Wednesday, December 5, 2012

Kerapu Masak Tiga Rasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kita tinggalkan kisah anak2 saya yg menyediakan juadah ringkas sempena harijadi mamaNya. Bila di kenang mmng terlalu indah di buatnya. Selama ini mmng mamaNya lah yg sibuk menyediakan itu dan ini sempena hari2 istimewa mereka, kali ni apa salahnya mereka melayan mamaNya spt permaisuri di hati mereka pulak...tak salahkan, selagi orng yg di sayangi masih ada..hargailah....

Ok hari ni mama seperti biasa kenalah ke dapur. Rasa janggal pulak bila satu hari tak ke dapur. Bila dah start ke dapur tu, ada jelah permintaan menu kegemaran anak2 dan suami. Hari ni saya masak ikan kerapu 3 rasa yg semestinya sedap. Bila siap masak je, mcm takmo ambil gambar je...tak sabar rasanya nak makan. Maklumlah lauk mcm nilah menjadi kegemaran saya sekeluarga. Kali ni saya masak 2 ekor ikan yg sederhana, jadi bahan2 rempah kenalah gandakan ya.
Terima kasih Sunkist@my resipi.com berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kawan2 boleh juga guna ikan kegemaran..Selamat Mencuba.



Bahan-bahan
  • Seekor ikan kerapu
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 labu bwng besar - dicincang halus
  • 4 tangkai cili merah - dicincang halus 
  • 5 btng cili padi merah - dipotong kecil
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
  • 2 keping nenas dlm tin - di potong dadu
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan 
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Sedikit daun ketumbar-hiris halus
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • serbuk kunyit, garam, gula  
  • Air secukupnya jika perlu
  • Minyak
Cara-cara
  1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat &toskan.Letak dlm piring bersesuaian.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang,goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang besar & goreng lagi sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi. Masukkan lada merah dan cili padi yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.
  4. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, sos tomato, gula, garam,  & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
  5. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar. 
Resepi ni saya dah tambah2 sendiri rencahnya ikut selera sendiri.

Tuesday, December 4, 2012

Pemberian tanda kasih dari insan2 tersayang...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kita sekali lagi di hari yg indah ini. Terima kasih pada kawan2 yg ucap selamat ulangtahun kelahiran saya samada di fb, sms dan juga di blog ini. Saya rasa gembira dan amat2 menghargainya. Sesungguhnya anda semua telah menceriakan hari2ku. Moga hidup kita sentiasa dlm lindungan Allah SWT. Aamiin.

Di kesempatan ini saya ingin berkongsi kegembiraan pemberian ikhlas tanda kasih yg tak terhingga dari insan2 yg amat saya sayangi. Walau jauh di perantauan, anakanda M.Talhah sempat menyiapkan sebiji kek birthday buat mamaNya. Gembira dan terharu di buatnya. Walau tak dapat merasa, bila melihat kek airtangan anakanda Talhah membuatkan hati ini tersentuh. Dapat bayangkan kesungguhan anakanda Talhah menyiapkan sebiji kek utk mengembirakan hati mamaNya. Syukur padamu Ya Allah...



Nasi lemak tumis kuning ni pula di masak sendiri oleh anak dara saya Seri Izati dan dibantu oleh adiknya Seri Irdina. Kebetulan semalam pagi kepala saya pening. Bila lepas solat subuh, saya makan panadol dan terus terlelap. Bila bangun pagi, spt biasa menyiapkan apa yg patut di dapur. Alangkah terkejutnya saya bila buka rice cooker je ada nasi yg dah dimasak. Dalam hati tertanya2 gak, siapalah yg masak. Bila ditanya...Seri dngn Dina tersipu2 malu. Rupa2nya diaorang berdua bertungkus lumus dari pagi menyediakan nasi lemak bersama sambal telur utk mamaNya sempena harijadi. Alahaiiii anak2 mama ni, betul2 buat mama gembira dan terharu sangat. Bila Seri dah hidangkan nasi lemak tu, apalagi..saya pun makanlah....WOW...tak sangka mmng sedap betullah. Mereka berdua mmng tau kegemaran mamaNya yg sukakan sambal telur. Berselera betul pagi tu. Terima kasih anak mama Seri Izati dan Seri Irdina.



Tugas Hamka pula, mengajak ayahnya belikan birthday cake utk mamaNya. Hamka siap cakap pada suami saya,kesian mama, asyik buatkan kitaorang kek je..takkan harijadi mama, mama kena buat kek sendiri. Kesian mama..nnti mesti mama takmo makan kek tu. Kalau abah tak nak belikan kek, abah pulak buatkan kek utk mama, kata Hamka. Adoyaiiiii Hamka ni....padahal mamaNya tak kisah pun takde kek segala.
Sehinggalah malam tadi, pulang dari Jusco je, suami membawakan sebiji kek dari Secret Resipi.
Memang betul2 hari yg indah semalam, terasa diri ini dihargai dan disayangi. Terima kasih suamiku, anak2 juga kawan2 yg sentiasa mendokan kebahagian kami sekeluarga. Hanya Allah sajalah yg dapat membalas jasa baik anda semua. Daaaaaa.....



Monday, December 3, 2012

Happy Birthday To Me - Yatie


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Masa berlalu terlalu pantas, kejap je dah akhir tahun. Hari ini bersamaan 3 dec merupakan hari yg paling indah utk di ingati dlm hidup saya. Setiap tahun pada tarikh inilah membuatkan hati saya gembira dan terharu sekali. Tarikh inilah saya terkenangkan ibu yg melahirkan, menyusukan, membesarkan dngn penuh kasih sayang dan mendidikku. Pengorbanannya terlalu besar hingga tak terucap dngn kata2. Kini daku memahami bila diriku bergelar ibu. Membesarkan dan mendidik anak dari sejak di lahirkan hinggalah dewasa. Kesabaran itu amat penting walau sesekali kita di uji dlm membesarkan anak2. Doa sentiasa mengiringi walau di mana jua anak berada. Terima kasih ibu atas jasa dan pengorbananmu selama ini. Daku amat menyayangimu hingga akhir hayatku.

Buat ayah tersayang, terima kasih atas kasih sayang selama ini. Terima kasih atas pengorbananmu membesarkan anakmu ini, mencari rezeki utk keluarga tanpa mengeluh penat dan lelah. Masih teringat lagi saat pulangmu dari bekerja, wajahmu tetap tersenyum bila melihat ibu dan kami anak2mu menanti di rumah. Tidak pernah sekali pun merunggut dngn dugaan yg diberi, malah sentiasa  berusaha utk mencari rezeki utk kami sekeluarga dan hinggalah berjaya memberi kesenangan pada keluarga. Syukur Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah kerana memberikan kami sekeluarga rezeki yg berkat dan melimpah ruah hingga hari ini. Moga ianya berkekalan hingga ke akhir hayat. Aamiin. Berkat kesungguhan dan pengorbanan ayahku...

Buat suamiku, terima kasih kerana menyayangi dan memahami diri ini. Sesungguhnya tiada ucapan yg paling istimewa dariku sempena hari kelahiranku selain terima kasih yg tak terhingga. Terima kasih kerana menjadi temanku, suamiku dan sahabatku selama ini. Terima kasih kerana mendidikku selama ini dan terima kasih kerana menjadi ayah yg penyayang pada anak2 kita..Sesungguhnya daku amat menyayangi dirimu dan moga mahligai yg di bina selama ini berkekalan bahagia hingga ke syurga. Aamiin.

Buat anak2ku, terima kasih kerana menyayangi dan menghormati ayah dan ibumu selama ini. Sesungguhnya kamu semua adalah penyeri hidup kami. Moga anak2ku sentiasa taat perintah Allah dan ibu ayahnya walau di mana juga anak2ku berada.Aamiin.

Buat sahabat2ku, teman2ku di FB,alam nyata/ alam cyber samada jauh dan dekat, terima kasih atas doa dan ingatan selama ini. Sesungguhnya anda semua adalah teman di kala suka dan dukaku. Terima kasih yg ucap selamat di fb atau yg sms. Daku amat gembira dan terharu....Terima Kasih sekali lagi..

Terima kasih buat blogger Ayu@Citarasa Rinduan...betul2 buat akak terharu ni....



Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa2 kedua orang tuaku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya dan lindungilah mereka. Aamiin, aamiin ya robbal aalaamiin...
Related Posts with Thumbnails