Thursday, May 6, 2010

Ayam Kicap Blackpepper

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Ini juga menu hari ini. Saya masak menu yg mudah dan yang penting keluarga menggemarinya. Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.


Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam- di potong 12
  • 2 biji kentang- belah 4
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar tepung jagung * bancuh dngn air
  • 1 cawan air*
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 btng lada hijau ( di belah 2)
  • 4 s/b minyak untuk menumis
  • garam dan kunyit
Bahan Tumis (di hiris)
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 btng kayu manis, 2 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga
Bahan Hiasan(hiris dan taburkan atas ayam)
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
Cara-Cara
  1. Ayam di potong 12 dan bersihkan. Gaulkan bersama garam dan kunyit. Goreng separuh masak. Setelah siap, goreng pula kentang hingga empuk. Ketepikan dahulu.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi. Masukkan rempah tumis dan gaul lagi.
  3. Masukkan ayam dan kentang yg telah di goreng tadi. Masukkan serbuk lada hitam.
  4. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sedikit air. Masukkan bancuhan air tpng jagung.
  5. Masukkan lada hijau yg di belah 2 tadi dan gaul sebati. Masak sehingga sedikit pekat.
  6. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan hidangkan....tabur bersama bahan hiasan.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Udang Goreng Kunyit LK

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah lauk saya hari ini....ianya ringkas dan mudah. Resepi asal adalah dari E-na dan ianya juga telah di cuba oleh Ika dan Sheila. Ternyata memang sedap lauk macam ni. E-na izinkan akak C&P resepinya di sini ya... terima kasih.


Bahan-bahan

* 10 -12 ekor udang di bersihkan
* 1 biji piman / capsicum / cili hijau dan cili merah
* sedikit bunga kobis / carrot (ganti brokoli)
* bawang besar - dipotong bulat
* sehiris halia - dicincang halus
* 2 ulas bawang merah - dimayang
* 1 ulas bawang putih - dimayang
* sedikit serbuk lada hitam (optional)
* sedikit air
* serbuk kunyit
* garam

Cara Memasak:
  1. Udang di gaul dengan garam dan kunyit secukup rasa.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia cincang sehingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air dan bunga kobis.
  4. Bila bunga kobis separuh masak masukkan udang, piman, dan hirisan bawang besar.
  5. Jika terlalu kering tambahkan sedikit lagi air.
  6. Bila hampir masak masukkan sedikit serbuk lada hitam jika suka. Perasakan garam.
  7. Kacau dan tutup api. Sedia untuk di hidangkan panas-panas. Selamat mencuba hidangan yang ringkas dan cepat untuk disediakan.

Award Dari Kak Nor 64 (Cooking Time)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Hari ini saya dapat award lagi dari seorang sahabat di alam maya iaitu Kak Nor64. Terima kasih di atas ingatan dan kesudian Kak Nor memberikan award apron ini. Sebenarnya saya dah dapat apron ini dan menyiapkan tugasan sekali, sebagai tanda persahabatan saya dngn berbesar hati menerima dan menggantungkan sekali lagi award apron di sini. Kalau Kak Nor nak lihat Tag tu, bolehlah singgah DI SINI.



1=> 3 JENIS LAUK YANG SUKA DIMASAK....

2=> 3 PENCUCI MULUT YANG PALING BEST PERNAH BUAT....

3=> 3 JENIS BISKUT KEGEMARAN TIME RAYA....

4=> Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yang juga rajin memasak....

1. Ayu (curly'sbabe satisfaction)

2. Along Roz

3. Izah Muffin Lover

Harap nama kawan-kawan di atas sudi menerima award ini dan menyiapkan Tag sekali. Tiada paksaan di sini, kalau ada masa terluang tu, bolehlah buat ya.
Related Posts with Thumbnails