Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Friday, September 26, 2014

Rendang Daging Istimewa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kebetulan 24 sept hari ulangtahun perkahwinan saya, jadi buatlah pulut kuning dan rendang daging istimewa yg sedap ni. Ramai kwn2 yg bertanya resepinya. Saya pernah masak rendang sebelum ni diSINI. Di sini saya kongsikan sekali lagi bersama resepi pulut kuning sekali ya. Harap kwn2 berpuashati dan selamat mencuba. Saya mmng suka rendang ni, ianya tahan lama. Rasanya yg pedas2 manis buatkan ianya enak di makan bersama  pulut, nasi, ketupat, lemang,lepat dan pulut kuning. Waduh bila cerita ni terus laparlah....terasa2 lagi kesedapan rendang ni...kalau tak percaya tu, anda cubalah sendiri. Kali ni saya masak 2 kg walaupun cuma makan sendiri....tahan 2 hari makan....wallahhhhh sedapnya...



Bahan-Bahan
  • 1 kg daging btng pinang ( dihiris kecil dan nipis)
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 2 cawan santan (sedikit pekat)
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1/2 ketul gula melaka (hiris halus)
  • 2 keping asam gelugor
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun limau purut/daun kunyit
  • 1 cawan minyak masak utk menumis
Bahan Kisar Basah
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bwng besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai - di hiris halus dan kisar
Bahan Tumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 batang serai - diketuk
Bahan Disangai/digoreng tanpa minyak dan Dikisar Kering
  • 3 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
Cara Memasak
  1. Hiris daging nipis, cuci dan toskan.(Kalau guna daging biasa rebus dulu hingga empuk)
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan2 tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar basah dan cili kisar dan kacau lagi.
  4. Masukkan bahan kisar kering. Kacau lagi. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga keluar air daging dan kering sedikit airnya. Kacau sesekali.
  5. Masukkan santan dan kacau rata. Masak dengan api sederhana agar daging lembut elok.
  6. Masukkan pula gula melaka dan asam gelugor. Masak lagi hingga daging sebati.
  7. Bila daging sudah hampir masak, masukkan kerisek,daun limau purut dan garam secukup rasa dan masak hingga kuahnya pekat sedikit. Kacau rata. (bila dah letak kerisek, masakan akan mudah hangus, elok dikacau sesekali.....masa ni guna api kecil je).
  8. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutup api bila daging sudah benar2 empuk dan kuahnya pekat/kering.
  9. Setelah siap bolehlah di hidangkan bersama ketupat, pulut kuning atau nasi impit..


RESEPI PULUT KUNING

 Bahan-Bahan

4 cawan beras pulut
3 inci kunyit hidup/2 sb serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
2 1/2 cawan santan + 1 sudu kecil garam, kacau rata
1 helai daun pandan, disimpul

Cara Penyediaannya.
  1. Kupas kunyit hidup (jika menggunakan kunyit hidup), cuci dan tumbuk, campur sedikit air dan perah jusnya. Cuci beras pulut dan rendam, campur asam gelugor dan jus kunyit @ serbuk kunyit tadi. Gaul rata dan biar terendam 6-7 jam.
  2. Kemudian toskan pulut tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun pandan dan kukus 30 minit. Kukus di jaringannya dan buatkan sedikit lubang di tengahnya. Apabila pulut sudah separuh masak, alihkan pulut tadi ke dalam bekas lain. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga santan habis. Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus balik 20 minit.
  3. Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah, boleh di alihkan ke dalam bekas lain. Hidangkan bersama rendang ataupun kari.

Wednesday, September 24, 2014

Pulut Kuning dan Rendang Daging Istimewa di Hari Ulangtahun Perkahwinan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah, hari ni  bersamaan 24 sept, genaplah 23 thn kami melayari bahtera perkahwinan. Syukur pdMu Ya Allah kerana merahmati dan memberkati hubungan kasih suci ini. Moga ianya berkekalan bahagia hingga ke Jannah. Aamiin.
 Banyak suka dan duka di lalui bersama membuatkan kami suami isteri lebih menghargai satu sama lain dan makin mengeratkan lagi hubungan kasih sayang ini. Terima kasih suamiku Mohd Khata yg sentiasa memberi,menerima dan berlapang dada menjaga hubungan suci dan halal ini dngn penuh hikmah. Moga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati keluarga kita dan semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke Jannah. Aamiin...Tiada sambutan istimewa pun, sekadar menu2 biasa je ikut selera keluarga. Di hari yg istimewa ini juga saya sempat sediakan pulut kuning dan rendang daging tanda kesyukuran. Alhamdulillah...mood tetiba teringat anak2 yg jauh di mata tapi dekat sangat2 di hati...rindu Talhah ngan Seri Izati lah tuuuuu...




Monday, May 27, 2013

Rendang Daging Cili Hijau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Selamat bercuti pd warga pendidik juga anak2 murid. Gunakanlah masa cuti persekolahan ni dngn sebaiknya. Rajin2 lah tolong ayah dan ibu di rumah ya anak2 dan rajin2lah ulangkaji pelajaran masa cuti ni. Berbalik pada menu ni, sebenarnya saya masak rendang daging ni semalam. Kebetulan hari minggu, jadi bolehlah masak yg berat2 sikit. Rendang daging ni saya masak guna cili padi hijau dan cili hijau. Kalau nak ikutkan rendang ni warna hijau sbb guna cili hijau, tapi bila dah letak kerisik segala dan sedikit kunyit..jadi warna lainlah pulak. Tak kisahlah yg penting rendang daging cili hijau ni mmng sedap. Kali ni saya makan bersama nasi impit, sayur lodeh dan pulut kuning..umphhhhh..mmng sedap sangat. Anak2 paling suka menu macam ni. Maklumlah mama nya dah lama tak masak menu kegemaran diaorang ni... Pada kawan2 yg nak rasa kelainan rendang tu, bolehlah cuba resepi mudah ni. Sebelum ni saya masak guna ayam, kali ni tukar pada daginglah plk...Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan
  • 1 kg daging batang pinang
  • 250 ml santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar gula melaka
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 btng serai-di ketuk
  • 2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • sedikit air jika perlu
Bahan Kisar
  • 4 batang serai-hiris halus
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 30 biji cili padi hijau
  • 5 tangkai cili hijau
  • 6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
Cara Memasaknya
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan serai yg di ketuk.
  2. Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Guna api sederhana je masa ni.
  3. Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula melaka dan garam secukup rasa.
  4. Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
  5. Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
  6. Sedia untuk dihidangkan. Sedap di makan bersama nasi impit dan pulut kuning.
**Kalau guna daging biasa, mestilah direbus dahulu hingga empuk, kemudian toskan airnya dan bolehlah di masak seperti biasa.

Tuesday, March 12, 2013

Daging Palembang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan bersama resepi Daging Palembang yg sangat sedap, dahlah sedap...mudah pulak tu menyediakannya. Daging ni saya masak masa hari minggu lepas. Macam biasalah, kalau masak lauk daging mesti kena masak lauk lain sbb anak saya Hamka dan Dina tu mmng tak suka lauk daging. Kalau masak daging je diaorang mmng tak selera. Tapi takpelah, kali ni mamanya masak ikut selera sendiri tapi selera suami dan anak2 tetap tidak di abaikan. Lauk sampingan saya masaklah ayam goreng kunyit bersama kacang buncis...kira semuanya berseleralah.

Ramai juga kawan2 yg dah mencubanya, antaranya Amie, K.Madihah, K.Ummi dan Zaliedana. Semuanya kata sedap sangat....kawan2 yg lain tu bila lagi nak mencubanya. Kalau teringin nak merasa tu cubalah sendiri ya...mmng sedap sangat. Terima kasih juga pada penyumbang resepi Kak Maria Hakem. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak resepi mudah ni.



Bahan-Bahan:
  • 700 gm daging - potong lebar dan nipis
  • 2 batang serai - dititik
  • 500ml santan pekat
  • 2 sudu besar kerisek
  • 1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
  • minyak utk menumis
Bahan kisar:
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 15 biji cili kering- Yatie guna 1 cawan cili kisar
Bahan Tumis
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji bawang merah-hiris-Yatie tambah
  • 2 ulas bwng putih-hiris -Yatie tambah
Cara Memasak
  1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
  3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
  4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan kerisek dan gaul rata. Masak sehingga daging empuk.
**Kalau guna daging beku, rebuslah dulu sehingga empuk barulah masak seperti biasa.

Wednesday, October 3, 2012

Sambal Kacang Berdaging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Tetiba teringinlah pulak nak makan sambal kacang berdaging. Masa raya aritu makan kat rumah kakak,makan bertambah2 sebab sedap sangat. Sebelum ni pernah buat diSINI. Hari ni Hamka siap tanya, kenapa mama tak buat sayur lemak/lodeh. Tergelak di buatnya sebab mamaNya mmng nak makan dngn sambal kacang berdaging je. Sebenarnya hari ni masak nasi dan lauk serta sayur macam biasa. Alang2 ada nasi impit segera, saya pun rebuslah...pastu teringin plk nak makan sambal kacang, apa lagi main lebur jelah semuanya...senang kerja...yg pasti semua sukaaaaaa.....kan... Hamka....Hamka...lain kalilah ya mama masak sayur lodeh tu. Lagipun takmo membazir sbb dah masak sayur kegemarannya tadi. Kalau masak sayur lodeh gak, alamat membazirlah tak di makannya. Lagipun arini mamaNya ada sedikit malaslahhhh...biasalah kdng2 mood ok, kdng2 tidakkkk..ohhhhh. Jomlah semak resepi sempoi ni. Nanti merepek merapulah plk..



 Bahan-bahan:
  • 1 1/2 cawan  kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
  • 1 kilo daging dipotong kecil
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • 3 btng serai-dititik
  • 1/4 cwn air asam jawa
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 3 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn air-anggaran
Bahan Dikisar:
  • 2 batang serai-dihiris halus
  • 1 inci lengkuas
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 cwn cili kering kisar
  • 2 sudu besar udang kering-cuci rendam dan toskan
  • sedikit belacan
Cara-cara:
  1. Rebus daging hingga empuk dan toskan airnya. Kalau guna daging batang pinang, tak perlu rebus.
  2. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
  3. Panaskan minyak dlm kuali,tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau.
  4. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambi dikacau sekali-sekala.
  5. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
  6. Kemudian masukkan daging yg di rebus tadi.
  7. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala sehingga daging empuk dan sebati. Jangan risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
  8. Rasa dan tambah garam, gula dan masamnya jika perlu. Sambal kacang ni sedap manis2 sikit.

Wednesday, July 25, 2012

Begedil Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya buat begedil lagi gara2 sedap sangat masa makan kat rumah mak minggu lepas. Resepi ni ringkas je, tapi rasanya sungguh sedap sekali. Biasalah kalau resepi dari mak ni, walau seringkas mana pun ianya tetap sedap dan buat kita teringat2 je. Di sini saya nak kongsikan bersama resepi begedil yg sangat sedap dari bonda tersayang. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba. Begedil ni sedap dimakan bersama soto ataupun mee sup. Lebih sedap lagi di makan begitu saja..mmng tak perasan berketul2 masuk mulut. Jomlah semak resepinya...



BAHAN BAHANNYA
  • 1/2 kg ubi kentang
  • 200 gm daging ayam kisar
  • 2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 2 tangkai daun sup dihiris halus
  • 1/2 labu bawang besar-di potong dadu
  • 2 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya utk menggoreng
CARA MEMBUATNYA
  1. Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak,angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat. Ketepikan dulu.
  2. Sementara itu tumiskan bwng besar dan masukkan daging ayam kisar dan masak sehingga separuh masak.
  3. Satukan kesemua bahan2 kecuali telur di dalam satu bekas.
  4. Ambil sedikit adunan dan kepal2kan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.
  5. Dalam bekas lain,pecahkan telur dan kocak2kan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak sehingga berwarna keemas2an.
  6. Guna api sederhana je. Bila dah masak, angkat & toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.

Monday, June 11, 2012

Daging Kicap Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni menu yg gelap/hitam lagi. Perasan tak n3 kali ni berderet je menu gelap2..he3..walau gelap2 tapi sedap di tekak dan menyelerakan sekali. Tengoklah tu kaswi durian gula merah, kek coklat mayonis..dan arini daging kicap sedap..he3.. Nak buat macamana, dah masak, kenalah kongsikan kat sini. Kalau tak jemu pulak tngk menu yg sama je kan. Oklah, daging kicap sedap ni mudah je masaknya. Macam masak kicap yg lain juga. Biasanya kalau menu sahur mesti saya masak kicap. Kalau lauk kicap mcm ni, makin di panaskan makin mesra gitewww..so bila makan tu makin sedaplah. Resepi mudah ni boleh buat rujukan anak bujang saya di perantauan. Bila sebut sesekali tu, jadi rindulah pulak. Tapi takpe, tak lama lagi pulang bercutilah anak bujang kesayangan. Jomlah tngk bahan2 mudah ni..


Bahan-Bahan.
  • 1 kg daging batang pinang
  • 4 biji kentang- kupas kulit dan potong berbaji
  • 1/2 cwn kicap pekat manis
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 tangkai lada hijau ( di belah 2, pastu belah tnghnya tapi jngn sampai putus)
  • 1 labu bwng besar- di mayang
  • 1/2 cwn minyak untuk menumis
  • garam dan gula( jika perlu)
  • Air secukupnya-jika perlu.
Bahan Tumis (di hiris)
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 15 biji cili padi- ptng kecik2
  • 1 btng kayu manis, 2 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga
  • 2 btng serai- di ketuk
Bahan Hiasan(hiris dan taburkan atas daging)-Yatie terlupa letak...he3..
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
Cara-Cara
  1. Potong daging kecil2 dan rebus hingga empuk. Sekiranya guna daging batang pinang tak perlu di rebus dahulu.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis/hiris sehingga wangi.
  3. Masukkan daging dan kentang yg telah di potong berbaji. Masukkan serbuk lada hitam.
  4. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sedikit air. Biarkan daging dan kentang empuk.
  5. Masukkan lada hijau yg di belah 2 tadi dan bawang yg di mayang. Gaul rata.
  6. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan hidangkan....tabur bersama bahan hiasan.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Monday, January 2, 2012

Murtabak Lapis Kraker

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni sibuk sikit sebab uruskan anak bongsu yg naik darjah 1 pada 4 januari ni. Persiapan lebih sikit sebab tahun ni juga Hamka memulakan persekolahan agama sebelah petangnya. Nampak gaya mmng bertambah sibuklah di buatnya.
Ok, malam tadi saya buat Murtabak Lapis Kraker ni utk makan2 sambil menonton tv, di samping tu juga dah plan utk bf sekali. Bila makan murtabak ni terasa kenyang yg amat....tak payah nak makan nasi lagi. Betul kata K.Ummi, mmng terasa seolah2 makan murtabak yg di beli dan tentunya mengenyangkan. Pagi tadi, tak perlulah saya menyiapkan sarapan pagi. Murtabak Lapis Kraker sedia terhidang...cuma perlu di panaskan je. Murtabak ni juga sesuai buat minum petang juga. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya....ianya mudah dan semestinya sedap..tak percaya....cubalah sendiri, baru tau kesedapannya...

Terima kasih pada Paty's Kitchen kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.




Bahan-Bahan:-(loyang 9x9x3inci)
  • 18 keping biskut krackers (Yatie guna 27 keping sbb buat 3 lapis)
  • 500 ml santan (*akak letak 400 ml je, Yatie pun sama)
  • 1 tin susu cair
  • 6 biji telur
Untuk Lapisan Daging
  • 500 gm daging kisar (*akak guna 400 gm je)
  • 3 biji bawang besar dicincang halus
  • 1 paket serbuk kari daging
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang lobak merah diparut
  • 1 tangkai cili merah- di cincang (Yatie tambah)
  • daun bawang daun sup dicincang
  • 3 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa, sedikit gula
Cara Masak Inti
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus. Campurkan pada rempah kari sehingga menjadi pes basah.
  2. Panaskan minyak tumis pes basah sehingga gareng dan naik baunya. Masukkan bawang besar dan daging cincang.
  3. Masukkan 1/4 cawan air dan masak sehingga daging empuk.
  4. Masukkan garam, lobak merah dan daun bawang dan daun sup. Angkat dan sejukkan.
Cara Buat Lapisan Kraker.
  1. Rendamkan 9 keping krackers dalam campuran susu dan santan tadi.
  2. Oleskan 9 x 9 dulang pembakar dengar mentega.
  3. Susun krackers yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.
  4. Lapiskan dengan lapisan daging.
  5. Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi.
  6. Susun lagi krackers atas lapisan daging dan telur tadi.
  7. Tuangkan lagi separuh dari susu tadi.
  8. Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.
  9. Akhir sekali tuangkan baki susu sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada kadar 190C. (*akak buat 2 lapisan daging dan 3 lapisan biskut kraker, bahagian atas diakhiri dengan biskut krakers, Yatie pun buat mcm K.Ummi)

Wednesday, December 7, 2011

Mee Sup Daging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak mee sup daging yg sangat sedap. Biasanya guna mee hoon je, kali ni tukar pada mee kuning pula. Kalau makan2 kat luar, mee sup daging/ayamlah menjadi kegemaran anak2. Biasanya menu inilah yg paling senang dan gerenti habis. Kalau order yg macam2 alamat mmng tak habis. Ini juga menu berbuka kami hari ni. Mcam biasalah Hamka tukang rasmikan. Kali ni tak boleh elak lagi...terpaksalah suap guna sudu dan garpu. Siap tanya kat mamaNya, mama tak masak nasi ke arini??? Kenapa makan mee...padahal dah semangkuk dia makan masih tanya nasi lagi..tekak melayulah katakan..wajib nasi gak. Saya pun tanyalah kenapa tanya nasi gak? Hamka pun jawab...nak mama suap guna tangan juga..kalau makan mee tak boleh suap guna tangan mama...hai..klakor je Hamka. Sedap sangat agaknya air tangan mamaNya. Kalau kakaknya suap, tak pulak dia minta itu dan ini..saje je tawwwww nak manja2 lebih sikit.

Oklah jom kita semak resepi yg ringkas ni. Kalau ada kawan2 yg nak mencuba tu bolehlah mencubanya. Mudah dan pastinya sedap.


Bahan-Bahan
  • 500 gm daging
  • 2 btng serai- di titik
  • 1/2 inci lengkuas- di hiris
  • 3 sudu besar rempah sup adabi
  • 2 sudu besar rempah kurma adabi
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam/lada putih
  • minyak utk menumis
  • 5 cawan air atau secukupnya
  • garam dan sedikit gula
Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
Bahan Tumis
  • 1 btng kayu manis, 1 kntm bunga lawang, 2 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang merah di mayang
  • 2 ulas bawang putih di hiris
Cara Memasak.
  1. Rebus daging hingga empuk dan toskan. Jangan di buang air rebusan. Sekiranya guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu ya.
  2. Panaskan periuk dan masukkan 1/2 cwn minyak masak. Tumiskan bahan2 tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan2 kisar, kacau sebati dan masukkan serai dan lengkuas.
  3. Masukkan rempah sup dan rempah kurma yg di bancuh dngn sedikit air. Masukkan pula serbuk lada hitam. Tumis lagi sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan daging yg telah di rebus dan masukkan sekali air rebusan daging.
  5. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula. Perasakan.
  6. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama mee yg telah di celur.
Bahan2 Penyediaan Mee Sup
  • 1 bungkus mee kuning
  • 1 mangkuk taugeh- buang ekor, cuci, celur dan toskan
  • daun sup, daun bawang-cuci, toskan dan dihiris halus
  • bawang goreng.
Cara Penyediaannya.
  1. Masukkan mee yg telah di celur ke dlm mangkuk. Masukkan taugeh dan tuangkan kuah sup.
  2. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Siap dan boleh di makan bersama sambal kicap.
Sambal Kicap
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 15 tangkai cili padi hijau
  • 3 ulas bwng putih-bakar sebentar
  • 1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
  • 1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
  • 2 biji limau kasturi-ambil jusnya.
Caranya
  1. Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi.
  2. Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
  3. Boleh di makan bersama mee sup daging tadi.

Thursday, November 10, 2011

Dalca Daging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni layan Dalca Daging pula ya. Rasanya ramai kawan2 yg dapat daging korban sempena AdilAdha tempohari. Tentu juga kawan2 binggung nak masak apa, begitu juga dngn saya. Kali ni teringin pula nak makan dalca daging. Lagipun senang keje, tak payah masak sayur segala..dlm dalca ni macam2 ada...ada daging dan juga sayur2an. Bila kuah dalca ni banyak lagi, bolehlah merajinkan diri membuat roti canai ke, roti jala, roti puri, roti arab,takpun makan dngn roti putih je. Dalam kepala saya ni dok fikir2 nak makan dngn lempeng pekak je....ianya senang, mudah, cepat dan sememangnya sedap. Resepi kali ni saya C&P dari Mat Gebu, terima kasih Che Mat berkongsi resepi yg best ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Dalca ni mmng sedap. Kawan2 bolehlah mencubanya, jom kita semak resepinya.


BAHAN-BAHANNYA
  • 400 gram daging, hiris dan rebus empuk,
  • 1 biji terung bulat, dadu besar2
  • 8 tangkai kacang panjang, kerat2 pada saiz 1 inci
  • 2 biji kentang, belah 8 setiap biji
  • 1 batang lobak merah, potong berbaji
  • 1/2 cawan kacang dhal, rebus hingga empuk
  • 2 biji cili hijau, belah 2 setiap satu
  • 2 biji cili merah, belah 2 setiap satu
  • 1 biji tomato, belah 8
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama baba's)
  • 700 ml santan cair
  • 200 ml santan pekat
  • 2 camca besar cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 3 biji buah keras
  • 2 keping hirisan lengkuas
BAHAN TUMIS
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 tangkai daun kari, dilurut
  • 5 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
CARA MEMBUATNYA
  1. Rempah kari dibancuh bersama bahan kisar halus, kacau rata dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tuang bancuhan rempah kari, tu tumis hingga terbit minyak, gunakan api perlahan dan kacau selalu.
  2. Masukkan kentang dan lobak merah, gaul rata dan masukkan daging bersama air rebusan. Tambah santan cair dan biar mendidih hingga kentang dan lobak lembut. Tambah sayur lain, kacang dhal rebus, asam gelugor dan juga pati santan. Kacau rata.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar masak sekejap dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api...boleh hidangkan.

Friday, September 30, 2011

Kari Daging Kerisik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Malam ni baru sempat nak n3 menu tengahari tadi. Hari ni Yatie masak kari daging kerisik. Semalam ternampak kat rumah Mas kari daging ni, hai tak sabar nak masak sbb dah lama tak makan kari. Bila raya aritu Yatie banyak makan rendang daging walaupun ada juga menu kari daging. Bila dah nampak kari daging kat rumah Mas, Yatie pun masaklah utk lauk tengahari tadi. Sedap betullah kari kerisik ni, kena pulak daging yg lembut, mmng best. Kalau daging tak empuk dan tak cukup lembut....mmng menganggu perjalanan pemakanan kita. Baik2 berselera jadi terbantut nak makan lagi. Resepi asal adalah dari Kak Fida dan Yatie C&P dari Mas. Terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula buat rujukan di masa akan datang. Sebelum ni masak kari kerisik, tapi tak ikut sukatan pun...main agak2 je.



Bahan :

  • 1 kg daging -dipotong nipis dan rebus empuk. Kalau guna daging btng pinang takyah rebus
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 - 5 sudu besar rempah kari daging - dicampur sedikit air dan jadikan pes
  • 3 biji kentang - dibelah 4
  • 3 biji tomato - dibelah 4
  • 2 batang lada hijau - dibelah 2
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • garam dan sedikit gula
  • 4 cwn air atau secukupnya
  • 1/2 cwn minyak masak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
Bahan Tumis
  • 1 helai daun pandan
  • 1 btng serai- dititik
  • 2 lembar daun kari
  • 1 btng kayu manis, 1 kntm bunga lawang dan 2 biji buah pelaga (rempah tumis)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
Cara memasak :
  1. Campurkan bahan2 kisar bersama cili kisar.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris juga daun kari dan daun pandan hingga layu dan masukkan campuran bahan kisar,rempah tumis, serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam, asam gelugur, kerisik, kacau rata dan masak hingga mendidih. Boleh tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  4. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato. Renihkan lagi 10-15 min. Siap untuk dihidangkan.

Wednesday, September 21, 2011

Rendang Daging Istimewa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semalam saya masak nasi impit, rendang daging dan kuah sayur lodeh utk jamuan raya di pejabat suami. Kami para isteri di bahagi2kan tugas utk menyediakan juadah. Saya kena masak nasi impit dan rendang manakala kawan2 yg lain ada yg masak nasi tomato, ayam masak merah, rojak, satay, mee kari, spaghetti bolognese dan sebagainya. Bila di kumpulkan mmng banyak makanan yg terhidang, cuma pilih je nak makan mana satu. Alhamdulillah rezeki yg ada..sampai tak tau nak makan yg mana satu sbb bnyk sangat makanan.

Ok kali ni saya nak kongsikan bersama resepi rendang daging istimewa yg saya masak semalam. Resepi kali ni mmng tak letak halia dan kunyit utk masak daging. Kalau kawan2 nak merasa tu, bolehlah mencubanya....mmng sedap bila di makan bersama nasi impit, pulut dan sebagainya. Jom kita lihat bahan2 yg di perlukan.




Bahan-Bahan
  • 1 kg daging btng pinang ( dihiris kecil dan nipis)
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 2 cawan santan (sedikit pekat)
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1/2 ketul gula melaka (hiris halus)
  • 2 keping asam gelugor
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan minyak masak utk menumis
Bahan Kisar Basah
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bwng besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai - di hiris halus dan kisar
Bahan Tumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 batang serai - diketuk
Bahan Disangai dan Dikisar Kering
  • 3 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
Cara Memasak
  1. Hiris daging nipis, cuci dan toskan.(Kalau guna daging biasa rebus dulu hingga empuk)
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan2 tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar basah dan cili kisar dan kacau lagi.
  4. Masukkan bahan kisar kering. Kacau lagi. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga keluar air daging dan kering sedikit airnya. Kacau sesekali.
  5. Masukkan santan dan kacau rata. Masak dengan api sederhana agar daging lembut elok.
  6. Masukkan pula gula melaka dan asam gelugor. Masak lagi hingga daging sebati.
  7. Bila daging sudah hampir masak, masukkan kerisek,daun limau purut dan garam secukup rasa dan masak hingga kuahnya pekat sedikit. Kacau rata. (bila dah letak kerisek, masakan akan mudah hangus, elok dikacau sesekali.....masa ni guna api kecil je).
  8. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutup api bila daging sudah benar2 empuk dan kuahnya pekat/kering.
  9. Setelah siap bolehlah di hidangkan bersama ketupat, pulut kuning atau nasi impit..

Saturday, August 6, 2011

Bubur Nasi Daging

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni saya masak bubur nasi daging utk juadah berbuka puasa. Bubur ni rasanya seakan2 bubur lambuk bila di tambah sedikit rempah sup. Saya suka bubur nasi daging ni. Suami saya pula tak sah kalau tak makan bubur ni bersama sambal tumbuk, makin pedas makin bertambah seleranya....mmng sedap. Resepi asal bubur nasi daging ni adalah dari Chef Hanieliza dan saya C&P dari Ita Masam Manis. Terima kasih pada penyumbang resepi, pada yg suka menu yg ringkas dan sedap ni...bolehlah mencubanya. Kebetulan tekak saya mmng perit, jadi sesuai sangatlah berbuka puasa dngn bubur nasi daging ni. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.



Bahan-Bahan
  • 2 cwn beras
  • 300 gm daging dihiris nipis
  • 2 cm halia- dihiris
  • 1 btg serai- diketuk
  • air secukupnya (Yatie guna dlm 10 cwn, masak guna 5 cwn dulu, bila dah kering tambah lagi 5 cawan dan gaul sebati)
  • 2 biji kentang- dipotong dadu
  • 1 btg lobang merah- dipotong dadu
  • 1 camca besar lada hitam- ditumbuk halus
  • 1 1/2 camca besar rempah sup- Yatie tambah
  • 1 cwn santan
  • garam secukup rasa
  • 3 camca besar minyak-utk menumis
Bahan Tumis
  • 3 biji bwg merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2.5 cm halia - dihiris
Bahan Hiasan
  • daun sup secukupnya - dihiris
  • daun bawang secukupnya - dihiris
  • bawang goreng
Cara Menyediakannya
  1. Campurkan beras, daging, halia dan serai bersama air secukupnya dan masak hingga beras hancur dan daging empuk.
  2. Masukkan kentang bersama lobak merah, lada hitam,rempah sup, garam dan santan. kacau rata dan masak sehingga semuanya lembut.
  3. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
  4. Masukkan bahan yg ditumis tadi kedalam bubur dankacau rata.
  5. Angkat dan hidang ikut citarasa.

Monday, August 1, 2011

Daging Goreng Ala Kaprau

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Alhamdulillah dah satu hari kita berpuasa, moga kita di beri kesihatan yg baik utk terus menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Ok, hari ni saya masak daging goreng ala kaprau, mmng pelik sikit nama masakan ni, tapi rasanya...walaweiii sedap banget. Tngk bahan2 ringkas dan mudah menyediakannya. Alhamdulillah satu family suka masakan ni, dan sudah pastinya akan ada menu ulang tayang lepas ni. Terima kasih pada KJee kerana berkongsi resepi yg sedap ni, izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Kali ni saya kopipes dari K.Nor Secubit Garam, mmng betul kata K.Nor...sedap sangat daging masak mcm ni. Ianya sesuai juga di buat menu bersahur. Jom kita semak bahan2nya.



BAHAN2:
  • 250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
  • 2 sudu besar paste tomyam
  • cili api diketuk2 (ikut kepedasan, Yatie letak 10 cili api merah dan 4 cili api hijau)
  • 2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
  • 2 ulas bwng putih-Yatie tambah mcm K.Nor, di cincang halus
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • daun selasih (Yatie tak letak sbb takde, ganti dngn 4 helai dau limau purut je)
CARA:
  1. Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreang hingga daging kecut.
  2. Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.
* K.Nor guna 1 biji bawang besar jer dan tumiskan dulu 2 ulas bawang putih (sebab dah terbiasa bila masak mesti nak tumis bawang putih sket. Bawang putih kan banyak khasiat hehe)
* K.Nor tak guna daun selasih tp guna daun limau purut.

Saturday, July 2, 2011

Roti Lapis Berdaging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah roti lapis berdaging yg saya buat masa hariulangtahun Talhah tempohari. Kalau kuih manis2 dia tak berapa suka. Kalau kuih yg pedas2 Talhah mmng suka sangat. Kali ni saya buatkan roti lapis berdaging, ada taburan cheese lagi kat atasnya...wallaaaahhhh mmng sedap betul. Makan masa panas2, mmng asyik gitewww. Lebih sedap lagi bila di makan bersama mayonis dan sos cili...mmng best. Oklah pada kawan2 yg tak pernah buat roti lapis yg sedap ni, bolehlah mencubanya. Mmng mengenyangkan sampai ke malam makan roti lapis ni. Terima kasih pada Umi-e@myresepi.com kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya di sini pula ya.



Bahan-bahan ( 6-8 orang )
  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 500 gm daging cincang (saya guna 400 gm je)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari (saya letak 3 sudu besar)
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor
  • secubit garam dan sedikit gula
  • Parutan cheese (banyak ikut suka)
  • Sedikit margerin untuk melenser
Cara-cara
  1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam dan sedikit gula.
  2. Masak sehingga kentang empuk dan kering sedikit. Dah siap ketepikan dulu.
  3. Sementara itu,satukan susu+telor+secubit garam
  4. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
  5. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
  6. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
  7. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
  8. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
  9. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  10. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
  11. Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
  12. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
  13. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos cili.

Wednesday, June 22, 2011

Singgang Daging Kelantan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak tayang lauk singgang daging yg sungguh sedap. Saya tak pernah masak singgang daging sebelum ni, bila dah mencubanya..haiiii betapalah sedapnya. Bila hirup kuahnya tu..terasa segar je tekak ni. Suami saya cukup suka singgang daging ni. Saya akan buat lagi dan lagi dan lagi singgang daging ni. Banyak resepi singgang daging ni, kali ni saya kopipes dari Asliza. Terima kasih kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan kat sini pula ya.



Bahan-Bahan
  • 500 gm daging batang pinang - kalau dagiing biasa, rebus hingga empuk dulu
  • 4 keping asam keping
  • 2 btng serai- di ketuk
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Garam gula to taste
  • Air secukupnya untuk kuah
  • Bahan dimayang:
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
Bahan ditumbuk - tak payah hancur sangat
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil lada jitam
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • sedikit belacan- saya tambah
Cara-cara:
  1. Cukup senang, masukkan semua bahan2 yang telah dimayang, yang telah ditumbuk, asam keping, garam gula, daging dan air ke dalam periuk.
  2. Renehkan hingga daging empuk. Rasakan semua rasa secukupnya.
  3. Sedap sangat, actually this is the Kelantan version of beef stew. YUUMMmmmmYYYY!

Sunday, May 8, 2011

Rendang Tok

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Selamat Hari Ibu sekali lagi saya ucapkan. Sebenarnya hari2 adalah hari ibu buat kita. Kalau cerita pasal ibu kita mmng takde habisnya. Segala pengorbanan ibu yg melahirkan dan membesarkan kita buat hati kita tersentuh. Begitu banyak jasa ayah dan ibu. Sesungguhnya hargailah dan sayangilah mereka selagi mereka masih ada. Ok, hari ni mesti ada yg masak special buat keluarga, takpun ada yg makan2 kat luar sebagai menghargai hari ibu. Tak kisahlah ya, asalkan kita sekeluarga gembira dan bertambah erat kasih sayang sesama keluarga.

Hari ni saya masak nasi impit atas permintaan anak2. Saya masak sayur lodeh dan rendang TOK. Dah lama tak makan nasi impit, kena pula di gandingkan dngn sayur lodeh dan rendang TOK, waduhhhh mmng sedap betul. Resepi rendang TOK ni saya kopipes dari K.Liza. Saya suka mencuba resepi dari K.Liza ni sebab kebanyakkannya mudah dan sedap. Kalau tak percaya, kawan2 cubalah sendiri ya. Terima kasih pada K.Liza kerana berkongsi resepi yg sedap ni, izinkan saya kongsikan kat sini pula ya.


Bahan- Bahan
  • 1 kg daging btng pinang [potong sebesar 3 inci]
  • 2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1/2 biji kelapa [dipotong nipis] >> saya tak letak
  • 3 s/b gula merah- saya guna 1/2 ketul gula melaka
  • 3 keping asam keping
  • Daun kunyit [koyakkan]
  • garam
Bahan Kisar
  • 2 s/b ketumbar
  • 1 s/b jintan manis
  • 1 s/b jintan putih
  • 1 s/b lada hitam
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 25 biji cili kering
  • 20 biji bawang merah
  • 5 cm halia
  • 5 batang serai
  • 3 cm lengkuas
Cara- Cara
  1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali.
  2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
  3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata.
  4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya keringkan sikit rendang ni]
  5. Hidangkan.

Tuesday, April 12, 2011

Sambal Daging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Tentu semua dah makan...lagi pun dah petang ni, mestilah ibu2 yg tak bekerja tu dok sibuk menyiapkan juadah minum petang pula. Ok, hari ni saya masak lauk daging. Kalau lauk daging ni, ada anak saya yg tak berapa gemar, so saya masakan sup ayam campur kentang utk mereka. Berselera masing2 makan, lagi2 anak bongsu saya Hamka tu...suka betul kalau lauk sup ayam.

Alang2 dah masakan lauk kegemaran anak2, apa salahnya saya masak lauk kegemaran saya dan suami pula. Kali ni saya masak sambal daging resepi dari K.Liza. Saya suka sambal daging yg ringkas ni. Biasanya kita makan sambal ikan bilis, sambal udang, sambal ikan dan sambal ayam.....kali ni kita cuba pula sambal daging. Resepi ni saya tambah sedikit kicap dan daun limau purut...mmng sedap dan bertambah2 selera di buatnya....sehinggakan dah siap makan pun, saya dok ratah2 daging gitew je. Terima kasih pada K.Liza kerana berkongsi resepi yg sedap ni. Jom kita semak bahan2nya.


Bahan-Bahan
  • 500 g daging batang pinang [hiriskan nipis dan kecil]
  • 1 labu bawang besar [ di potong gelang]
  • 1 biji buah tomato -potong 6 -saya tambah
  • 1 tangkai cili merah- potong serong-saya tambah
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar kicap- saya tambah
  • 2 batang serai [ketuk]
  • 5 helai daun limau purut- saya tambah
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula
Bahan Mesin
  • 20 tangkai cili kering- saya guna 1 cwn cili kisar
  • 2 labu bawang besar (saya guna 1 biji bwng besar+5 biji bwng merah)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia-saya tambah
Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak dan tumiskan serai & bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak,
  2. Masukkan daging yg telah dibasuh & toskan.
  3. Masakkan sehingga daging lembut .
  4. Masukkan sos tomato, garam dan secubit gula. Kacau rata.
  5. Masukkan bawang besar dan daun limau purut. Kacau rata sekali lagi.
  6. Rasakan garam dan boleh hidangkan.
**Kalau guna daging biasa, rebus sehingga empuk dan toskan.Masak seperti biasa.

Monday, February 21, 2011

Daging Gulai Kawah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya tekak saya ni masih lagi perit, tapi selera tu tetap ada....tapi biasalah makan ala kadar je...alang2 dah masak, tukang masak kenalah merasa...hehehehe. Sebenarnya lauk daging gulai kawah ni saya masak semalam. Anak bujang saya yg sulung tu balik bercuti, jadi saya masaklah lauk kegemarannya dan di bawa bekal balik ke asrama. Saya masak sekilo daging jadi bahan rempah kenalah di gandakan. Bila petang, saya buatlah lempeng utk di makan bersama daging gulai kawah ni....fuhhh mmng sedap, berselera betul suami dan anak menikmati kesedapan daging ni. Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi yg sedap ni dan saya kopipes dari Mat Gebu....terima kasih Mat. Sebelum ni saya pernah makan daging gulai kawah juga, mmng sedap dan warnanya macam masak kormak, tapi resepi yg ni lebih kepada warna kari...tak kisahlah, yg penting rasanya sedap sangat. Pada kawan2 yg nak merasa tu...bolehlah cuba sendiri....jom kita semak resepinya.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gram daging (mat guna daging batang pinang, hiris, cuci dan toskan)
  • 2 camca besar kerisik
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 camca besar gula melaka
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 biji kentang, belah 8 setiap satu
  • 1 biji cili merah, belah dua
  • 1 biji cili hijau, belah dua
  • Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 20 tangkai cili kering, gunting dan rendam dalam air panas
  • 1 camca besar penuh rempah kari daging (saya guna rempah babas)
  • 1 camca teh jintan manis
  • 1 camca teh jintan putih
  • 7 biji bawang merah
  • 1 biji saiz sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 2 cm lengkuas
BAHAN TUMIS :-)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan juga rempah kari, tumis hingga terbit minyak. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut. Tuang sedikit air.
  2. Bila mendidih masukkan kentang, santan, asam gelugor, gula melaka dan juga kerisik, kacau dan masak hingga kentang empuk dan kuah pekat.
  3. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya. Tambah belahan cili hijau dan merah. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api, Hidangkan bersama nasi putih....

Monday, November 22, 2010

Daging Tomato Pandan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Harap anda semua baik2 saja. Bagi saya di saat ini kesihatan tidak memuaskan, sakit kepala dan sakit tekak yg teramat sangat....sampai nak telan air liur pun terasa perit. Aktiviti memasak tetap di teruskan seperti biasa tetapi selera makan berkurangan sedikit. Oklah di sini saya kongsikan bersama resepi daging tomato pandan yg saya masak semalam. Resepi ni mudah saja dan yg penting sedap rasanya. Resepi asal dari Mat Gebu, izinkan akak C&P resepinya di sini ya Mat. Pada kawan2 tu...cubalah...memang sedap daging tomato pandan ni...cuma akak tambah sos tomato dan tomato dadu dlm resepi ni....



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
  • 1 inci halia, tumbuk lumat*
  • 3 ulas bawang putih, tumbuk lumat*(*disatukan dan perap 30 minit)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 cawan air
  • 1/2 camca besar gula melaka
  • 1 biji tomato-potong dadu (saya tambah)
  • 2 camca besar sos tomato (saya tambah)
  • Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 2 biji tomato merah
  • 4 biji cili merah
  • 2 biji buah keras
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 camca besar ketumbar biji -saya guna serbuk je
  • 1/2 camca teh jintan halus -guna serbuk je
  • 1/2 camca teh jintan kasar -guna serbuk je
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus, serai, daun limau purut dan daun pandan hingga harum dan terbit minyak.
  2. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut sedikit.
  3. Tuang air, gaul dan biar mendidih.
  4. Kecilkan api dan masak hingga daging lembut dan kuah pekat.
  5. Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Masak sekejap lagi.
  6. Kalau nak kering biarkan lagi sekejap. Boleh diangkat dan hidangkan bersama nasi mentega kismis atau nasi putih biasa.
Related Posts with Thumbnails