Sunday, May 8, 2011

Sayur Lodeh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah resepi sayur lodeh yg saya masak utk di makan bersama nasi impit dan rendang TOK tadi. Kalau kawan2 nak rasa tu, bolehlah mencubanya.Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.



Bahan- Bahan Sayur
  • 10 btng kacang panjang - dipotong pendek/serong
  • 2 biji kentang - di potong dadu/kecil
  • 1 btng carrot - di potong 1" tapi tipis
  • 1/4 biji kobis - di hiris
  • 1/4 biji sengkuang- di potong 1 " tapi tipis
  • 2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
  • 1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
  • 2 keping tempe*
  • 2 keping tahu*(* di goreng, dah sejuk di potong kecil)

  • 2 btng cili merah- di potong serong
  • 2 btng serai- di titik
  • 3 cwn santan cair*
  • 3 cwn santan pekat*( saya guna 2 biji kelapa parut, kalau guna santan kotak, saya guna 2 kotak...200ml setiap satu kotak, selebihnya tambah air)
  • garam dan sedikit gula
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar udang kering
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar. Masukkan serai yg di titik.
  2. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan masukkan kentang yg di potong dadu tadi. Masak hingga sedikit empuk
  3. Masukkan carrot, kcng panjang dan sengkuang. Gaul sebati.
  4. Masukkan soo hoon, tahu kering, tempe, tahu dan kobis.
  5. Masukkan santan cair dan biarkan sehingga mendidih sambil di kacau.
  6. Masukkan cili merah yg di potong serong tadi dan masukkan santan pekat.
  7. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih.
  8. Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan bolehlah di hidangkan.
  9. Hidangkan bersama nasi impit, lontong, ketupat ataupun bersama nasi putih.

Rendang Tok

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Selamat Hari Ibu sekali lagi saya ucapkan. Sebenarnya hari2 adalah hari ibu buat kita. Kalau cerita pasal ibu kita mmng takde habisnya. Segala pengorbanan ibu yg melahirkan dan membesarkan kita buat hati kita tersentuh. Begitu banyak jasa ayah dan ibu. Sesungguhnya hargailah dan sayangilah mereka selagi mereka masih ada. Ok, hari ni mesti ada yg masak special buat keluarga, takpun ada yg makan2 kat luar sebagai menghargai hari ibu. Tak kisahlah ya, asalkan kita sekeluarga gembira dan bertambah erat kasih sayang sesama keluarga.

Hari ni saya masak nasi impit atas permintaan anak2. Saya masak sayur lodeh dan rendang TOK. Dah lama tak makan nasi impit, kena pula di gandingkan dngn sayur lodeh dan rendang TOK, waduhhhh mmng sedap betul. Resepi rendang TOK ni saya kopipes dari K.Liza. Saya suka mencuba resepi dari K.Liza ni sebab kebanyakkannya mudah dan sedap. Kalau tak percaya, kawan2 cubalah sendiri ya. Terima kasih pada K.Liza kerana berkongsi resepi yg sedap ni, izinkan saya kongsikan kat sini pula ya.


Bahan- Bahan
  • 1 kg daging btng pinang [potong sebesar 3 inci]
  • 2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1/2 biji kelapa [dipotong nipis] >> saya tak letak
  • 3 s/b gula merah- saya guna 1/2 ketul gula melaka
  • 3 keping asam keping
  • Daun kunyit [koyakkan]
  • garam
Bahan Kisar
  • 2 s/b ketumbar
  • 1 s/b jintan manis
  • 1 s/b jintan putih
  • 1 s/b lada hitam
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 25 biji cili kering
  • 20 biji bawang merah
  • 5 cm halia
  • 5 batang serai
  • 3 cm lengkuas
Cara- Cara
  1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali.
  2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
  3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata.
  4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya keringkan sikit rendang ni]
  5. Hidangkan.

Happy Mother's Day

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Moga kawan2 semua sihat dan sentiasa ceria di samping insan2 tersayang. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu pada ibu saya Pn Ainon bt Kosnan dan juga ibu mertua saya Hjh Abibah bt Hj Kusuni. Moga ibu di panjangkan usia, di murahkan rezeki, di beri kesihatan yg baik dan semoga sentiasa dlm limpah rahmat Allah SWT selalu. Tidak lupa juga buat Ibu, Ummi, Mama, Mak dan pelbagai gelaran di luar sana, Selamat Hari Ibu saya ucapkan....moga kita menjadi isteri solehah dan menjadi ibu mithali buat anak2 kita. Everyday is always mother's day. Bunga kat bawah ni buat semua ibu2 dan kawan2 saya yg bergelar ibu ataupun bakal bergelar ibu yg singgah di blog Sinar Kehidupanku. Terimalah pemberian saya sebagai tanda persahabatan dan sebagai penghargaan bagi kita yg bergelar ibu. Semoga kita di beri kekuatan dan semangat yg tinggi dlm mengharungi liku2 hidup berkeluarga yg penuh cabaran ini...moga hidup sentiasa di berkati.

Related Posts with Thumbnails