Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua, moga ceria2 selalu di samping keluarga dan tugas seharian. Hari ni saya nak tayang sikit roti yang saya buat malam tadi. Alhamdulillah roti yg saya buat menjadi dan lembut walaupun tak menggunakan bread softener dan bread improver. Masa mula2 nak buat tu, bimbang juga kot2 tak menjadi atau keras, tapi berkat keyakinan dan semangat yg tinggi akhirnya berjaya juga.
Sebelum ni ada juga buat roti, tapi ikut tekak sendiri kira oklah. Kalau nak kongsi resepi di sini, mestilah yg betul2 menjadi...kalau tak di katanya tipu pula. Oklah disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada
Ros@JMC yang banyak memberi tunjuk ajar tentang membuat roti. Ros juga yang mencadangkan supaya menggantikan bread softener/ bread improver kepada Water Roux. Di sini memang sukar utk mendapatkan bahan2 seperti itu. Selepas ni bertambah2 rajin rasanya nak buat roti lagi...dan lagi...dan lagi...hi3.
Akak minta izin letak resepinya di sini ya Ros. Mudah2an ramai lagi kawan2 terutama yg berada diluar negara utk mencuba membuat roti sendiri. Terima kasih banyak2.

Atas roti tu adalah taburan kelapa kering....memandai je...hi3

Bahan-bahanya- 250 gram tepung roti
- 50 gram tepung gandum
- 2 sudu besar marjerin
- 140 ml air suam/ atau susu segar
- 1 biji telur- tinggalkan sedikit untuk gliss nanti
- 2 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil yis
- 1 sudu kecil bread improver atau dough softner
- sedikit pewarna hijau dan beberapa titik perasa pandan.
- (kalau guna water roux,letak dlm 2 sudu besar dan kurangkan kuantiti air/ susu)
Caranya- Masukkan semua dlm bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On je, (uli tangan,kemudian perap sehingga dua kali ganda).
- Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
- Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 16 bahagian dan biarkan lagi selama 8 hingga 15 minit. akhir sekali masukkan inti kaya dan tutup doh, rehat lagi selama 40 minit atau sehingga naik dua kai ganda, gliss permukaan roti dengan sedikit telur+susu+madu dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
- Akhir sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama air milo atau kopi, amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang, selamat mencuba.
** Kalau nak guna
water roux pun boleh jugak ni, tapi kurangkan sikit, kuantiti susu segar tu ye. agak-agak je, guna cecair tu dlm 100ml je, tengok doh tu macam mana nanti.

Ini adalah cara membuat Water Roux.( resepi asal water roux ni saya ambil di blog
MamaFami`s spicen n splendour) terima kasih ye Mama.
50 gram tepung gandum
250 ml air
Cara-Caranya.
Masukkan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, Letak dlm bekas dan tutup dengan plastik wrap dan simpan dalam fridge. Sekiranya hendak gunakan, keluarkan dari peti ais dan biarkan sebentar dan boleh di gunakan. Water Roux ini tahan dlm masa 3 hari sahaja.