Sunday, March 10, 2013

Talam Permata Zamrud

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Moga ceria2 selalu di samping keluarga tersayang. Nampak tak permata zamrud kat kuih talam ni, menarikkan. Sebenarnya saya beli sago biji pandan ni,  saje2 je tau. Tak tau nak buat apa sebenarnya. Fikir punya fikir, eloklah di jadikan kuih talam, dah mmng tuan rumah suka kuih2 mcm ni....maka terhasillah kuih talam hijau di hiasi permata zamrud ni. Macam biasalah, Hamka paling suka tngk kaler hijau..suka betul dia tngk sagu pandan ni, geram je nak cungkil2 sago tu. Siap tanya lagi pada mamanya, mcm ni ke permata zamrud, boleh makan ke???? Mama nya mampu senyum je sambil kata padanya, jngn banyak soal...makan jeeeee....he3..

Pada peminat kuih2 talam moden ni bolehlah mencubanya. Kuih ni sedap dan kenyal2 manje je rasanya. Kalau nak tau kesedapannya tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepi mudah ni.






Bahan-bahan- loyang 10x10x3inci
  • 250 gm sago besar pandan
  •  (saya guna yg dah siap direbus, lalukan air paip dan toskan. Bahagikan kpd 2 bahagian sama banyak)
Bahan A
  • 2 1/2 cawan tepung beras
  • 1 1/2 cawan tepung ubi 
  • 1 cawan santan pekat KARA
  • 3 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
Bahan B
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan air
  • 3 helai daun pandan- simpulkan
Bahan C
  • Pewarna hijau dan perisa pandan
Cara-cara
  1. Masak bahan B hingga gula larut. Keluarkan daun pandan dan ketepikan dulu.
  2. Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapiskan
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Satu bahagian letak pewarna hijau dan perisa pandan. Bahagikan pada 2 bahagian lagi. Ketepikan dulu.
  4. Satu bahagian lagi biarkan warna asal dan bahagikan pada 2 bahagian lagi. Ketepikan dulu.
  5. Panaskan kukusan, sapu loyang dngn sedikit minyak, alas plastik dan sapu minyak lagi.
  6. Tuang 1 bahagian dari adunan hijau, kukus selama 10 minit. Setelah siap, cakarkan sikit permukaannya dan tuangkan 1 bahagian adunan asal/putih dan taburkan separuh sago pandan.
  7. Kukus lagi selama 10 minit. Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air di permukaannya. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan buangkan air guna sudu je / guna kitchen towel.
  8. Tuangkan satu lagi adunan hijau dan kukus selama 10 minit.
  9. Setelah siap, tuangkan lagi satu bahagian adunan asal/putih dan taburkan rata sago pandan.
  10. Kukus selama 25 minit. Setelah siap angkat kuih dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dipotong guna pisau plastik.

Saturday, March 9, 2013

Ayam Masak Halia

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah menu ayam yg paling ringkas dan semestinya sedap. Kalau nak cepat dan tak sempat nak masak macam2 tu, bolehlah masak ayam halia ni. Lagipun ayam ni tak berapa pedas, sesuai utk anak2. Macam biasalah kalau saya masak, mesti kena pedas sikit, kalau tak...tak berseleralah suami saya nak makan. Terima kasih pada Kak Liza berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Sebelum ni pernah masak diSINI. Jomlah semak resepi mudah ni, manalah tau adik2 diluar sana ingin mencuba menu ringkas ni.



Bahan- Bahan
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil, basuh bersih dan toskan)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air* 
  • 1 sudu kecil tepung jagung*(*dibancuh bersama)
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1 pokok daun bawang/sup - potong pendek
  • 1 biji buah tomato - belah 4
  • 1/2 btng carrot - ptng kecil
  • minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula
Bahan Hiris
  • 5 cm halia
  • 1 labu  bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi merah- Yatie tambah
Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
  2. Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
  3. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
  6. Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan.

Thursday, March 7, 2013

Sausage Bun

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Minggu ni menu roti jelah ya. Lagipun anak2 tngh suka makan roti yg mamanya buat sendiri, jadi layankan jelah selagi tak jemu. Roti sosej ni antara yg paling laris dan kerap saya buat. Lagipun mudah je, siap bawa bekal ke sekolah lagi. Sebelum ni guna resepi yg sama utk buat sosej blossom bun dan Spiral sausage bun, mmng sedap dan laku betul. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi roti ni, akak kongsikan sekali lagi resepinya kat sini ya.





BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 gm susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 gm telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 gm mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
  • 10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
  • Mayonnaise secukupnya
  • Sos cili/sos tomato, secukupnya
  • Mix vege secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH :-
  1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
  2. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
  3. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
KAEDAH LAIN :-
  1. Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 gm setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang,leperkan, letak 1 batang sosej ayam yg di belah 2 dan tekan2kan sikit.
  3. Alih ke dlm dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....
Related Posts with Thumbnails