Friday, March 6, 2015

Kek Pisang Lembap Berkeju

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama sangat saya bercuti dari berblog, maklumlah skrng ni busy sangat. Sejak menceburkan diri dlm perniagaan kuih muih frozen, rutin harian jadi lain. Masa lapang diisi dngn membuat kuih muih frozen. Tak sangka baru permulaan, sambutan begitu menggalakkan. Terima kasih atas kepercayaan yg di berikan, saya amat2 menghargainya. Moga perniagaan ini terus sukses. Saya akan cuba perbaiki setiap kelemahan yg ada.
Ok, kek ni dah lama saya buat, dah jadi baja pun. Baru ni berkesempatan nak kongsikan kat blog. Kek pisang berkeju ni sangat sedap dan moist sangat. Pada yg nak merasa tu, bolehlah cuba resepi ni...mmng best. Terima kasih pd Mat Gebu berkongsi resepi, izinkan akak kongsikan resepinya kat sini ya.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 250 gram tepung gandum*
  • 1 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
  • 1/2 cawan parutan keju cheddar
  • 5 biji telur gred A
  • 120 gram gula perang (soft brown sugar)
  • 15 gram ovallate (kurang lebih 1 camca besar rata)
  • 225 gram pisang emas, 
  • 3-4 titik perisa pisang (atau boleh guna esen vanilla)
  • 225 ml minyak jagung (boleh guna mentega cair, jika suka)
CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Panaskan oven pada suhu 175C (sebab che mat guna acuan warna hitam, che mat guna suhu 160C). Lenser acuan dengan mentega hingga rata. Lecek pisang bersama perisa pisang atau esen vanilla hingga hancur. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk adunan, gaul perang dengan ovallate hingga sebati. Masukkan telur (kesemua sekali). kemudian putar hingga rata. Tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kuih bahulu. 
  3. Sederhanakan kelajuan, masukkan pisang lecek dan putar rata. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis. Tambah parutan keju dan putar rata. Akhir sekali tuang minyak jagung, gaul rata dengan spatula. 
  4. Tuang dalam acuan dan ratakan. Bakar selama 45 - 50 minit atau hingga masak. Uji dengan lidi sate bersih dan cucuk bahagian tengah kek. Jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak. Keluarkan dari oven, biarkan 5 minit dan boleh keluarkan dari acuan. Sejukkan sepenuhnya kek atas jaringan. Boleh hidangkan..

9 comments:

  1. wah letak cheese mesti lg sedap ni..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya tengok tu Yatie... Semoga suksess dalm perniagaan frozeen tu :)

    ReplyDelete
  3. terbaik...nana suka kek moist cam ni :)

    tq sharing recepi

    ReplyDelete
  4. Sedapnya..nanti nak cuba lah :)

    ReplyDelete
  5. menarik..cheese dgn pisang selalunya awesome..!

    ReplyDelete
  6. gebu nampaknya kek pisang berkeju tu. pekena dgn neskepe panas..sepiring sorang boleh habis..

    ReplyDelete
  7. Moga Kak Yatie berjaya dlm perniagaan kuih-muih frozen.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails