Friday, February 6, 2015

Kerepek Ngarku setahun sekali

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran, bukannya apa tau....cuma sedikit malas nak ngadap lappy ni. Bila tngk lappy lama sikit je pening kepala. So jalan terbaik rehatkan diri dan mata...hi3. Alhamdulillah arini ok sikit, jadi dapatlah kongsikan gambar dan resepi mudah buat tatapan pengunjung blog saya ni. Kali ni saya merajinkan diri buat kerepek ngarku. Mulanya malas tau nak buat kerepek ni sbb malas nak kopek dan sagat buah ngarku / arrowhead yg comel2 ni.

 Kebetulan anak2 teringin plk nak makan, jadi tak sampai hati nak bermalasan nak buat. Lagipun saya pun suka kerepek ni, dahlah setahun sekali je jumpanya. Jadi saya gigihkan diri menyagat buah comel ni. Bila dah siap tu, kejap je habis sebalang. Tapi takpe, kali ni mmng awal2 beli bnyk dan biar family puas makan. Kalau beli yg dah siap goreng tu mahallah juga, dah tu tak puas makan.
Resepi ni mudah je,caranya sama mcm kita buat kerepek pisang dan kerepek ubi tu. Terpulang pd kwn2 nak letak perisa apa, tapi pd saya makan mcm tu je pun dah sedap. Jomlah kita wat kerepek setahun sekali ni, masa raya cina je ada buah ni..




Bahan-bahan ( 1kg = 1 bekas besar ) 
  • 1 kg Ubi Arrowhead
  • Garam / Whitepepper / Blackpepper (sebagai perasa jika suka) 
  • Minyak masak secukupnya utk menggoreng
Cara-cara 
  1. Bersihkan ubi arrowhead dengan membuang kulit ari nya sahaja. Basuh dan toskan.
  2. Sagat nipis ubi tersebut dan goreng dalam minyak seperti menggoreng kerepek ubi. Sesudah perang, angkat dan toskan minyak.
  3. Jika suka boleh tambahkan garam atau serbuk blackpepper / lada sulah sebagai perasa. Saya suka makan kosong aje. Rasanya ranggup dan lemak.
***Saya tak guna sagat kerepek, tapi guna peeler/pengupas kentang atau buah2an tu utk ptng nipis arrowhead ni. Terpulang pd kwn2 ya, hasilnya kerepek jadi cantik bulat2 je.

10 comments:

  1. tak pernah makan pun.
    dimana boleh dapat buah ni :)

    ReplyDelete
  2. mana-mana supermarket pon ade jual buah ngaku ni...giant, tesco, jusco...:)

    ReplyDelete
  3. Kulit ari tu mksudnya apa kak Yati..adakah yg berambut d pgkal tu aje?

    Nmpk sedapnye.....tkaseh atas perkongsian.

    ReplyDelete
  4. aritu nampak banyak buah ni kat giant.. nak try la

    ReplyDelete
  5. assalam....oh!! kerepek ngarku nama nya...kikiki...baru saya tau sebab ari tu makan siap main teka teki kiteorng,memula ingatkan kerepek kacang dal tapi lain bebenau plak rasenye....sgt sedap kalau jumpe lagi kompom saya beli banyak2 :)

    ReplyDelete
  6. memang malas nak buat kerepek ni kan yatie..masaknya setengah jam..makannya tak sampai 5 minit habis..hihi

    ReplyDelete
  7. tengah 'in' kerepek ngarku sekarang ni sebab raya cina dah nak dekat

    ReplyDelete
  8. W/salam, looks good, tq 4 the recipe. Teringin akak nak cuba

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails