Showing posts with label Tauhu. Show all posts
Showing posts with label Tauhu. Show all posts

Monday, June 22, 2015

Tauhu Sumbat Bersama Sos Cili Merah

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Tauhu sumbat ni merupakan menu berbuka puasa semalam. Biasanya saya masak ringkas je, yg pasti ianya menjadi kegemaran keluarga. Resepi tauhu sumbat ni saya kopipes dari blog K.Ummi dan resepi asalnya dari Chef Hanieliza. Biasanya kalau resepi dari K.Liza ni mmng mudah dan semestinya sedap. Pada kwn2 yg tercari2 resepi tauhu sumbat dan sos cili merah yg sedap tu, bolehlah cuba resepi ni, mudah je. Selamat mencuba...



Bahan-Bahan
  • 10 keping tauhu
  • timun (saya guna 1 biji timun sederhana)
  • sengkuang (saya letak 1/2 sengkuang)
  • carrot (saya guna 1 batang - jgn pilih yg keras sgt)
  • Taugeh- buang akarnya, cuci, celur sekejap dan toskan
  • minyak secukupnya utk goreng tauhu
Cara-Cara:-
  1. Tauhu dipotong 3 segi dan goreng sampai masak. 
  2. Sementara tu, hiriskan sengkuang, carrot dan timun. Celurkan taugeh sekejap je dan toskan.
  3. Ketepikan dulu.
BAHAN2 UTK SOS CILI MERAH
  • 5 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili kering-potong kecil, cuci dan rendamkan dngn air panas
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan air atau secukupnya
  • garam
  •  gula secukup rasa (2 sudu besar)
  • 1 biji jus limau kasturi
Cara-Cara:-
  1. Mesinkan semua bahan kecuali jus limau.
  2. Masakkan sos sehingga pekat.
  3. Campurkan jus limau dan kacau rata. 
CARA PENYEDIAAN2NYA
  1. Belahkan bahagian tauhu yg hendak di masukkan sayuran.
  2. Masukkan sayuran dalam belahan tahu dan hidangkan bersama sos cili merah

Saturday, July 30, 2011

Tofu Telur Bersarak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak sayur yg ringkas je. Tofu telur ni mmng sedap masak mcm ni selain masak sup. Terima kasih pada Kak Ummi yg berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Pada kawan2 yg takde idea utk masak menu sahur/ berbuka puasa tu, bolehlah mencuba resepi yg mudah ni menjelang ramadhan. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.


Bahan-Bahan
  • 6 paket tofu telor (tauhu jepun) - dikerat 3 setiap satu
  • 10 tangkai cili padi thai *
  • 3 tangkai cili merah *
  • 6 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia * (bahan * ditumbuk kasar)
  • 4 sudu besar kicap pekat manis
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram- Yatie tambah
  • 6 - 7 batang kacang buncis - kerat panjang 3 inci
  • sedikit lobak merah - dihiris halus
  • sedikit daun bawang - dikerat-kerat 2 inci
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa (optional)
  • minyak masak secukupnya
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dan goreng tofu telor hingga berkulit, angkat dan toskan. Yatie pecahkan sebiji telur pastu gaulkan bersama tofu yg di kerat 3 tu..pastu goreng hingga berkulit.
  2. Kurangkan minyak tinggal 4 sudu besar dan tumiskan bahan tumbuk. Kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan kicap pekat, kicap cair dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan lobak dan diikuti kacang buncis.
  5. Kemudian masukkan pula tofu telor tadi. Kacau rata perlahan agar tofu tidak hancur.
  6. Bila semua bahan telah bersalut, seimbangkan rasa. Tutup api.
  7. Taburkan daun bawang dan kacau balik perlahan biar rata. Hidangkan.

Sunday, July 10, 2011

Tauhu Berlada

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak menu ringkas je. Saya masak lemak cendawan, goreng ikan pastu buat sambal tauhu. Sebenarnya nama resepi ni tauhu berlada dan resepi asal adalah dari Chef Hanieliza dlm buku Senangnya Memasak. Saya suka resepi dari K.Liza ni, selain resepinya yg ringkas dan mudah.... hasilnya pasti sedap. Terima kasih kak berkongsi yg mudah ni. Jom kita semak resepi yg best ni....tambahkan lagi menu tauhu. Pada penggemar tauhu tu, bolehlah mencubanya.


Bahan- bahan

  • 4 keping tauhu
  • 1 labu bawang besar Holland (dimayang kasar)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap (saya tambah)
  • 5 biji limau kesturi (diambil jus)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 cwn minyak masak
  • Garam secukup rasa
Bahan Kisar
  • 7 tangkai cili merah(saya guna 4 tangkai je)
  • 10 biji cili api
  • 2 sudu besar cili kisar(saya tambah)
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
Cara Membuat
  1. Panaskan minyak dan goreng tauhu sehingga garing. Kemudian ketepikan. Kalau suka boleh potong 4 setelah di goreng.
  2. Asingkan separuh minyak dn tumiskan daun kari sehingga wangi.
  3. Masukkan bahan yang dikisar dan kacau rata. Masakkan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan jus limau kesturi, sos tomato, gula, garam, kicap dan bawang besar. Masakkan sehingga bawang layu
  5. Masukkan tauhu dan kacau rata. Perasakan, sekiranya dah ok, tutup api.
  6. Sedia dihidangkan.

Saturday, May 28, 2011

Gado-Gado Peranakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku. Terima kasih semua...kunjungan anda semua amat2 saya hargai. Hari ni bermulalah sesi percutian persekolahan pertengahan tahun selama 2 minggu. Mesti ada yg dah merancang nak makan angin, ada juga yg berehat saja di rumah. Bagi saya minggu ni hanya berehat je di rumah sambil buat aktiviti biasa2 je. Insyallah minggu depan barulah kami sekeluarga akan makan angin ke utara. Itupun dlm perancangan lagi. Harapan saya moga percutian persekolahan ini dapat di manfaatkan dengan sebaik2nya. Pada adik2 dan anak2 saya...Selamat Bercuti semua, dlm pada keseronokkan bercuti tu jngn di lupa tanggungjawab sebagai pelajar ya. Pandai2lah bahagikan masa utk bemain dan belajar.

Oklah, petang ni saya nak kongsikan bersama resepi gado2 peranakan yg saya masak tadi. Dah lama teringin nak buat dan makan, tapi ada je bahan2 yg takde kat umah ni. Kali ni saya tak letak tempeh...ini bukanlah di sengajakaan. Sebenarnya dah beli tempeh...bila buka je bungkusan tempeh tu....alamak belum menjadi sangatlah tempeh tuuu. Jadi saya pun makan gado2 tanpa tempelah. Tak kisahlah yg penting sedap kuah gado2 ni. Terpulang pada kita hendak kuah pekat atau cair sedikit. Terima kasih pada Mat Gebu kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan kat sini pula ya. Jom kita lihat bahan2nya.



BAHAN GADO-GADO :-)
  • 100 g kacang panjang
  • 3 biji kentang
  • 1 biji timun
  • 2 keping tempeh
  • 2 keping tauhu
  • 5 biji telur
  • 250 g kobis
  • Sedikit cili padi, jika suka
BAHAN KUAH KACANG :-)
  • 250 g kacang tanah
  • 200 ml pati santan
  • 350 ml air
  • 1/3 cawan jus asam jawa
  • 5 camca besar gula
  • Garam secukup rasa
  • 12 tangkai cili kering, potong, buang biji dan rendam dalam air panas*
  • 10 biji bawang merah*
  • 2 batang serai, hiris halus*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kentang, dikupas dan rebus hingga empuk, potong 8 untuk setiap biji. Kacang panjang dikerat 1 1/2 inci, celur sekejap, angkat dan toskan. Kobis dileraikan, cuci dan celur sekejap, angkat dan toskan. Timun dicuci dan potong berbaji. Tempe dipotong sederhana besar dan goreng hingga kekuningan. Tauhu digoreng dan potong sederhana besar. Telur direbus, kupas dan belah 2 untuk setiap biji. Ketepikan semua bahan ini.
UNTUK KUAH KACANG :-
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar halus hingga wangi dan pecah minyak. Tuang air dan biar mendidih. Masukkan kacang tanah, gula dan sedikit garam, masak hingga sedikit pekat. Tambah jus asam dan pati santan. Renihkan atas api perlahan sambil dikacau selalu hingga sos sedikit pekat. Rasa dan jika ok, boleh diangkat.
UNTUK GADO2 PERANAKAN :-
  1. Susun semua bahan2 untuk gado2 dalam bekas sesuai, curahkan kuah kacang rata2 dan jika suka boleh sertakan sekali cili padi untuk menghangatkan lagi keadaan....Hidangkan segera!!!

Thursday, April 21, 2011

Tauhu Sumbat & Sambal Kacang

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Alang2 tngh rajin ni, saya nak n3 tauhu sumbat yg saya buat petang tadi juga, Lama dah tak makan, sedap betul rasanya. Kali ni saya guna tauhu besar, saya suka tauhu ni sebab rasanya lembut je tak macam tauhu keras tu, kdng2 rasa berongga jek. Tauhu sumbat ni boleh juga di makan seperti makan rojak. Tauhu yg telah di goreng tu, di potong kecik2 sikit dan taburkan sekali dngn timun hiris, sengkuang dan lobak, Pastu tuangkan je dngn kuah sambal kacang tu....wallaaaahhhhh sedap betul....maunya berpeluh2 makan kuah sambal kacang yg pedas2 manis ni. Resepi sambal kacang tu, saya kopipes dari Mat Gebu. Terima kasih Mat berkongsi resepi sambal kacang yg sangat sedap ni. Izinkan akak kongsikan kat sini pulak ya. Alang2 kuah sambal kacang ni ada lagi, saya pun buatlah cucur udang utk di makan bersama kuah sambal kacang ni.



BAHAN TAUHU SUMBAT :-)
  • 4 keping tauhu keras lumur dengan sedikit garam
  • 3/4 cawan parutan sengkuang
  • 3/4 cawan hirisan halus timun
  • 3/4 cawan taugeh yang telah dicelur
BAHAN SAMBAL KACANG :-)
  • 150 g kacang tanah, goreng hingga kuning keemasan, toskan
  • 1 biji bawang besar*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 3 biji cili merah*
  • 1/2 inci belacan*-bakar sebentar
  • 5 biji cili padi (optional)*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar petis @ otak udang
  • 2 sudu besar sos cili (saya tambah)
  • 1/4 cawan jus asam jawa
  • Sedikit air (jika perlu)
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Tumbuk kacang tanah hingga hancur tapi jangan terlalu halus. Masukkan dalam 1 bekas, tuang bahan kisar halus, petis, jus asam jawa, air (jika perlu), gula secukup rasa dan sedikit garam. Kacau rata bahan2 tadi dan ketepikan.
  2. Goreng tauhu tadi hingga kuning keemasan dan sejukkan. Belah dua tauhu tadi (bentuk 3 segi), kemudian buat belahan di tengah2 bahagiannya. Sumbatkan dengan sengkuang, taugeh dan timun, kemas kan. Buat proses yang sama untuk baki tauhu tadi.
  3. Hidangkan bersama sambal kacang.....
Cara saya= Goreng kacang tanah dan sejukkan. Bwng besar di kupas dan di belah 6. Bwng besar dan bawang putih di goreng sebentar dan ketepikan. Kisar cili merah, cili padi, belacan, bwng besar dan bwng putih bersama 1/2 cwn air masak. Tuangkan ke dlm mangkuk. Kisar kasar kcng tanah yg telah di goreng tadi bersama 1/2 cwn air masak. Satukan kesemua bahan2 dan gaul sebati. Masukkan petis, air asam jawa, sos cili, garam dan gula secukup rasa. Setelah siap dan cukup rasa, bolehlah di curah kuahnya ke atas tauhu sumbat tadi.

Thursday, March 3, 2011

Tauhu Goreng Singapura

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni kita makan tauhu goreng singapura pulak. Saya pun tak tau, kenapa di beri nama sedemikian rupa...hanya tuan punya resepi saja yg boleh menjawabnya.....mungkin juga kawan2 di Singapura boleh menjawabnya. Resepi ni mudah dan ringkas, tapi saya cukup suka rasa sambal kacang yg mcm ni. Resepi ni saya kopipes dari Hana dan Hana ambil dari Mat Gebu...Mat pula dapat dari buku masakan Chef Wan......uwaaa....dari Chef yg tak asing lagi, sudah semestinya sedap hingga menjilat jari dan segala pinggan. Kalau kawan2 nak rasa tu, bolehlah mencubanya...



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 keping tahu biasa
  • 1 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
  • 100 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap (mat tak celur, saya pun)
  • 1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang (takde stok, saya ganti hirisan carrot)
  • 4 ulas bawang putih*-saya bakar sekejap
  • 5 - 6 biji cili padi*
  • 200 g kacang tanah*
  • 3 - 4 camca besar gula melaka*
  • 3 camca besar kicap pekat*
  • 1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa*
  • Sedikit air*(*bahan sos kacang)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.
  2. Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.
  3. Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 9 bahagian (bergantung pada saiz tauhu masing2), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera...Makan macam tu pun sedap!!!!!
Related Posts with Thumbnails