![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCx8V6NAv5Y_-C1nzzyo0ZQ05L1XR2YsKO7OL_zQmtW5gQZaxz7kCuiKoItCF2RyjyEFu0OLGMhgbNi8htv5brZF4y9-OPK-LT5vGW7YzYmIJ1r3qiCp4-cvvaBkulv1L2qFFDetaKNiI/s400/IMG_0875e.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgP8XtdqQYEPKVkJ_wHQ9apj7KJzYMcgVh0ETC0HlPotc8BN-VNcJVLj5YTFDLfg4oEOtPbbfhEkOWemQ_bV9elCcnWDy22JYZk5JFaDKCSqosFpNfZNNs50dCma-xZYgQFNJCcI-ps9bY/s400/IMG_0877e.jpg)
Bahan-bahan:
* Mee kuning- dbasuh dan di celur sekejap(saya guna spaghetti je..)
* 5 sudu besar cili kisar(lada kering)
* 4 ulas bawang putih - dikisar
* 1 biji bawang besar - dikisar
* 5 sudu besar udang kering - dikisar
* 1 inci halia -di kisar
* 2 btng serai- di titik
* 2 biji kentang di rebus dan di lecek-utk pekatkan kuah
* 1 cawan udang basah
* 1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
* 1/2 cwn sos cili
* 1/2 cwn sos tomato
* 4 biji telurTelur - rebus berasingan iaitu pecahkan dalam air panas dngn api sederhana
* 1 cwn kacang tanah digoreng ~ ditumbuk halus
* 4 cwn air
* Garam dan gula secukup rasa.
* 1 pokok sayur sawi-di celur sekejap
* 2 biji tomato biji
* Bawang goreng dan daun bawang serta hirisan limau kasturi- sebagai hiasan
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan- bahan yang dikisar serta serai sehingga naik bau.
- Masukkan sos cili dan sos tomato, kacang tanah dan air rebusan daging dan biar seketika.
- Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan kuah sehingga pekat.
- Masukkan kentang yg di lecek tadi dan gaul sebati.
- Masukkan udang, daging rebus dan kacau sebati. Masukkan buah tomato tadi. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah di hidangkan.
- Masukkan sedikit mee yg telah di celur kedalam mangkuk.
- Letak sawi dan telur... tuangkan kuah di atas mee tadi.
- Taburkan daun bawang dan bawang goreng serta letakkan hirisan limau.
- Setelah siap, bolehlah di makan.