Ok kali ni saya kongsikam resepi bingka ubi yg mudah dan sangat sedap. Resepinya dari Kak Ann blog Periuk Tanah dan saya kopipes resepinya dari blog My Magic Kitchen. Saya suka guna resepi K. Ann ni sbb kebanyakannya menjadi dan sedap. Pada kwn2 yg masih tercari2 resepi bingka ubi tu, boleh cuba resepi ni. Ikut bahan2 dan cara2 yg di berikan. Jangan memandai ubah2 resepi ya, nnti jadi lain pula. Terima kasih K.Ann berkongsi resepi bingka ubi ni, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini ya.
Bahan-bahan:
- 4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. Susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut(sy xparut sb xde pemarut, blend sikit2, tapis air n gnakan air yg sma utk blend seterusnya)
- 2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa
- 1 cawan gula pasir
- 1/2 sudu teh garam
- sedikit pewarna kuning
- Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah. Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal. Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.
- Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.
Bagi Kak An mudah sahaja; ubi kayu yang siap diparut tu, terus dicampur santan, gula, garam dan masuk loyang terus. Kacau, dan masak... tak perlu tepung sebab ubi kayu ni dah berkanji... loyang pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan
sedapnyaaaa
ReplyDeleteThis Recipe is looking so tempting. Can I get this recipe in english or hindi??please mail me on devyanisonkamble@gmail.com
ReplyDeleteTengok pun tau sedap kak. Jual kat warung atau pasar tani payah nk jmp sedap. Keras dan kesat rasanya
ReplyDeleteterliurnya tengok bingka ni, yati. inshaAllah ade kelapangan nak cuba jugak. thank youuu share resipi :)
ReplyDelete