Bahan-Bahan
- 12-15 ekor udang saiz sederhana besar
- 2 sudu besar butter
- 3 biji kuning telur
- sedikit daun kari
- sedikit cili padi
- serbuk kunyit & garam
- minyak utk menggoreng
- Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak,ketepikan.
- Dengan menggunakan minyak yg sama (yg ni Yatie guna minyak baru dlm 1/2 cawan)
- Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
- Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu danletak dlm tapis utk membuang minyak berlebihan. Boleh juga guna kitchen towel. Bila dah sejuk bolehlah di lerai2kan dan satukan bersama udang tadi.
yummehhh
ReplyDeleteSedapnya...
ReplyDelete