Showing posts sorted by relevance for query talam koko delight. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query talam koko delight. Sort by date Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Talam Lapis Coklat Delight

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni n3 kuih talam lagi....jngn ada yg jemu ya...sbb tuan rumah mmng peminat setia kuih talam...apa2 kuih talam teruja nak buat dan rasa, Kali ni saya nak kongsikan bersama kuih talam lapis coklat delight yg sangat sedap. Rasanya seperti kuih ala2 nyonya yg kenyal2 manja gitew. Resepi asal adalah dari Puan Yon dan saya C&P dari Akma. Terima ksih kepada penyumbang resepi. Pada peminat kuih talam tu...bolehlah cuba resepi yg sedap ni.




BAHAN-BAHAN:
  • 300 gm tepung beras (saya guna 2 1/2 cwn tpng beras)
  • 200 gm tepung ubi (saya guna 1 1/2 cwn tpng ubi)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil air kapur (saya guna 1 sudu kecil)
  • 900 ml santan pekat (saya guna santan kotak kara 200ml....saya guna 2 kotak tambahkan air selebihnya)

  • 1 s/b serbuk koko *
  • coklat paste secukupnya *(saya gantikan dgn coklat emulco )
  • 1 s/b santan pekat *
  • 1 s/b jus pandan *
  • pewarna hijau secukupnya *
BAHAN SIRAP:
  • 320 gm gula kastor
  • 250 ml air
  • 4 helai daun pandan
CARANYA:
  1. Masakkan bahan untuk sirap hingga gula cair dan sedikit didih. Biarkan seketika hingga suam. Masukkan santan dan garam, kacau rata.
  2. Panaskan pengukus. Gunakan loyang 8X8 inci...(saya alas plastik di permukaan loyang dan sapu sedikit minyak di sekelilingnya.
  3. Satukan tepung dan air kapur. Masukkan campuran sirap dan santan, kacau rata dan tapis.
  4. Bahagi kepada 3 bahagian:
  5. - Bawah : Campurkan dengan serbuk koko & Coklat paste
  6. - Tengah: Campurkan dengan 1 s/b santan pekat (saya tambah esen ros sikit)
  7. - Atas : Campurkan dengan 1 s/b jus pandan dan pewarna hijau.
  8. Tuang adunan coklat sebagai lapisan bawah kedalam loyang. Kukus selama 5-7 minit/hingga masak dengan api kuat. Setalah masak , cakar-cakarkan...baru lapiskan dengan lapisan tengah. Lakukan hingga habis.
  9. Last sekali, teruskan mengukus untuk selama 20 minit/ hingga masak.
  10. **Kuih hendaklah betul2 sejuk..barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan rata dan cantik.

Tuesday, March 29, 2011

Talam Lapis Ubi Keledek

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni kita cuci mata dngn kuih Talam Lapis Ubi Keledek. Sedap sungguh kuih lapis ni, rasa lemak manis keledek di gabungkan lagi dngn perisa koko mmng kena betullah. Kuih ni lembut dan kenyal2 manja gitew, mmng bestlah. Pada pengemar kuih lapis atau kuih talam tu, bolehlah mencubanya...mmng berbaloi. Resepi asal adalah dari Rozita@Ita's Delight dan saya kopipes dari Akma yg mmng pakar membuat pelbagai jenis kuih talam. Terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan saya kongsikan di sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan. Saya guna loyang 10 inci.






Bahan Lapisan Coklat
  • 20 gm serbuk koko (saya tambah 1 sb coklat emulco)
  • 100 gm gula pasir
  • 150 gm gula merah
  • 100 gm tepung ubi
  • 150 gm tepung beras
  • 900 ml santan (400ml santan pekat + 500ml air)
  • 3 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam
Caranya
  1. Masak gula merah, gula putih dan santan sehingga gula hancur, kemudian sejukkan sebentar. Masukkan semua bahan lain, gaul rata dan ketepikan.
Bahan Lapisan Keledek
  • 600 ml santan (250ml santan pekat + 350ml air)
  • 50 gm tepung ubi
  • 150 gm tepung beras
  • 180 gm gula pasir
  • 200 gm ubi keledek, rebus dan lecek (rebus dulu baru timbang)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh pewarna kuning
Caranya
  1. Masak gula bersama santan sehingga gula hancur.
  2. Kisar ubi keledek yang telah dilecek tadi dengan santan yang dimasak, lalu masukkan bahan-bahan lain dan gaul rata.
  3. Masukkan pewarna kuning.
  4. Kukuskan selapis demi selapis berselang-seli sehingga adunan habis.
  5. = Kukus setiap lapisan selama 7 minit dan kukus lapisan terakhir selama 15 minit.
Related Posts with Thumbnails