Thursday, May 30, 2013

Siakap Masam Manis - Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu ikan siakap masam manis kali ni saya masak paling mudah. Kebetulan anak bujang kat UK tanya, mcmana nak masak masam manis. Saya pun cakaplah, janji ada rasa pedas sikit dan masam manisnya...dah kira menjadilah tu. Jadi saya pun nak kongsikanlah juga resepi mudah tu kat sini. Pada anak2 dan adik2 di luar sana, bolehlah cuba resepi mudah ni...mmng mudah dan semestinya sedap. Jom semak resepinya.


Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan siakap sederhana
  • 1/2 cwn sos tomato
  • 1/2 cwn sos cili
  • 1/2 cwn air
  • 1 biji tomato-dipotong dadu
  • 2 keping gegelang nenas dlm tin-potong kecil
  • Garam, serbuk kunyit,gula
  • sedikit daun sup-utk tabur atas ikan
  • minyak masak secukupnya
Bahan Hiris
  • 10 biji cili padi merah
  • 1 labu bwng besar
  • 3 ulas bwng putih
  • sedikit halia
Cara Memasak
  1. Ikan di bersihkan, kelarkan permukaan ikan, cuci dan toskan.
  2. Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam. Gorengkan sehingga masak/garing sedikit. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dulu.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali, tumiskan bahan2 hiris sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit air. Biarkan  mendidih sambil di gaul rata.
  5. Masukkan nenas dan tomato yg di potong kecil. Masukkan garam, gula dan gaul rata.
  6. Setelah siap dan cukup rata, matikan api dan bolehlah di curahkan kuah keatas ikan siakap dan tabur dngn daun sup yg di potong kecil.

Tuesday, May 28, 2013

Bingka Jagung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan bersama resepi bingka jagung yg saya buat semalam. Pada mulanya nak buat bingka pandan, tetiba tukar plan jadi bingka jagung lah pulak. Kebetulan dah lama tak makan bingka jagung, bila puasa ni, tekak jadi teringin nak makan macam2. Sambil masak sambil membancuh adunan bingka jagung ni. Dapatlah kiranya sediakan juadah berbuka puasa semalam. Alhamdulillah sedap kuih ni, terasa lemak manis jagung krim tu. Resepi macam biasa je, cuma tambahkan jagung manis krim. Pada peminat kuih bakar/bingka tu, bolehlah cuba resepi mudah ni.




Bahan-Bahan-loyang 9x9 inci

  • 1 cawan gula
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cwn tepung kastard
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar mentega/minyak sapi
  • 4 biji telor
  •  secubit garam
  • 1 tin jagung manis ala krim (cream style golden sweet corn)
  • bijan utk hiasan
  • sedikit pewarna kuning
Cara-Cara:-
  1. Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati.
  2. Tuangkan adunan dlm mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati.
  3. Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
  4. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
  5. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing.
  6.  Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.

Monday, May 27, 2013

Sayur Lodeh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sayur lodeh ni saya makan bersama nasi impit dan rendang daging cili hijau. Resepi macam biasa je, pernah juga kongsikan resepinya di SINI. Pada peminat sayur lodeh tu, bolehlah cuba resepi mudah ni. Jom semak resepinya.




Bahan- Bahan Sayur
  • 10 btng kacang panjang - dipotong pendek/serong
  • 2 biji kentang - kupas kulitnya, di potong dadu/kecil
  • 1 btng carrot - di potong 1" tapi tipis
  • 1/4 biji kobis - di hiris
  • 1/4 biji sengkuang- di potong 1 " tapi tipis
  • 2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
  • 1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
  • 2 keping tempe*
  • 2 keping tahu*(* di goreng, dah sejuk di potong kecil)

  • 2 btng cili merah- di potong serong
  • 2 btng serai- di titik
  • 3 cwn santan cair*
  • 3 cwn santan pekat*( saya guna 2 biji kelapa parut, kalau guna santan kotak, saya guna 2 kotak...200ml setiap satu kotak, selebihnya tambah air)
  • garam dan sedikit gula
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar udang kering
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar. Masukkan serai yg di titik.
  2. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan masukkan kentang yg di potong dadu tadi. Masak hingga sedikit empuk
  3. Masukkan carrot, kcng panjang dan sengkuang. Gaul sebati.
  4. Masukkan soo hoon, tahu kering, tempe, tahu dan kobis.
  5. Masukkan santan cair dan biarkan sehingga mendidih sambil di kacau.
  6. Masukkan cili merah yg di potong serong tadi dan masukkan santan pekat.
  7. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih.
  8. Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan bolehlah di hidangkan.
  9. Hidangkan bersama nasi impit, lontong, ketupat ataupun bersama nasi putih.
Related Posts with Thumbnails