Saturday, October 5, 2013

Puding Tauhu Laici

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Musim panas ni sedap layan puding utk sejukkan tekak. Kerap sangat saya buat puding ni sbb mmng satu family suka sangat. Rasanya yg lemak manis buatkan siapa yg merasanya tak pernah jemu. Resepi asal dari K.Nor tapi saya buat ikut selera sendiri. Bahan2 masih sama, cuma saya mmng suka makan puding yg lembik2 sikit, kalau boleh masuk mulut terus telan je....perghhhhh sedap betullah. Resepi mcm biasa, boleh juga lihat di SINI.



Bahan-Bahan
  • 10 gm agar-agar serbuk
  • 2 liter air (8 cawan)
  • 1/2 cwn gula
  • 1 cwn susu pekat
  • 1 cwn santan (200ml santan kotak+50ml air)
  • 2 cawan susu cair (1 tin susu cair 400ml+100ml air)
Cara-Cara
  1. Masak agar2 serbuk bersama air dan gula hingga mendidih.
  2. Masukkan susu pekat, kacau rata. Masukkan santan dan susu cair. Kacau lagi.
  3. Setelah siap, tutup api dan biarkan sebentar.
  4. Tuangkan ke dalam acuan mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Boleh juga di tuang ke dlm loyang, tapi kalau nak makan kenalah sendukkan kedlm mangkuk kecil.
  7. Hidangkan bersama buah laici ataupun bahan2 kuah seperti di bawah.
Bahan kuahnya
  • 1 tin laici- toskan airnya, siat2kan laici tu
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn air masak
  • 1 cwn air laici tadi
  • 5 sudu besar gula, nak lebih pun boleh
Caranya.
  1. Bancuhkan air masak bersama gula. Masukkan air laici tadi, susu cair dan gaul sebati. Masukkan laici yg di siat2 tadi. Bila dah siap, bolehlah di hidangkan bersama puding tauhu lemak manis.
  2. Selamat Mencuba.

Tuesday, October 1, 2013

Kari Ikan Gaya GOA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu kari ikan gaya GOA yg kerap saya masak. Walau tak guna rempah kari, tapi rasanya sedap sangat. Terima kasih pada penyumbang resepi asal iaitu Chef Wan dan saya kopipes dari Mat Gebu. Kalau dah sifu kata sedap, mmng sedap betullah tu. Kalau nak merasa tu bolehlah cuba....mmng sedap.




BAHAN-BAHANNYA

  • 600 gram ikan tenggiri- Yatie guna 4 keping isi ikan kachi dan sekeping kepala-di belah 2
  • 3 biji tomato*
  • 3 biji cili hijau*
  • 3 camca besar serbuk ketumbar*
  • 3 camca besar serbuk jintan putih*
  • 2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
  • 2 biji bawang besar, dicincang
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 inci halia, dicincang
  • 1/2 camca besar biji sawi
  • 4 camca besar cili kisar
  • 500 ml santan (mat guna 200 ml santan + 300 ml air)
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 2 biji tomato, belah 3 setiap satu
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum.
  2.  Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
  4.  Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...

Sunday, September 29, 2013

Begedil Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap layan begedil ayam. Biasanya time buat soto baru ada begedil ni, tapi hari ni saja nak makan begedil mcm tu je sbb kentang banyak kat rumah. Biasanya saya buat lebih mengikut adunan di bawah. Simpan dlm petiais, nak makan barulah goreng..mmng sedap. Resepi mudah je, boleh juga lihat di SINI. 



BAHAN BAHANNYA
  • 1/2 kg ubi kentang
  • 200 gm daging ayam kisar
  • 2 sudu teh lada putih - tumbuk lumat
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 2 tangkai daun sup dihiris halus
  • 1/2 labu bawang besar-di potong dadu
  • 2 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya utk menggoreng
CARA MEMBUATNYA
  1. Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak,angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat. Ketepikan dulu.
  2. Sementara itu tumiskan bwng besar dan masukkan daging ayam kisar dan masak sehingga separuh masak.(tak tumis pun takpe)
  3. Satukan kesemua bahan2 kecuali telur di dalam satu bekas.
  4. Ambil sedikit adunan dan kepal2kan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.
  5. Dalam bekas lain,pecahkan telur dan kocak2kan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak sehingga berwarna keemas2an.
  6. Guna api sederhana je. Bila dah masak, angkat & toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.
Related Posts with Thumbnails