Tuesday, August 7, 2012

Biskut Casablanca Delight

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Harap anda semua sihat dan ceria2 selalu di samping keluarga tercinta. Maaflah menu yg sama je kat bawah ni. Sebenarnya 2 hari lepas pulang kekampung. Bila dah balik tu, mood malas pulak nak masak kat rumah sendiri. Tapi mana boleh cuti masak, hari2 mesti kena masak juga walau seringkas mana pun. Dalam pada malas2 tu, malam tadi sempat gak buat biskut raya. Macam biasalah, cari resepi yg mudah dan semestinya sedap. Kalau kat rumah ni mmng peminat nestum dan oat, jadi saya pun buatlah biskut yg ada kaitan dngn nestum dan oat ni. Memang sedap dan rangup biskut ni. Lebih menarik lagi bila di tambah bijan hitan dan hiasan ceri hijau dan merah. Kalau biskut macam ni, alamat Hamka lah yg suka cabut dia punya ceri kat atas tu, pastu dia suruh kita makan biskutnya. Kali ni Hamka tak buat macam tu lagi, dia makan semuanya. Alhamdulillah...makin besar makin faham dia.

Terima kasih pada Kak Wan berkongsi resepi biskut yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya buat rujukan di masa akan datang. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya...mmng sedap.

Di kesempatan ini saya nak berterima kasih pada Ben Ashaari yg sentiasa menghargai kami blogger masakan. Hampir setiap tengahari ada saja segmen Makanan berbuka puasa pilihan dari Ben Ashaari sendiri. Secara tidak langsung menaikkan juga traffik pada blog masakan. Terima kasih pada semua pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku juga pengujung2 yg baru. Saya amat2 menghargainya. Kawan2 boleh juga lihat di Makanan berbuka puasa pilihan di 4, 11 dan 17. Terima kasih sekali lagi.




Bahan A
  • 130 gm mentega
  • 20 gm shortening
  • 70 gm gula kastor
Bahan B
  • 30 gm nestum - diramas
  • 30 gm oat- panggang dan kisar
  • 30 gm serbuk badam
  • 20 gm bijan hitam
Bahan C
  • 25 gm tepung jagung
  • 10 gm tepung beras
  • 150 gm tepung gandum
Hiasan : Ceri merah dan hijau, kuning telur

Cara-cara
  1. Sebatikan bahan A dan masukkan bahan B dan uli rata.
  2. Masukkan bahan C dan uli lembut kemudian canai menjadi kepingan nipis.
  3. Terap dgn acuan empat segi tepat dan sapukan kuning telur dan hias dgn ceri merah dan hijau.
  4. Bakar pada suhu 140c selama 30 minit atau sehingga kekuningan.

**Adunan di atas dapat sikit je, so Yatie buat 2 adunan sekali.

Saturday, August 4, 2012

Bubur Som Som

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah menu kegemaran saya utk berbuka semalam. Biasanya buat hijau ataupun putih, kali ni saja je tambah 2 lagi pewarna. Macam biasalah anak2 mmng teruja kalau lihat kuih warna warni. Tak sangka Hamka suka bubur ni, dia rasa semua warna yg ada. Memang kekenyanganlah dia sampai urut2 perut tanda kekenyangan...adoyaiii Hamka.
Resepi dari Kak Fida ni mmng best. Kawan2 boleh juga lihat di SINI.


Bahan-bahan
  • 100 g tepung beras-Yatie guna 1 cwn
  • 100 g tepung jagung-Yatie guna 1 cwn
  • 1,750 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau, merah dan kuning
  • 2 helai daun pandan-disimpulkan
SIRAP GULA MELAKA :-(saya buat separuh adunan sirap gula melaka ini)
  • 500 g gula melaka
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.
  3. Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup, guna api sederhana dan sentiasalah di kacau rata.
  4. Bila dah masak,tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  5. Sajikan bersama sirap gula melaka.

**Kali ni Yatie buat 4 warna, saja nak nampak lebih menarik bubur som2 ni dan anak2 teruja nak merasainya. Semasa masak adunan ni, Yatie masukkan sekali daun pandan yg disimpul dan masak spt biasa. Bila adunan dah masak tu, keluarkan daun pandan tadi dan saya bahagikan pada 4 dan warnakan. Kemudian cepat2 tuangkan ke dlm bekas yg di sediakan.

Friday, August 3, 2012

Sotong dan Buncis Tumis Tomyam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak ringkas je. Semalam ada majlis berbuka puasa di tempat kerja suami, begitu juga hari ni. Biasanya kalau ada majlis mcm ni saya akan masak ringkas je spt lauk 2 in 1. Senang kerja dan taklah membazir. Semalam saya masak sotong dan buncis tumis tomyam je. Walaupun ringkas tapi suami dan anak2 tetap berselera. Resepi ringkas ni spt dibawah, kalau berkenan tu jomlah semak resepi sempoi ni.


Bahan-Bahan
  • 500 gm sotong
  • 15 btng kacang buncis-buangkan urat tepi dan ptng pendek
  • 1 biji tomato-potong 6
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 kiub/bungkus pes tomyam
  • 1 sudu besar soso tiram
  • Garam dan gula
  • 1 biji limau kasturi-ambil jusnya
  • minyak utk menumis
Bahan Hiris
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 tangkai cili merah
  • 5 biji cili padi
Cara Memasak
  1. Bersihkan sotong, kelar2kan sedikit, cuci dan toskan-Yatie guna gunting tajam.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 hiris. Tumis hingga bwng sedikit layu.
  3. Masukkan sotong dan kacang buncis. Gaul rata dan masukkan pes tomyam.
  4. Masukkan daun limau purut, jus limau kasturi dan gaul rata.Masukkan buah tomato.
  5. Tambahkan sedikit garam, gula dan air jika perlu.
  6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, matikan api, angkat dan bolehlah di hidangkan.
Related Posts with Thumbnails