Monday, April 18, 2011

Donut Tofu Lembut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni saya dan keluarga sarapan Donut Tofu Lembut je. Sebenarnya saya buat donut ni malam tadi, pagi ni senanglah sikit takyah bersusah payah menyediakan sarapan pagi. Anak2 pun bukan main suka lagi bila permintaan mereka di tunaikan. Saya nak buat kek malam tadi, tapi anak2 suruh buatkan donut, nak bawa bekalan sekolah katanya. Saya pun tukarlah agenda, dari kek terus ke donut. Alhamdulillah saya buat donut yg sangat lembut dan sedap sangat. Tak sangka tofu lembut pun boleh di buat donut....sedap pulak tu.

Terima kasih pada Ros@Jintanmanis kerana berkongsi resepi donut yg sangat sedap. Ros ni mmng pakar membuat donut dan pelbagai jenis roti. Kawan2 bolehlah singgah utk melihat sendiri keayuan dan kegebuan donut dan roti2 yg Ros buat. Donut Tofu Lembut ini juga saya pernah nampak di rumah Mas. Mas ni pun rajin mencuba pelbagai jenis donut dan roti2 yg sangat gebu. Suka bila tengok kawan2 buat roti sendiri dan menjadi dngn jayanya. Kalau guna BM mmng mudahkan, setakat ni saya masih uli adunan guna tangan je...alhamdulillah tetap menjadi. Kalau kawan2 nak merasa donut tofu lembut ni, bolehlah mencubanya...berbaloi tauuu..sedap sangat. Jom kita semak resepinya.




Bahan-bahan
  • 300 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boleh)
  • 125 gram taufu lembut - boleh lihat DISINI
  • 1 1/2 sudu besar susu tepung / skim milk - Mas tak letak
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
  • 160 ml susu suam@air suam - Saya uli guna tangan, tuang air sikit2 sehingga menjadi doh yg dikehendaki
  • 40 gram shortening (saya letak 1 1/2 sudu besar)
  • 4 sudu besar gula
  • 6 gram yis (saya letak 2 sudu kecil)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.
Cara membuat Doh :
  1. Kaedah 1 : Penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2 : Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Tips untuk dapat doh yang lembut : Ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye dan biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan dengan menggunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
Nota: Ros bentukkan donut taufu ni macam anyaman dan pintalkan, boleh lihat DISINI bentuk donut yang dipintal tu, lepas tu goreng macam biasa, kasi lain sikit rupanya, anak-anak pun suke. topping saja donut ni ikut selera masing2, boleh dicelup dengan coklat bagi menaikkan lagi rupa donut taufu lembut ini, Selamat Memasak semua.

7 comments:

  1. amboi yatie... pagi2 dah goda ita dgn donut ni... gebunyer yatie... tak tau pulak taufu pun boleh buat donut... mesti cuba ni... nampak menarik! yatie cantik aje donut tu... sama aje saiz dia... yatie pakai terap ke atau bulat2 pas tu buat lubang sendiri... cantik lah...

    ReplyDelete
  2. akak..nak donut tofu tu....
    sedappkan donut ni..
    mas suka...
    perhh..lembut,gebu,montok jer donut akak tu...

    ReplyDelete
  3. Gebunya donut tofu ni...kak cek nak seketul buat breakfast pagi ni...nyum..nyum..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikumwbh Kak Yatie....owh..alahai..gebunya donut ni....:)
    Apa khabar kak? Lama Ayu x BW.....owh rinduuunya rase....

    ReplyDelete
  5. as-salam kak
    gebunye donut tofu..lain dgn yg lain donut ni...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum akak..
    menarik ler resipi nie akak... diana x perna buat lg donut tofu... boleh try nanti.. pasti irfan suka... :)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum yatie
    donut yang ini akak belum pernah try lagi..hari tu tersilap beli tofu..gebu ya yatie..entah bila lah akak nak menerai nih.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails