Wednesday, April 6, 2011

Gulai Ayam Kalio

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah menu tengahari kami tadi. Kalau lauk mcm ni, mmng laku punya. Suami saya cukup suka kalau gulai di campur dngn hirisan nenas...mmng sedap sangat dan berselera je makan. Saya pun suka gulai ayam ni sbb terasa kelainannya. Saya suka bau harum gabungan 3 daun iaitu daun kesum, daun kunyit dan daun limau purut....fuhh mmng harum dan terasa kesedapannya. Sampai sekarang masih terasa2 lagi kesedapan gulai ni. Resepi asal adalah dari Chef Wan dan saya kopipes dari Hana. Terima kasih pada penyumbang resepi yg sedap ni, izinkan saya kongsikan kat sini pula ya. Buat pengetahuan semua, saya masak guna ayam seekor, jadi bahan2 rempah mestilah di gandakan ya.


BAHAN-BAHAN
  • 1/4 ekor ayam kampung (dipotong sederhana besar) - saya guna ayam bandar je
  • 200~300 ml santan
  • 1/4 biji nenas (dipotong ikut suka)
  • Sehelai daun kunyit (dicarik-carikkan)
  • Sedikit daun kesum
  • 3 helai daun limau purut (dicarik-carikkan)
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Tumisan (diblend)
  • 5 biji cili kering (direndam air panas sehingga lembut dan toskan)
  • 3 tangkai cili padi (boleh tambah jika mahu lebih pedas)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sehiris halia
  • Sehiris kunyit
  • 1 batang serai
  • 1 biji buah keras
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 2 helai daun limau purut
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan cili masak.
  2. Masukkan ayam dan gaul mesra dengan rempah tumisan dan kecutkan lebih kurang 5min pada api sederhana.
  3. Masukkan santan,nenas dan daun kunyit..Kacau dengan api perlahan sehingga mendidih...jgn sampai pecah minyak.Perisakan dengan garam dan gula.
  4. Masak sehingga pekat..Masukkan daun kesum dan daun limau purut...Sedia dihidang.

9 comments:

  1. waaahhh...cedapnyaaa.... post kat cik nin skit bole..? hehe...

    entry terkini:
    Tips Kembalikan Ingatan

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum k yatie,
    nampak sedap je, nenas ada lg sikit tu..ayam pun ada..rasa esok masak ayam kalio ni aje lah ye utk habiskan nenas tuh..tq...:)

    ReplyDelete
  3. Assalam kak...wah bau harum gulai ni sampai sini dh ni terasa lapar lak nengok gulai ayam yang sedap ni...hehe

    ReplyDelete
  4. Yatie....sedapnya gulai ni....lain dari biasa...bolehla kak cek try masak nanti...

    ReplyDelete
  5. salam kak yatiee - huhu...ishh..hmmm, akak rasa kalau saya guna udang orait tak?...

    ReplyDelete
  6. anak2 mas suka ayam masak gini..
    tengok jerk pun dah terliur...
    sedapnya...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikumwbh Kak yati....gulai ayam kalio ni...lain dari yang lain....mmmm musti mau cuba...ayu simpan resepi...tumpang dapur kak jap yer....:)

    ReplyDelete
  8. wa.... ada santan. memang best tapi sya nak diet kolestrol bulan ni.huhu

    from : mymekar.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails