2 je.
  •   2 batang serai - diketuk 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat 
  • 1 keping asam gelugor
  •  1/2 biji nenas sederhana masak - dipotong kecil
  •  garam dan gula secukup rasa
  •   minyak untuk menumis


Bahan2 Kisar
  • 10 biji cili padi 
  • 2 tangkai cili merah
  • 4 ulas bawang merah 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 1 inci halia
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisardan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan santan cair dan asam gelugor dan biar mendidih sebentar.
  3. Masukkan ketam dan nenas. Kacau sesekali biar mesra dgn kuah.
  4. Masukkan santan pekat dan garam. Kacau dan biar mendidih sebentar.
  5. Tutup api dan kacau sebentar biar mesra dan kuah tidak berkepala. Bolehlah dihidangkan.

4 comments:

  1. salam singgah..

    sedap2 menu kat sini..

    ReplyDelete
  2. nampak menyelerakan ketam tu,

    singgah promote - Alat buang Duri Nenas

    ReplyDelete
  3. sedapnya terliur rasa nak masak stok ketam yang beli kat pasar borong resepi ni..

    ReplyDelete
  4. Tadi ke pasar beli juga ketam..
    kebetulan memang ada nanas kat rumah.
    wajib cuba resepi ni esok..

    Berjaya Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails