Monday, July 9, 2012

Talam Seri Delima

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Petang semalam saya buat kuih talam seri delima. Nama kuih ni pun suami saya yg beri sbb dia suka tngk lapisan kacang merah yg macam batu delima tu. Kebetulan guna kacang merah, jadi memang sesuailah sangatlah namanya. Tak kisahlah janji saya dapat juga mengabadikan nama kuih kegemaran keluarga ni dari suami.
Kuih ni sedap dan lembut je, lebih2 lagi bila tergigit kacang merah tu...mmng sedap sangat. Digabungkan pula dngn rasa sirap ros dan perisa jagung, macam makan ABC pula. Pada peminat kuih talam tu bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.





LAPISAN TENGAH * Guna Loyang 10x10x2 @3
  • 1 cawan kacang merah yg telah direbus-lalukan kat air paip dan toskan
  • 1 1/2 cwn tepung beras*
  • 200 ml santan pekat*
  • 500 ml air*
  • 1 sudu besar tpng jagung*
  • 3/4 cwn gula halus*
  • secubit garam*
CARANYA
  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap guna api sederhana.
  2. Masukkan kcng merah (yg telah direbus tadi) dan kacau rata. Ketepikan dulu.
LAPISAN ATAS DAN BAWAH
  • 1 1/4 cwn tepung gandum
  • 1 sudu besar tpng jagung
  • 1 cwn gula halus
  • 2 biji telur
  • 250 santan pekat
  • 500 ml air
  • secubit garam
  • pewarna merah(perisa ros)dan kuning(perisa jagung)
CARANYA
  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap.
  2. Bahagikan kpd 2 bahagian,letak pewarna dan perisa kegemaran. Ketepikan dulu.
CARA MEMBUATNYA.
  1. Panaskan pengukus. Sapu minyak disekeliling loyang dan alas plastik di sekeliling loyang.
  2. Tuangkan adunan utk lapisan bawah(merah)ke dlm loyang dan kukus 15 minit.
  3. Tuang adunan utk lapisan tengah dan kukus selama 20 minit.
  4. Tuang adunan lapisan atas(kuning) dan kukus selama 25 minit.
  5. Setelah siap, angkat dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.
Tips
Sebelum menuang adunan lapisan tengah dan lapisan atas, pastikan tiada air di permukaannya. Jika terdapat sedikit air, sengetkan loyang dan lapkan guna kitchen towel. Cakarkan sedikit permukaannya barulah tuang adunan tengah dan lapisan atas. Selamat Mencuba.

Sunday, July 8, 2012

Asam Tumis Batang Keladi.....sedap woooooo..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni saya masak sayur kampung je.Kalau sayur2 macam ni mmng kegemaran saya dan suami, makan penuh selera sambil senyum2 manja gitewww...he3..bukannya apa, sedap sangat pada kita orang menu mcm ni. Kebetulan pagi tadi pergi pasar tani, rambang mata di buatnya. Saya belilah batang keladi, nangka muda, pisang muda, pucuk ubi, pucuk paku, pucuk labu dan pucuk keledek. Waduhhhhh gembira sungguh hati ni sbb jumpa sayur2 kampung mcm ni.

Bila dah sampai rumah tu binggunglah pulak sbb tak tau nak masak yg mana satu...semuanya sedap pada saya. Bila fikir punya fikir, saya pun masaklah asam tumis batang keladi, ikan kerisi goreng dan makan bersama ikan masin. Kalau nak tau, hari ni lah saya makan paling banyak sebab sedap sangat....ni pun bila tngk gambar kat bawah ni, dah terliur lagi....kejap lagi sambung baliklah meratah batang keladi ni...he3..buruknya makan, macam tak pernah jumpa je kan..Jomlah tngk resepi mudah..dlm hati ni dah verangannn je nak masak nangka muda plk esok..he3..


Bahan Bahan
  • 2 ikat batang keladi dan buahnya
  • 1/2 cwn air asam jawa
  • 3 tangkai daun kesum
  • garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
  • Air secukupnya
Bahan Di kisar
  • 1/2 cwn ikan bilis, cuci dan toskan
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit belacan
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 tangkai cili merah
  • sedikit belacan
  • 1/2 inci kunyit hidup
Cara- Caranya.
  1. Batang keladi dan buahnya di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Rebus hingga empuk. Toskan airnya bila nak masak nanti.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan air asam jawa dan masukkan pula batang keladi dan buahnya yg di rebus tadi.
  4. Masukkan air secukupnya, bergantung nak masak pekat atau cair. Biarkan hingga mendidih.
  5. Masukkan daun kesum, garam dan gula.
  6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa bolehlah matikan api dan hidangkan.

Saturday, July 7, 2012

Mee Goreng Udang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ni layan mee goreng udang je. Sebenarnya goreng mee macam biasa je, tapi letak udang banyak2 jadilah mee goreng udang..mudahkan. Mee goreng ni sesuai utk sarapan pagi juga buat minum petang. Kebetulan petang tadi hujan, saya pun gorenglah mee. Bila hujan ni perut asyik lapar je, bila dah kenyang tu mengantuklah pulak..adoyaiiiii...kalau tiap hari macam ni, boleh gemuk dibuatnya. Oklah jomlah semak resepi yg mudah ni. Bolehlah buat rujukan adik2 juga anak2 saya dimasa akan datang. Kalau nak masak je, cari kat blog mamaNya sendiri...resepi dihujung jari je, cuma nak dngn tak nak jek..kannn...


Bahan-bahan
  • 500 gm mee kuning(saya cuci sekali dan toskan)
  • 1 cwn udang basah atau lebih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 ulas bawang putih-kisar
  • 1/2 biji bawang besar-kisar
  • 2 sudu besar udang kering-kisar
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*(* dihiris nipis)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap manis jalen
  • 1 biji tomato- belah 4
  • taugeh
  • sawi
  • minyak utk menumis
Cara-cara
  1. Kisar bawang putih, bawang besar dan udang kering sehingga halus.
  2. Panaskan minyak & tumis bwng putih dan bwng merah yg dihiris nipis. Tumis hingga kekuningan. Masukkan bahan yg di kisar tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga keluar minyak.
  4. Bila dah masak, masukkan udang,biar sebentar & masukkan sos tiram,sos cili, sos tomato dan kicap. Gaul rata.
  5. Bila rasa semua dah ok,masukkan mee & gaul rata,masukkan sawi dan tomato. Masukkan taugeh dan gaul rata. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
  6. Kalau nak lagi sedap hidangkan bersama udang yg telah digoreng.
Related Posts with Thumbnails