Thursday, June 27, 2013

Roti Sosej Rangup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ni nak kongsi menu simple tapi kerap saya masak buat sarapan atau minum petang utk anak2. Pada ibu2 di luar sana yg binggung nak sediakan bf utk anak2, bolehlah cuba resepi mudah ni. Jom semak resepinya. Boleh juga lihat di SINI.


Bahan- Bahan
  • 10 keping roti putih
  • 10 batang sosej ~ direbus sekejap dan toskan
  • 10 keping slice cheese- kalau takde tak letak pun takpe
  • 1 biji telur ~ dipukul sedikit
  • breadcrumbs @ serbuk roti secukupnya
  • minyak utk menggoreng
Cara membuatnya :
  1. Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
  2. Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej.
  3. Sapukan hujung gulungan roti dengan sedikit telur (untuk melekatkan)
  4. Gulung dengan kemas. Buat hingga habis.
  5. Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
  6. Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
  7. Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
  8. Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.

5 comments:

  1. Anak-anak memang suka ni Tie... kita pun lagi suka.

    ReplyDelete
  2. Simple...ringkas dan sedap...memang menjadi pilihan kan Yatie...:)

    ReplyDelete
  3. salam kak yatie..

    sukanya tengok roti sosej tu..em, kalau makan untuk breakfast skang ni ngam betul..sedap ada chez..yummy..

    ReplyDelete
  4. ini memang kegemaran anak2 dulu kini & selamanya...

    ReplyDelete
  5. sedapnye...terliur nampak...hehe :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails