Saturday, April 23, 2011

Talam Sagu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Sebenarnya saya buat talam sagu ni tengahari tadi. Lepas siap masak terus je godek2 utk talam sagu ni. Bila petang ni, bolehlah merasa talam sagu yg sedap ni. Ramai teman2 blogger yg dah membuatnya, teuja saya nak membuat dan merasa, apalagi ianya mmng kegemaran saya kuih talam ni. Memang berbaloi dan sedap sangat. Terima kasih pada K.Anim kerana berkongsi resepi yg sedap ni, maaf ya sebab Yatie guna pewarna hijau dan letak sedikit perisa pandan. Kawan2 boleh juga lihat di rumah Mas, Nieza, Ita, Zaliedana, Kak Ilah dan teman2 yg lain(tak berapa ingatlah). Jom kita semak resepinya.



Bahan untuk lapisan bawah ( bersagu ) :
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
  • 1/2 - 1 cawan gula pasir - saya letak 3/4 cawan
  • garam secukup rasa
  • pewarna merah secukupnya- saya guna pewarna hijau
Cara membuatnya :
  1. Sapu acuan dengan minyak dahulu. Mas guna acuan lompang.
  2. Gaulkan semua bahan hingga sebati. Mas masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan.
  3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min. Baru Mas cedokkan ke dalam acuan lompang yang disapu minyak tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga hilang biji2 putih tu.
  4. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu. Mas tak cakar sebab menggunakan acuan lompang.
  5. Letak adunan lapisan atas.
Nota saya= Saya masak bahan2 sagu dlm periuk sehingga pekat dlm 15 minit dngn menggunakan api sederhana. Hendaklah sentiasa di kacau supaya adunan rata. Selepas itu saya masukkan dlm acuan kecik. Saya kukus dlm 15 minit. Angkat dan bolehlah tuangkan adunan utk lapisan atas dan kukus semula selama 15 minit.

Bahan untuk lapisan atas :
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung- saya tambah
  • 1 sudu teh garam
Cara membuatnya :
  1. Gaul semua bahan supaya rata.
  2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
  3. Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
  4. Kukus lagi selama 20 minit. Saya kukus 15 minit je sebab guna acuan kecik.
Nota :
  • Sila lapik penutup pengukus dengan kain untuk mendapatkan talam yang cantik.
  • Saya guna acuan kecik2 supaya senang keluarkan kuih talam ni.

16 comments:

  1. Yatie...ramainya dah buat kuih ni...mesti sedap kan..kita belum sampai seru lagi....

    ReplyDelete
  2. Emmm..sedapppp...meh tukaq dgn kek sue ya...Heeee

    ReplyDelete
  3. Assalam kak yati,talam nih mmg sedap kan kak..Masih terasa jer kesedapannya..Versi derhaka nih pasti Hamka suka kan..Hubby sy n sy pong feberet ijo ka,hehe..Pstt cantik akak wat layer gitu..

    ReplyDelete
  4. nmpk sedap yatie..teringin nak cuba tp takut xjadi.Kuih sagu yg bese2 tu pun terlembik ni lak yang ada kepala bagai..jamu mata je lah

    ReplyDelete
  5. wah.. hamka senyum kambing la dia petang tadi dapat makan kuih talam ijau.. hamka..tinggal tuk acik ijah sikitttt... muaz n bais tak yah.kite makan berdua je... ikiki

    ReplyDelete
  6. sedap!! tun dh nengok2 dan terasa nk buat, tp xbuat2 pun lagi.. hihi..

    ReplyDelete
  7. As'salam sdp kan dah buat pun lekat perasa pan..kalau letak rasa rose pun wangi juga...sy punya dah habis semlm jugak licin.

    ReplyDelete
  8. Assalam Yatie, nampak sedap jer talam sagu tu...

    ReplyDelete
  9. Assalam kak yatie, kan dh ckp akak memang wajib kena buat talam ni...mana boleh tak kan...hehe cun ler talam akak ni hijau menawan kalbu sure hamka suka mkn tu kan.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Kak...waduhhh2 dh merebak merata virus talam sagu nihhh....sedap dan cun jek nampak. Kita mmg suka warna hijau camtuuu....

    ReplyDelete
  11. sedappkan kak talam sagu ni..
    mas pun suka...
    jadi terliur balik tengok talam sagu akak ni..
    sedapp....

    ReplyDelete
  12. selamat dtg talam sagu ijaoo.. akhirnya ...bg sapa2 yg lom cuba tu kenalah cuba sebab ratu talam dah merasa dah..rugi lah kalu tak cuba sbb kos amat murah dan senang sgt.kan yatie..

    ReplyDelete
  13. Salam kenal yatie.Sedap nampak talam ni .mesti nak cuba.

    ReplyDelete
  14. Assalamulaikum Yatie... salam kecerian :D

    K.ct paling suka..sukaaaa sangat kuih talam...tak tahu kenapa sebab dia lembut lah kot hihihi

    rajin betul yatie ni, cantik hijau damai jer tengok nak makan kena belek2 dulu baru masuk mulut.. ngapp! hihihi

    ReplyDelete
  15. sedapnye talam sagu ni..terliur pulak..hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails