Friday, June 19, 2015

Telur Masak Kurma

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Ramadhan buat semua umat Islam. Selamat berpuasa pada rakan2 yg beragama Islam walau di mana jua  berada. Moga Ramadhan kali ni kita dpt tingkatkan amal ibadah kita dan moga di terimaNya. Macam biasa bila tiba bln ramadhan je bkn saja kita menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menahan diri dari melakukan benda2 yg tak berfaedah. Sebaiknya kita perbanyakkan amalan baik di bulan penuh keberkatan ini dan seterusnya kita lakukan juga di bulan2 yg lain. Sama2lah kita pertingkatkan amalan.

 OK resepi pertama di bln ramadhan ni, menu ringkas je tapi amat menyelerakan. Kali ni saya masak telur kurma. Di samping tu adalah lauk sampingan lain. Resepi ni mudah je, jadi bolehlah adik2 di luar sana mencuba resepi mudah ni. Bila puasa ni kdng2 kita kurang selera, jadi lauk2 mudah ni lah yg mendpt sambutan. Resepi kali ni saya kopipes dari Pn Dr Ina yg rajin memasak. Walau seorang DR tapi dr Ina sangat cekap di dapur. Terima kasih Dr Ina berkongsi resepi ni, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.




TELUR MASAK KURMA 
 Bahan:- 
  • 5 biji telor yang telah direbus dan dikupas. 
  • 5 ulas bawang merah * 
  • 2 ulas bawang putih * 
  • 1 labu bwng besar* 
  • sejemput ikan bilis* (* bahan dikisar) 
  • 2 cm halia 1 inci kulit kayu manis 
  • 2 kuntum bunga lawang 
  • 1 kuntum bunga cengkih 
  • 2 biji buah pelaga 
  • 1 keping asam gelugor/asam keping garam  
  • gula secukup rasa 
  • 1/2 cwn minyak untuk menumis 
  • 3 sudu besar rempah kurma 
  •  1 sudu kecil lada hitam kisar kasar-saya tambah 
  • 1 cawan santan pekat air secukupnya 
  • 2 biji cili merah/hijau di potong separuh 
  • 2 biji bawang besar - belah 4 atau 6 
  • 1 biji buah tomato belah 4 
 Cara :- 
  1. Panaskan minyak dalam periuk,tumiskan rempah 4 sekawan (kayu manis, lawang, cengkih & pelaga) dan masukkan bahan kisar. 
  2. Kacau hingga naik bau. Masukkan rempah kurma dan tumis lagi.
  3. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau rata
  4. Perlahankan api dan masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan telor dan masak hingga mendidih. 
  6. Masukkan santan,kemudian masukkan asam keping, bawang besar yg di belah 6, cili, gula dan garam. 
  7. Masak hingga naik minyak dan kuah agak pekat. Tutup api dan siap bolehlah dihidangkan.

8 comments:

  1. Sedapnya ....
    Boleh sy cuba esok..
    Sebab cuti ada masa nak buat..

    ReplyDelete
  2. Thnx yatie cayang try resipi akak..muuuaahh!

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan yatie.
    kurma telor memang sedsp..bolehlah cuba resepi ini..

    ReplyDelete
  4. selalu masak kari telur je tak pernah masak kurma...pasni bole try lagi bulan2 pose ni otak asyik buntu tak tahu camne lagi nak digayakan masakan...

    ReplyDelete
  5. Molek je rupa telur tu dilumur kuah kurma... yummy!

    ReplyDelete
  6. Kuah pekat syok cicah dgn roti...sedapnya

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails