Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Sunday, January 4, 2015

Blog Sinar Kehidupanku / Yatiememories 5 tahun dan Salam Maulidur Rasul 1436H/2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya tak terlambat nak ucap Selamat Tahun Baru 2015 buat rakan2 semua. Biasalah di tahun baru dan bulan baru ni, banyak tugasan menanti....di tambah lagi dngn persiapan anak2 ke sekolah. Alhamdulillah semuanya siap di sediakan, cuma menanti saat tiba hari persekolahan nnti pd 11 Jan 2015.

Salam Maulidur Rasul juga buat rakan2 semua. Salam dan Selawat buat Nabi Junjungan kita Muhammahd SAW. Sama2lah kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, semoga kita sama2 mendapat Syafaatnya.

Hari ni sabtu bersamaan 3.1.2015 merupakan ulangtahun blog Sinar Kehidupanku ke 5 tahun. Alhamdulillah masih lagi bertahan hingga saat ini. Terima kasih pd rakan2 yg masih sudi singgah blog sempoi ni. Kalau tiada sokongan dari rakan2 semua, tiadalah blog ni kekal hingga saat ini.

Terlalu banyak kenangan suka dan duka sepanjang berblog ni. Suka tu bila rakan2 buat rujukan blog ni utk menu masakan setiap hari. Ada juga yg boleh sampai berbisnes, alhamdulillah. Resepi mmng utk di kongsikan bersama. Tahniah juga pd rakan2 yg mencuba resepi dari blog ni, menjadi dan maaf  juga sekiranya ada yg mencuba tapi hasilnya kurang memuaskan dan tak menjadi. Bila tak menjadi dan tak memuaskan tu, timbullah perasaan marah dan tak puashati pd pemilik blog dan empunya resepi. Suka saya ingatkan ya, janganlah cepat menyalahkan orang lain, selidik dan kaji dulu samaada bahan dan cara kita sama ke tidak. Setiap orang mempunyai cara tersendiri utk menghasilkan sesuatu. Bila kita betul2 ikhlas ingin mencuba dan yakin hasilnya, In Shaa Allah pasti baik juga hasilnya.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat ulangtahun ke 5 pd blog Sinar Kehidupanku. Moga blog ni terus sukses dan dapat berkongsi idea masakan dan resepi pd rakan2 yg memerlukan. Saya akui terlalu banyak kekurangan. Resepi yg di kongsikan sekadar biasa2 saja dan bukan nak tunjuk pandai memasak. Saya ikhlas berkongsi. Pada yg sudi, silakan dan mmng dah di halalkan resepinya.

Sejak2ni mmng tak selesa dngn segelintir rakan2 di FB mengambil gambar masakan saya dan di buang watermark Yatiememories. Perbuatan ini sungguh tidak beretika langsung, dahlah tak minta izin gambar kita diambil pastu di buang watermark....apakah tujuannya. Kalau berkongsi resepi mmng di alu2kan, tapi perbuatan membuang watermark ni mmng buat saya marah. Ramai rakan2 blogger masakan dah terkena dngn situasi yg sama, itu juga yg membuatkan blogger masakan skrng makin tidak aktif. Jangan pula bila saya ckp mcm ni, di katakan tak ikhlas berkongsi resepi. Baca dan fahami apa yg di tulis dan di luahkan.

Bayangkan kita bersusah payah mengambil gambar dngn pelbagai cara dan sudut dngn harapan utk berkongsi seiklasnya. Tetiba ada orang senang2 gunakan gambar kita dan buang watermark kita. Kalau kita tak letak watermark di katanya bukan masak sendiri dan tak ada bukti. Ini mesti beli dan terus tangkap gambar je. Bila kita masak sendiri dan letak watermark kat gambar masakan, di katanya tak ikhlas berkongsi...nak nama dan glemer je....ntahlah...macam2 perangai orang, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang..

Oklah panjang lebar pula saya berceloteh kali ni. Sebelum ni saya diam je, kali ni terpaksa bersuara sbb mempertahankan hak kita. Maaf andai ada terkasar bahasa. Mudah2an ilmu yg di kongsikan di blog ni sama2 kita dpt manfaat darinya. Terima Kasih..


Wednesday, September 24, 2014

Pulut Kuning dan Rendang Daging Istimewa di Hari Ulangtahun Perkahwinan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah, hari ni  bersamaan 24 sept, genaplah 23 thn kami melayari bahtera perkahwinan. Syukur pdMu Ya Allah kerana merahmati dan memberkati hubungan kasih suci ini. Moga ianya berkekalan bahagia hingga ke Jannah. Aamiin.
 Banyak suka dan duka di lalui bersama membuatkan kami suami isteri lebih menghargai satu sama lain dan makin mengeratkan lagi hubungan kasih sayang ini. Terima kasih suamiku Mohd Khata yg sentiasa memberi,menerima dan berlapang dada menjaga hubungan suci dan halal ini dngn penuh hikmah. Moga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati keluarga kita dan semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke Jannah. Aamiin...Tiada sambutan istimewa pun, sekadar menu2 biasa je ikut selera keluarga. Di hari yg istimewa ini juga saya sempat sediakan pulut kuning dan rendang daging tanda kesyukuran. Alhamdulillah...mood tetiba teringat anak2 yg jauh di mata tapi dekat sangat2 di hati...rindu Talhah ngan Seri Izati lah tuuuuu...




Friday, January 3, 2014

Selamat Ulangtahun ke 4 Blog Sinar Kehidupanku - Bingka Serikaya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya masih tak terlambat utk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 pd semua pengunjung blog Sinar Kehidupanku. Moga hari2 yg kita lalui ini penuh dngn rasa kesyukuran atas nikmat yg Allah kurniakan. Selamat Kembali ke sekolah buat anak2 juga buat guru2 semua. Selamat Ulangtahun ke 4 buat blog kesayangan saya Sinar kehidupanku. Pejam celik kejap je masa berlalu. Tak sangka dah jejak 4 thn saya berblogging. Banyak pengalaman pahit manis yg di lalui membuatkan saya lebih sabar dan tabah. Doakan yg baik2 buat saya sekeluarga, moga saya akan terus bersama kwn2 semua berkongsi resepi dan idea masakan.

Terima kasih buat pengunjung blog lama dan baru, teman2 di FB, rakan2 di alam maya juga di alam nyata, blogger masakan juga blogger2 yg bukan masakan. Terima kasih atas sokongan selama ini, kalau tiada sokongan dari kamu semua, sudah tentu saya tak bertahan sampai tahap ini.Di sini saya ingin mengambil kesempatan utk meminta ampun dan maaf sekiranya ada tersilap kata dan kelakuan yg tidak menyenangkan pengunjung semua. Saya manusia biasa yg tak terlepas dari melakukan kesilapan.

Terima kasih juga pada blogger2 masakan yg banyak membantu saya utk terus mencuba lebih banyak resepi yg sedap2 dan hasilnya di kongsikan bersama pengunjung blog Sinar Kehidupanku. Moga kita sama2 dpt manfaat darinya. Alhamdulillah..

Oklah takmo cerita panjang, kalau tak.. maunya berjela2 nanti. Sebenarnya saya pun takde idea nak cerita...he3...saje je. Kita terus pd resepi pertama di tahun 2014 ni. Kali ni saya nak kongsikan resepi Bingka Serikaya yg sangat sedap. Saya mmng suka kuih2 tradisional ni, Pantang nampak dan mesti di cuba. Alhamdulillah, sedap bingka serikaya resepi Kak Fida ni. Terima kasih kak berkongsi resepi yg sedap2. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat kuih2 mcm ni, bolehlah cuba. Jom semak resepinya...



       Selamat Kembali Ke Alam Persekolahan Hamka, dah darjah 3 thn ni..

Bahan-bahan ( loyang 8 x 8 )- Yatie guna acuan kemboja pecah 8, dpt 3 keping kuih
  • 1 tin kaya (480g) - Yatie guna 400gm je
  • 4 biji telur
  • 200 ml santan pekat-Yatie guna santan Kara
  • 200 ml susu cair
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sb minyak/mentega cair
  • 180 gm tepung gandum - diayak
  • sedikit pewarna kuning ( atau hijau jika mengguna kaya pandan) 
 Cara-cara
  1. Campur semua bahan kecuali tepung dan pewarna selama 1-2 min.
  2. Masukkan tepung dan pewarna dan kacau lagi hingga adunan sebati. 
  3. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan bergris, tabur bijan jika suka.
  4. Bakar pada suhu 180C selama 30min. atau hingga bingka kelihatan garing. Sejukkan bingka, potong dan sajikan, Bingka enak juga dimakan ketika suam.

Tuesday, September 24, 2013

Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan ke 22 thn

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni 24 sept 2013 merupakan ulangthun perkahwinan kami suami isteri yg ke 22 thn. Syukur Alhamdulillah....moga jodoh kami berkekalan bahagia hingga ke Syurga. Kebetulan petang tadi suami beli kek kat secret recipe, jadi tak payahlah buat kek lagi. Sesekali merasa kek beli apa salahnya kan. Bukan main selera lagi kami anak beranak makan, maklumlah kalau maknya buat..setakat kek2 biasa je...kali ni makan kek yg beli. Lebih sedap lagi ada pizza hut dan sup cendawan sekali. Kebetulan tekak ni teringin plk nak makan pizza, bila petang tadi suami balik dari kerja je bawa kek dan pizza....waduhhhh..makin berbunga2lah hati ini. Rasa gembira dan terharu sangat..bila berdetik dan teringin, tetiba ada kat depan mata....di bawa oleh suami tercinta...lagilah terharu. Terima kasih suami ku kerana memahami diri ini dan terima kasih di atas segalanya. Buat rakan2 semua doakan moga kami kekal bahagia hingga ke Syurga. Aamiin.








Thursday, January 3, 2013

Happy 3rd Bloggersary Dan Ayam Panggang Rosemary

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni 3.1.13 merupakan ulang tahun ke 3 blog Sinar Kehidupanku @Yatiememories.blogspot.com. Syukur Alhamdulillah dapat bertahan hingga ke hari ini. Mudah2an di beri kesempatan lagi utk berkongsi sesuatu yg berguna buat teman2 yg di kasihi. Terima kasih pada pengunjung setia blog  Yatiememories juga teman2 FB, silent reader,follower samaada yg lama ataupun yg baru, kenalan jauh dan dekat juga buat kaum keluarga yg di kasihi. Tanpa sokongan dari anda semua, mungkin blog ini takkan bertahan hingga ke tahap ini. Moga teruskan beri sokongan dan kata2 semangat buat blog Sinar Kehidupanku. Moga ianya terus bersinar di masa2 akan datang.

Ok, sempena anniversary bloggersary ni saya kongsikan resepi Ayam Panggang Rosemary yg sangat sedap ni. Resepi ni saya kopipes dari K.Nor dan boleh juga lihat di blog Wana dan Ibundo. Ramai juga dah mencuba resepi ni, ternyata mmng sedap sangat. Pada peminat ayam panggang tu, bolehlah cuba resepi ni.mudah dan sedap...selamat mencuba, jom semak resepinya..


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar daun rosemary kering
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar jintan kasar
  • 3 sudu besar gula perang2 sudu besar madu- Yatie tambah
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar jus limau
  • 3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
  • 5 biji kentang
  • 2 biji tomato
  • 6 biji baby carot
  • sedikit mentega

Cara penyediaan:
  1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
  2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
  3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
  4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
  5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
  6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
  7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam atau sehingga masak.
Tip dr K.Pah:
Bila ayam itu dipanggang, ia akan mengeluarkan banyak air. Jangan dibuang. Bundo gunakan air ayam yang penuh dengan rempah ratus itu sebagai sosnya. Masukkan air ayam di dalam periuk dan tambah dengan satu atau dua sudu besar tepung jagung. Masak sehingga kuah pekat.

Monday, September 24, 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 21 thn


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Masih lagi dngn n3 keluarga. Maaf tiada resepi masakan buat masa ni, tuan rumah masih dlm mood kesedihan dan bermalas2an. Masak pun ringkas2 je, nak tangkap gambar lagilahhhhh....takde mood langsung. Ok kita tinggal dulu mood yg merundum tu...esok2 oklah...

Sebenarnya hari ni 24 sept 2012 merupakan hari ulang tahun perkahwinan kami yg ke 21 thn. Syukur alhamdulillah di berikan rezeki yg murah dan anugerah kesihatan yg baik.Moga jodoh kami berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Terima kasih buat suamiku yg sentiasa memahami dan menerima diri ini seadanya. Daku amat menghargainya. Terima kasih juga kerana menjadi ayah yg penyayang pada zuriat2 kita juga menjadi suami yg baik dan bertanggungjawab buatku serta menjadi anak yg soleh pada ayah dan ibumu. Doaku saban waktu moga kita semua sentiasa dlm perlindungan dan dibawah rahmat Allah SWT selalu.

Tiada kek ataupun jamuan istimewa. Hanya bubur putih dan bubur merah tanda kesyukuran bagi kami sekeluarga. Syukur alhamdulillah anakanda Talhah telah pun selamat sampai  UK dan sudah pun mula sesi pengajiannya. Doa ayah dan ibu sentiasa mengiringimu nak. Doakan juga kebahagiaan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Aamiin ya rabbal alaamiin...

Tuesday, January 3, 2012

Talam Pisang Dan Happy 2nd Bloggersary S.K

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur Alhamdulillah hari ini 3.1.2012 blog Sinar Kehidupanku atau Yatiememories berusia 2 tahun. Moga terus suksess dan terus bertahan selagi mampu. Terima kasih pada rakan2 yg sudi berkunjung, teman2 di alam maya ataupun di alam nyata, silent reader, follower2, teman2 FB dan juga kenalan walau di mana jua anda semua berada juga buat kaum keluarga yg di kasihi. Kunjungan, dorongan dan kata2 semangat dari kawan2 semualah yg membuatkan blog Sinar Kehidupanku masih bertahan hingga ke hari ini. Saya amat2 menghargainya.

Terima kasih juga buat follower2 baru dan lama yg sudi mengikuti perkembangan blog ini. Maaf sekiranya saya terlepas pandang. Saya akan buat kunjungan balas sekiranya kawan2 meletakkan link yg betul. Kadang2 timbul masaalah bila nama tu takde link.

Terima kasih juga buat rakan2 blog masakan yg selama ini berkongsi resepi, idea, petua dan pengalaman. Alhamdulillah dngn berblogging inilah membuatkan skill masak2 saya bertambah baik dan bertambah sedap....itu pun pengakuan dari saya sendiri, suami tersayang, anak2 yg sentiasa mengatakan iye sedapnyaaaa masakan mamaNya, juga kaum keluarga yg sentiasa ingin merasa sesuatu yg baru dari masakan saya. Bila kaum keluarga sendiri mengatakan sedap tu, bertambah2 rajinlah kita kedapur....hilang segala penat.Terlalu banyak manfaat dari berblog ni,banyak ilmu yg di kongsikan bersama. Moga kita sama2 mendapat keberkatan dariNya. Semoga dngn perkongsian ilmu ini akan mengeratkan lagi silatulrahim sesama kita.

Akhir kata sambutlah Salam Sayang dari Yatiememories. Terima kasih atas sokongan selama ini. Tanpa kunjungan dan sokongan dari anda semua tak mungkin blog Sinar Kehidupanku bertahan hingga ke tahap ini...(sekadar tahap biasa2 je..he3..) Terima kasih sekali lagi.

Jom kita tngk resepi Kuih Talam Pisang yg saya buat malam tadi. Kuih ni sedap dan lembut sangat. Terma kasih pada Sakinah Omar kerana berkongsi resepi yg best ni, juga buat CM yg memberi idea utk saya mencuba resepi ni. Pada peminat kuih talam mcm saya ni, bolehlah cuba resepi ni...mmng best..






Kuih Talam Pisang.(Yatie guna loyang bulat 8x3 inci)

Bahan Utk Lapisan Bawah
  • 3 1/2 cawan santan kelapa.
  • 1 1/4 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • Secubit garam.
  • 1 cawan pisang lenyek.
  • pewarna kuning-Yatie tambah
Cara-caranya:
  1. Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
  3. Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
  4. Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.
Bahan Utk Lapisan Atas:
  • 3 cawan santan kelapa.
  • 3/4 cawan tepung gandum.
  • 1/4 cawan tepung jagung.
  • 1/4 cawan gula pasir.
  • secubit garam.
  • Sedikit pewarna kuning- Yatie tak letak sbb dah guna utk lapisan bawah/ pisang
Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi.
  3. Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
  4. Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.

Monday, January 3, 2011

1st Blog Anniversary- Sinar Kehidupanku

Di sini saya ada kirimkan sekeping gambar tanda persahabtan sempena 1 st Blog Anniversary. Harap kawan2 sudilah mengambilnya dan letakkan di blog masing2 ya. Salam sayang dari Yatiememories.

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera kawan2 semua. Syukur alhamdulillah....hari ni genaplah 1 tahun umur blog Sinar Kehidupanku. Terima kasih pada kawan2 yg sudi singgah dan menjadi follower, silent reader, sahabat2 di alam maya atau di alam nyata dan kawan2 yg di kasihi. Tanpa anda semua, blog ini tak mungkin bertahan sehingga hari ini. Moga blog ini akan terus menyumbangkan sesuatu yg berguna utk di kongsikan bersama kawan2 semua. Maaf sekiranya saya terlepas pandang pada follower2 yg singgah blog ini ....saya akan buat kunjungan balas sekiranya di letakkan LINK yg betul.

Pada awal thn lepas 2010, berblogging adalah termasuk salah satu azam baru saya. Pada tarikh 3.1.2010 bermulalah minat saya membuat blog yatiememories.blogspot.com. Masa tu sekadar suka2 dan sekadar mengisi masa lapang je. Bermulalah dngn menu masakan dan di tambah pula dngn pengalaman saya dan keluarga sepanjang berada di perantauan(USA). Sebelum ni, cuma salin kat buku je resepi2 yg mahu di cuba dan yg telah di cuba....saya pun terfikir dan di sarankan sendiri oleh suami dan anak2 supaya membuat blog sendiri....maka, di sinilah bermulanya blog Sinar Kehidupanku.

Kenapa di beri nama blog Sinar Kehidupanku????....Sebenarnya ianya sempena nama saya sendiri. Nama saya Nor hayati...maknanya Cahaya Kehidupanku....jadi saya pun terfikir utk menukar Cahaya kepada Sinar....moga perjalanan hidup saya sentiasa bersinar dan di berkati Allah swt. Moga dapur saya juga sentiasa bersinar dngn menu masakan yg malatoppppp...(hehehe..guwau jek... )

Terima kasih pada blogger2 berpengalaman yg saya kagumi. Antaranya Mat Gebu, Kak Ummi dan Hana. Mereka inilah sumber inspirasi saya sebelum saya mula berblog. Lebih gembira lagi bila mereka sudi singgah dan menjadi follower saya semasa saya mula berblog. Masa tu..resepi baru seciput je..malu rasanya....berkat kesabaran dan minat yg mendalam, saya pun terus berkongsi resepi masakan yg tak seberapa tu. Ramai juga kawan2 seangkatan yg terus memberi semangat dan berkongsi resepi dan idea. Antaranya Izah, Mas, K.Anim, Ayu Singapore, Kak Ita, Ayu Citarasa Rinduan, Azila, Love2Cook, K.Nor, Jaja'Z, Lela Lelord, K.Dayang, Nieza dan ramai lagi....(maaf ya tak tersebut kat sini..) Sesungguhnya anda semua juga sumber inspirasi saya.

Saya amat berterima kasih yg tak terhingga kepada blogger terkenal iaitu Ben Ashaari. Ben inilah yg memperkenalkan dan memberi semangat utk saya terus berblogging. Bermula dengan Segmen Blog Perantau....di situlah bermulanya blog saya mula di kenali. Sejak tu ramai pengunjung yg singgah di blog saya dan seterusnya menjadi follower. Saya tak sangka dari berblog sekadar suka2 dan isi masa yg terluang...kini menjadi tempat yg wajib bagi saya. Sehari kalau tak buka blog sendiri tu.....rasa resah dan ada yg tak kena je. Itulah penangan berblogging ni. Saya amat menghargai kawan2 yg sudi singgah dan masih setia dngn blog Sinar Kehidupanku. Moga kawan2 akan tetap memberi sokongan pada saya utk terus berblogging.

Syukur Alhamdulillah...setakat ini, saya mempunyai jumlah follower seramai 868 orng. Blog yg baru berusia setahun ni mempunyai jumlah follower yg membanggakan dan kegembiraan ini ingin saya kongsikan bersama. Saya berblog bukan utk mencari glamour...tetapi sekadar berkongsi ilmu yg berguna yg membolehkan kita sama2 mendapat manfaatnya. Moga dengan perkongsian ilmu ini akan mengeratkan lagi silatulrahim sesama kita.

Jumlah followers semenjak 3-1-2010 sehingga 3-1-2011

Related Posts with Thumbnails