Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Monday, January 26, 2015

Nasi Goreng Ikan Masin Ala Thai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan resepi nasi goreng ikan masin yg sangat ringkas dan semestinya sedap. Saya mmng suka sngt nasi goreng ikan masin. Kalau makan kat luar mesti order nasi goreng ikan masin, kena plk pedas2 sikit...mmng best. Kali ni saya nak kongsi resepinya yg pd saya mmng kena dngn selera saya. Pada peminat nasi goreng ni bolehlah cuba..mmng sedap. Terima kasih pd Azie Kitchen berkongsi resepi mudah ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak resepinya..



Bahan-bahan 
  • 3 cwn nasi sejuk
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 4 ulas bawang putih  -di ketuk
  • 8 biji cili padi - diketuk
  • 3 keping ikan tenggiri masin- buang tulang
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb sos ikan
  • 2 helai kailan
  • 1 btg kacang panjang - dipotong kecil
  • Karot - hiris panjang
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam - rasakan dahulu
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis ikan masin, tekan tekan sikit dgn sudip supaya hancur. Bila ikan masin nak garing masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. 
  2. Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram dan sos ikan.
  3. Masukkan kacang panjang, karot dan kacau hingga karot lembut.
  4. Ketepikan rencah dan tuangkan telur. 
  5. Masukkan nasi dan kacau supaya telur bersalut dengan nasi. Boleh letak garam sikit kalau belum masin.
  6. Bila nasi dah nak masak baru letak daun kailan. 
  7. Siap utuk dimakan....

Thursday, December 25, 2014

Nasi Beringin dan Ayam Sambal Serai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu ni dah lama sebenarnya, tapi mcm biasalah baru ni berkesempatan nak kongsikan kat blog. Bila lama bercuti ni, naik malas nak update blog. Biasalah tu kan, tapi saya sedaya upaya ceriakan juga blog ni dngn resepi2 terkini.....dari di biarkan sepi tu, lagilah tak best kan. OK kali ni saya kongsikan resepi Nasi Beringin dan Ayam Sambal Serai. Resepi juga pernah di kongsikan bersama.



Nasi Beringin
Bahan-Bahan.
  • 4 cawan beras basmathi
  • 6 cawan santan (saya guna 1 cwn santan pekat dan selebihnya tambahkan air biasa )
  • 2 sudu besar minyak sapi/marjerin
Bahan Tumis 
  • 2 batang serai - saya titik je
  • 5 ulas bawang merah(mayang nipis)
  • 3 ulas bawng putih(mayang nipis)
  • 3 cm halia(di mayang nipis)
  • 4 helai daun pandan-simpulkan
  • 2 cm kulit manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji bunga cengkih
  • 5 butis biji halba
  • garam secukupnya
Cara Memasak
  1. Cuci beras, rendam selam 30 minit dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi, goreng bawang hingga kuning dan wangi,.
  3. Masukkan halia, rempah penumis(kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) dan juga serai serta daun pandan. Tumis hingga harum.
  4. Masukkan santan dan apabila mendidih masukkan sekali beras dan masak seperti biasa hingga kering. Jika menggunakan periuk elektrik masukkan sekali beras dengan santan dan masak seperti biasa.
  5. Karih@ kemburkan nasi bila nasi kering. Sedap dimakan bersama lauk kari& sambal udang/sotong kering.
Ayam Sambal Serai
Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam dipotong 12
  • 1 labu bawang besar- di mayang.
  • 3 batang serai dititik
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan serbuk kunyit(utk goreng ayam)
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk di kisar:
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 btng serai- hiris halus dan kisar bersama
  • 1 cawan cili kisar
Cara Menyediakannya
  1. Ayam yg telah di potong, di cuci dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak.Angkat ayam dan toskan minyaknya.
  2. Tumiskan bawang besar yg di mayang hingga sedikit layu. Masukkan bahan2 yang telah di kisar dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan serai yg di titik tadi dan gaul lagi.(Tambahkan sedikit air sekiranya perlu)
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor. Masukkan pula garam dan gula...perasakan.
  5. Setelah rasanya ok, bolehlah di angkat dan matikan api.
  6. Angkat dan boleh di hidangkan bersama dengan nasi putih, nasi beringin, nasi mentega kismis, nasi jagung atau nasi minyak.

Monday, November 10, 2014

Set Nasi Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu nasi ayam yg sangat mudah dan semestinya sedap dan ianya menjadi menu  kegemaran kami sekeluarga. Resepi mcm biasa, boleh lihat di SINI. Pd kwn2 atau adik2 di luar sana yg masih tercari2 resepi nasi ayam mudah tu, bolehlah cuba resepi ni. In Shaa Allah pasti menjadi...



Wednesday, May 21, 2014

Nasi Beringin dan Ayam Sambal Serai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sejak2 ni terasa sibuk sangat, sampaikan nak update blog pun takde masa. Bila cuti dah lama sngt, mulalah penyakit malas pun datang. Hari ni alang2 ada masa sikit, saya kongsikan resepi Nasi Beringin dan Ayam Sambal Serai. Sebenarnya dah pernah masak nasi beringin ni, tapi  tetiba teringin pulak nak makan nasi ni. Macam biasalah makan dngn ayam sambal serai dan ulam timun dngn tomato je. Kalau rajin tu, bolehlah buat kuah kari atau acar. Biasanya ada sambal ayam atau ayam masak merah pun dah cukup sedap. Lagipun ringkas je kan..Oklah...kalau ada yg teringin nak merasa tu, bolehlah cuba resepi ni...


Bahan-Bahan.
  • 4 cawan beras basmathi
  • 6 cawan santan (saya guna 1 cwn santan pekat dan selebihnya tambahkan air biasa )
  • 2 sudu besar minyak sapi/marjerin
Bahan Tumis

  • 2 batang serai - saya titik je
  • 5 ulas bawang merah(mayang nipis)2
  • 3 ulas bawng putih(mayang nipis)
  • 3 cm halia(di mayang nipis)
  • 4 helai daun pandan
  • 2 cm kulit manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji bunga cengkih
  • 5 butis biji halba
  • garam secukupnya
Cara Memasak
  1. Cuci beras, rendam selam 30 minit dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi, goreng bawang hingga kuning dan wangi,.
  3. Masukkan halia, rempah penumis(kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) dan juga serai serta daun pandan. Tumis hingga harum.
  4. Masukkan santan dan apabila mendidih masukkan sekali beras dan masak seperti biasa hingga kering. Jika menggunakan periuk elektrik masukkan sekali beras dengan santan dan masak seperti biasa.
  5. Karih@ kemburkan nasi bila nasi kering. Sedap dimakan bersama lauk kari& sambal udang/sotong kering.

Thursday, January 16, 2014

Nasi Lemak Halba

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu nasi lemak yg paling mudah tapi sungguh menyelerakan kami sekeluarga. Kalau ada udang, Hamka mesti srh buat sambal udang dan makan dngn nasi lemak. Kalau menu mcm ni mmng bertambah2 lah dia makan. Mama suka je sbb masakan yg mudah...kenyang sampai ke mlm. Resepi mudah je, terpulang pd kita nak makan dngn sambal tumis atau sambal kegemaran.



Bahan-bahan
  • 4 cwn beras (saya guna beras wangi, jadi pandai2lah guna sukatan air ya)
  • 5 1/2 cwn santan
  • 1/2 biji bawang besar (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 sudu kecil halba
  • garam secukup rasa
Lauk sampingan yg dimakan bersama nasi lemak :-
  • sambal tumis, sambal udang
  • ikan goreng,ayam goreng,ikan bilis goreng
  • telur dadar,telur rebus,telur mata lembu
  • timun yg dihiris
  • kacang tanah goreng
  • dan lain2 ikut selera
Cara-cara
  1. Hiris bwng besar, bwng putih dan halia.
  2. Beras dicuci bersih dan masukkan ke dlm periuk nasi(saya guna periuk eletrik)bersama bahan2 hiris,daun pandan, halba dan serai.
  3. Tuang santan dan garam secukup rasa ke dlm periuk nasi tadi dan gaul hingga rata. Masak nasi hingga hampir kering dan serih nasi perlahan2 guna chopstik hingga rata dan masak terus hingga nasi benar2 masak.
  4. Siap dihidangkan bersama lauk2 sampingan ikut selera masing2.

Wednesday, December 18, 2013

Nasi Mentega Kismis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak nasi mentega kismis atas permintaan anak2. Hamka lah paling suka nasi ni sbb dia suka korek2 kismis yg ada dlm nasi tu. Klakar betullah tngk Hamka ni, sambil makan sambil kira berapa kismis yg dia dpt. Dah namanya budak, mmng mcm2 ragamnya....tak kisahlah kan asalkan dia berselera nak makan.
Lama tak masak nasi2 mcm ni. Biasa asyik nasi putih je. Kali ni saya masak nasi ni dan gandingkan dngn ayam masak sambal serai, ringkas je kan. Ulamnya makan dngn tomato dan timun jepun je...wallaaaahhhhh sedapnya. Walaupun ringkas tapi satu family makan bertambah2. Alhamdulillah...

Terima kasih pada Mat Gebu berkongsi resepi mudah ni. Izinkan sekali lagi akak kongsikan resepinya kat sini ya. Sebelum ni pernah juga buat di SINI, cuma lauknya je kita tukar ikut selera masing2. Pada yg belum cuba tu, bolehlah mencubanya...jom semak resepinya..


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan.
  • 5 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 kiub ayam "Maggi"
  • 2 camca besar mentega
  • Garam secukup rasa
  • 1/3 cawan kismis
BAHAN TUMIS :-)
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
BAHAN HIASAN
  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
  2. Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
  3. Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama lauk2 kegemaran. Selamat mencuba..

Friday, July 12, 2013

Nasi Ayam, Ayam Goreng Madu, Sos Pedas Merah, Sambal Kicap dan Sup Ayam Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu berbuka puasa hari ke 2 dlm bln ramadhan. Alhamdulillah dpt sediakan nasi ayam kegemaran keluarga tersayang. Kalau beli, habis berbuka tak boleh nak makan lagi. Bila masak sendiri ni, anak2 dan suami boleh makan bertambah, suka tngk diaorng makan penuh selera. Lagipun dah lama saya tak buat nasi ayam ni. Bila buat juadah berbuka puasa ni, bertambah2 selera semuanya. Resepi mcm sebelum ni...mcm biasa je, kwn2 juga boleh lihat di SINI. Resepi di bawah ni nampak je panjang, tapi mudah je sebenarnya utk menyediakan set nasi ayam mcm ni.



NASI AYAM
  • 4 cawan beras (saya guna beras siam)
  • 5 1/2 cawan air ( air dari rebusan ayam, boleh juga guna 2 kiub ayam dan campur dngn 51/2 cwn air)
  • sedikit garam (kalau dah cukup masin tak perlu tambah garam)
  • 2 sudu besar butter
Bahan tumis
  • 4 ulas bawang putih - di hiris
  • 1 inci halia - di hiris
  • 4 btng serai- di ketuk
  • 3 sudu besar minyak
Cara-cara :
  1. Basuh beras, pastu toskan. Ketepikan.
  2. Masukkan 5 cwn air rebusan ayam ke dlm rice cooker. Masukkan beras dan biarkan sebentar.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan 1/2 cawan air, biarkan mendidih dan masukkan ke dlm rice cooker.
  5. Masukkan butter ke dalam periuk dan masak macam biasa.
  6. Bila nasi dah kering gaulkan guna chopstick sekali sekala dan tutup semula.
  7. Bila nasi dah masak, bolehlah hidangkan bersama ayam goreng madu dan sos cili merah dan hitam.
AYAM GORENG MADU
  • 1 ekor ayam- di potong 4 - selebihnya di cincang utk buat sup
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar sos tomato
Cara-cara :
  1. Rebus ayam bersama air hingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut.(Air rebusan ayam inilah buat masak nasi ayam tadi)
  2. Perap ayam bersama kicap, sos tiram,sos tomato dan madu selama 1/2 jam
  3. Goreng ayam dlm minyak terendam. Setelah masak angkat dan toskan.
SOS PEDAS MERAH
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili merah
  • 6 biji cili padi merah/hijau
  • 2 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar gula dan sedikit garam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 cwn air masak utk blend bhn2
  • secubit garam
Cara-cara
  1. Kisar bawang putih, cili padi dan cili merah.
  2. Masukkan cuka dan sos cili.Gaul sebati.
  3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah di hidangkan bersama ayam.
SAMBAL KICAP
  • 10biji cili padi hijau/merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 cwn kicap(secukupnya)
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit sup ayam
Cara-cara
  1. Bakar bawang putih sekejap.Kisar/tumbuk cili padi bersama dengan bawang putih.
  2. Masukkan dlm mangkuk dan letak kicap.
  3. Masukkan pula gula dan garam secukupnya.
  4.  
    SUP AYAM MUDAH

  • Ayam yang telah dipotong kecil2(bahagian yg lebih/tulang ayam)
  • 2 biji kentang= di potong dadu besar
  • 1 btng carrot- di potong kecil
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng secukupnya
  • 2 ulas bawang putih(hiris)
  • 2 ulas bawang merah(hiris)
  • 1" halia(hiris)
  • Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 1 biji buah pelaga
  • 1 kiub pati ayam
  • Air secukupnya dlm 4 cwn
  • Garam secukup rasa

Cara-cara :
  1. Masukkan rempah tumis, bahan2 hiris ke dlm periuk bersama 4 cwn air.
  2. Masukkan ayam yg di cincang, kentang dan biarkan sehingga masak. Masukkan kiub pati ayam.
  3. Setelah kentang empuk, masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam.
  5. Setelah siap boleh di hidangkan dgn taburan daun sup/bawang dan bawang goreng.

Monday, December 17, 2012

Nasi Jagung Serai, Ayam Sambal Serai dan Pencuk Nenas

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak nasi jagung serai, ayam sambal serai dan di makan bersama acar nenas dan timun/pencuk nenas. Masak menu ni pun atas permintaan anak2, lagipun sejak cuti sekolah ni mmng belum masak nasi2 yg berperisa. Kalau nasi lemak tu dah berulang kali lah. Bila dah siap, Hamkalah yg paling seronok sbb nampak jagung dlm nasi. Macam biasalah tangan nakal tu, di cekutnya satu..dan satu lagi masuk mulut....Hamka ni mmng peminat jagung, jadi stok jagung tin mmng sentiasa ada kat rumah ni. Lagipun mudah, buka tin dan terus makan, takyah rebus segala. Kalau ada yg fresh pun lagi sedap sebenarnya kan....tak kisahlah.

Resepi ni adalah dari Mat Gebu yg mmng pakar masak apa2 jua masakan. Kalau guna resepi Che Mat ni, pasti tak mengecewakan, terima kasih Che Mat berkongsi resepi. Pada kawan2 yg nak rasa tu, bolehlah mencubanya. Sebelum ni pun saya pernah buat di SINI. Jom semak resepinya.




BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 cawan beras basmathi, rendam 30 minit dan toskan
  • 4 cawan air rebusan ayam (atau 4 cawan air biasa + 1 kiub pati ayam "maggi")
  • 1 cawan air dari dalam tin jagung
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan jagung manis dalam tin
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 1 inci halia, hiris
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih, cincang
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun sup, untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan
BAHAN TUMIS :-)
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkeh
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis, bawang besar, bawang putih, serai dan halia hingga harum.
  2. Tambah beras tadi dan goreng 1 minit. Matikan api dan alih beras tadi ke dalam rice cooker.
  3. Masukkan jagung, daun pandan, air rebusan ayam + air dari tin jagung dan susu, kacau rata dan masukkan garam secukup rasa.
  4. Tanak nasi seperti biasa hingga betul2 masak.
  5. Gemburkan dengan chop stick dan tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan

Wednesday, August 1, 2012

Soto Madura

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pernah makan soto madura tak? Masa pertama kali makan soto ni mmng terasa pelik sikit sbb kuahnya lemak kuning tapi ada rasa sup ayam dan makan dngn sambal kicap. Bila dah rasa, perghhhhh...mmng sedap betullah. Kalau tak percaya anda cubalah sendiri, baru tau mcmana rasanya.

Masa Hamka nak makan semalam, klakar dibuatnya. Hamka tanya pada saya, kenapa kuahnya takde sayur2an. Kenapa mama tak bagi Hamka makan sayur? Dalam hal ni tak boleh nak salahkan Hamka. Memang dia tahu biasanya nasi impit makan dngn sayur lodeh, tu yg dia dok tanya..mana sayur2nya. Terpaksalah saya menerangkan padanya, kali ni mama masak nasi impit makan dngn kuah lemak kuning ayam, namanya pun lain iaitu Soto Madura. Makan dngn sambal kicap, taugeh dan ayam goreng yg di siat2 halus. Hamka cuma senyum je, mesti dia fikir mamaNya saje main2 nak sedapkan hatinya. Haihhhhh situlahhh, yg penting bila dia makan dia kata sedapnyaaaa mama masak, nak tambah lagi bolehhhhh....hahhhh itulah yg nak dengar tu.... kan dah kata sedap.

Pada kawan2 yg teringin nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.


Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam – dipotong 4, (2 keping dada di goreng manakala selebihnya di ptng kecil utk di masak bersama kuah soto)
  • 1 s/k garam dan sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ayam.
  • 2 kotak santan kara/ayam brand ( 1 kotak 200ml)-guna santan kotak supaya kuahnya cantik, tak pecah..
  • 4 cwn air atau secukupnya
  • 3 batang serai – dititik
  • 1 btng kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
  • Garm dan sedikit gula

Bahan di Kisar

  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 labu bwng besar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 sudu kecil lada putih/sulah- di tumbuk halus
Lain2 bahan yang diperlukan :
  • sambal kicap
  • Taugeh buang ekor, cuci dan toskan-tak perlu di celur
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
  • Nasi impit secukupnya
Cara Penyediaan.
  1. Goreng 2 keping dada ayam sehingga masak dan ketepikan dulu. Sekiranya dah sejuk, bolehlah di siat2 kecil dan ketepikan...bila nak makan soto madura, barulah letak ayam tadi dan siramkan kuahnya.
  2. Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan2 yang telah dikisar, jintan manis dan ketumbar...masukkan lada sulah yg telah di tumbuk lumat.
  3. Tumis hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik. Masukkan ayam yg diptng kecil.
  4. Kemudian masukkan air, dan kacau sentiasa. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan santan dan gaul sebati. Masak lagi sehingga mendidih dan guna api sederhana.
  6. Masukkan garam dan perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah matikan api.
*** Hidangkan bersama nasi impit,ayam yg telah di goreng dan di potong kecil/siat2kan, sambal kicap dan taugeh mentah. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup. Siap utk di makan.

Wednesday, May 16, 2012

Nasi Goreng Nampla

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Malam2 tayang nasi goreng nampla pulak. Biasanya kalau tak selera makan, malam2 pun saya buat nasi goreng...tak semestinya buat sarapan pagi je. Lagipun nasi goreng ni makan time panas2 dan rasa pedas2..fuhhhhh mmng best betul. Selain nasi goreng kampung, nasi goreng nampla nilah yg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kalau nak tau macamanalah sedapnya, kawan2 bolehlah mencubanya. Terima kasih pada penyumbang resepi irose@myresepi.com. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini ya.


Bahan-Bahan
  • 2 ulas bawang putih (dititik)
  • 10 biji cili padi hijau (kisar/tumbuk)
  • 5 senduk nasi putih
  • 2 ekor sotong -Yatie gantikan dngn 1 keping dada ayam dan potong kecil
  • Sedikit kicap cair, sos nampla (sos ikan), garam dan sedikit gula
  • Sedikit minyak masakutk menumis
  • Optional: boleh masukkan sayur-sayuran jika suka-Yatie guna kcng panjang dan carrot je

Cara-cara

  1. Gaulkan nasi putih dengan cili padi yang telah dikisar. Ketepikan.
  2. Panaskan kuali. Masukkan minyak masak dan tumiskan bawang putih sehingga naik wangi.
  3. Masukkan sotong yang telah dipotong bersama dengan kicap cair dan sos nampla. Goreng sekejap (pastikan sotong masak).
  4. Masukkan nasi yang telah digaul dengan cili padi serta garam dan sedikit gula. Goreng sehingga sebati. Tutup api & sedia dihidang.

Wednesday, April 18, 2012

Nasi Arab

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni menu ayam lagi...tak kisahlah janji anak2 suka dan nak gak makan sayur. Sebenarnya dah lama teringin nak masak nasi arab sendiri, kali ni barulah berkesempatan nak membuat dan merasa hasil air tangan sendiri. Macam biasalah, suami dan anak2 tak putus2 memuji keenakan nasi arab ni, bukan main berselera lagi diaorang makan. Hamka paling suka nasi macam ni, mmng dari minggu lepas Hamka suruh masak nasi yg ada perisa katanya. Saya pun tanyalah nak makan nasi apa? Tak kisahlah mama, janji yg ada perisa....makaiiii memandai je Hamka ni mengorder... Semalam saya luangkan masa lah masak nasi arab ni walaupun kesibukkan yg melanda. Alang2 dah tekak sendiri pun nak merasa sangat nasi ni, saya pun masaklah dngn penuh semangat. Masa menumis dan sementara menunggu nasi ni masak...fuhhhh dah tak tahan bau rempah yg membangkitkan selera ni. Dalam hati dok fikir, macamanalah sedapnya nasi ni.

Bila dah masak,terus rasa sikit....rasanya terus nak makan je dngn lauk kegemaran...tapi lum tangkap gambar lagi..bila dah kenyang kang dah takde selera pulak nak tangkap gambar. Saya pun teruslah menceduk nasi kemangkuk dan taburlah bahan2 hiris dan terus tangkap gambar. Lepas tu..faham2lahhhh....

Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi yg best ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg sukakan nasi berempah ni, bolehlah mencubanya. Saya suka nasi ni sebab dah ada ayam sekali dlm nasinya, jadi hanya masak lauk yg berkuah jelah supaya tak rasa nasi ni kering. Kali ni saya makan bersama Kari Ayam Serai Wangi dan Acar Timun Nenas. Terpulanglah pada selera kawan2 ya. Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan
  • 1 kg beras bathmati [basuh, rendam dlm 20 minit dan toskan)
  • 1.5 liter air
  • 500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
  • 1 tin kecil kacang peas-toskan airnya
  • 1 cawan kismis
  • 3 biji cili merah- dihiris serong
  • 3 biji cili hijau- dihiris serong
  • 1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
  • 1 pokok daun ketumbar ]
  • 3 s/b minyak
  • 5 s/b minyak sapi
  • 2 s/b serbuk jintan manis ]
  • 1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
  • bawang goreng
  • gula
  • garam
Bahan Tumis
  • 5 ulas bawang merah ]
  • 3 ulas bawang putih ] mayang
  • 1 labu bawang besar ]
  • 3 cm halia ]
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 s/k jintan manis
  • 1 s/k jintan putih
Cara
  1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
  3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
  4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
  5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
  6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori

**Kali ni Yatie tak guna beras basmathi, Yatie masak guna beras siam Birds of Paradise yg tak wangi dlm bungkusan hijau. Sukatan air tentu berbeza dan di kurangkan sikit. Terpulang pada kawan2lah ya.

Friday, March 23, 2012

Nasi Lemak Hijau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak menu ringkas je tapi di gemari oleh anak2. Nasi lemak hijau kali ni....dah tentulah Hamka makan paling banyak sebab ada warna kegemarannya. Sebelum ni pernah masak nasi lemak tumis kuning, kali ni buat warna hijau pulak. Resepinya sama je cuma tukar pada warna hijau je. Saya gandingkan dngn ayam masak merah, telur rebus dan timun..tu je...mudahkan. Hari ni busy sikit, so tak boleh nak citer panjang lebar.

Saya tertarik dngn nukilan dari seorang teman yg sangat saya sayangi. Kalau nak tau sape orangnya.....mehhhh ramai2 singgah ke SINI. Terima kasih teman.


Sunday, March 18, 2012

Nasi Minyak

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Sebenarnya nasi minyak dan ayam bakar halia ni gandingan dalca ayam yg saya masak semalam. Mula tu nak update sekali, tetiba line slow sangat2. Bila dah slow tu...mulalah takde mood di buatnya. Bila dah ok ni, kita sambung baliklah n3 smlm yg tertangguh. Sebelum ni pernah masak nasi minyak guna beras basmathi. Kali ni atas permintaan suami dan anak2 saya masak guna beras siam wangi. Kalau guna beras wangi ni kena agak sendirilah jumlah airnya. Kalau terlebih air, nasi jadi lembik. Saya guna air spt sukatan yg biasa saya masak. Ternyata bila guna beras siam wangi ni, lagi sedap dan nasi tetap lembut walau dah sejuk. Anak2 mmng suka sebab diaorang suka makan mcm tu je.

Terima kasih sekali pada Mat Gebu kerana berkongsi resepi ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Masa kat US dulu pernah masak spt di SINI. Masa tu kena masak sendiri kalau teringin nak makan. Bila dah kat Msia ni kerap sangat jumpa nasi minyak. Selain ada di jual di restoran, kat kenduri kahwin mmng menjadi menu wajib...dahlah sedap free pulak tu. Itu adalah salah satu sebab kenapa tak kerap masak nasi mcm ni. Bila sesekali masak sendiri ni, waduhhhh mmng sedap tak terkata. Anak2 tak renti2 memuji kesedapan nasi minyak yg mamaNya masak. Macam biasalah mamaNya kata, kalau dah sedap makanlah banyak2...he3..
Oklah jom semak resepinya, manalah tau tetiba teringin nak makan nasi minyak air tangan sendiri...



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 cawan beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 4 cawan air
  • 1 ketul kiub pati ayam Knorr-Yatie tambah
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 4 camca besar minyak sapi
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 3 ulas bawang putih*
  • 4 cm halia*(*kisar halus)
  • 2 camca teh garam
  • Secubit gula
  • 1 batang kayu manis#
  • 1 kuntum bunga lawang#
  • 3 biji buah pelaga#
  • 5 kuntum bunga cengkih#(#rempah tumis)
  • Sedikit pewarna kuning (kali ni saje je tak letak)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak jagung dan minyak sapi. Tumis rempah tumis dan bawang besar hingga harum dan bawang layu. Masukkan bahan kisar dan daun pandan. Tuang air dan biar mendidih.
  2. Masukkan susu cair, garam dan secubit gula. Bila mendidih, padam kan api dan tuang dalam rice cooker, masukkan beras, kacau rata dan masak seperti biasa.
  3. Bila nasi kering, buat beberapa lubang dan masukkan pewarna kuning@hijau, tabur kismis dan daun ketumbar jika suka. Biar nasi betul2 masak.
  4. Gemburkan perlahan menggunakan garfu, cukup sekadar bahan tadi bergaul mesra. Tabur bawang goreng, hirisan daun sup/bawang, gajus dan kacang pis (jika suka) sebelum menghidang...

Friday, January 20, 2012

Nasi Lemak Kuning (Tumis)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak nasi lemak kuning tumis. Sebelum ni masak nasi lemak putih ataupun nasi lemak pandan je. Kali ni ada kelainan sikit sebab nasi lemaknya warna kuning dan rempahnya di tumis dulu. Ternyata mmng sedap dan harum je bila di makan. Sampaikan Hamka suruh saya masak nasi yg sama utk esok cuma tukar warnanya je..macam biasalah Hamka suka sangat warna hijau..jadi dia suruh masak yg warna hijau pulak. Bukan main selera anak2 dan suami makan hari ni.

Nasi lemak kuning ni saya gandingkan bersama Sambal Ayam Bunga Kantan. Memang gandingan yg mantaplah..sedap betul. Kalau tak percaya anda cubalah sendiri. Ok jom kita semak resepi nasi lemak kuning ni. Terima kasih pada Kak Jun kerana berkongsi resepi ni dan kawan2 juga boleh lihat di blog MamaSya.


Bahan-bahan
( 5-6 orang )
  • 3 cawan beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan air
  • 1/2 sudu besar halba
  • 1 daun pandan
  • 1 cm halia-hiris halus
  • 1 batang serai-titik
  • 2 biji bawang merah-hiris
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi
Cara-cara
  1. Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
  2. Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
  3. Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
  4. Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
  5. Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.
Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.

Wednesday, December 21, 2011

Nasi Jagung Serai

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya masak awal sikit sbb anak2 teringin nak makan nasi jagung. Bila siap masak je....hai tak sabar2 nak merasa nasi jagung ni. Hamka lah orng pertama merasa nasi ni, di cekutnya satu2 jagung tu...padahal sebelum masak nasi, saya dah beri dia semangkuk jagung manis ni. Biasalah bila nampak jagung yg sembunyi di balik nasi tu...buat dia lagi teruja...selak sana nampak jagung..selak sini nampak jagung...last2 dia kumpulkan je jagung kat tepi pinggan...pastu dia ngappp je terus jagung tu. Adoyaiiii Hamka ni..ada saje yg di buatnya..tak tahan gelak di buatnya.

Oklah resepi kali ni saya C&P dari Mat Gebu lagi. Sebelum ni pernah juga masak nasi jagung di SINI. Memang sedap betul nasi ni, harum je bila di masak. Kali ni saya makan bersama Ayam Masak Sambal Bunga Kantan. Biasanya makan bersama ayam masak merah, kali ni saje je tukar selera tapi masih berkaitan dngn ayam masak sambal.....sedap dan harum betul bau bunga kantan tu. Pada kawan2 yg nak merasa tu bolehlah mencubanya ya. Terima kasih Che Mat coz berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 cawan beras basmathi, rendam 30 minit dan toskan
  • 4 cawan air rebusan ayam (atau 4 cawan air biasa + 1 kiub pati ayam "maggi")
  • 1 cawan air dari dalam tin jagung
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan jagung manis dalam tin
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 1 inci halia, hiris
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih, cincang
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun sup, untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan
BAHAN TUMIS :-)
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkeh
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis, bawang besar, bawang putih, serai dan halia hingga harum.
  2. Tambah beras tadi dan goreng 1 minit. Matikan api dan alih beras tadi ke dalam rice cooker.
  3. Masukkan jagung, daun pandan, air rebusan ayam + air dari tin jagung dan susu, kacau rata dan masukkan garam secukup rasa.
  4. Tanak nasi seperti biasa hingga betul2 masak.
  5. Gemburkan dengan chop stick dan tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan

Sunday, December 11, 2011

Nasi Tomato

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah menu nasi tomato yg saya masak semalam sempena birthday Hamka. Bukan main selera lagi dia makan, siap hari ni pun suruh saya masak nasi dan lauk yg sama....sedap sangatlah tu. Lagipun Hamka mmng suka makan buah tomato, jadi sesuai sangatlah mamaNya masak nasi tomato kegemarannya. Kali ni saya gandingkan lauknya dngn ayam masak kandar..mmng ngam betullah. Terima kasih pada Mat Gebu kerana berkongsi resepi yg mudah dan sememangnya sedap. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya.Jom kita semak resepinya.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
  • 5 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/2 camca besar minyak sapi
  • 2 camca besar minyak masak- saya tambah
  • 2 1/2 camca besar sos tomato
  • 1 kiub ayam "maggi"
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
  • Kismis dan kacang peas untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan
BAHAN TUMIS :-)
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 6 kuntum bunga cengkih- Yatie letak 2 je
  • 3 biji buah pelaga- Yatie letak 2 je
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 inci halia, diketuk
  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji tomato masak ranum, buang biji dan cincang halus
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis, halia, bawang besar, bawang putih, 1 helai daun pandan dan tomato, masak hingga semua layu.
  2. Tambah sos tomato dan kacau rata.
  3. Masukkan beras, gaul rata dan goreng sekejap.
  4. Alih beras tadi ke dalam rice cooker, tuang air, susu, hancurkan kiub pati ayam (jika guna) dan tambah garam secukup rasa, kacau rata dan tanak nasi seperti biasa..
  5. Bila nasi masak, tabur kismis atasnya, bila nasi elok kering dan masak, gemburkan dengan chopstick.
  6. Hidangkan dengan menabur kacang pis, hirisan daun bawang dan bawang goreng...

Friday, December 9, 2011

Nasi Dagang Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak nasi dagang yg mudah seakan2 nasi lemaklah pulak. Sebenarnya lama dah nak masak gulai ikan tongkol menggunakan rempah cap bunga rose, asyik tertangguh je. Bila fikir2 nak wat nasi dagang betul2 kena rendam beras lama sangat, sedangkan dah tengahari..nanti anak2 dah kelaparanlah pulak. Saya pun masak gulai ikan dan makanlah bersama nasi dagang yg mudah ni. Rempah gulai ikan tu dikirimkan oleh kakak tersayang yg dok di Terengganu tu..baik sungguh akak sorang ni...siap di poskan lagi..gembira dan terharu di buatnya. Terima kasih akak, dngn adanya rempah gulai cap rose inilah gulai ikan yg Yatie buat ni sungguh istimewa dan sungguh sedap. Jom kita semak resepinya..



Bahan Untuk Nasi Dagang Mudah

  • 4 cawan beras Siam wangi (cuci dan rendam 1 jam)
  • 5 cawan santan
  • 2 inci halia, di hiris
  • 3 ulas bawang merah- di hiris
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 2 sudu kecil halba- cuci dulu
  • 1 sudu kecil garam
Cara- Caranya

1.Toskan beras yang telah direndam tadi.
2. Dalam rice cooker, masukkan beras tadi, santan dan semua bahan2 untuk nasi dagang.
3. Gaul sedikit beras dgn bahan tadi dan masak seperti biasa.
4. Bila nasi masak, gaul perlahan dgn chop stick. Cukup sekadar membalikkan nasi 2 - 3 kali saja. 5. Biarkan ia tanak seketika dan bolehlah di makan bersama gulai ikan.

Tuesday, November 29, 2011

Nasi Serai Dan Ayam Masak Kuzi

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua. Hari ni saya masak nasi serai dan di makan bersama ayam masak kuzi. Masakan ni simple tapi sungguh menyelerakan. Anak2 suruh masak nasi ayam lagi, tapi saje je beri kelainan asalkan nasi2 yg berperisa...taklah asyik makan nasi putih je. Resepi asal adalah dari K.Nor dan saya ubah sikit ikut kesesuaian citarasa sendiri. Terima kasih pada K.Nor kerana berkongsi resepi. Pada kawan2 yg nak cuba kelainan masak nasi tu, bolehlah cuba resepi ni...pasti keluarga anda menggemarinya.



Bahan-bahan

  • 4 cwn beras (saya guna beras Faiza monghul basmathi, cuci dan rendam 20 minit)
  • 6 cawan air
  • 1 labu bawang besar ~ didadu kecil
  • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 2 helai daun pandan
  • 1 btg kayu manis
  • 2 bj buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 btg serai ~ dititik/ketuk
  • 2 kiub pati ayam
  • garam
  • 3 sudu besar minyak sapi ~ saya guna windmill
Cara-cara
  1. Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
  2. Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
  3. Masukkan serai dan kacau lagi.
  4. Goreng lagi hingga wangi dan masukkan beras.
  5. Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
  6. Masukkan kiub pati ayam dan garam. Masukkan semua kedlm rice cooker dan on kan.
  7. Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.
  8. Bila nasi dah masak gemburkan sedikit guna chopstick, jngn kacau lama2 bagi mengelakkan nasi patah2.

Wednesday, November 23, 2011

Nasi Ayam Basmathi Special

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Dah masak ke belum? Hari ni saya masak cepat sikit. Ini adalah permintaan anak2 utk makan nasi ayam buatan mamaNya. Lama dah mama tak buat nasi ayam katanya. Jadi hari ni tunaikanlah permintaan anak2 tersayang. Bila dah siap masak, cepat2 tangkap gambar pastu suruhlah anak2 makan..waduhhhhh berselera betul mereka. Bila dah siap makan, tanya pula menu apa utk minum petang. Adoyaiiiiii lum hilang penat dah ada permintaan utk petang pula. Begitulah ragam anak2 bila semuanya ada kat rumah. Kalau ada anak yg sulung kat rumah ni lagi best. Semuanya berkumpul sambil menikmati hidangan bersama. Oklah jom kita semak resepi nasi ayam yg menggunakan beras basmathi ni. Saya suka guna beras ni sbb suka tngk berasnya panjang2 dan peroi dan rasanya tetap lembut walau dah sejuk. Resepi kali ni mudah je..jom semak bahan2 yg di perlukan.




Bahan-bahan untuk nasi :
  • 4 cawan beras (saya guna beras basmathi kali ni)
  • 6 cawan air ( air dari rebusan ayam, boleh juga guna 2 kiub ayam dan campur dngn 6 cwn air)
  • sedikit garam (kalau dah cukup masin tak perlu tambah garam)
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 sudu besar butter
Bahan tumis
  • 4 ulas bawang putih - di hiris
  • 1 inci halia - di hiris
  • 4 btng serai- di ketuk
  • 3 sudu besar minyak
Cara-cara :
  1. Basuh beras dan rendam dlm 30 minit, pastu toskan. Ketepikan.
  2. Masukkan 5 cwn air rebusan ayam ke dlm rice cooker. Masukkan beras dan biarkan sebentar.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan 1 cawan air, biarkan mendidih dan masukkan ke dlm rice cooker.
  5. Masukkan butter ke dalam periuk dan masak macam biasa.
  6. Bila nasi dah kering gaulkan guna chopstick sekali sekala dan tutup semula.
  7. Bila nasi dah masak, bolehlah hidangkan bersama ayam goreng madu dan sos cili merah dan hitam.
Bahan-bahan untuk Ayam Goreng Madu
  • 1 ekor ayam- di potong 12....selebihnya di cincang utk buat supnya
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar sos tomato
Cara-cara :
  1. Rebus ayam bersama air hingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut.(Air rebusan ayam inilah buat masak nasi ayam tadi)
  2. Perap ayam bersama kicap, sos tiram,sos tomato dan madu selama 1/2 jam
  3. Goreng ayam dlm minyak terendam. Setelah masak angkat dan toskan.
Bahan-bahan untuk Sos pedas merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili merah
  • 5 biji cili padi merah
  • 2 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar gula dan sedikit garam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 cwn air masak utk blend bhn2
Cara-cara
  1. Kisar bawang putih, cili padi dan cili merah.
  2. Masukkan cuka dan sos cili.Gaul sebati.
  3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah di hidangkan bersama ayam.
Bahan-bahan sambal kicap
  • 8 biji cili padi hijau/merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 cwn kicap(secukupnya)
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit sup ayam
Cara-cara
  1. Bakar bawang putih sekejap.Kisar/tumbuk cili padi bersama dengan bawang putih.
  2. Masukkan dlm mangkuk dan letak kicap.
  3. Masukkan pula gula dan garam secukupnya.
Bahan-bahan untuk Sup Ayam ringkas
  • Ayam yang telah dipotong kecil2(bahagian yg lebih/tulang ayam)
  • 2 biji kentang= di potong dadu besar
  • 1 btng carrot- di potong kecil
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng secukupnya
  • 2 ulas bawang putih(hiris)
  • 2 ulas bawang merah(hiris)
  • 1" halia(hiris)
  • Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 1 biji buah pelaga
  • 1 kiub pati ayam
  • Air secukupnya dlm 4 cwn
  • Garam secukup rasa
Cara-cara :
  1. Masukkan rempah tumis, bahan2 hiris ke dlm periuk bersama 4 cwn air.
  2. Masukkan ayam yg di cincang, kentang dan biarkan sehingga masak. Masukkan kiub pati ayam.
  3. Setelah kentang empuk, masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam.
  5. Setelah siap boleh di hidangkan dgn taburan daun sup/bawang dan bawang goreng.

Saturday, October 29, 2011

Nasi Lemak Basmathi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Baru selesai tngk perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara N.Sembilan dan Terengganu. Nampaknya kemenangan berpihak pada N.Sembilan. Tahniah di ucapkan, biasalah adat permainan...ada yg kalah dan ada yg menang. ..yg tak bestnya kalau kalah....mmng sedih dan hampa. Sabor ya pemain dan penyokong Terengganu. Bila tngk perlawanan bola tadi saya jadi gelak pulak bila anak bongsu saya tanya...."Kenapa bola sepak tu satu je kat padang???? padahal ramai orangnya. Kenapa pulak orang ramai rebut2 bola sepak tu???? Haiiii...klakor di buatnya. Betullah, biasanya kalau kat tadika banyak bolanya, jadi semua dpt peluang tangkap/sepak bola tu...ni orang tua main bola rebut2..apalah...kata Hamka....Terpaksalah saya terangkan, adoyaiiii kacau daun je Hamka ni....menganggu je mamaNya nak tngk perlawanan bola dngn khyusuk...

Oklah, sebenarnya hari ni saya masak nasi lemak je. Nasi lemak ni menu tengahari merangkap hingga makan malam sekali. Petang tadi adalah buat minum petang utk keluarga. Nasi lemak kali ni saya gunakan beras basmathi Faizah...mmng sedap sangat. Sebelum ni ada jamuan di rumah kawan, sedap betul bila makan nasi lemak guna basmathi. Kali ni saya cubalah masak guna beras basmathi, resepinya tentulah dari Chef terkenal..siapa lagi kalau bukan Chef Mat Gebu. Kalau masak ikut resepi Mat Gebu ni mesti menjadi punya...yg paling penting ianya sedap dan menepati citarasa kami sekeluarga. Terima kasih Che Mat resepi yg best ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak resepinya...kawan2 bolehlah mencubanya utk sarapan pagi esok.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 20 minit dan toskan
  • 6 cawan santan kelapa yang segar
  • 2 batang serai, dititik
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 biji bawang besar, belah 4
  • 1 inci halia, kerat 3 dan dititik
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • Garam secukup rasa
BAHAN SAMPINGAN :-)
  • Sambal tumis
  • Hirisan timun
  • Telur rebus
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan beras dalam periuk nasi elektrik, tuang santan, masukkan serai, bawang putih, bawang besar, halia dan daun pandan. Masukkan garam secukup rasa (jangan masin2, cuma bagi rasa lemak saja). Kacau rata dan masak seperti biasa.
  2. Bila nasi betul2 masa, gemburkan dengan chopstick. Boleh hidangkan dengan bahan2 sampingan tadi..
Related Posts with Thumbnails