Thursday, April 14, 2011

Donut Mayonis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Dah sarapan ke belum? Pagi ni saya bf donut mayonis. Lama dah nak buat donut ni, baru ni berkesempatan utk membuat dan merasa donut mayonis ni. Alhamdulillah mmng sedap sangat...terasa lembut je walau dah sejuk. Resepi asal adalah dari Ros Jintanmanis dan saya kopipes dari Mas Duniaku. Kalau kawan2 nak rasa tu, bolehlah mencubanya sendiri....mmng berbaloi. Saya cuma salut gula halus je....tiada kerajinan utk salut coklat pepagi ni. Anak2 macam biasalah, tak sabar nak bawa bekal nak bagi kawan2nya rasa donut buatan mama nya. Jom kita semak resepinya. Saya uli doh guna tangan je..



Bahan-Bahan
  • 330 gram tepung gandum
  • 1 1\ 2 sudu besar mayonis
  • 1 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 1 biji telur - dipukul sedikit mengunakan garpu
  • 140ml air suam
  • 1 1\ 2 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar gula
  • 4 gram yis @ 1 1/2 sudu kecil
  • sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo ni nanti.
Cara membuatnya :
  1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

15 comments:

  1. perhhh...gebu tahap gaban donut kak yatie tu....
    montok2 lak tu...he..he..
    mas pun suka donut mayonis ni...
    best sangat...

    ReplyDelete
  2. muntal muntal donut akk...dpt 2 ketui mesti tersandar kenyang...hihihiih

    ReplyDelete
  3. sedap sedap..
    gebu dan montok gitu..

    ReplyDelete
  4. salam. nampak jelas kegebuan donut tu. rajinnya yatie uli tangan je ye?

    ReplyDelete
  5. Waaaahh mengharukan tgk donut gebu Yatie nih, meh la kita tukar dgn kuih keria akak tuh...hehe

    ReplyDelete
  6. tak pernah lg cuba buat donat tengok donat yatie ni gebu yg amat...

    ReplyDelete
  7. Nampak montok saja donat ni. Donat inikah yg dikatakan tak makan minyak sgt?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum akak..
    geram tgk donut nie tau... suka suka sukaa.. nnt nk try..

    ReplyDelete
  9. Selamat tengahri kak..ni dtg tegahari nak mintak seketoi dua donat mayo kalau ada lg..kalau x ada nak menagis kat dapur akak golek2 suh buatkan lagi huhuhuwa..

    ReplyDelete
  10. salam kak...inilah resepi donat yg saya suka buat..selalu bt donat guna rsp ni, senang nak btk..elok2 je doh dia kan..
    janji donat..ank2 suka sangat...
    tp kan..tak blh lawan akak le..uli pakai tgn..huhu...

    ReplyDelete
  11. salam yatie..ada beza rasa ngan donut yg biasa kita buat tu tak?.ya la isi mayonies kan....

    ReplyDelete
  12. yatie... adoi lah dok tayang donut lagi... dah lah ita ni tak leh nampak donut... napa jauh no rumah yatie kalau tak ita dah ulur piring celah tingkap...

    ReplyDelete
  13. assalam yatie, kita dah lama tak buat donut!..nak rasa sikit ada lagi tak..

    ReplyDelete
  14. wahh bolat2 donat akak ni gebus lak tu..nanti boleh cuba ni..:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails