Thursday, August 2, 2012

Tart Bunga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kogsikan bersama resepi tart bunga yg saya buat 2 hari lepas. Sebenarnya nak buat masa hari minggu, tapi dok sibuk jln2 shopping tu yg tak jadi buat. Lagipun dah letih, kalau buat gak dlm keadaan mood yg tak stabil....alamat kuihnya pun ikut tak stabillah...he3, faham2 jelah ya.

Resepi dari Kak Fida ni mudah je, takyah guna mixer segala. Pada kawan2 dan adik2 di luar sana yg nak cuba buat tu, bolehlah mencubanya. Bab inti tu saya guna yg dah siap je, takyahlah susah2 nak kupas nenas, nak parut dan masak hingga kering lagi...tiada kerajinan di situ. Jadi bagi memudahkan kerja.... beli je inti nenas tu, pastu suruh anak dara saya gentel bulat2 inti tu dulu, mudah bila nak di gunakan.

Terima kasih pada Kak Fida kerana berkongsi resepi tart bunga ni di myresepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kawan2 boleh juga lihat resepi di SINI bagi membuat Tart Gulung.




Bahan-bahan ( 90-100 keping )
  • 250 gm mentega (nak sedap guna yang berkualiti)
  • 2 sudu besar minyak sapi-saya tambah
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 biji kuning telur
  • 10 sudu besar tepung jagung/kastard - ayak
  • 1 sudu kecil esen vanilla (opt)
  • 350 gm tepung gandum - ayak (tambah jika adunan lembik)
  • Inti nanas secukupnya-buat bebola kecil
  • paper cup kecil secukupnya
Cara-cara
  1. Mentega,susu manis,kuning telur,vanilla dan tepung jagung/kastard dikacau hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit2 sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
  3. Canai doh dan terap dengan penerap berbentuk bunga.
  4. Bubuh doh bunga kedalam papercup yg beralas mangkuk2 alum dan tekan2kan sikit di tengahnya.Isi inti nanas dan hias jika suka.
  5. Bakar pd suhu 165C-170C selama 20 min atau hingga garing mengikut suhu oven masing2.

Wednesday, August 1, 2012

Vadai/ Magelek

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Vadai/magelek ni saya buat petang tadi utk berbuka puasa. Bila bln puasa ni suka pulak makan yg bergoreng. Masa goreng ni pun dekat2 nak berbuka baru goreng sbb nak makan masa panas2. Bila panas lagi tu rasanya sedap sngt, garing diluar dan lembut di dalam. Kali ni amil resepi dari Mat Gebu lagi, dan menurut Che Mat resepi ni adalah dari Rinchan. Terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Tetiba teringat masa beli vadai ni dulu, mamak tu beri sekali sebatang lada hijau utk di makan bersama vadai/magelek ni....tu yg tangkap gambar dngn ladanya sekali..he3..


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 250 gram kacang dhal, cuci dan rendam 4 jam
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 1 camca teh jintan manis
  • 2 tangkai cili kering, gunting kecil2
  • 1 tangkai daun kari, dilurut
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan kacang dhal tadi, kemudian kisar hingga hancur, kalau masih ada sedikit biji2 kacang dhal pun tak mengapa. Kisar tanpa air. (mat guna food processor). Tuang ke dalam bekas.
  2. Masukkan jintan manis, cili kering, bawang besar dan daun kari (kalau daun kari anda besar, hiris sedikit). Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Biar sekejap.
  3. Ambil sehelai plastik bersih, sapu dengan sedikit minyak makan, dan ambik anggaran 1 camca besar penuh adunan vadai, bulat2 dan leperkan sedikit. Susun atas loyang yang telah dialas plastik dan juga disapu sedikit minyak. Buat hingga siap.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Jika suka, boleh juga masukkan beberapa helai daun kari dalam minyak gorengan tadi bagi menambah aroma. Boleh hidangkan untuk minum petang... Selamat mencuba!!..



Soto Madura

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pernah makan soto madura tak? Masa pertama kali makan soto ni mmng terasa pelik sikit sbb kuahnya lemak kuning tapi ada rasa sup ayam dan makan dngn sambal kicap. Bila dah rasa, perghhhhh...mmng sedap betullah. Kalau tak percaya anda cubalah sendiri, baru tau mcmana rasanya.

Masa Hamka nak makan semalam, klakar dibuatnya. Hamka tanya pada saya, kenapa kuahnya takde sayur2an. Kenapa mama tak bagi Hamka makan sayur? Dalam hal ni tak boleh nak salahkan Hamka. Memang dia tahu biasanya nasi impit makan dngn sayur lodeh, tu yg dia dok tanya..mana sayur2nya. Terpaksalah saya menerangkan padanya, kali ni mama masak nasi impit makan dngn kuah lemak kuning ayam, namanya pun lain iaitu Soto Madura. Makan dngn sambal kicap, taugeh dan ayam goreng yg di siat2 halus. Hamka cuma senyum je, mesti dia fikir mamaNya saje main2 nak sedapkan hatinya. Haihhhhh situlahhh, yg penting bila dia makan dia kata sedapnyaaaa mama masak, nak tambah lagi bolehhhhh....hahhhh itulah yg nak dengar tu.... kan dah kata sedap.

Pada kawan2 yg teringin nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.


Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam – dipotong 4, (2 keping dada di goreng manakala selebihnya di ptng kecil utk di masak bersama kuah soto)
  • 1 s/k garam dan sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ayam.
  • 2 kotak santan kara/ayam brand ( 1 kotak 200ml)-guna santan kotak supaya kuahnya cantik, tak pecah..
  • 4 cwn air atau secukupnya
  • 3 batang serai – dititik
  • 1 btng kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
  • Garm dan sedikit gula

Bahan di Kisar

  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 labu bwng besar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 sudu kecil lada putih/sulah- di tumbuk halus
Lain2 bahan yang diperlukan :
  • sambal kicap
  • Taugeh buang ekor, cuci dan toskan-tak perlu di celur
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
  • Nasi impit secukupnya
Cara Penyediaan.
  1. Goreng 2 keping dada ayam sehingga masak dan ketepikan dulu. Sekiranya dah sejuk, bolehlah di siat2 kecil dan ketepikan...bila nak makan soto madura, barulah letak ayam tadi dan siramkan kuahnya.
  2. Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan2 yang telah dikisar, jintan manis dan ketumbar...masukkan lada sulah yg telah di tumbuk lumat.
  3. Tumis hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik. Masukkan ayam yg diptng kecil.
  4. Kemudian masukkan air, dan kacau sentiasa. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan santan dan gaul sebati. Masak lagi sehingga mendidih dan guna api sederhana.
  6. Masukkan garam dan perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah matikan api.
*** Hidangkan bersama nasi impit,ayam yg telah di goreng dan di potong kecil/siat2kan, sambal kicap dan taugeh mentah. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup. Siap utk di makan.
Related Posts with Thumbnails