Monday, March 4, 2013

Roti Naik - Tok Mak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sejak2 ni syok betul buat roti. Roti naik resepi Tok Mak ni mmng popular dan dah banyak kali saya buat. Kali ni kongsikan resepinya kat sini , sama juga masa Mamazieza ajar di kelas membuat roti tempohari. Tengok resepi dan bahan2nya mudah je kan, tapi kdng2 ada je yg tak kena dngn roti kita. Bila dah belajar buat roti yg sebenar ni, barulah tau kenapa dan apa silapnya buat roti sebelum ni. Kini tidak lagi..makin seronok buat roti ni..kalau boleh tiap2 hari nak buat. Setiap hari ada je permintaan dari anak2 dan suami suruh buat roti itu dan ini. Macam biasalah, mama nya pun tengah kemaruk buat roti....jadi jalanlah projek tanpa rungutan...he3...faham2 jelah ya..
 
Terima kasih pada Tok Mak berkongsi resepi roti naik yg popular ni. Ramai kawan2 yg telah mencubanya. Kali ni saya kopipes dari Hana, terima kasih semua yg terlibat. Pada kawan2 yg belum mencuba dan sebelum ni asyik beli roti je...bolehlah cuba sendiri kali ni...pasti menjadi...kalau tak cuba, kita tak tau hasilnya..apalagi...mehlah cuba....






RESEPI BUN MANIS @ ROTI NAIK TOK MAK
original resepi : tok mak facebook
Bahan-bahan
  • 1 biji telur * 
  • 2 sudu besar susu pekat * 
  • 280 ml air sejuk* (telur+ susu pekat +air sejuk, jadikan jumlahnya 280ml)
  • 100 gm gula halus 
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 400g tepung roti
  • 100g tpng gandum
  • 2 sudu kecil yis @ 6g
  • 3 sudu besar marjerin@butter
  • 1 sudu kecil bread softener dan bread improver - hana tambah
Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
  • Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
  • Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1 1/2jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
  • Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 50gm setiap satu kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi.
  • Sebelum bakar spray permukaan roti dgn air biasa.Jika suka taburkan gula kasar.dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
  • Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.
**Resepi kat atas ni saya dpt dlm 2 loyang bulat 8 inci.Satu loyang saya tabur gula dan satu loyang lagi saya parut cheedar cheese kat permukaannya....dua2 sedap. Kalau guna loyang  bulat 6x4 inci dpt dlm 4 loyang.

Saturday, March 2, 2013

Roti Kentang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sejak2 ni syok betul buat roti sendiri, lebih2 lagi bila roti yg di buat menjadi dngn jayanya....puashati betullah. Rasa macam tiap2 hari nak meroti je. Bila hari ni buat, siap ada permintaan lagi dan lagi...mmng kita pun jadi teruja nak membuatnya lagi. Kali ni saya buat roti kentang pula. Roti ni sedap dan lembut je walau dah semalaman. Lepas ni dah tak beli roti kentang kat Jusco, Giant dan Tesco lagi rasanya. Bila nak makan je..terus suruh BM menjalankan tugasnya....mudahkan. Sebelum ni fikir 2 atau 3 kali bila nak meroti. Maklumlah takde BM masa tu, uli guna tangan je...mmnglah bercinta di buatnya. Bila dah ada BM ni..kerja jadi mudah...banyak membantu betullah.

Terima kasih Che Mat Gebu berkongsi resepi roti kentang yg sangat sedap dan lembut ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Ramai kawan2 yg lain dah mencubanya...pada yg belum tu, bolehlah cuba...mmng puashati dan puas makan. Jom semak resepinya.





Bahan Doh :-)
  • 135 ml air sejuk dari peti ais
  • 3/4 camca teh garam
  • 1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
  • 60 gm ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
  • 300 g tepung roti (hi protein flour)
  • 3/4 camca besar susu tepung
  • 50 gm gula halus
  • 2 camca besar mentega- saya tambah
  • 2 camca teh yis
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softerner
Bahan Kastard
  • 3/4 cawan susu segar
  • 2 camca besar tepung kastard
  • 2 camca besar gula halus
  • 1 camca teh mentega
  • 1/2 camca teh esen vanilla\
 CARA MEMBUATNYA:-)
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
  2. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
  3. CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
  4. UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...

Friday, March 1, 2013

Talam Sri Sarawak


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lama dah teringin nak buat kuih Talam Sri Sarawak ni. Cari punya cari, dapatlah resepinya dari Kak Am. Menurut K.Am, resepi asal adalah dari sifu terkenal, siapa lagi kalau bukan Chef Asma. Kalau resepi kuih talam Chef Asma. mesti menjadi dan rasanya sangatlah sedap. Saya mmng pantang tngk kuih2 mcm ni, mesti tak sabar nak cuba dan rasa. Akhirnya dapat jugalah merasa kuih talam yg sangat sedap ni. Rasanya lebih kurang mcm Talam Tokyo tapi tak cuba tak taulah rasanya macamana kan. Pada peminat kuih2 mcm ni, bolehlah mencubanya...mmng sedap.

Terima kasih Chef Asma resepi yg best ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kuih2 talam ni sangat cantik kejadiannya bila kita guna steamer trio yg di jual oleh beliau. Kawan2 juga boleh menuntut ilmu masakan dngn Che Asma ni. Jomlah semak resepinya, manalah tau hari minggu nanti nak cuba buat ke....




Lapisan Bawah-loyang 10x10x3inci
  • 50 gm soo hoon-dipotong kecil2, cuci, rendam air suam + warna pink-toskan
  • 250 gm sago kecil- basuh dan rendam 30 minit- toskan
  • 50 gm kelapa parut
  • 2 sudu kecil garam
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
Caranya
  1. Satukan semua bahan, tuangkan dlm loyang 10x10x3 inci dan kukuskan selama 30 minit. Sebelum tu, sapukan loyang dngn sedikit minyak dan alaskan plastik barulah tuangkan bahan2 dan kukus.
Lapisan Tengah
  • 120 gm gula
  • 50 gm tepung kastard
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air+ 2 pandan- blend dan tapis
  • 2 biji telur
  • 1/4 sudu kecil garam+ warna hijau+ pandan paste
Caranya
  1. Satukan semua bahan dan tapiskan, masak hingga naik wap dlm 3 minit dan guna api sederhana je. Sentiasalah di kacau guna whisk supaya tak berketul.
  2. Tuang ke atas lapisan bawah, ratakan dan kukus selama 25 minit.

Lapisan Atas
(A)
  • 150 gm gula merah/ melaka
  • 25 gm gula pasir
  • 250 ml air
  • 2 helai daun pandan-simpulkan
  1. Caranya, masak bahan A hingga gula larut dan tapiskan. Biarkan suam.
(B)
  • 80 gm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 125 ml santan pekat
  • 1/4 sudu kecil garam
Caranya.
  1. Gaul rata bahan B. Satukan bahan A dan B, gaul sebati dan tapiskan.
  2. Masak hingga naik wap dlm 3 minit dan guna api sederhana je. Sentiasalah di kacau guna whisk.
  3. Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
  4. Angkat dan biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong guna pisau plastik supaya cantik.
Related Posts with Thumbnails