Showing posts with label Kuih Bakar/Bingka. Show all posts
Showing posts with label Kuih Bakar/Bingka. Show all posts

Saturday, October 24, 2015

Bingka Ubi Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sejak2 ni mmng syok sngt parut ubi guna pemarut lama ni, masa memarut ubi ni teringat dulu2 kalau mak nak masak lemak ke, mesti kena parut kelapa guna pemarut ni. Kdng tu sampai terparut jari sendiri...fuhh..Tapi tu dululah, bnyk kenangan manis.

Ok kali ni saya buat bingka ubi perisa pandan. Resepi asal warna kuning je, saje kali ni nak letak perisa pandan, terasa harum je bila masak. Resepi boleh lihat diSINI. Pada kwn2 yg masih tercari2 resepi bingka ubi yg mudah dan sedap tu, bolehlah cuba resepi dr K.An ni. Terima kasih K.An berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini ya.



Bahan-bahan:
  • 4 cawan ubi kayu siap diparut 
  • 2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa 
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
  • sedikit pewarna hijau dan perisa pandan
Cara membuatnya:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah. Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal. Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.
  2. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang/bingka selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang/bingka keperangan. Setelah masak, keluarkan dan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.

Friday, October 16, 2015

Bingka Ubi Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran sbb busy sngt dngn tempahan kuih muih frozen. Terharu sngt dngn pengunjung blog Sinar Kehidupanku, walau takde n3 terbaru, tapi pengujung masih mencari resepi yg di kongsikan di blog ni. Saya mmng kongsikan utk dicuba bersama pengunjung blog semua. Kalau menjadi dan kena dngn selera tu...alhamdulillah. Mana yg tak berapa menjadi tu..cuba lagi dan cari dimana silapnya.

Ok kali ni saya kongsikam resepi bingka ubi yg mudah dan sangat sedap. Resepinya dari Kak Ann blog Periuk Tanah  dan saya kopipes resepinya dari blog My Magic Kitchen. Saya suka guna resepi K. Ann ni sbb kebanyakannya menjadi dan sedap. Pada kwn2 yg masih tercari2 resepi bingka ubi tu, boleh cuba resepi ni. Ikut bahan2 dan cara2 yg di berikan. Jangan memandai ubah2 resepi ya, nnti jadi lain pula. Terima kasih K.Ann berkongsi resepi bingka ubi ni, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini ya.


Bahan-bahan:
  • 4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. Susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut(sy xparut sb xde pemarut, blend sikit2, tapis air n gnakan air yg sma utk blend seterusnya)
  • 2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa 
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
  • sedikit pewarna kuning
Cara membuatnya:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah. Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal. Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.
  2. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.
Tips Kak An: Kak An kata ramai yang tanya kenapa bengkang Kak An lembut dan lemak manis, Kak An kata kalau nak macam tu juga, ikut resepi ni, jangan tambah atau kurangkan. Banyak resepi kuih berasaskan ubi kayu yang Kak An baca dalam majalah atau blog mempunyai arahan berbeza dalam penyediaannya. Contohnya ada yang dicampur air, ditapis dan buang hampasnya, ambil sagunya sahaja dan kemudian dicampur tepung...

Bagi Kak An mudah sahaja; ubi kayu yang siap diparut tu, terus dicampur santan, gula, garam dan masuk loyang terus. Kacau, dan masak... tak perlu tepung sebab ubi kayu ni dah berkanji... loyang pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan

Thursday, November 27, 2014

Murtabak Lapis Kraker Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap makan murtabak buatan sendiri. Kalau nak menebar mcm roti canai, alamat tak terbuatlah sbb tak berapa mahir. Lagipun malas tangan nak bersalut minyak bagai. Kalau murtabak guna biskut kraker atau biskut lemak ni, mmng mudah je. Rasanya pun sedap mcm murtabak juga. Banyak kali dah buat murtabak lapis kraker ni, pd kwn yg nak merasa tu, bolehlah cuba...alhamdulillah sedap. Kali ni saya tambah parutan cheese, mmng lagi sedap. Jomlah semak resepinya. Terima kasih pd penyumbang resepi asal..




Bahan-Bahan:-(loyang 9x9x3inci)
  • 27keping biskut krackers (Yatie guna 27 keping sbb buat 3 lapis)
  • 200 ml santan 
  • 1 tin susu cair 
  • 6 biji telur
  • parutan cheese- jika suka
Untuk Lapisan Daging
  • 400 gm ayam/ daging kisar
  • 3 biji bawang besar dicincang halus
  • 1 paket kecil serbuk kari daging- Yatie letak 3 sudu besar
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang lobak merah diparut
  • 1 tangkai cili merah- di cincang (Yatie tambah)
  • daun bawang daun sup dicincang
  • 3 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa, sedikit gula
Cara Masak Inti
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus. Campurkan pada rempah kari sehingga menjadi pes basah.
  2. Panaskan minyak tumis pes basah sehingga gareng dan naik baunya. Masukkan bawang besar dan daging cincang.
  3. Masukkan 1/4 cawan air dan masak sehingga daging empuk.
  4. Masukkan garam, lobak merah dan daun bawang dan daun sup. Angkat dan sejukkan.
Cara Buat Lapisan Kraker.
  1. Rendamkan 9 keping krackers dalam campuran susu dan santan tadi. Rendam dlm 1 minit je.
  2. Oleskan 9 x 9 dulang pembakar dengar mentega. Alas dngn aluminium foil atau kertas minyak.
  3. Susun krackers yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.
  4. Lapiskan dengan lapisan daging.
  5. Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi.
  6. Susun lagi krackers atas lapisan daging dan telur tadi.
  7. Tuangkan lagi separuh dari susu tadi.
  8. Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.
  9. Akhir sekali tuangkan baki susu sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada kadar 190C. (Yatie buat 2 lapisan daging dan 3 lapisan biskut kraker, bahagian atas di akhiri dengan biskut krakers)
  10. Biarkan betul2 sejuk baru di potong dan hidangkan bersama sos dan mayonis, makan mcm tu je pun dah sedap.

Tuesday, November 25, 2014

Bingka Pisang Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap layan bingka pisang. Kalau ada stok pisang masak banyak, mesti buat kuih bingka pisang ni selain apam pisang. Paling2 pun jemput2 pisang. Banyak kali guna resepi DZana ni. Kalau buat bingka pisang,mesti guna resepi ni sbb sedap sngt, mewah dngn rasa pisangnya. Rasanya seakan2 kuih lepat/belebat pisang, cuma tak guna daun pisang je. Pada peminat kuih muih berasaskan pisang tu, bolehlah cuba resepi ni, boleh juga tngk bingka pisang sblm ni.




Bahan-Bahan (loyang 8 inci)
  • 1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar
  • 1 cwn tepung gandum*
  • 3/4 cwn gula pasir*
  • 1 cwn santan*
  • 1 cwn susu sejat/cair*
  • 1 biji telur*
  • 2 sudu besar butter*-cairkan dulu, biarkan suam
  • sedikit garam
Cara-cara
  1. Blender semua bahan*
  2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
  4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
  5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi sedap.

Thursday, September 18, 2014

Bingka Keledek Oren

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Petang2 ni sedap layan bingka keledek. Sebenarnya saya beli keledek ni semata2 nak masak bersama sayur pucuk manis. Bila nak keluarkan pucuk manis dari petiais, alahaiiiii kecewa di buatnya...layu sudah sayur tu. Saya dah rebus keledek ni awal2, jadi terpaksalah di jadikan sesuatu dari di biarkan begitu saja. Dalam fikiran ni mcm2 nak di buat dngn keledek rebus ni. Dalam pada sibuk memasak lauk tengahari, saya pun buatlah adunan bingka/kuih bakar keledek ni. Bila siap masak, kuih utk minum petang pun dah siap. Kuih ni sedap, bahan2 pun mudah je. Pada peminat kuih2 mcm ni, bolehlah cuba resepi mudah ni. Jom semak resepinya. Kawan2 juga boleh lihat di SINI.



BAHAN-BAHAN
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cwn santan
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar butter
  • 1 cwn keledek oren yg telah di rebus 
  • sedikit pewarna oren
CARA-CARA
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang/acuan dengan mentega/ minyak. Ketepikan...
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali keledek lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.
  3. Tuang dalam loyang/acuan yang telah di panaskan terlebih dahulu. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar kuih betul2 sejuk barulah di keluarkan dari acuan/loyang.Bolehlah dipotong. 
**Saya guna acuan bahulu pecah 8. Sapukan minyak masak di sekeliling acuan, panaskan di atas api dapur guna api sederhana. Tuangkan adunan sehingga bunyi berdesir, biarkan dlm 3 minit. Selepas itu, masukkan dlm oven yg telah di panaskan dan bakar kuih selama 1 jam atau sehingga tepinya garing yg di inginkan. Dah siap, biarkan kuih betul2 sejuk barulah keluarkan dari acuan. Tips ni bagi mengelakkan kuih melekat dari acuan. Adunan kuih ni sesuai guna loyang 8 inci. Kalau guna acuan pecah 8 dpt dlm 3 keping kuih. Slmt mencuba..

Friday, September 12, 2014

Bingka Pisang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Menu petang kami arini iaitu bingka pisang yg sangat sedap. Dah banyak kali guna resepi DZana ni, mmng puashati dan sedap sngt. Ramai kwn2 dah mencubanya, pd yg belum dan masih tercari2 resepi bingka pisang yg mudah dan sedap tu, bolehlah cuba resepi ni. Jom semak resepinya...



Tuesday, March 11, 2014

Bingka Pandan Lagi....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bingka pandan yg sedap dan tak pernah jemu memakannya. Kalau nak buat kuih paling senang dan sedap, kuih bingka inilah yg paling sesuai. Rasa lemak manisnya, harum pandannya buat siapa yg menikmatinya rasa mcm di awangan je...he3.. Banyak kali dah buat bingka pandan guna resepi Joayee ni, mmng best dan sangat sedap. Pada yg masih tercari2 resepi bingka sedap ni, bolehlah cuba resepi ni. Kali ni saya sapu minyak di sekeliling acuan, panaskan acuan atas dapur guna api sederhana, tuang adunan sampai bunyi berdesir dan biarkan masak sebentar dlm 5 minit. Sambung bakar guna oven....api atas dan bawah  dan letak di rak tengah. Kalau nak garing lagi tambah pembakaran guna api atas sahaja. Selamat Mencuba...




Thursday, February 13, 2014

Bingka Jagung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi merajinkan diri buat bingka jagung ni. Resepi ni mudah je mcm bingka2 yg lain, cuma tambahkan jagung krim manis je. Pada peminat kuih bingka tu, bolehlah cuba resepi mudah ni. Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan-loyang 9x9 inci (dpt 5 keping kuih kalau guna acuan pecah 8)
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cwn tepung kastard
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar mentega/minyak sapi-cairkan dan sejukkan
  • 4 biji telur
  •  secubit garam
  • 1 tin jagung manis ala krim (cream style golden sweet corn)
  • bijan utk hiasan
  • sedikit pewarna kuning
Cara-Cara:-
  1. Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati.
  2. Tuangkan adunan dlm mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati.
  3. Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan sapukan rata. Boleh juga guna mentega.
  4. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
  5. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing.
  6.  Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.

Saturday, February 1, 2014

Bingka Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kuih bingka yg kerap saya buat dan semestinya mudah je penyediannya. Ramai kwn2 di luar sana yg buat bingka pandan ikut resepi Joayee ni.Pada yg belum mencuba tu, bolehlah cuba resepi mudah ni...mmng sedap dan lembut je. Resepi sekali lagi saya kongsikan di sini. Jom semak resepi mudah ni...




Bahan- Bahan- (loyang 8x8inci, kalau guna acuan pecah 8-dpt 4 keping kuih)

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan jus pandan (Yatie kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
  • 2 1/4 cawan santan (1 cwn santan pekat, selebihnya tambah air)
  • 2 sudu besar mentega- cairkan dan sejukkan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 biji telor
  • 1/2 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • bijan
Cara-Cara:-
  1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati kecuali bijan.
  2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
  3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C guna api atas dan bawah sampai kuning/garing (Yatie bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dlm 5 minit terakhir).

Tuesday, January 21, 2014

Bingka Berlauk (Kak Wan)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni sedap layan bingka berlauk yg saya buat tengahari tadi. Sambil masak sambil bakar bingka ni, intinya dah siapkan awal2...tu yg sambil masak boleh buat kuih ni. Bila petang je, dah tersedia kuih bingka berlauk kegemaran kami sekeluarga. Sebelum ni asyik buat talam berlauk je sbb malas nak tunggu depan oven, kali ni merajinkan dirilah buat kuih ni. Tak sangka senang dan cepat masaklah kuih guna resepi Kak Wan ni. Terima kasih Kak Wan berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat bingka berlauk tu, bolehlah cuba resepi ni...mmng sedap sangat. Jom semak resepinya.




Bahan Adunan
  • 350 gm tepung gandum
  • 500 ml santan pekat
  • 1000 ml air
  • 5 biji telur ayam A- pukul ringan
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 2 sudu besar minyak sapi cair
  • pewarna kuning jika suka
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan adunan, kacau dengan whisk tangan hingga rata dan tidak berketul. Kemudian tapis.
  2. Gris acuan dengan mentega atau minyak. Panaskan acuan di atas dapur gas hingga minyak berdesir.
  3. Perlahankan api dapur dan tuang 3/4 adunan ke dalam acuan. Biarkan seketika hingga bahagian tepinya masak.
  4. Masukkan inti daging di bahagian tengah dan tepi acuan, tabur bahan hiris. Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
Bahan Inti
  • 200 gm daging / kisar
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 biji bawang besar potong dadu
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Tumbuk atau kisar bawang  putih dan halia. Tumis hingga naik bau. Masukkan kari daging dan kacau hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging kisar, sedikit air dan garam. Biarkan daging empuk
  3. Masukkan bawang dadu dan masak hingga inti hampir kering. Angkat dan ketepikan
Hiasan- Hiris
  • Daun sup dan daun bawang
  • Setangkai cili merah dan cili hijau
Acuan Kemboja - digiris minyak

**Yatie dpt 6 keping kuih guna acuan kemboja 5inci.

Wednesday, January 8, 2014

Bingka Kacang Hijau

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni sajalah nak mencuba bingka kacang hijau. Kebetulan buat bubur kacang petang tadi, alang2 rebus kacang, tu yg asingkan dlm 2 cwn utk buat bingka kcng hijau ni. Alhamdulillah menjadi dan sangat sedap rasanya. Saya mmng suka kuih2 mcm ni. Pada peminat bingka tu, bolehlah cuba. Sebelum ni pernah buat Bingka Kacang Merah ..boleh cuba kalau teringin..




Bahan-Bahan- (loyang 9x9 inci atau acuan pecah 8)

  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar mentega/minyak sapi
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • sedikit pewarna hijau dan perisa pandan
  • 2 cawan kacang hijau yg telah di rebus- (bahagi dua)
  • bijan
Cara-Cara:-
  1. Satukan kesemua bahan bersama 1 cawan kcng hijau dan kisar sampai sebati.
  2. Masukkan dlm periuk dan masak hingga sedikit pekat dan sentiasalah kacau guna whisk. Guna api sederhana je.
  3. Masukkan 1 cwn kacang hijau yg tidak di kisar tadi dan gaul rata.
  4. Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
  5. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
  6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.

Friday, January 3, 2014

Selamat Ulangtahun ke 4 Blog Sinar Kehidupanku - Bingka Serikaya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya masih tak terlambat utk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 pd semua pengunjung blog Sinar Kehidupanku. Moga hari2 yg kita lalui ini penuh dngn rasa kesyukuran atas nikmat yg Allah kurniakan. Selamat Kembali ke sekolah buat anak2 juga buat guru2 semua. Selamat Ulangtahun ke 4 buat blog kesayangan saya Sinar kehidupanku. Pejam celik kejap je masa berlalu. Tak sangka dah jejak 4 thn saya berblogging. Banyak pengalaman pahit manis yg di lalui membuatkan saya lebih sabar dan tabah. Doakan yg baik2 buat saya sekeluarga, moga saya akan terus bersama kwn2 semua berkongsi resepi dan idea masakan.

Terima kasih buat pengunjung blog lama dan baru, teman2 di FB, rakan2 di alam maya juga di alam nyata, blogger masakan juga blogger2 yg bukan masakan. Terima kasih atas sokongan selama ini, kalau tiada sokongan dari kamu semua, sudah tentu saya tak bertahan sampai tahap ini.Di sini saya ingin mengambil kesempatan utk meminta ampun dan maaf sekiranya ada tersilap kata dan kelakuan yg tidak menyenangkan pengunjung semua. Saya manusia biasa yg tak terlepas dari melakukan kesilapan.

Terima kasih juga pada blogger2 masakan yg banyak membantu saya utk terus mencuba lebih banyak resepi yg sedap2 dan hasilnya di kongsikan bersama pengunjung blog Sinar Kehidupanku. Moga kita sama2 dpt manfaat darinya. Alhamdulillah..

Oklah takmo cerita panjang, kalau tak.. maunya berjela2 nanti. Sebenarnya saya pun takde idea nak cerita...he3...saje je. Kita terus pd resepi pertama di tahun 2014 ni. Kali ni saya nak kongsikan resepi Bingka Serikaya yg sangat sedap. Saya mmng suka kuih2 tradisional ni, Pantang nampak dan mesti di cuba. Alhamdulillah, sedap bingka serikaya resepi Kak Fida ni. Terima kasih kak berkongsi resepi yg sedap2. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat kuih2 mcm ni, bolehlah cuba. Jom semak resepinya...



       Selamat Kembali Ke Alam Persekolahan Hamka, dah darjah 3 thn ni..

Bahan-bahan ( loyang 8 x 8 )- Yatie guna acuan kemboja pecah 8, dpt 3 keping kuih
  • 1 tin kaya (480g) - Yatie guna 400gm je
  • 4 biji telur
  • 200 ml santan pekat-Yatie guna santan Kara
  • 200 ml susu cair
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sb minyak/mentega cair
  • 180 gm tepung gandum - diayak
  • sedikit pewarna kuning ( atau hijau jika mengguna kaya pandan) 
 Cara-cara
  1. Campur semua bahan kecuali tepung dan pewarna selama 1-2 min.
  2. Masukkan tepung dan pewarna dan kacau lagi hingga adunan sebati. 
  3. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan bergris, tabur bijan jika suka.
  4. Bakar pada suhu 180C selama 30min. atau hingga bingka kelihatan garing. Sejukkan bingka, potong dan sajikan, Bingka enak juga dimakan ketika suam.

Monday, October 28, 2013

Bingka Ubi Rebus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pernah makan bingka ubi rebus tak? Buat pertama kalinya saya buat dan makan bingka ubi rebus ni. Biasanya kita parut ubi pastu buat bingka. Kali ni kita rebus dulu ubi tu, barulah buat bingka. Tak sangka mmng sedaplah, terasa kelainannya. Pada kwn2 yg nak merasa tu bolehlah cuba ya...mmng sedap sngt, terasa lemak manis ubi rebus tu. Terima kasih pada K.Fida berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.




Bahan-bahan ( loyang 9x9 atau 4 kpg acuan pecah 8 )
  • 500 gm ubi yang telah di rebus, toskan
  • 2 cawan santan (Yatie guna 200 ml santan pekat dan selebihnya tambah air)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 1/4 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 sudu besar majerin/mentega- cairkan 
  • sedikit butter utk sapu keliling acuan/loyang
Cara-cara
  1. Masukkan kesemua bahan dalam blender kecuali tepung dan majerin cair dan kisar halus.Tuangkan adunan kisar ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan tepung dan majerin ke dalam adunan tadi dan kacau rata dan sebati. 
  3. Sapu loyang atau acuan dengan majerin rata2 dan panaskan sebentar. Tuang adunan.Bakar hingga masak dan garing permukaannya. Kalau suka bijan boleh ditaburkan atas permukaan kuih sebelum dibakar.
  4. Biar bingka benar2 sejuk baru dipotong dan disajikan.

Thursday, October 10, 2013

Bingka Roti Jagung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak buat kuih bakar/ bingka. Kebetulan banyak roti putih kat rumah ni, jadi daripada terbiar gitu je...saya pun buatlah bingka roti berjagung ni. Anak2 mmng suka makan jagung. Tak kisahlah jagung rebus, jagung bakar, jagung dlm tin dan jagung krim. Apa2 yg berkaitan dngn jagung mmng suka yg amat. Bila kenangkan semuanya suka, apalagiiii..mama pun buatlah bingka roti berjagung ni. Resepi sebenar dari Mat Gebu, tapi saya dah buat guna sukatan cawan. Kali ni saya guna santan dan susu cair..mmng sedap dan bertambah lemak berkrim. Sebelum ni guna susu cair je sbb kehabisan stok santan di rumah. Kedua2nya sedap..yg penting bakar garing...tang kerak tu yg menjadi rebutan. Terima kasih pd penyumbang resepi, akak kongsikan sekali lagi resepinya ya.




Bahan-Bahan- loyang 10 inci
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula halus/kastor
  • 100 gm mentega, dicairkan dan biarkan suam
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 12 keping roti putih, didadu
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 liter santan / susu (Yatie guna 500ml santan dan 500ml susu cair)
  • 1 cawan jagung krim dalam tin
Cara-Cara
  1. Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan/susu dan kacau hingga semua sebati.
  2. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....
=> Saya tambah 10 minit lagi utk bakar guna api atas sahaja supaya permukaan garing.
=> Untuk pengunaan santan di atas, saya guna 200ml santan pekat dan tambah 300ml air utk menjadikan adunan 500ml santan...manakala 400ml susu cair dan 100ml air biasa utk menjadikan jumlah susu 500ml.

Wednesday, August 28, 2013

Bingka Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak buat kuih bakar/ bingka pandan ni. Sejak bulan puasa aritu, mmng jarang betul buat kuih. Baru ni lah teringin nak makan kuih2 tradisional ni.  Macam biasalah, kalau buat bingka, bingka pandanlah paling laris kat rumah ni.Selain warna hijau yg menarik, harum semerbak je bau pandan masa kuih ni di bakar. Banyak resepi yg telah di cuba, resepi Joayee inilah yg paling mudah dan semestinya sedap. Kuih ni cukup lembut dan lemak manisnya. Pada peminat kuih bakar/bingka tu blehlah mencubanya. Jom semak resepinya.




Bahan- Bahan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan (Yatie kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
  • 2 1/4 cawan santan (1 cwn santan pekat, selebihnya tambah air)
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 biji telor
  • 1/2 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • bijan
Cara-Cara:-
  1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
  2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
  3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C guna api atas dan bawah sampai kuning/garing (Yatie bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dlm 5 minit terakhir).

Tuesday, May 28, 2013

Bingka Jagung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan bersama resepi bingka jagung yg saya buat semalam. Pada mulanya nak buat bingka pandan, tetiba tukar plan jadi bingka jagung lah pulak. Kebetulan dah lama tak makan bingka jagung, bila puasa ni, tekak jadi teringin nak makan macam2. Sambil masak sambil membancuh adunan bingka jagung ni. Dapatlah kiranya sediakan juadah berbuka puasa semalam. Alhamdulillah sedap kuih ni, terasa lemak manis jagung krim tu. Resepi macam biasa je, cuma tambahkan jagung manis krim. Pada peminat kuih bakar/bingka tu, bolehlah cuba resepi mudah ni.




Bahan-Bahan-loyang 9x9 inci

  • 1 cawan gula
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cwn tepung kastard
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar mentega/minyak sapi
  • 4 biji telor
  •  secubit garam
  • 1 tin jagung manis ala krim (cream style golden sweet corn)
  • bijan utk hiasan
  • sedikit pewarna kuning
Cara-Cara:-
  1. Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati.
  2. Tuangkan adunan dlm mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati.
  3. Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
  4. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
  5. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing.
  6.  Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.

Thursday, May 16, 2013

Bingka Permata Kacang Merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan resepi Bingka Kacang Merah yg sangat sedap. Sebelum ni buat guna resepi diSINI, kali ni olah resepinya dan guna kacang merah mcm tu je, tak payah di kisar. Sedap betul makan kuih ni bila tergigit kacang merahnya, macam makan aiskrim lah pulak. Pada peminat bingka tu bolehlah cuba resepi mudah ni. Jom semak resepinya.


Bahan-Bahan
-loyang 9x9 inci
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar mentega/minyak sapi
  • 4 biji telor
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 tin kacang merah (red kidney beans)-buangkan airnya, cuci dan toskan
  • bijan
Cara-Cara:-
  1. Satukan kesemua bahan kecuali kacang merah dan bijan. Kisar sampai sebati.
  2. Masukkan dlm periuk dan masak hingga pekat sedikit dan sentiasalah kacau guna whisk. Guna api sederhana je.
  3. Masukkan kacang merah dan gaul rata.
  4. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
  5. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
  6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.

Monday, April 15, 2013

Bingka Emping Jagung / Cornflakes

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kawan2 pernah makan bingka emping jagung tak? Saya ni baru pertama kali buat dan rasa bingka cornflakes ni, tak sangka sedap rasanya..rasa dan baunya seakan2 bingka nestum. Buat bingka ni mudah je, kalau teringin nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Terima kasih pada Kak Fida berkongsi resepi mudah dan sedap ni, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.



Bahan-bahan ( loyang 8 inc / 3 biji acuan pecah 8 )
  • 150 gm cornflakes/emping jagung - dikisar halus 
  • 3/4 cawan tepung jagung - ayak
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 cawan santan ( 200ml KARA + air)
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 3 sudu besar susu pekat manis 
  • 1 sudu besar mentega- saya tambah
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning 
  • bijan
Cara-cara
  1. Satukan kesemua bahan2 di dalam mangkuk dan kacau rata guna whisk hingga adunan sebati. 
  2. Sapukan acuan dngn mentega/majerin/minyak di sekelilinya dan panaskan sebentar dlm oven.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang disapu mentega tadi dan taburkan bijan dipermukaannya.
  4. Bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau hingga kuih kelihatan garing.
  5. Sejukkan kuih, potong dan hidangkan.

Monday, February 4, 2013

Bingka Pisang - Kak Fida

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi layan bingka pisang resepi Kak Fida @my resipi pula. Sebelum ni pernah buat bingka pisang diSini, mmng sedap dan lembut sangat. Kali ni cuba resepi K.Fida sbb nak rasa kelainannya bila di tambah dngn potongan pisang dlm adunan. Bingka ni sedap, lebih2 lagi bila tergigit potongan pisang tu, mcm ada rasa jemput2 pisanglah pulak. Pada pengemar kuih bakar/bingka tu, bolehlah mencubanya, mmng sedap sangat. Jom semak resepi mudah ni.




Bahan-bahan ( 2 keping acuan bahulu pecah 8/loyang 9x6inc. )
  • 2 cawan pisang yang dilecek halus
  • 1/2 cawan gula merah 
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 biji telur
  • 125 ml santan pekat
  • sedikit garam
  • sedikit esen vanilla/pisang
  • 1 sudu besar majerin/mentega
  • 1 1/4 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 biji pisang-didadu ketika hendak dicampurkan ke dlm adunan 
Cara-cara 
  1. Pisang lecek,gula,telur,santan,garam,majerin dan esen dikacau rata. 
  2. Masukkan tepung dan kacau terus hingga sebati. 
  3. Masukkan pisang dadu ke dlm adunan dan gaul sebati.
  4. Loyang/acuan disapu majerin dan dipanaskan sebentar dlm oven,keluarkan dan tuang adunan bingka dan bakar selama 30 min atau hingga garing permukaannya.
  5. Sejukkan kuih di atas redai sebelum dipotong dan dihidangkan.

Saturday, December 29, 2012

Bingka Durian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya merajinkan diri buat kuih bingka durian. Sebenarnya banyak durian kat petiais, jadi tak tau nak buat apa. Makan gitew je dah puas, sampai takmo daaaaa. Bila tngk kat petiais, sayanglah pulak...mesti nak buat sesuatu. Fikir punya fikir saya pun buatlah kuih bakar/bingka durian. Kali ni saya guna resepi kuih bakar keledek/labu utk buat bingka durian ni, cuma gantikan keledek/labu pada durian. Bahan2 yg lain semuanya sama..mudahkan. Bila dah siap tu, tak sabar nak merasa. Sambil makan sambil cium bau kuih ni...harum durian menusuk kalbu. Masa bakar kuih tu pun, harum semerbak satu rumah. Pada peminat kuih berperisa durian tu, bolehlah cuba....mmng sedap sangat.Jom semak resepi mudah ni.





Bahan-Bahan
  • 3biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 1/4 cawan air 
  • 2 cwn tepung gandum
  • 3/4 cwn gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 1/2 cawan isi durian
  • pewarna kuning
    sedikit bijan
Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang 9x9 inci dengan mentega. Ketepikan...
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali isi durian dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  3. Masukkan isi durian dlm adunan dan gaul rata. Blend semuanya. Tuangkan dlm bekas dan gaul sebati.
  4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran. Saya tambah 10 minit lagi guna api atas sahaja supaya permukaannya garing.
  5. Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah di potong dan dihidangkan.
**Sebelum tuang adunan dlm loyang/acuan, pastikan acuan/loyang di lenser dngn butter dan panaskan  terlebih dahulu dlm 3 minit. Kemudian tuang adunan, taburkan bijan dan bakar sehingga masak.
    Yatie guna acuan bahulu pecah 8 utk adunan di atas dan dapat dlm 4 keping kuih.
Related Posts with Thumbnails