Showing posts with label Tart. Show all posts
Showing posts with label Tart. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

Blueberry Cheese Tart

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Tinggal beberapa hari lagi anak2 nak kembali ke sekolah. Rasanya ramai kawan2 di luar sana sudah mula buat persiapan awal utk kelengkapan sekolah anak2. Kalau macam tu, syukur alhamdulillah. Di samping kita melakukan tugas seharian, jngn lupa tanggungjawab pada anak2. Belilah mana yg perlu, terutama baju sekolah dan peralatan tulis sekolah. Mana yg beg sekolah elok lagi tu, bolehlah cuci dan guna semula. Bertimbangrasalah dngn kedua ibubapa ya anak/adik2 semua. Bila mula sekolah ni macam2 nak beli, kalau boleh tu macam nak raya pulak...semuanya nak baru. Kalau mampu tu tak kisahlah ya...kalau kurang berkemampuan tu..janganlah desak sangat ibubapa utk mendapatkannya. Mungkin bila dah reda semua, barulah beli beg sekolah baru pulak. Saya cakap mcm ni bukannya apa....bayangkan kawan2 yg mepunyai 3atau 4 orang anak yg bersekolah. Sudah tentu besar perbelanjaannya kan. Jadi kita kenalah utamakan mana yg perlu dan yg tidak. Bukan bermakna tak boleh beli beg baru atau kasut sekolah baru. Kalau elok lagi tak payahlah beli dulu. Tunggu pertengahan tahun barulah beli..tapi terpulanglah pada kemampuan masing2 ya.

Ok, kita stop cerita pasal kelengkapan sekolah. Sementara cuti sekolah lagi ni, saya buatlah projek gotong royong blueberry cheese tart ni bersama anak2. Maklumlah, buat tart ni nak kena sabar, jadi saya ajarkan pada anak saya Seri dan Dina buat crust tart, bila dah siap barulah buat fillingnya. Kerja2 melorek tart tu pun saya serahkan juga pada anak dara ni. Bukan main seronok mereka berdua bila cheese tartnya menjadi. Masing2 tunjukkan bakat melorek, haiiiii tak kisahlah asalkan kerja siap. Bagi mama, tengok sambil goyang2 kaki jelahhhh..he3.. Bab tunggu kat oven tu mmng serah pada mamaNyalah.

Ramai kawan2 yg dah mencuba resepi tart yg sedap ni. Resepi ni saya ambil dari Azita Kitchen dan saya rujuk step by step di blog Azlita Masam Manis. Nama pun dekat2 sama kan..cuma orangnya je lain. Btw resepi ni mmng best. Saya buat dua adunan terus...puashati dan puas makan. Pada kawan2 yg belum pernah cuba tu, bolehlah mencubanya...pasti menjadi.
 




 
Bahan-Bahan.
  • 170gm marjerin atau butter
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • acuan tart
Cara- Caranya
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  5. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  6. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
  7. Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
  Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an utk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tart kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheesenya pula.

 
Bahan-Bahan
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara- Caranya
  1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Cara menyediakan blueberry cheese tart dan buat lorekkan
  1. Masukkan filling blueberry ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan adunan cream cheese tadi dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
  2. Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.
Cara buat lorekkan.
  1.  Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
  2. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  3. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  4. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  5.   Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.Bakar api atas bawah tapi  letak dekat rak bawah.
 Untuk resepi ni, 1 adunan shell dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Thursday, August 25, 2011

Tart Nenas Gulung 2


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Hari ni nak kongsikan bersama resepi tart nenas gulung yg saya buat malam tadi. Kalau buat tart gulung ni, tak boleh awal2 sebab abes di makan sendiri je. Tak sempat nak buat raya. Kali ni saya buat 3 adunan sekali, senang keje tak payah ulang2 lagi. Mana kuih tart yg nak buat raya asingkan dan sembunyikan dulu..hehehe..mana yg nak buat makan bolehlah letak atas meja. Kali ni mmng puaslah anak2 dan suami makan sebab saya buat sendiri dan dapat banyak. Kalau buat banyak ni, kenalah ada pembantu, siapa lagi kalau tak anak dara saya Seri Izati. Seri rajin betul menggentel inti tart, pastu tugas menggulung dan sapu telur kat atas tart, semuanya Seri yg buat...uwaaaa rajinlah anak dara mama. Bila bab bakar kuih tu...hai serah pada mamaNyalah. Tapi takpe, kira adillah sama2 buat kuih kegemaran kami sekeluarga ni.

Terima kasih pada K.Nor kerana berkongsi resepi tart yg mudah dan sedap ni, izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Lepas ni berangan pulak nak buat tart kelopak...uwaaa mood mengetart sudah mari. Maklumlah tak perlu bersusah payah buat intinya....beli je yg dah siap...senang kerja. Sebelum ni saya pernah juga buat tart resepi K.Nor ni, kawan2 boleh lihat di SINI. Kalau ada kawan2 yg mencari2 resepi tart tu..bolehlah mencuba resepi ni. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.




Bahan- Bahan
  • 250 gm butter
  • 2 sudu besar gula castor
  • 2 sudu besar minyak sapi (k.nor guna windmill geeblend)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • 3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung

  • jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)
Hiasan:
  • 1biji kuning telur
  • 1 titik pewarna kuning
  • 1 sudu air
Cara:
  1. Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.
Cara2:
  1. Ayak ke tiga2 tepung.
  2. Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
  3. Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
  4. Pukul lagi hingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
  6. Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
  7. Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
  8. Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C. Yatie bakar dlm 25 minit.
  9. Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.

Monday, September 6, 2010

Tart Nenas Gulung

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua. Harap anda semua baik2 saja. Bagaimana persiapan menyambut hari lebaran? Tentu para ibu2 sibuk menyediakan pakaian dan juadah utk hari raya. Bagi saya tahun ni di sambut sederhana saja....maklumlah baru balik dari US, banyak kerja2 yg perlu di selesaikan. Dalam kesibukan itu, saya sempat juga meluangkan masa utk membuat kuih raya sendiri....kalau beli mmng mudah, tetapi anak2 dan suami lebih suka mamanya buat sendiri...lagi2 anak2 yg begitu seronok membantu di dapur bila saya buat biskut raya. Hari ni saya buat tart nenas gulung. Resepi ni saya ambil dari Kak Nor....alhamdulillah menjadi dan sememangnya sedap. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Kalau kawan2 yg belum membuatnya tu....bolehlah mencuba resepi ini.



Bahan-Bahan
  • 250gm butter
  • 2 sudu besar gula castor
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 bj kuning telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • 3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
  • (3 3/4 cawan tepung gandum ~ utk tart bunga)
* kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.. jgn terlalu banyak ya nanti keras lak

jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)

Hiasan:
  • 1bj kuning telur
  • 1 titik pewarna kuning
  • 1 sudu air
Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.

Cara2:
  1. Ayak ke tiga2 tepung.
  2. Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
  3. Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
  4. Pukul lagi hingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
  6. Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
  7. Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )

Monday, January 18, 2010

Blueberry Cheese Tart

Resepi ni saya buat pertama kali. Walaupun takde cetak sebenar, tapi keinginan nak membuat dan merasa tu berkobar2. Resepi ni banyak saya tinjau2 dari blog rakan2 dan my resepi,sampai tak ingat mana satu tuan sebenar. Inilah hasilnya yg tak berapa cun tetapi sedap di rasa..





Bahan-Bahan Pastri

250g butter
125 gm gula aising
1 biji telur
440g tepung gandum
2 sb susu tepung
1 sk vanilla
sedikit garam
Filling
250g Philadelphia cream cheese
60g gula aising
20g butter
25g whipping cream
1 biji telur
1 sk jus lemon
1 sb tepung gandum

Blueberry filling
secukupnya.

Cara-cara
  1. Untuk menyediakan pastri : Pkl butter dan gula sehingga sebati. Masukkan telur, garam dan vanilla.Masukkan tepung dan susu tepung.Uli guna tangan saja.Setelah sebati boleh di canai dan terap.
  2. Bentukkan doh menggunakan acuan tart yang comel2. Setelah itu bakarkan pastri di dalam oven selama 15-20 min dengan kepanasan 180 darjah celcius. Setelah masak keluarkan dari oven.Setelah sejuk baru keluarkan dari acuan tart.
  3. Untuk menyediakan cream cheese : Pukul cream cheese, butter & gula dalam satu bekas.Masukkan pula telur, jus lemon dan tpng gandum. Pukulkan kesemua bahan-bahan ini sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan cream cheese ini ke dalam piping bag dan pipekan ke dalam doh tart yg sudah di bakar tadi.
  5. Masukkan sedikit adunan cream cheese kedalam pastri, setelah itu masukkan jem blueberry & akhir sekali litupi lapisan blueberry itu dengan adunan cream cheese. Buat kepada kesemua pastri tadi & setelah itu bakar di dalam oven selama 10 min dengan kepanasan 180 darjah celcius.
  6. Setelah tart masak kelurkan dari oven, dan sejukkan. Setelah itu bolehlah dihidangkan. *****SELAMAT MENCUBA*****


Related Posts with Thumbnails