Thursday, August 20, 2015

Talam Serimuka Durian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kita setelah sekian lama menyepi.Maklumlah busy yg amat. Terima kasih pd pengunjung blog yg masih sudi singgah dan mencuba resepi2 kat sini. Walau menyepi tapi saya rasa gembira bila tngk pengunjung yg berkunjung ke blog ni masih spt dulu, masih setia dan ada peminatnya tersendiri. Saya ikhlas berkongsi resepi dan dah tentunya gembira bila tahu kwn2 yg mencuba resepi kat blog ni menjadi dan kena dngn selera. Alhamdulillah.

Ok buat peminat kuih2 talam, bolehlah cuba resepi terbaik dari Chef Asma ni. Ramai yg kongsikan gambar2 serimuka durian ni kat fb. Saya teruja nak cari resepi yg semestinya menjadi dan sedap. Cari punya cari, maka jumpalah resepi dr Chef Asma ni di blog Fiza Nordin. Suka sangat sbb yg di cari2 dah jumpa. Bila dah jumpa tu mestilah nak cuba kannn. Kali ni terus buat dan alhamdulillah menjadi cantik kuihnya. Terima kasih Chef berkongsi resepinya, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kwn2 yg masih tercari2 resepi serimuka durian tu, bolehlah cuba...mmng sedap sangat.




Bahan2 utk lapisan bawah:
  • 500gm beras pulut - rendam 4 jam
  • 300ml santan
  • 300ml air
  • 2tsp garam
Cara2:
  1. Cuci beras pulut dan rendamkan 4 jam. 
  2. Tapis beras pulut dan tuang ratakan dlm loyang 10x10x3" bentuk 4 segi.
  3. Sebelum letak pulut, sapukan sedikit minyak di keliling loyang dan lapik loyang dengan plastik saiz 16x16"
  4. Tuang santan yg dah dah digaul dengan garam.
  5. Kukus selama 30 minit.
  6. Sementara tu, kita siapkan bahan2 utk lapisan atas.
Bahan2 utk lapisan atas:

(A)
  • 140gm tepung beras
  • 60gm tepung ubi
  • 60gm tepung gandum
  • 140gm gula halus - saya guna 200gm gula halus
  • 270ml santan
  • 470ml air
  • 1/4 tsp garam
  • 1/4 tsp alkaline water-saya guna air kapur
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil pewarna kuning
(B)
  • 100gm isi durian diblend dgn 100ml air
Cara2:
  1. Satukan semua bahan2 A ke dlm mangkuk besar dan tapis.
  2. Campurkan bahan2 A dengan bahan2 B.
  3. Letak pewarna kuning dan kacau rata.
  4. Masak dalam kuali dgn api perlahan hingga naik wap dan kacau selalu guna whisk.
  5. Tuangkan adunan ke atas permukaan lapisan bawah.Kukus selama 25 minit.
  6. Setelah siap, biarkan betul2 sejuk barulah potong kuih guna pisau plastik supaya cantik.

7 comments:

  1. Boleh cuba ni... tq kongsi resepi.

    ReplyDelete
  2. sedap nampaknya..tapi kurang rajin nak membuatnya.. ;-)

    ReplyDelete
  3. wah rupanya guna durian pun bleh ea..=)

    ReplyDelete
  4. Salam terimakasih sbb kongsi recipe ni. . Nsk tanya jika saya tak.letak air alkline or air kapur boleh tak...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails