Tuesday, September 23, 2014

Potato Fritters / Cucur Kentang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Cucur kentang ni saya buat petang tadi gara2 teringin sangat nak merasa keenakkan rasanya. Ramai rakan2 blogger juga rakan2 fb telah mencubanya. Saya juga takmo ketinggalan  utk mencuba dan merasanya. Alhamdulillah sedap...terasa garing di luar dan lenbut di dalamnya. Buatnya pun mudah je. Saya guna apa yg ada je kat rumah ni, kebetulan takde stok daun bawang, saya gantikan dngn daun sup,saya tambah hirisan cili merah utk tambah menarik dan rasa pedas2 sikit dan gantikan lada hitam kisar/coarse.Terima kasih pd penyumbang resepi asal. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada rakan2 yg teringin nak merasa tu, bolehlah cuba..mmng sedap.



Potato Fritters (cucur kentang)
Sumber : Noraida Durani

Bahan-Bahan
  • 3 biji kentang (sagat halus, Yatie sagat kasar je)
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur
  •  Daun bawang/daun sup
  • 1 tangkai cili merah-Yatie tambah
  • Serbuk Lada sulah-Yatie guna coarse black pepper
  •  Garam dan sedikit gula 
  • Minyak masak (utk menggoreng)
Cara2nya
  1. Satukan kentang yg telah dsagat dgn tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula...gaul sebati
  2. Panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap
  3. Sedap dimakan bersama sos

Kuih Lapis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama dah teringin sngt nak makan kuih lapis buatan sendiri ni. Kalau beli tu kdng2 ok kdng2 tak menepati citarasa sendiri. Jadi hari ni merajinkan diri buat kuih lapis kegemaran. Bila lama tak makan tu, faham2 jelah ya....terlebih sudah makan...tapi takpelah..sesekali kannn. Ok resepi mcm biasa je, boleh juga lihat diSINI. Kalau rajin tu bolehlah buat guna acuan kegemaran. Kalau nak cepat tu, kukus je dlm loyang...mudah, cepat siap dan cepatlah dpt merasanya...Jom tngk resepi mudah ni. Kalau teringin nak merasa tu, bolehlah buat ya..



Bahan-bahan-loyang 7x7x3inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung ubi
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • Secubit garam
  • pewarna merah, hijau,oren (boleh guna apa2 warna kegemaran)
  • perisa yg di gemari, merah-ros, oren-jagung, hijau-pandan
Cara Penyediaan
  1. Satukan ketiga2 jenis tepung, garam dan gula. Masukkan air dan santan pekat.
  2. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
  3. Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian dan Boleh tambah perisa.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang.
  5. Masukkan 1 cwn adunan hijau dan kukus selama 5 minit/ sehingga adunan keras sikit.
  6. Lapiskan pula 1 cwn adunan merah dan kukus lagi selama 5 minit/sehingga keras sikit dan di ikuti adunan seterusnya.
  7. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. Lapisan terakhir saya kukus selama 20minit.
  8. Setelah masak, angkat dan biarkan kuih sejuk. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong guna pisau plastik supaya cantik. 
**setiap hendak melapis, pastikan takde air di permukaan kuih. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan buangkan air di permukaan, barulah tuang adunan seterusnya. Ini bagi mengelakkan warna lapisan  kuih tidak bercampur.

Thursday, September 18, 2014

Bingka Keledek Oren

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Petang2 ni sedap layan bingka keledek. Sebenarnya saya beli keledek ni semata2 nak masak bersama sayur pucuk manis. Bila nak keluarkan pucuk manis dari petiais, alahaiiiii kecewa di buatnya...layu sudah sayur tu. Saya dah rebus keledek ni awal2, jadi terpaksalah di jadikan sesuatu dari di biarkan begitu saja. Dalam fikiran ni mcm2 nak di buat dngn keledek rebus ni. Dalam pada sibuk memasak lauk tengahari, saya pun buatlah adunan bingka/kuih bakar keledek ni. Bila siap masak, kuih utk minum petang pun dah siap. Kuih ni sedap, bahan2 pun mudah je. Pada peminat kuih2 mcm ni, bolehlah cuba resepi mudah ni. Jom semak resepinya. Kawan2 juga boleh lihat di SINI.



BAHAN-BAHAN
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cwn santan
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar butter
  • 1 cwn keledek oren yg telah di rebus 
  • sedikit pewarna oren
CARA-CARA
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang/acuan dengan mentega/ minyak. Ketepikan...
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali keledek lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.
  3. Tuang dalam loyang/acuan yang telah di panaskan terlebih dahulu. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar kuih betul2 sejuk barulah di keluarkan dari acuan/loyang.Bolehlah dipotong. 
**Saya guna acuan bahulu pecah 8. Sapukan minyak masak di sekeliling acuan, panaskan di atas api dapur guna api sederhana. Tuangkan adunan sehingga bunyi berdesir, biarkan dlm 3 minit. Selepas itu, masukkan dlm oven yg telah di panaskan dan bakar kuih selama 1 jam atau sehingga tepinya garing yg di inginkan. Dah siap, biarkan kuih betul2 sejuk barulah keluarkan dari acuan. Tips ni bagi mengelakkan kuih melekat dari acuan. Adunan kuih ni sesuai guna loyang 8 inci. Kalau guna acuan pecah 8 dpt dlm 3 keping kuih. Slmt mencuba..
Related Posts with Thumbnails