Sunday, August 26, 2012

Selamat Hari Lahir ke 12 thn Seri Irdina Mohd Khata


Assalamualaikum,Salam Sejahtera dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat teman2 semua. Masih mood raya ke? Biasalah raya sebulan, masa nilah masa kita bertemu sanak saudara saling kunjung mengunjung dan saling bermaafan. Macam saya ni, hahhhh raya sampai ke Kedah lagi, jauh yg amat. Raya tu tak letih, tapi perjalanan jauh tu yg meletihkan. Sakit badan dan pinggang segala. Tapi semua tu sementara saja, bila dpt bertemu sanak saudara penat tu jadi hilang serta merta.

Oklah, sebenarnya saya nak ambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Hari Lahir buat puteri kesayangan Seri Irdina Mohd Khata yg ke 12 thn. Sebenarnya hari ulangthaun kelahirannya pda 25.8.12 semalam. Baru hari ni berkesempatan nak kongsikan kat blog arini. Maklumlah semalam satu hari dlm perjalanan, mana ada masa nak ngadap lappy. Tahun ni tak sempatlah nak buat kek sendiri sbb kami sekeluarga berada di Kedah selama 4 hari 3 mlm. Jadi cuma acara jln2 cari makan jelah. Lagipun tahun lepas hari lahirnya jatuh pada bulan puasa, mmng tak pergi mana2. Tahun ni kena masa raya pulak, jadi mmng jalan memanjanglah. Tengoklah bila balik rumah nnti pasti buatkan juga kek buat Seri Irdina. Biasalah anak2 ni, suka yg mamaNya buat, walau tak secantik mana pun..tetap setia dngn air tangan mamaNya.

Akhirkata buat Dina, mama ucapkan Selamat Hari Lahir yg ke 12thn, moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik berpanjangan, menjadi anak yg solehah yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan keluarga serta berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin...

Buat kawan2 semua, doakan kejayaan Dina yg akan menduduki peperiksaan UPSR thn ini. Moga Dina diberikan kesihatan yg baik sepanjang menduduki peperiksaan, diberikan ketenangan dan dipermudahkan utk menjawab peperiksaan UPSR sebenar pada 11,12 dan 13 sept 2012. Moga anak2 yg memduduiki peperiksaan yg sama juga berjaya dngn cemerlang. Aamiin ya rabbal Aalamiin..

Friday, August 24, 2012

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya tak terlewat bagi saya utk mengucapkan Salam Lebaran buat pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku. Terima kasih kerana memberi sokongan dan semangat pada saya utk terus berblogging. Walaupun hanya bersapa di alam maya, tapi ianya terasa dekat di hati. Moga ukhuwah yg terjalin selama ini berkekalan bahagia hingga ke akhirnya.

Maaf dipinta sebab lama tak bersiaran, kesibukan berhari raya bertemu sanak saudara membuatkan diri ini lupa utk bertegur sapa di laman blog ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada kedua ibu bapa, mertua, sanak saudara, teman2 di alam nyata juga teman2 di alam maya. Ampun dan maaf dipinta andai selama saya berblog ada membuat kesilapan yg tidak disengajakan atau tanpa disedari. Saya hanyalah insan biasa yg tidak pernah terlepas daripada membuat kesilapan. Sesungguhnya yg baik2 itu semuanya dari Allah SWT dan yg tak elok itu semuanya daripada kelemahan diri ini. Moga kita semua sentiasa dlm limpah rahmat Allah SWT. Aamiin...

Ok, tema raya tahun ni warna hijau pulak...

Serasi Bersama..

Wajah anak2 tersayang

Gambar keluarga bersama ayah dan ibu tercinta


alahaiiii anak mama kena peluk cium dngn mak toknya

Warna hijau kegemaran Hamka...

wow...banyak duit raya..he3.

saling bermaafan...sayu masa ni..

Gambar keluarga bersama mertua

Talhah bersama abahnya....

ceria je tngk....

sesi bermaafan dan beri duit raya pada anak jiran tertangga...

selesai marhaban, menjamu selera...

Gambar bersama nenda tersayang..


Dari kiri, mak, kakak yg sulung, kakak no 2 dan saya anak ke 3 dan yg tudung oren tu adik bongsu..

Keluarga Kak Izah

Keluarga Kak Azie

Wednesday, August 15, 2012

Biskut Cornflakes Rangup


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Biskut Cornflakes Rangup yg wajib di buat setiap tahun perayaan . Buat biskut ni pun mudah je, tu yg cepat siap dan dapat banyak pula. Maklumlah buat utk 3 keluarga, jadi saya buat biskut yg mudah dan semestinya sedap. Pada kawan2 yg nak merasa tu, masih sempat lagi rasanya utk mencuba resepi biskut cornflakes rangup yg sangat sedap ni. Jom semak resepinya, boleh juga lihat diSINI dan diSINI.




Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • Mangkuk kertas
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.

Tuesday, August 14, 2012

Biskut Badam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur Alhamdulillah anakanda Mohamad Talhah selamat sampai ke Msia pada hari ahad pkl 2 ptng. Gembira dan terharu sangat sebab dpt berjumpa semula utk bercuti sempena raya tahun ini. Biskut badam ni biskut pertama buat bersamanya. Maklumlah masa kat UK Talhah berangan nak biskut raya sendiri, jadi dikesempatan inilah dia belajar serba sedikit utk membuatnya bersama mama.

Sebelum ni saya buat biskut badam guna resepi di SINI, kali saya guna resepi dari blog Kak Norlie pula. Resepi ni mudah je sbb guna sukatan cawan dan saya copy ikut kesesuain sendiri. Biskut ni sedap dan rangup. Kalau kawan2 berkenan tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan
  • 375 gm mentega (1 1/2 cwn mentega)
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cwn badam hancur
  • 2 cwn tpg jagung*
  • 2 1/2 cwn tpg gandum*(*di ayak bersama)
  • Utk hiasan, 2 biji telur kuning dan badam cincang
Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula + kuning telur dan esen. Gaul sebati je.
  2. Masukan badam hancur ,tpg jagung dan tpg gandum dan uli menjadi doh yg lembut.
  3. Canai dan terap mengikut acuan pilihan.
  4. Letakkan di loyang dan sapukan telur kuning di permukaan biskut dan taburkan sedikit badam cincang.
  5. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak dngn suhu oven 160C.

Sunday, August 12, 2012

Kepulangan Yang Di Nanti-Anakanda Talhah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni merupakan hari yg paling indah di rasakan. InsyaAllah pkl 2 petang nanti anakanda Mohamad Talhah selamat sampai ke tanah air. Mungkin waktu ni anakanda Talhah dlm penerbangan, saya dan keluarga pula dlm perjalanan menuju ke KLIA. Moga kami sekeluarga selamat sampai ke destinasi. Doakan moga kami semua selamat. Tiada kata indah yg lain selain gembira yg teramat sangat. Jumpa lagi kawan2..


Gambar sebaik tiba di KLIA....wajah ceria terukir...


Saturday, August 11, 2012

Almond London

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah biskut kegemaran anak2 saya. Malam tadi Seri dngn Dina yg menggentel biskut ni, pagi tadi tugasan mamaNya pulak salut coklat pada biskut ni, pastu Hamka plk tlng tabur badam kat atasnya. Terasa kecoh je masa buat biskut ni, maklumlah semuanya ikut membantu...tapi seronoklah pulak. Biskut ni dibuat sempena menyambut kepulangan anakanda tersayang Mohamad Talhah dari London esok,jadi mmng bersesuaianlah biskut ini disajikan. Alahaiiiii saje je sebenarnya, maklumlah puasa2 ni takde modal nak berceloteh, nnti ntah apa2 plk yg dicelotehkan.

Sebelum ni buat guna tepung gandum je, kali ni ada 3 jenis tepung dlm adunan biskut ni, mmng sedap dan rangup biskut ni. Pada kawan2 yg masih tercari2 lagi resepi Almond London yg sedap tu, boleh cuba resepi ni. Terima kasih pada Nizamadey@myresepi kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, juga pada Rahel yg mewar2kan biskut yg sedap ni. Kak Noor juga dah buat biskut ni, siap ada love lagi. BTW terima kasih semuanya. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak resepinya.



Bahan-bahan ( +/- 150 biji )
  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung*
  • 300 gm tepung gandum*
  • 2 sudu tepung beras*
  • 1 tsp baking powder*(*di ayak bersama)
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)
  • sedikit butter/shortening utk cairkan coklat
Cara-cara
  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

Friday, August 10, 2012

Puding Berkuah Laici

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Puding ni menu berbka semalam juga. Biasanya awal ramadhan lagi saya dah buat, kali ni lambatlah pulak. Saya lebih suka makan bubur/pengat sebagai pemanis mulut. Lagipun puding ni sedap di makan sejuk, kebetulan dari awal ramadhan lagi saya mengalami sakit tekak...jadi terpaksalah kawal sikit pemakanan tu. Biasanya kalau sakit tekakmesti diiringi batuk2, alhamdulillah kali ni cuma sakit tekak je, bila dah berbuka puasa dah pulih semula. Masa ni minumlah air putih sebanyaknya.

Ok, resepi macam biasa, boleh lihat di SINI dan di SINI. Terpulanglah pada kita nak makan bersama buah campuran, nenas ataupun buah laici je. Kali ni saya makan bersama buah laici je. Suka bau laici yg harum tu.



Bahan2 Utk Puding

  • 1 cwn tepung kastard
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1/2 cwn gula
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.
Bahan Utk Kuah
  • 1 tin buah laici( Boleh ganti koktel, peach dan nanas..)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air biasa (air masak)
  • 1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)
  • Ais secukupnya
Cara-Cara
  1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
  2. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang mix fruit/laici dan susu.
  3. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur laici.
  4. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.
**Biasanya saya guna air masak biasa campur dngn susu cair dan gula saja. Lepas tu tuang buah laici tadi.Gaul sebati dan letak sedikit ketulan ais. Barulah di hidangkan bersama puding kastard.

Spaghetti Bolognese 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu berbuka hari ni makan spaghetti bolognese atas permintaan anak2. Lama tak makan dan masak spaghetti macam ni, sedaplah pulak. Resepi macam biasa yg saya buat sebelum ni, cuma saya tambahkan lagi sos spaghetti yg sedia ada. Kalau nak mudah makan je yg dah siap kat botol tu samada jenama kimball/prego, tapi takdelah rasa daging kisar dan cendawan butang tu. Kalau masak sendiri, bolehlah tambah bahan2 kegemaran tapi yg bersesuaianlah ya. Kalau tambah macam2 nanti, hilang pulak rasa original sos spaghetti tu. Resepi asal sebelum ni boleh lihat di SINI. Kali ni saya tambah cendawan butang dan sos original prego..mmng bertambah sedap. Anda cubalah sendiri..pasti nak buat lagi..


Bahan-bahan:
  • 3 sudu besar minyak
  • 4 ulas bawang putih – di cincang halus
  • 1 labu bawang besar (jenis putih) – dikiub ½ cm
  • 2 helai daun bay kering
  • 1 tin cendawan butang-(buangkan airnya, cuci, toskan dan ptng kecil) -Yatie tambah
  • 400 gm daging kisar -
  • 400 gm tomato dalam tin – dikisar (kalau takde, guna 4 biji buah tomato yg masak ranum di ptng dadu dan tambah 4 sudu besar tomato sos, kalau nak kisar pun boleh)
  • 500 ml air
  • 2 sudu besar puri tomato
  • 1 cawan sos spaghetti/kimball-(Yatie tambah)
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu besar oregano kering
  • 500 gm spaghetti – direbus lembut dan toskan
  • Parutan keju secukupnya
  • Gula & garam secukup rasa
Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan daun bay hingga keemasan.
  2. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna dan kering airnya.
  3. Campurkan tomato,sos prego, air, stok, puri, oregano, cendawan, gula dan garam.
  4. Kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api.
  5. Masak selama 45 minit atau hingga kuah pekat dan sentiasalah di kacau.
  6. Sajikan panas-panas dengan spaghetti dan keju parut.

Wednesday, August 8, 2012

Biskut Suji Salju

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan bersama resepi biskut suji salju yg sangat sedap. Tahun lepas nak buat biskut ni, tapi tak jadi sbb dah buat biskut makmur dngn biskut suji. Kedua2 biskut tu pun menggunakan minyak sapi, jadi macam muaklah pulak asyik bau minyak sapi je. Kalau dah siap buat tu, cepat2lah mandi sbb bau minyak sapi melekat kat baju. Jangan sampai di tegur baru nak mandi, nnti merajuklah pulak...he3...

Biskut suji salju ni sedap sangat. Gabungan minyak sapi, butter, cornflakes, tpng suji dan tpng jagung membuatkan biskut ni rangup dan lemak manis. Biskut ni di saluti susu tepung, lagilah buatkan siapa yg memakannya asyikkkkk gitewwww. Kalau tak percaya...kawan2 cubalah, mmng sedap sangat. Resepi ni saya kopipes dari Kak Ummi, dan Kak Ummi copy dari Mat Gebu. Menurut Che Mat, resepi ni dari Mak Lang. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat kuih suji, cubalah...mmng berbaloi..



BAHAN A :-)
  • 150 gm minyak sapi
  • 100 gm mentega
  • 100 gm gula kastor
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1biji kuning telur
BAHAN B :-)
  • 100 gm cornflakes, dikisar halus
  • 100 gm tepung jagung
  • 50 gm suji (semolina)
BAHAN C :-)
  • 280 g tepung gandum-ayak


  • Susu tepung secukupnya -utk salut biskut yg dah masak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar bahan A hingga sebati. Masukkan semua bahan B dan gaul hingga rata. Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang boleh dicanai.
  2. Canai doh tadi 1/2 cm dan terap guna acuan kegemran. Buat hingga siap dan bakar dalam oven pada suhu 170C selama 15 - 20 minit.
  3. Biarkan suam dan salut biskut tadi dengan susu tepung. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara...

Tuesday, August 7, 2012

Biskut Casablanca Delight

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Harap anda semua sihat dan ceria2 selalu di samping keluarga tercinta. Maaflah menu yg sama je kat bawah ni. Sebenarnya 2 hari lepas pulang kekampung. Bila dah balik tu, mood malas pulak nak masak kat rumah sendiri. Tapi mana boleh cuti masak, hari2 mesti kena masak juga walau seringkas mana pun. Dalam pada malas2 tu, malam tadi sempat gak buat biskut raya. Macam biasalah, cari resepi yg mudah dan semestinya sedap. Kalau kat rumah ni mmng peminat nestum dan oat, jadi saya pun buatlah biskut yg ada kaitan dngn nestum dan oat ni. Memang sedap dan rangup biskut ni. Lebih menarik lagi bila di tambah bijan hitan dan hiasan ceri hijau dan merah. Kalau biskut macam ni, alamat Hamka lah yg suka cabut dia punya ceri kat atas tu, pastu dia suruh kita makan biskutnya. Kali ni Hamka tak buat macam tu lagi, dia makan semuanya. Alhamdulillah...makin besar makin faham dia.

Terima kasih pada Kak Wan berkongsi resepi biskut yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya buat rujukan di masa akan datang. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya...mmng sedap.

Di kesempatan ini saya nak berterima kasih pada Ben Ashaari yg sentiasa menghargai kami blogger masakan. Hampir setiap tengahari ada saja segmen Makanan berbuka puasa pilihan dari Ben Ashaari sendiri. Secara tidak langsung menaikkan juga traffik pada blog masakan. Terima kasih pada semua pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku juga pengujung2 yg baru. Saya amat2 menghargainya. Kawan2 boleh juga lihat di Makanan berbuka puasa pilihan di 4, 11 dan 17. Terima kasih sekali lagi.




Bahan A
  • 130 gm mentega
  • 20 gm shortening
  • 70 gm gula kastor
Bahan B
  • 30 gm nestum - diramas
  • 30 gm oat- panggang dan kisar
  • 30 gm serbuk badam
  • 20 gm bijan hitam
Bahan C
  • 25 gm tepung jagung
  • 10 gm tepung beras
  • 150 gm tepung gandum
Hiasan : Ceri merah dan hijau, kuning telur

Cara-cara
  1. Sebatikan bahan A dan masukkan bahan B dan uli rata.
  2. Masukkan bahan C dan uli lembut kemudian canai menjadi kepingan nipis.
  3. Terap dgn acuan empat segi tepat dan sapukan kuning telur dan hias dgn ceri merah dan hijau.
  4. Bakar pada suhu 140c selama 30 minit atau sehingga kekuningan.

**Adunan di atas dapat sikit je, so Yatie buat 2 adunan sekali.

Saturday, August 4, 2012

Bubur Som Som

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah menu kegemaran saya utk berbuka semalam. Biasanya buat hijau ataupun putih, kali ni saja je tambah 2 lagi pewarna. Macam biasalah anak2 mmng teruja kalau lihat kuih warna warni. Tak sangka Hamka suka bubur ni, dia rasa semua warna yg ada. Memang kekenyanganlah dia sampai urut2 perut tanda kekenyangan...adoyaiii Hamka.
Resepi dari Kak Fida ni mmng best. Kawan2 boleh juga lihat di SINI.


Bahan-bahan
  • 100 g tepung beras-Yatie guna 1 cwn
  • 100 g tepung jagung-Yatie guna 1 cwn
  • 1,750 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau, merah dan kuning
  • 2 helai daun pandan-disimpulkan
SIRAP GULA MELAKA :-(saya buat separuh adunan sirap gula melaka ini)
  • 500 g gula melaka
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.
  3. Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup, guna api sederhana dan sentiasalah di kacau rata.
  4. Bila dah masak,tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  5. Sajikan bersama sirap gula melaka.

**Kali ni Yatie buat 4 warna, saja nak nampak lebih menarik bubur som2 ni dan anak2 teruja nak merasainya. Semasa masak adunan ni, Yatie masukkan sekali daun pandan yg disimpul dan masak spt biasa. Bila adunan dah masak tu, keluarkan daun pandan tadi dan saya bahagikan pada 4 dan warnakan. Kemudian cepat2 tuangkan ke dlm bekas yg di sediakan.

Friday, August 3, 2012

Sotong dan Buncis Tumis Tomyam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak ringkas je. Semalam ada majlis berbuka puasa di tempat kerja suami, begitu juga hari ni. Biasanya kalau ada majlis mcm ni saya akan masak ringkas je spt lauk 2 in 1. Senang kerja dan taklah membazir. Semalam saya masak sotong dan buncis tumis tomyam je. Walaupun ringkas tapi suami dan anak2 tetap berselera. Resepi ringkas ni spt dibawah, kalau berkenan tu jomlah semak resepi sempoi ni.


Bahan-Bahan
  • 500 gm sotong
  • 15 btng kacang buncis-buangkan urat tepi dan ptng pendek
  • 1 biji tomato-potong 6
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 kiub/bungkus pes tomyam
  • 1 sudu besar soso tiram
  • Garam dan gula
  • 1 biji limau kasturi-ambil jusnya
  • minyak utk menumis
Bahan Hiris
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 tangkai cili merah
  • 5 biji cili padi
Cara Memasak
  1. Bersihkan sotong, kelar2kan sedikit, cuci dan toskan-Yatie guna gunting tajam.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 hiris. Tumis hingga bwng sedikit layu.
  3. Masukkan sotong dan kacang buncis. Gaul rata dan masukkan pes tomyam.
  4. Masukkan daun limau purut, jus limau kasturi dan gaul rata.Masukkan buah tomato.
  5. Tambahkan sedikit garam, gula dan air jika perlu.
  6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, matikan api, angkat dan bolehlah di hidangkan.

Thursday, August 2, 2012

Tart Bunga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kogsikan bersama resepi tart bunga yg saya buat 2 hari lepas. Sebenarnya nak buat masa hari minggu, tapi dok sibuk jln2 shopping tu yg tak jadi buat. Lagipun dah letih, kalau buat gak dlm keadaan mood yg tak stabil....alamat kuihnya pun ikut tak stabillah...he3, faham2 jelah ya.

Resepi dari Kak Fida ni mudah je, takyah guna mixer segala. Pada kawan2 dan adik2 di luar sana yg nak cuba buat tu, bolehlah mencubanya. Bab inti tu saya guna yg dah siap je, takyahlah susah2 nak kupas nenas, nak parut dan masak hingga kering lagi...tiada kerajinan di situ. Jadi bagi memudahkan kerja.... beli je inti nenas tu, pastu suruh anak dara saya gentel bulat2 inti tu dulu, mudah bila nak di gunakan.

Terima kasih pada Kak Fida kerana berkongsi resepi tart bunga ni di myresepi. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kawan2 boleh juga lihat resepi di SINI bagi membuat Tart Gulung.




Bahan-bahan ( 90-100 keping )
  • 250 gm mentega (nak sedap guna yang berkualiti)
  • 2 sudu besar minyak sapi-saya tambah
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 biji kuning telur
  • 10 sudu besar tepung jagung/kastard - ayak
  • 1 sudu kecil esen vanilla (opt)
  • 350 gm tepung gandum - ayak (tambah jika adunan lembik)
  • Inti nanas secukupnya-buat bebola kecil
  • paper cup kecil secukupnya
Cara-cara
  1. Mentega,susu manis,kuning telur,vanilla dan tepung jagung/kastard dikacau hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit2 sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
  3. Canai doh dan terap dengan penerap berbentuk bunga.
  4. Bubuh doh bunga kedalam papercup yg beralas mangkuk2 alum dan tekan2kan sikit di tengahnya.Isi inti nanas dan hias jika suka.
  5. Bakar pd suhu 165C-170C selama 20 min atau hingga garing mengikut suhu oven masing2.

Wednesday, August 1, 2012

Vadai/ Magelek

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Vadai/magelek ni saya buat petang tadi utk berbuka puasa. Bila bln puasa ni suka pulak makan yg bergoreng. Masa goreng ni pun dekat2 nak berbuka baru goreng sbb nak makan masa panas2. Bila panas lagi tu rasanya sedap sngt, garing diluar dan lembut di dalam. Kali ni amil resepi dari Mat Gebu lagi, dan menurut Che Mat resepi ni adalah dari Rinchan. Terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Tetiba teringat masa beli vadai ni dulu, mamak tu beri sekali sebatang lada hijau utk di makan bersama vadai/magelek ni....tu yg tangkap gambar dngn ladanya sekali..he3..


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 250 gram kacang dhal, cuci dan rendam 4 jam
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 1 camca teh jintan manis
  • 2 tangkai cili kering, gunting kecil2
  • 1 tangkai daun kari, dilurut
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan kacang dhal tadi, kemudian kisar hingga hancur, kalau masih ada sedikit biji2 kacang dhal pun tak mengapa. Kisar tanpa air. (mat guna food processor). Tuang ke dalam bekas.
  2. Masukkan jintan manis, cili kering, bawang besar dan daun kari (kalau daun kari anda besar, hiris sedikit). Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Biar sekejap.
  3. Ambil sehelai plastik bersih, sapu dengan sedikit minyak makan, dan ambik anggaran 1 camca besar penuh adunan vadai, bulat2 dan leperkan sedikit. Susun atas loyang yang telah dialas plastik dan juga disapu sedikit minyak. Buat hingga siap.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Jika suka, boleh juga masukkan beberapa helai daun kari dalam minyak gorengan tadi bagi menambah aroma. Boleh hidangkan untuk minum petang... Selamat mencuba!!..



Soto Madura

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pernah makan soto madura tak? Masa pertama kali makan soto ni mmng terasa pelik sikit sbb kuahnya lemak kuning tapi ada rasa sup ayam dan makan dngn sambal kicap. Bila dah rasa, perghhhhh...mmng sedap betullah. Kalau tak percaya anda cubalah sendiri, baru tau mcmana rasanya.

Masa Hamka nak makan semalam, klakar dibuatnya. Hamka tanya pada saya, kenapa kuahnya takde sayur2an. Kenapa mama tak bagi Hamka makan sayur? Dalam hal ni tak boleh nak salahkan Hamka. Memang dia tahu biasanya nasi impit makan dngn sayur lodeh, tu yg dia dok tanya..mana sayur2nya. Terpaksalah saya menerangkan padanya, kali ni mama masak nasi impit makan dngn kuah lemak kuning ayam, namanya pun lain iaitu Soto Madura. Makan dngn sambal kicap, taugeh dan ayam goreng yg di siat2 halus. Hamka cuma senyum je, mesti dia fikir mamaNya saje main2 nak sedapkan hatinya. Haihhhhh situlahhh, yg penting bila dia makan dia kata sedapnyaaaa mama masak, nak tambah lagi bolehhhhh....hahhhh itulah yg nak dengar tu.... kan dah kata sedap.

Pada kawan2 yg teringin nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.


Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam – dipotong 4, (2 keping dada di goreng manakala selebihnya di ptng kecil utk di masak bersama kuah soto)
  • 1 s/k garam dan sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ayam.
  • 2 kotak santan kara/ayam brand ( 1 kotak 200ml)-guna santan kotak supaya kuahnya cantik, tak pecah..
  • 4 cwn air atau secukupnya
  • 3 batang serai – dititik
  • 1 btng kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
  • Garm dan sedikit gula

Bahan di Kisar

  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 labu bwng besar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 sudu kecil lada putih/sulah- di tumbuk halus
Lain2 bahan yang diperlukan :
  • sambal kicap
  • Taugeh buang ekor, cuci dan toskan-tak perlu di celur
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
  • Nasi impit secukupnya
Cara Penyediaan.
  1. Goreng 2 keping dada ayam sehingga masak dan ketepikan dulu. Sekiranya dah sejuk, bolehlah di siat2 kecil dan ketepikan...bila nak makan soto madura, barulah letak ayam tadi dan siramkan kuahnya.
  2. Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan2 yang telah dikisar, jintan manis dan ketumbar...masukkan lada sulah yg telah di tumbuk lumat.
  3. Tumis hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik. Masukkan ayam yg diptng kecil.
  4. Kemudian masukkan air, dan kacau sentiasa. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan santan dan gaul sebati. Masak lagi sehingga mendidih dan guna api sederhana.
  6. Masukkan garam dan perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah matikan api.
*** Hidangkan bersama nasi impit,ayam yg telah di goreng dan di potong kecil/siat2kan, sambal kicap dan taugeh mentah. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup. Siap utk di makan.
Related Posts with Thumbnails