Sunday, August 1, 2010

Puding Karamel

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebenarnya saya masih bercuti lagi, dan resepi puding karamel ni saya buat minggu lepas sblm bercuti, kalau nak mintak dah habislah....hi3... Puding karamel ni sedap di makan bila di sejukkan dan resepi asal dari Alia di my resepi dan saya C&P dari rumah Hana. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Mari kita lihat bahan2nya.


Bahan-bahan
  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARAMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
Cara-cara
  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

5 comments:

  1. sedapnyer,,,inilah dessert wajib time pose nanti..

    ReplyDelete
  2. salam yatie...sedap klu sejuk2 ni..pnh masak dlm microwave-orang terlebih 'rajen' -> cepat btul masakny :)

    ReplyDelete
  3. peberet mas ni, lama dah tak makan..

    ReplyDelete
  4. salam yatie...ermm sedapnya pudding tuh...dlm bercuti pun sempat lagi berblog ye...hehe,seronoknya tengok gambar2 yatie sekeluarga bercuti...

    ReplyDelete
  5. salam kak yatie,
    wah! kalu puding karamel ni kegemaran saya, kak.. geram nengok. nak mintak da abes. huhu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails