Wednesday, December 7, 2011

Mee Sup Daging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak mee sup daging yg sangat sedap. Biasanya guna mee hoon je, kali ni tukar pada mee kuning pula. Kalau makan2 kat luar, mee sup daging/ayamlah menjadi kegemaran anak2. Biasanya menu inilah yg paling senang dan gerenti habis. Kalau order yg macam2 alamat mmng tak habis. Ini juga menu berbuka kami hari ni. Mcam biasalah Hamka tukang rasmikan. Kali ni tak boleh elak lagi...terpaksalah suap guna sudu dan garpu. Siap tanya kat mamaNya, mama tak masak nasi ke arini??? Kenapa makan mee...padahal dah semangkuk dia makan masih tanya nasi lagi..tekak melayulah katakan..wajib nasi gak. Saya pun tanyalah kenapa tanya nasi gak? Hamka pun jawab...nak mama suap guna tangan juga..kalau makan mee tak boleh suap guna tangan mama...hai..klakor je Hamka. Sedap sangat agaknya air tangan mamaNya. Kalau kakaknya suap, tak pulak dia minta itu dan ini..saje je tawwwww nak manja2 lebih sikit.

Oklah jom kita semak resepi yg ringkas ni. Kalau ada kawan2 yg nak mencuba tu bolehlah mencubanya. Mudah dan pastinya sedap.


Bahan-Bahan
  • 500 gm daging
  • 2 btng serai- di titik
  • 1/2 inci lengkuas- di hiris
  • 3 sudu besar rempah sup adabi
  • 2 sudu besar rempah kurma adabi
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam/lada putih
  • minyak utk menumis
  • 5 cawan air atau secukupnya
  • garam dan sedikit gula
Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
Bahan Tumis
  • 1 btng kayu manis, 1 kntm bunga lawang, 2 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang merah di mayang
  • 2 ulas bawang putih di hiris
Cara Memasak.
  1. Rebus daging hingga empuk dan toskan. Jangan di buang air rebusan. Sekiranya guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu ya.
  2. Panaskan periuk dan masukkan 1/2 cwn minyak masak. Tumiskan bahan2 tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan2 kisar, kacau sebati dan masukkan serai dan lengkuas.
  3. Masukkan rempah sup dan rempah kurma yg di bancuh dngn sedikit air. Masukkan pula serbuk lada hitam. Tumis lagi sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan daging yg telah di rebus dan masukkan sekali air rebusan daging.
  5. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula. Perasakan.
  6. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama mee yg telah di celur.
Bahan2 Penyediaan Mee Sup
  • 1 bungkus mee kuning
  • 1 mangkuk taugeh- buang ekor, cuci, celur dan toskan
  • daun sup, daun bawang-cuci, toskan dan dihiris halus
  • bawang goreng.
Cara Penyediaannya.
  1. Masukkan mee yg telah di celur ke dlm mangkuk. Masukkan taugeh dan tuangkan kuah sup.
  2. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Siap dan boleh di makan bersama sambal kicap.
Sambal Kicap
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 15 tangkai cili padi hijau
  • 3 ulas bwng putih-bakar sebentar
  • 1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
  • 1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
  • 2 biji limau kasturi-ambil jusnya.
Caranya
  1. Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi.
  2. Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
  3. Boleh di makan bersama mee sup daging tadi.

33 comments:

  1. adoyaiii...sedapnyer, macam nak buat pulak!

    ReplyDelete
  2. mi sup peberet sy n family..sedapnyeee...:)

    ReplyDelete
  3. Assalam...
    Sedapnya..
    Hari ni buat mee goreng je. Lain kali boleh cuba resepi ni..

    ReplyDelete
  4. terliur tengok mee sup yatie ni tau..tergoda betul akak di buatnya..nak tunggu semua anak2 balik baru boleh buat ni..

    ReplyDelete
  5. salam yatieee... hiss mkin kuat perut K1 berkeroncong negok mee rebus yatie,, ujan mkin lebat plak ni..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum yatiee.... aduhai.. mee sup daging.. ada plak kuah kicap.. terliur.. sedap nye.. ma kasih resepinya pasti ingin cuba..

    ReplyDelete
  7. Kak cek klau yg bersup2 ni ...memang suka sangat...dapat hirup kuahnyah...fuhhh...sego rasa bdn...:)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum akak yatie cayang...
    wah fav diana nie mee sup daging.... kalu diana asal jer mee sup ker mihun sup ker.. pendek kata sup2 gini ler kan.. mmg suka sgt makan.. terliur diana tgk mee sup tu akak..

    ReplyDelete
  9. @Aynora Nur
    kalau teringin tu bolehlah buat..mmng sedap..

    ReplyDelete
  10. @iza
    wkmsalam, mee goreng pun sedap..lenkali bolehlah cuba resepi ni kalau teringin tu..sedap..

    ReplyDelete
  11. @anymz
    kalau anak2 semua ada kat umah mmng best dan bersemangat nak masak macam2 kan kak...kita pun naik berselera nak makan sama..

    ReplyDelete
  12. @Kakwan (K1) - citarasawan
    wkmsalam, alahai yatie masak mee sup simple je kak..kalau singgah umah akak lagilah tak tahan tengok kek2 yg meruntun jiwaku....semuanya best2 belaka...geram tngk tawww..

    ReplyDelete
  13. @Choco Ani
    wkmsalam, sesekali layan mee sup mcm ni mmng sedap..bolehlah cuba bila teringin..

    ReplyDelete
  14. @cik cek
    samalah kak cek, ni menu berbuka puasa tadi..mmng segar satu badan bila menikmatinya..sedap..

    ReplyDelete
  15. @rara pinkmafia
    betullah dik, ni pun tak berapa sihat...bila pekena sup ni terasa segar je satu badan..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Yatie...

    Ini Mmg Fav Kak Lin...Aduhai Tak Boleh Tahan Tgk...Lagi Kalau Pedas2 Berasap Telinga! Hehehehe

    ReplyDelete
  17. Aslmkum Yati

    Tadi dah jamu mata dg mee sup di Fp...skrg di blog pula....sedap mee sup dg kuah panas..ada pula sambal kicap....
    menarik talam keledek Yati kat bawah tu....warnapun ceria...suka tengok....

    ReplyDelete
  18. .....sedapnya dik..tapi mamaijat x leh makan daging..hu hu hu....telan lior jelah...

    ReplyDelete
  19. salam kak yatie..cuti sekolah tak bawa anak2 ke mana-mana ke?

    ReplyDelete
  20. Assallamualaikum kak Yatie.
    Sedap mee sup daging ni kak. Lebih kurang soto la ni kan. Nak semangkuk kak. Cili kicap tu letak lebih yer..

    ReplyDelete
  21. mee sup memang sedap kalau time sejuk beku kat sini memang suka mkn mee sup gini..maunya bertambahx2 mkn pastu bertambah berat pula..haha susah tul nk control mkn time winter ni kan:)

    ReplyDelete
  22. As'salam Yatie

    Hujan2 ni kalau pekena sup2 macam ni memang masuk terus ni Yatie. lama jugalah k.ct tak buat mee sup. Tapi hari ni buat juga sup tapi sup ayam berempah. Haa..boleh juga celurkan sikit bihun tu dan letak jer sambal kicap jadilah juga kan..hihihi

    ReplyDelete
  23. confirm sedap nih sbb guna 2 jenis rempah pastu buh serbuk lada hitam lagi. meletopssss!! hihi.

    ReplyDelete
  24. kak yatie...lenda cnp ye..tenkiu ..muah2

    ReplyDelete
  25. Mama pun teringin ..nanti nk try buat...

    ReplyDelete
  26. Kak Yatie tima kasih utk resepi yg sungguh enak ni. sya wt utk makan tengah ari.

    ReplyDelete
  27. mmmmmm............sya baru je makan mee sup daging ikut resipi akak ni.
    Sedap sgt.rugi klu tak cuba masak.

    ReplyDelete
  28. Resipi ni utk mkn berapa org yea?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails