Thursday, March 19, 2015

Lempeng Bersama Sambal Sardin Dan Kari Daging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu ringkas tapi menyelerakan. Lempeng ni nampak je mudah, tapi kdng2 nak menyediakannya pun malas, makan rajin plk tu. Hari ni saya merajinkan diri wat lempeng mudah ni. Kebetulan ada sambal sardin dan lebihan kari semalam, jadi buatlah lempeng ni. Bila makan tu mmng tak ingat...maunya berkeping2, sedap yg amat. Pada adik2 di luar sana yg nak buat lempeng mudah tu, boleh cuba resepi ni....slmt mencuba.





Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • minyak masak untuk sapu di keliling kuali
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan2 untuk lempeng, kacau rata dengan whisk, boleh juga di blend semuanya.
  2. Rehatkan adunan 10 minit dan ketepikan sebentar.
  3. Panaskan non-stick frying pan. Sapukan dengan sedikit minyak masak.
  4. Tuang 1/2 cawan adunan tadi dan ratakan.
  5. Bila permukaan kelihatan pucat, terbalikkan lempeng tadi, masak hingga garing sedikit.
  6. Setelah masak, angkat dan letak dalam pinggan.
  7. Ulangi proses memasak hingga siap. Boleh hidangkan bersama kuah kegemaran.

6 comments:

  1. dh lama x buat lempeng..sdpnyee tgk

    ReplyDelete
  2. sedapnya lempeng dengan sambal sardin ...

    ReplyDelete
  3. Sama lah kita. Kalau xde kari mmg malas nk melempeng. Tp klu mood nk mkn tu mari sanggup buat smbl sardin pagi2 tau kak..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails