Thursday, May 31, 2012

Puding Lapis Jelly

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni layan puding pula. Pada yg berpuasa sunat tu, selamat berpuasa dan berbuka...Biasanya kalau puasa mesti ada dessert atau pengat bagi menyejukkan tekak yg seharian berpuasa. Bagi kita sebagai ibu, hanya menyediakan juadah dngn hati yg senang. Moga setiap amal ibadah kita di terima yg maha Esa.

Terima kasih pada K.Liza kerana berkongsi resepi juga buat Kak Jun kerana mewar2kan resepi yg mudah dan sedap ni. Kali ni Yatie buat ikut kesesuaian sendiri. Biasanya saya suka puding yg lembut dan lembik sikit. Sebelum ni dah pernah buat ikut resepi asal tapi keras sedikit adunan puding tu, jadi saya tambah dan kurangkan apa yg perlu. Harap tuan punya resepi asal tak marah ya. Jom semak resepinya.




Bahan-bahan

  • 1 cwn susu cair-Yatie guna 1 tin susu cair dlm 400ml
  • 1 cwn jagung krim
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn tepung kastad
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 5 cwn air
  • @ 1 kotak instant jelly perisa rasberry/strawberry/limau
  • @fruit cocktail-toskan airnya

Cara-cara

  1. Masak 6 bahan pertama hingga mendidih dan pekat. Masukkan kedalam bekas yg disukai.
  2. Masak instant jelly mengikut cara pada kotak dan masukkan keatas lapisan puding.
  3. Hias dengan fruit cocktai. Sejukkan.

***Yatie guna bahan di bawah utk adunan puding dan tak letak jagung krim sbb tak berapa gemar bila makan bersama jelly.Terpulang pada selera masing2 ya.

Bahan2 Utk Puding

  • 1 cwn tepung kastard
  • 4 cwn air
  • 1 cwn susu cair
  • 1/2 cwn gula
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan tuangkan adunan jelly diatas permukaan puding dan taburkan fruit cocktail yg telah ditoskan tadi.

Wednesday, May 30, 2012

Rendang Hijau Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak Rendang Hijau Ayam dan makan bersama nasi impit. Sedap betul makan ulang2. Lama dah teringin nak masak mcm ni, baru hari ni berkesempatan nak cuba dan rasa. Resepi ni seakan2 sama je dngn resepi rendang yg lain, tapi tak salahkan kita mencuba sesuatu yg baru. Resepi kali ni saya kopipes dari Sajian Ibu Manja dan menurutnya, dia dapat resepi ni dari majalah rasa julai 2007...wow lama tu. Resepi ni mudah je dan semestinya sedap. Pada penggemar rendang tu, bolehlah cuba resepi ni.



Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
  • 250 ml santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus-Yatie tambah
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • sedikit air jika perlu
Bahan Kisar
  • 4 batang serai-hiris halus
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 30 biji cili padi hijau
  • 4 tangkai cili hijau-Yatie tambah
  • 10 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar-Yatie tambah
  • 5 ulas bawang putih
Cara Memasaknya
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga garing.
  2. Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata.Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula dan garam secukup rasa.
  3. Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
  4. Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, May 29, 2012

Kek Kukus Keju Lapis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Moga hari2 yg ceria buat teman2 yg di sayangi. Petang ni saya nak kongsikan bersama resepi kek kukus keju lapis yg saya buat hari ahad lepas. Masa tu kakak dan makcik saya nak datang rumah, so fikir punya fikir...buatlah kek kukus ni. Disamping tu adalah menu sampingan yg lain. Sebelum ni pernah buat diSINI, mmng sedap sangat. Kali ni nak cepat cuma guna 2 perisa dan pewarna je. Pada kawan2 yg belum cuba tu, bolehlah cuba resepi ni, mmng sedap. Terima kasih pada Dayang Jack kerana berkongsi resepi ni. Izinkan Yatie kongsikan sekali lagi resepinya disini ya. Kali ni Yatie guna ikut sukatan butter, whip krim dan krim keju yg sedia ada, so mudah kerja. Pada kawan2 yg nak mencuba tu, bolehlah guna resepi asal atau sebaliknya ya. Kedua2nya saya dah cuba, mmng tak banyak beza...yg penting menjadi dan semestinya sedap sangat...moist je kek ni.





bahan-bahan: loyang 9 atau 10 inci
  • 250 g tepung gandum (diayak)
  • 7 biji telur A pd suhu bilik (diasingkan putih dan kuningnya)
  • 250 g gula halus (dibahagi dua)
  • 2-3 sb susu pekat manis
  • 300 g mentega (pada suhu bilik)-Yatie guna 250 gm je
  • 260 g krim keju (pada suhu bilik)-Yatie guna 250 gm
  • 260 ml krim putar / whip cream- Yatie guna 200 ml
  • sedikit pandan emulco/pes pandan
  • sedikit esen vanilla
Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.
  2. Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan 1/2 daripada gula halus sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul mentega, keju dan susu pekat hingga gebu. Kemudian masukkan lebihan gula tadi dan putar lagi hingga sebati.
  4. Masukkan kuning telur satu persatu sambil diputar perlahan.
  5. Kemudian, satukan adunan dengan meringue tadi dan sebatikan.
  6. Masukkan krim putar dan tepung secara berselang seli hingga habis. Putar lagi hingga rata.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Setiap bahagian dicampurkan dengan pes pandan, p dan pewarna kuning+esen vanilla (boleh juga menggunakan pewarna/pes yang lain mengikut kegemaran masing-masing). Kemudian setiap adunan tadi dibahagikan lagi menjadi 3 bahagian.
  8. Tuangkan lapisan hijau ke dalam loyang dan ratakan. Tutup loyang dengan kertas foil tetapi biarkan ia longgar sedikit. Kemudian kukuslah selama 10 minit atau hingga adunan dah tak cair.
  9. Tuangkan lapisan kedua (kuning), dan kukus lagi selama 10-12 minit. Ulangi proses hingga habis. Setelah ke lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-30 minit atau sehingga kek masak sempurna.
  10. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dikeluarkan daripada loyang.

**Utk adunan diatas Yatie gunakan 1 3/4 cwn tepung je sbb guna butter, krim keju dan whip krim yg asal.

Related Posts with Thumbnails