Thursday, August 28, 2014

Tahniah anakku Mohamad Talhah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.Tanggal 24 julai 2014 merupakan detik bersejarah bagi keluarga kami. Anakanda Mohamad Talhah telah pun tamat pengajiannya di University Of Sheffield dlm bidang Mechanical Engineering.Alhamdulillah setelah berpenat lelah selama 3 thn akhirnya anakanda Talhah telah pun tamat pengajiannya.Perasaan gembira dan terharu menyelubungi diri ini. Air mata kegembiraan mengalir di pipi tanda kesyukuran atas kejayaan ini. Mulalah terkenangkan saat mengandungkannya, melahirkan, membesarkan dan mendidiknya hingga dewasa. Terlalu banyak kenangan yg mengusik jiwa waktu tu.

Sekali lagi ucapan TAHNIAH buat anakanda MOHAMAD TALHAH atas kejayaan ini. Sesungguhnya mama abah rasa gembira dan terharu sangat. Terima kasih atas kebahagiaan ini. Di sini mama  ingin kongsikan gambar kenangan manis di majlis Konvokesyen.Moga anakanda Talhah terus berjaya dlm apa jua bidang yg di ceburi. Aamiin..























21 comments:

  1. Assalam...

    lahhhh..dah besar rupanya anak akak..saya jer ingatkan anak akak baru sekolah2 menengah jer...sbb akak nampak muda lagi.. hehehe.. ape2pun tahniah kak...tahniah kerana berjaya mendidik dan membesarkan anak akak jadi seorang yg insyaallah akan berjasa pada keluarga dan negara..juga agama,.,. amin :)

    ReplyDelete
  2. alamak muda nye akk...anak dh bsr da..awet muda sggh ..ape rahsia? hehe

    ReplyDelete
  3. tahniah...rasa baru saja dia ke sana, sekarang dah tamat pengajian

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat anakanda Talhah dan Yatie sekeluarga...

    ReplyDelete
  5. Tahniah untuk anak Kak Yatie...:-)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dan Tahniah buat Talhah dan Yatie sekeluarga..
    Sejuk perut yatie mengandung.. lahir anak-anak yang bukan sahaja bijak tapi sangat baik budi perkertinya..

    Salam dari Cik Ita buat Talhah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih sahabatku Ita...ingat tak dulu kita suka cerita pasal anak2 bila bersama...alhamdulillah ank2 dah besar dan berjaya dlm pelajaran....moga ank2 Ita juga berjaya di dunia dan di akhirat. sama2lah kita doakan kejayaan mereka semua...

      Delete
  7. Tahniah buat yatie dan anakanda Talhah.. Ibu bapa mana yang tak bahagia melihat kejayaan anak-anaknya kan. Tuhan saja yang tahu..rasanya saya boleh bayangkan kegembiraan yatie sekeluarga. Alhamdulillah. Syukur..

    ReplyDelete
  8. tahniah buat sekeluarga kak yatie...
    npk meriah syasana kt sana tu...

    ReplyDelete
  9. Tahniah,semoga anak-anak Yatie menjadi anak y membahagiakan dunai akhirat,amin. Anak sy pn ambil cos y sama tapi di Utem Melaka saja. Ada 3 tahun lg.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Yatie...Tahniah buat Yatie sekeluarga.Suka Uj tenguk pic-pic yatie ni.Tergambar keceriannya...Semoga anakanda Talhah berjaya didalam setiap bidang yg diceburinya...aammin...

    ReplyDelete
  11. Tahniah buat Talhah serta kak yati sekeluarga..tak lama lg dapat menantu pulak kak yati ye...

    ReplyDelete
  12. Tahniah Kak Yati,
    Muda nya akak. Awet muda sungguh. =)

    ReplyDelete
  13. tahniah buat yati & juga ankanda talhah...

    ReplyDelete
  14. Tahniah! Julai tahun depan saya pulak akan ke sana untuk saksikan anak lelaki saya menerima ijazah dari uni yang sama... my son kenal your son ni Yaty.

    ReplyDelete
  15. tahniah Talhah dan kluarga. .alhamdulilah

    ReplyDelete
  16. tahniah muhammad talhah....comel nya kak yatie....senyuman kegembiraan

    ReplyDelete
  17. tahniah buat kak yati & family atas kejayaan Talhah...semoga kejayaan sentiasa mengiringi.
    awet muda tgk kak yati...anak dah besar....share la petua awet muda?

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah, terima kasih kwn2 semua yg ucap tahniah buat kami sekeluarga....amat2 menghargainya...moga ank2 kita semua berjaya di dunia dan di akhirat dan dpt berbakti pd nusa dan bangsa.

    ReplyDelete
  19. MasyaAllah Kak Yatie... padan laaa masa jamuan Hari Raya Sheffield tu nampak muka kak yatie mcm familiar. Nak tegur, segan. Rupanya blogger tersohor... rugi tul tak tegur hari tu. Kalau tau, harus mintak otograf. Talhah tu anak kak yatie rupanya...

    -Anoi, Sheffield

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails