Sunday, July 31, 2011
Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Syukur alhamdulillah kerana kita masih lagi di beri kesempatan utk menyambut ramadhan tahun ini. Masa berlalu begitu pantas dan kini Ramadhan kembali lagi buat kita semua. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa buat muslimin dan muslimat, moga setiap amal ibadat kita di terima Allah swt dan mendapat keberkatan dariNYA. Rebutlah peluang yg ada utk kita melipat gandakan setiap amalan di bulan yg mulia ini dan kurangkanlah segala perkara yg melalaikan....peringatan utk diri saya juga.
Saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya selama saya berblogging ini ada menyinggung perasaan dngn kata2 atau perbuatan yg tidak menyenangkan. Harap di maafi, moga persahabatan yg terjalin di alam nyata atau di alam cyber ini berkekalan hendaknya. Akhir kata dari saya Selamat berpuasa dan beramal soleh.
Saturday, July 30, 2011
Tofu Telur Bersarak
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak sayur yg ringkas je. Tofu telur ni mmng sedap masak mcm ni selain masak sup. Terima kasih pada Kak Ummi yg berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Pada kawan2 yg takde idea utk masak menu sahur/ berbuka puasa tu, bolehlah mencuba resepi yg mudah ni menjelang ramadhan. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.
Bahan-Bahan
Bahan-Bahan
- 6 paket tofu telor (tauhu jepun) - dikerat 3 setiap satu
- 10 tangkai cili padi thai *
- 3 tangkai cili merah *
- 6 biji bawang merah *
- 3 ulas bawang putih *
- 1 cm halia * (bahan * ditumbuk kasar)
- 4 sudu besar kicap pekat manis
- 3 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram- Yatie tambah
- 6 - 7 batang kacang buncis - kerat panjang 3 inci
- sedikit lobak merah - dihiris halus
- sedikit daun bawang - dikerat-kerat 2 inci
- sedikit gula
- garam secukup rasa (optional)
- minyak masak secukupnya
- Panaskan minyak dan goreng tofu telor hingga berkulit, angkat dan toskan. Yatie pecahkan sebiji telur pastu gaulkan bersama tofu yg di kerat 3 tu..pastu goreng hingga berkulit.
- Kurangkan minyak tinggal 4 sudu besar dan tumiskan bahan tumbuk. Kacau hingga naik bau.
- Masukkan kicap pekat, kicap cair dan gula secukup rasa.
- Masukkan lobak dan diikuti kacang buncis.
- Kemudian masukkan pula tofu telor tadi. Kacau rata perlahan agar tofu tidak hancur.
- Bila semua bahan telah bersalut, seimbangkan rasa. Tutup api.
- Taburkan daun bawang dan kacau balik perlahan biar rata. Hidangkan.
Friday, July 29, 2011
Puding Kiwi
Assalamualaikum dan bertemu kembali. Tadi dah citer pasal gold kiwi, inilah puding kiwi kuning yg saya buat petang tadi. Resepi ni saya kopipes dari K.Nor, mmng sedap puding ni. Puding asal warna hijau sbb menggunakan kiwi bewarna hijau, saya pula guna kiwi kuning...jadilah puding kiwi kuning. BTW puding ni mmng sedap, akan buat lagi dan lagi dan lagi...pasni nak buat kaler hijau plk sbb anak bujang yg bongsu tu suka sangat warna hijau. Hamka pun pelik kenapalah kiwi ni warna kuning. Dia selalu makan yg kaler hijau je...tu yg pelik tuuuu...
Terima kasih pada K.Nor kerana berkongsi resepi. Ramai gak kawan2 yg dah mencubanya. Pada yg belum mencubanya tu...cubalah, mmng berbaloi. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya.
Bahan- Bahan
Terima kasih pada K.Nor kerana berkongsi resepi. Ramai gak kawan2 yg dah mencubanya. Pada yg belum mencubanya tu...cubalah, mmng berbaloi. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya.
Bahan- Bahan
- 5 gm agar2 serbuk
- 2 1/2 cawan air
- 5 sudu besar gula (tambahkan jika suka lebih manis)
- 1/2 tin susu cair
- 2 biji kiwi (blend dgn 1/2 cawan air)
- sedikit pewarna hijau (Yatie letak warna kuning sbb buah kiwinya kuning)
- sedikit hirisan buah kiwi utk hiasan
- Masukkan air, gula dan agar2 serbuk ke dalam periuk. Masak lah hingga mendidih.
- Masukkan susu cair dan kiwi yg diblend tadi serta pewarna hijau. Padamkan api.
- Kacau hingga sebati.
- Tuangkan ke dalam acuan yg dah dibasahkan dgn air.
- Bila puding dah sejuk, masukkan dlm peti ais.
- Biarkan sejuk, baru lah dihidangkan dgn hirisan buah kiwi.
Zespri Kiwi Gold
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Petang ni kita layan buah kiwi gold. Sebelum ni mmng tak pernah nampak buah kiwi bewarna kuning, selalu beli kaler hijau je. Masa belanja barang2 aritu nak cepat main ambek je barang2, so buah kiwi nilah juga termasuk dlm senarai main ambek jek. Bila sampai rumah pun masih tak perasan kalau buah tu warna kuning...so kemas brng2 yg baru di beli, mana nak asingkan bahan2 yg basah dan bahan2 kering. Dah siap tu barulah lega boleh menyandar. Sehinggalah hari ni, bila nak buat puding kiwi....terperanjat betul. Bila belah je buah kiwi tu, tngk lain macam je..warnanya cerah seakan kuning. Sebelum ni mmng tak pernah jumpa...punyalah cuai, dah beli, dah potong baru nak baca kat kotak bungkusan buah tu...hai tak pernah berlaku sebelum ni. Tapi tak mengapalah, saya pun rasalah buah kiwi kuning tu...fulamak tak sangka manis betul rasanya. Selalu yg beli kaler hijau tu masam, kdng ada gak yg manis.
Saya pun cari kat google mengenai buah kiwi kuning ni. Saya pun merajinkan diri membaca tentang buah kiwi. Buat tergelak je bila dah habis membaca..rupanya saya ni mmng jakun betullah. Rupanya terdapat 2 jenis buah kiwi, satu kaler hijau dan satu lagi kiwi kuning juga di kenali sebagai kiwi gold. Saya pun berangan, lenkali nak beli yg kuning jelah sbb rasanya manis. Hari tu ambil 2 paket sekali, rupanya dua2 kiwi gold....kalau satu kiwi hijau boleh gak bandingkan. Oklah kat sini saya sertakan sekali gambar kiwi gold yg saya beli.
Thursday, July 28, 2011
Ayam Lada Hitam Berampai
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak ringkas2 je. Kalau masak lauk mcm ni mmng laku punya. Anak2 mmng suka ayam yg ada kicap dan lada hitam ni. Masakan ni tak berapa pedas, jadi mmng sesuai utk anak2. Saya pula mmng suka kalau masakan di campur lada benggala, rasa harum je dan sungguh menyelerakan. Hari ni takleh pot pet panjang, jom kita semak resepinya yg mudah ni.
Bahan-Bahan
Bahan-Bahan
- 1/2 ekor ayam
- 2 sudu besar kicap pekat
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar tepung jagung, di bancuh dngn 1/2 cwn air
- 1 sudu besar lada hitam , di tumbuk
- minyak untuk menumis
- garam dan gula secukup rasa
- 5 biji bawang merah/kecil
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1/4 biji lada benggala hijau
- 1/4 biji lada benggala kuning
- 1/4 biji lada benggala merah
- 1 labu bawang besar
- Ayam dibuangkan kulit, potong kecil, bersihkan dan toskan.
- Gaulkan ayam bersama serbuk lada hitam, sos tiram, sos tomato dan kicap pekat. Biarkan sebentar.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan ayam yg di perap tadi dan gorengkan sehingga separuh masak.
- Masukkan ketiga2 jenis lada benggala dan bawang besar... gaul lagi.
- Masukkan bancuhan air tepung jagung dan gaul sebati.
- Perasakan, sekiranya dah cukup rasa tak perlu tambah garam dan gula. Bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan lauk kegemaran.
Wednesday, July 27, 2011
Kuih Lapis Pisang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni layan kuih lapis pisang pula. Sejak2 ni asyik menu pisang je, maklumlah lepas balik dari kampung dapat setandan pisang masak dari mak....jadi di pelbagaikanlah menu pisang ni. Lagipun kami sekeluarga mmng suka kuih atau kek yg ada kaitan dngn pisang ni. Sebelum ni pernah buat kuih lapis pisang resepi Kak Liza ni, mmng sedap dan sekejap je licin. Kali ni buat lagi dan letak pewarna hijau pula. Terima kasih pada penyumbang resepi...rasanya ramai kawan2 yg dah pernah buat kuih lapis pisang ni. Kalau ada yg belum buat tu, bolehlah mencubanya, mmng sedap dan berbaloi membuatnya. Saya buat 2 adunan kali ni dan gunakan loyang 9 inci, sedang elok je kejadiannya. Jom semak resepinya...
Bahan A:-
Bahan A:-
- 2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2 cawan)
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula pasir
- 2 sudu makan tepung beras
- 2 sudu makan tepung kastad/jagung
- 1 sudu teh garam
- 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
- 1/4 cawan air
- sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya)
- 1/4 cawan air
- sedikit pewarna merah
- Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
- Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
- Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
- Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
- Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
- Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
- Buat sehingga siap setiap lapisan.
- Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
- Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.
Tuesday, July 26, 2011
Marble Banana Muffin
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.Hari ni nak tayang muffin yg saya buat petang semalam. Sebenarnya saya nak buat muffin pisang, anak2 pula nak makan muffin coklat, jalan terbaik dan adil saya buatlah muffin yg ada perisa coklat dan pisang, adilkan. Semuanya gembira dan lakulah muffin saya kali ni. Resepi muffin ni saya kopipes dari Izah Muffin Lover, Kak Ummi juga dah buat muffin ni dan menurut Izah, resepi ni dari Rima. Terima kasih pada penyumbang resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan kat sini pula ya.
Bahan A
Bahan A
- 2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan gula kastor (saya guna cuma 1 cawan-itu pun masih manis)
- 1 sudu besar baking powder
- 1/2 sudu teh garam
- 1 biji telur
- 1 cawan susu segar
- 1/2 cawan minyak masak/mentega cair
- 1 cawan pisang lecek kasar
- 1 sudu besar coklat paste (saya guna 1/2 sudu besar kopi paste + 1 sudu besar serbuk koko)
- Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan semua bahan A ke dalam satu bekas. Ketepikan.
- Satukan telur, susu segar dan minyak dan gaul hingga sebati.
- Masukkan adunan susu segar tadi ke dalam bahan A dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar bersatu dan masukkan pisang yang dilecek kasar tadi.
- Bahagikan 2 adunan, dan masukkan coklat paste ke dalam satu adunan.
- Kemudian cedokkan ke dalam muffin pan dan selang selikan untuk marble kan muffin.
- Bakar pada suhu 190 C selama 25 minit.
Monday, July 25, 2011
Kuih Abok- Abok
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni layan kuih yg menggunakan daun pisang lagi. Lama dah berangan nak buat kuih abok2 sendiri. Selalu makan kuih ni time kenduri ataupun majlis yassinan. Dapat makan yg masih panas2 lagi..fuhhhh sedap betul, terasa lembut dan lemak manisnya kuih abok2 ni. Kalau makan tu siap menyandar sambil menilik2 sagu yg jernih dan bulat2 tu. Suka sangat dan sedap betullah. Masa tu siap belajar wat bungkusan kuih abok2 ni. Dalam hati dok terfikir, hai senang je nak bungkus ni....tapi bila buat sendiri, alamak terkial2 membentukkan konnya...apa pun kuih ni tetap menjadi walau tak berapa kemas. Paling penting kuih ni menjadi dan saya berpuashati boleh wat sendiri kuih abok2 ni.
Sebenarnya saya ni mmng peminat setia kuih2 lama dan kuih yg menggunakan daun pisang ni. Saya suka betul kuih yg di balut daun pisang, terasa harum je kuih tu bila dah masak. Daun pisang aritu masih ada lagi kat petiais, so lepas ni bolehlah buat kuih yg berkaitan daun pisang..hehehehe..
Ok, kali ni saya ikut resepi dari Tun Telani dan resepi asal adalah dari Kak Shima. Terima ksih pada penyumbang resepi. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Pada peminat kuih abok2 tu bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya...
Bahan2:
Sebenarnya saya ni mmng peminat setia kuih2 lama dan kuih yg menggunakan daun pisang ni. Saya suka betul kuih yg di balut daun pisang, terasa harum je kuih tu bila dah masak. Daun pisang aritu masih ada lagi kat petiais, so lepas ni bolehlah buat kuih yg berkaitan daun pisang..hehehehe..
Ok, kali ni saya ikut resepi dari Tun Telani dan resepi asal adalah dari Kak Shima. Terima ksih pada penyumbang resepi. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Pada peminat kuih abok2 tu bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya...
Bahan2:
- 1 cawan sago biji (cuci, rendam 15 minit dan toskan.)
- 1 cawan kelapa parut muda
- gula melaka secukupnya di racik2- Yatie letak 1 sudu kecil utk sebiji kuih
- secubit garam
- daun pisang- wat bentuk kon..(kalau xde, blh letak dlm loyang atau bekas mapin)
- Panaskan kukusan. Sementara itu, satukan sume bahan dalam bekas kecuali gula melaka. Kacau gaul rata-rata.
- Kemudian masukkan sedikit adunan dalam kelongsong daun pisang, ratakan.
- Tabur gula melaka di atasnya. Kemudian tutup dgn adunan di atasnya.
- Kukuslah selama 1 jam hingga sago masak.(Yatie kukus 1/2 jam je dah masak)
Sunday, July 24, 2011
Ikan Lemak Pedas
Assalamualaikum dan Selamat berhari minggu. Hai tak pergi makan angin ke atau shopping? Maklumlah tak lama lagi kita akan menyambut bulan ramadhan yg mulia, masa tu terbatas sikit utk jalan2. Jadi bolehlah buat persiapan awal. Bagi saya, macam biasa je..cuma dah tak sabar utk menyambut ramadhan kali ini. Moga kita di beri kesempatan sekali lagi utk menyambut ramadhan yg mulia ini dan semoga amalan kita di terimaNYA.
Ok hari ni saya masak ringkas je. Cuaca yg panas ni kadang2 buatkan kita tak berapa selera nak makan. Mulalah teringin nak makan itu dan ini mengalahkan orng yg berpuasa. Lama dah tak masak lauk lemak, asyik asam pedas je...maklumlah tuan rumah mmng suka sangat asam pedas. Hari ni saya masak ikan lemak pedas ala2 mcm masak lemak cili padi je. Jomlah tngk resepi kalau ada yg berkenan utk mencuba tu.
Bahan- Bahan
Ok hari ni saya masak ringkas je. Cuaca yg panas ni kadang2 buatkan kita tak berapa selera nak makan. Mulalah teringin nak makan itu dan ini mengalahkan orng yg berpuasa. Lama dah tak masak lauk lemak, asyik asam pedas je...maklumlah tuan rumah mmng suka sangat asam pedas. Hari ni saya masak ikan lemak pedas ala2 mcm masak lemak cili padi je. Jomlah tngk resepi kalau ada yg berkenan utk mencuba tu.
Bahan- Bahan
- 6 ekor ikan kerisi- di siang, cuci dan toskan
- 1 keping asam gelugur
- 2 btng serai- di titik
- 2 biji buah tomato hijau- di belah 4
- 2 cwn santan pekat
- 2 cwn santan cair
- garam dan sedikit gula
- 5 biji bwng merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- sedikit belacan
- 15 biji cili padi merah.- kisar kasar je
- Kisar2 bahan2 kisar sehingga halus. Masukkan cili padi merah dan kisar sebentar je.
- Masukkan bahan2 kisar kedlm periuk. Tambahkan santan cair dan biarkan mendidih sebentar.
- Masukkan serai, asam keping dan ikan. Masukkan pula santan pekat dan biarkan mendidih.
- Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan pula tomato hijau. Biarkan mendidih lagi.
- Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, bolehlah matikan api, angkat dan hidangkan.
Friday, July 22, 2011
Belebat Pisang Tepung Beras
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni kita layan belebat pisang pula. Sebenarnya lama dah daun pisang ni kat petiais, baru ni berkesempatan nak buat belebat. Masa balik kampung aritu, saya ambillah daun pisang ni kat umah mak dngn pisang2nya sekali mak bagi. Bila pisang dah mula masak, siaplah berderet2 menu pisang. Cekodok pisang dah buat, bingka pisang pun sudah, talam pisang pun sudah....dan kali ni buat belebat pisang pula. Sebelum ni saya pernah buat lepat/ belebat pisang di SINI, jadi kali ni guna tepung beras pula. Bila guna tepung beras kuih lagilah lembut di buatnya...yg penting pisang mestilah banyak dan betul2 masak. Saya guna pisang kapas. Pisang ni kalau dah masak betul, mmng senang je nak buat kuih..bila nak lenyek pun senang dan cepat hancur. Oklah, jom kita semak resepi yg mudah ni....sambil taip resepi ni saya sambung makan belebat pisang...walaweiiiii sedap sangat...jom pakat2 buat belebat, itupun kalau ada pisang dan daunnya sekali...kalau takde tu, tangguh dululah yaaaaa..
Bahan-bahan (dpt 25 keping kuih...bergantung saiz kuih)
Bahan-bahan (dpt 25 keping kuih...bergantung saiz kuih)
- Daun pisang secukupnya- di layurkan dan di lapkan bersih
- 20/25 biji pisang kapas yg masak- dilenyek halus
- 1/2 cawan gula pasir
- 5 sudu besar gula melaka- di racik halus (gula merah pun boleh)
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan santan pekat
- secubit garam
- Layurkan daun pisang secukupnya- utk resepi ni saya dpt dlm 25 keping kuih.
- Lenyek pisang sehingga hancur, masukkan gula pasir, gula melaka/ gula merah dan gaul sebati.
- Masukkan tepung beras, gaul lagi dan masukkan santan dan sedikit garam. Gaul lagi sehingga sebati.
- Ambil dua sudu besar adunan dan letak atas daun pisang yg sudah di layurkan.
- Daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung dngn kemas spt membungkus nasi lemak.
- Didihkan air di pengukus, setelah mendidih, bolehlah kukus kuih selama 25 minit.
- Setelah siap bolehlah di angkat, sejukkan dan hidangkan.
Wednesday, July 20, 2011
Asam Pedas Ikan Kerachi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rasanya tentu kawan2 sedang beristirehat malam ni. Maklumlah dah seharian bekerja, jadi malamlah utk kita merehatkan minda dan tenaga. Ok, sebenarnya lauk asam pedas ni adalah menu tengahari kami sekeluarga. Biasalah kalau lauk asam pedas, mmng laku punya. Kami sekeluarga mmng suka asam pedas. Tak kiralah asam pedas daging ke, ayam, ikan atau sayur btng keladi. Memang tetap berselera dan menjadi pujaan hati. Kalau seminggu tu, mmng wajib 2/3 kali masak asam pedas. Saya dan suami cukup suka lauk mcm ni, maunya bertambah2 nasi dan lauk...ok jom tngk resepi yg mudah ni, terpulanglah nak ganti dngn ikan kegemaran kawan2 ya..
Bahan-Bahan
Bahan-Bahan
- 1 atau 2 ekor ikan kerachi- di potong, cuci dan toskan
- 10 biji bendi muda
- 1 cekak daun kesom
- 2 btng serai- di ketuk
- 3/4 cawan jus asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
- Garam dan sedikit gula
- minyak utk menumis
- 1 cawan cili kisar (20 tangkai lada kering)
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci halia
- 1 biji bawang besar
- 5 biji bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1/2 inci belacan, dibakar*
- 1/2 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk halus)
- Air secukupnya -dlm 4 cwn
- Ikan kerachi di siang, potong ikut suka dan cuci bersih. Sementara itu potong hujung dan pangkal bendi, cuci dan toskan. Ketepikan sebentar.
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
- Bila mendidih, masukkan ikan kerachi dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
- Tambah bendi dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
- Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana sehingga bendi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.
Tuesday, July 19, 2011
Carrot Apple Cake
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pertama sekali nak ucapkan ribuan terima kasih pada kawan2 yg sudi mengucapkan Happy Birthday buat suami saya. Suami saya begitu gembira sekali dan amat2 menghargainya....terima kasih sekali lagi. Sempena ulangtahun suami, saya buatkan kek untuknya. Suami kata tak payahlah susah2 nak buat kek, tapi anak2 paksa mamaNya supaya buatkan special cake utk ayahnya. Saya pun dok fikir2 nak buat kek apa. Kebetulan suami mmng suka makan apple dan carrot, jadi saya pun buatlah Carrot Apple Cake sempena ulangtahun kelahirannya.
Alhamdulillah, suami dan anak2 amat menggemari kek ni. Saya pun suka sangat kek carrot ni, tak perasan dah 3 potong saya makan. Memang terasa moist dan sedap sangat. Bagi penggemar kek carrot bolehlah cuba resepi ni. Gabungan carrot dan apple mmng kena betul. Terima kasih pada Naz Rinn Chan kerana berkongsi resepi kek yg sangat sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.
Bahan- Bahan
Cara Membuat Kek
Alhamdulillah, suami dan anak2 amat menggemari kek ni. Saya pun suka sangat kek carrot ni, tak perasan dah 3 potong saya makan. Memang terasa moist dan sedap sangat. Bagi penggemar kek carrot bolehlah cuba resepi ni. Gabungan carrot dan apple mmng kena betul. Terima kasih pada Naz Rinn Chan kerana berkongsi resepi kek yg sangat sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.
Bahan- Bahan
- 2 1/2 cwn tepung naik sendiri
- 1 1/2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bicarbonate
- 1 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
- Secubit garam halus
- 3 /4 cwn gula perang halus- Yatie guna 1 cwn
- 3/4 cwn (atau kurang) gula castor- Yatie guna 1/2 cwn je
- 4 biji telur
- 1 cwn minyak jagung/masak
- 100gm mentega, dicairkan
- 200gm lobak merah, diparut
- 150gm apple hijau, diparut
- 30gm hazelnut (Boleh ganti dengan kekacang lain... )- yg ni Yatie tak letak
- 250gm cream cheese- Yatie tambah 125 gm lagi
- 4 sudu besar butter
- 1/3 cwn gula icing, diayak
- 1 sudu kecil jus lemon
Cara Membuat Kek
- Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
- Masukkan kesemua bahan lain.
- Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
- Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan.
- Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing.
- Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.
Monday, July 18, 2011
Happy Birthday Buat Insan Tersayang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya tak terlambat utk saya mengucapkan Selamat UlangTahun Kelahiran buat suami saya Mohd Khata Bin Jabor di sini. Kalau ucapan betul2 tu sejak dari semalam lagi dah ucap daaaa, cuma tak berkesempatan nak buat n3 khas buat suami saya kat sini. Di kesempatan ini saya ucapkan Selamat Hari UlangTahun ke 43 buat suami saya, moga di panjangkan usia, di murahkan rezeki, di berikan kesihatan yg baik dan semoga sentiasa dlm lindungan dan limpah rahmat Allah SWT selalu. Buat suamiku, terima kasih kerana memahami diri ini semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Aminn.
Moist Orange Mocha Brownies 2.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Apa khabar? Harap semuanya baik2 saja. Rasa sunyi je 3 hari tak n3 kat blog ni. Sebenarnya bukan nak menyepikan diri, saya berehat sebentar di sebabkan kesibukan masa. Sejak hari jumaat lepas saya pulang kekampung. Masa kat kampung tu, line tenet ok, tapi saja takmo mengentry sbb nak gunakan sebaiknya masa yg ada semasa berada di kampung. Sesekali balik kampung, takkanlah nak ngadap lappy gak kan. Sampai sekarang masih teringat2 suasana kampung lebih2 lagi bila dapat bersembang bersama ayah dan ibu serta keluarga tersayang. Paling seronok bila makan buah durian sama2 tu...hai sambil makan sambil gelak2...siang malam asyik durian je...kih3..
Ok, kali ni saya nak kongsikan bersama resepi brownies yg saya buat sebagai buah tangan tempohari. Brownies ni sedap sangat dan yg paling penting mudah membuatnya. Bahagian topping tu, terpulanglah pada selera masing2 ya. Jom kita semak resepinya.
Bahan A :
Ok, kali ni saya nak kongsikan bersama resepi brownies yg saya buat sebagai buah tangan tempohari. Brownies ni sedap sangat dan yg paling penting mudah membuatnya. Bahagian topping tu, terpulanglah pada selera masing2 ya. Jom kita semak resepinya.
Bahan A :
- 1 cawan butter cair / minyak masak(kali ni saya guna 1/2 cwn minyak dan 1/2 cwn butter cair)
- 1 cawan susu cair
- 2 cawan gula perang(guna gula putih je pun takpe)
- 1 cawan air panas
- 1/2 - 1 sudu kecil nescafe - bancuh dengan air panas diatas
- 2 - 3 sudu besar sunquick orange
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 biji telur gred B
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
- Kacau bahan A supaya sebati.
- Masukkan bahan B dan kacau rata.
- Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
- Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
- Bakar selama 45 - 50 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat. Yatie salutkan dngn coklat putih dan selang selikan dngn campuran coklat putih yg di letak perisa oren. Mmng sedap...
- 250 gm coklat masakan
- 1 sudu besar butter
- 1 sudu kecil susu cair
- Panaskan coklat dalam periuk / bekas secara double boil.
- Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
- Masukkan susu cair dan kacau lagi.
- Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.
Friday, July 15, 2011
Ikan Goreng Bersambal Istimewa
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ringkas tetapi menyelerakan. Saya masak ikan goreng bersambal istimewa. Resepi asal dari AlongRoz dan saya kopipes dari KNor dan ikut style KNor masak. Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Hari ni busy sbb nak berkemas dan nak balik kampung. Jom semak resepinya.
Bahan- Bahan
Bahan- Bahan
- 3 ekor ikan( Yatie guna 5 keping ikan potong)
- sedikit garamgaram
- serbuk kunyit
- 4 bj cili hijau
- 1 bj cili merah
- beberapa bj cili padi
- 1 btg serai
- 1/2 kuntum bunga kantan-(kalau takde ganti daun limau purut je, tak perlu kisar)
- 5 bj bawah merah
- 4 ulas bawang putih
- daun ketumbar ~ dihiris halus
- garam
- 2 sudu besar sos ikan
- sedikit gula
- 1 sudu besar perahan limau nipis
- Lumurkan ikan dgn garam dan serbuk kunyit.
- Goreng hingga garing dan ketepikan.
- Blend kesemua bahan2 utk sambal kecuali daun ketumbar dan garam.
- Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg diblend.
- Goreng hingga garing dan pecah minyak.
- Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Padamkan api dan masukkan jus limau nipis.
- Kacau rata dan tuangkan sambal atas ikan yg dah siap digoreng.
Thursday, July 14, 2011
Sambal Tumbuk Ikan Bilis
Assalamualaikum dan bertemu kembali. Syukur alhamdulillah dah selamat berbuka tadi. Walau menu bubur nasi je tapi tetap menyelerakan. Anak2 cukup suka kali ni sbb dah lama tak makan bubur yg macam ni. Lagi2 Hamka, suka betul dia makan bubur mcm tu je...pastu dia cari kentang banyak2, tu pun dah cukup dah. Nasib baik saya letak kentang kat bubur tadi.. Ok, di sini saya kongsikan bersama resepi sambal tumbuk ikan bilis yg saya buat tadi. Ini juga adalah permintaan kawan2 yg mahukan resepi sambal ketuk ni tadi. Sebenarnya resepi ni lebih kurang sama je. Kali ni saya ikut style mak saya...mmng sedap sambal ni, kalau makan dngn ubi rebus pun sedap sangat. Jom kita semak bahan2nya.
Bahan-Bahan
Bahan-Bahan
- 2 tangkai cili merah
- 10 biji cili padi merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 cawan ikan bilis- di bersihkan kotoran, cuci dan toskan
- sedikit belacan
- garam dan sedikit gula
- Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
- Goreng pula bawang putih sebentar, angkat dan toskan. Gorengkan pula belacan.
- Tumbukkan cili merah, cili padi, bwng putih, belacan dan separuh ikan bilis tadi sehingga hancur. Masukkan garam dan sedikit gula.
- Masukkan pula ikan bilis yg selebihnya dan tumbuk kasar2 je.
- Setelah siap, gaul rata dan letakkan dlm mangkuk. Siap dan bolehlah di hidangkan bersama bubur nasi tadi.
Bubur Nasi
Assalamualaikum dan bertemu kembali. Semalam busy sangat so tak sempat nak n3 kat blog ni. Boringkan asyik tngk menu yg sama je. Ok, hari ni saya masak bubur nasi utk berbuka puasa. Lagipun anak2 saya sakit tekak, so layan jelah bubur nasi ni. Bubur ni lebih sedap bila makan bersama sambal tumbuk, ikan bilis goreng, kcng tanah goreng, kangkung goreng belacan, telur masin, ikan masin, lobak masin...adoyaiiii semuanya masin...maunya darah tinggi. Sesekali layan menu mcm ni takpelah, lagipun kita ambil dlm kuantiti yg sedikit dan sebagai penambah selera. Bila dah ada sambal tu, makan pun bertambah seleralah..tak sedar dah 2 mangkuk. Kali ni saya buat bubur nasi dan kentang. Biasalah anak2 tak suka bubur kosong je, jadi tambahkan sedikit kentang. Jom kita semak resepi bubur nasi yg mudah ni.
Bahan- Bahan
Bahan- Bahan
- 2 cawan beras
- 10 cawan air
- sedikit garam
- 1/2 inci halia
- 2 biji kentang- dipotong dadu
- Cuci beras dan masak bersama 5 cawan air, sedikit garam, halia dan kentang yg di dadu.
- Setelah hampir kering airnya, masukkan lagi 5 cawan air dan kacau rata. Masak sehingga menjadi bubur. Kalau kurang lembut, bolehlah tambahkan air lagi.
- Setelah siap, bolehlah hidangkan bersama sambal getuk and the gang. Saya masak bubur guna rice cooker je. Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa bagi yg berpuasa.
Tuesday, July 12, 2011
Puding Kasih Bertaut
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pertama sekali nak minta maaf banyak2 sbb tak sempat nak balas komen2 yg ada. Kunjungan kawan2 semua ke blog saya amat2 saya hargai. Bila ada kelapangan saya akan balas dan buat kunjungan balas pada kawan2 semua.
Hari ni takmo menghampakan pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku, saya ada kongsikan bersama resepi puding yg sangat cantik dan sangat sedap buat kawan2 semua. Semalam tertarik melihat puding kasih bertaut ni kat rumah K.Ummi. Tak sabar rasanya nak buat. Hari ni, lepas siap masak menu tengahari je....saya pun buatlah puding ni. Waduh tak sabar nak merasa. Alhamdulillah menjadi gak puding ni...sedap pulak tu..tak sia2 mencubanya.
Terima kasih pada Naz tuan punya resepi asal kerana berkongsi resepi puding yg menarik dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu...bolehlah mencubanya.
Bahan-bahan A :
Hari ni takmo menghampakan pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku, saya ada kongsikan bersama resepi puding yg sangat cantik dan sangat sedap buat kawan2 semua. Semalam tertarik melihat puding kasih bertaut ni kat rumah K.Ummi. Tak sabar rasanya nak buat. Hari ni, lepas siap masak menu tengahari je....saya pun buatlah puding ni. Waduh tak sabar nak merasa. Alhamdulillah menjadi gak puding ni...sedap pulak tu..tak sia2 mencubanya.
Terima kasih pada Naz tuan punya resepi asal kerana berkongsi resepi puding yg menarik dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu...bolehlah mencubanya.
Bahan-bahan A :
- 1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar)
- 300 ml air
- 200 ml santan
- 1/2 cawan gula
- 1 biji telur
- 2 sudu kecil sirap Rose
- 2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau
- (Yatie tambah satu lagi pewarna iaitu oren)
- Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
- Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api.
- Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
- Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.
- 1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)
- 500 ml air
- 1/4 cawan gula
- 50 gm gula melaka 1 helai daun pandan (disimpulkan)
- Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.
- Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.
Monday, July 11, 2011
Talam Keladi 2
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Smlm penat mengarang so arini tak mau bebel panjang lebar. Kuih talam keladi ni saya buat malam tadi. Jadi pagi ni bolehlah buat bf. Kuih ni sedap dan lembut...terasa lemak manisnya. Resepi ni saya kopipes dari Ayu dan resepi asal adalah dari Chef Asma. Terima kasih pada penyumbang resepi kerana berkongsi resepi yg sedap ni. Pada peminat kuih talam tu, bolehlah mencubanya. Untuk adunan bawah tu, saya tambahkan sedikit gula pasir supaya tidak terasa lemak masin je. Saya suka lapisan bawah tu manis sedikit, kalau tawar je, anak2 takmo makan, saya pula yg kena habiskannya. Sebelum ni pernah buat guna resepi di SINI. Terpulanglah pada selera masing2 ya. Selamat Mencuba..
Bahan-Bahan UtkLapisan Bawah(A)
Bahan-Bahan UtkLapisan Bawah(A)
- 220 gm tepung beras (Yatie guna 2 cwn)
- 40 gm tepung ubi(Yatie guna 3 sudu besar)
- 1 1/2 tsp garam
- 5 sudu besar gula pasir (Yatie tambah, suka manis sikit kuih ni)
- 300 ml santan pekat
- 700 ml air
- (B) 250 gm keladi - (lebih sikit pun tak apa) - buang kulit, basuh,(basuh dgn air garam untuk tidak hitam) potong kiub dan kukus selama 5 minit.- (kukus baru timbang)
- Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
- Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B
- Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
- Kukus selama 25 minit
- 150-180 gm tepung gandum(Yatie guna 1 1/2 cwn je)
- 250 gm gula halus
- 3-5 biji telur (Yatie guna 3 biji telur je)
- 250 ml santan
- 500 ml air
- sedikit pewarna purple
- Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
- Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
- Kukus selama 30 minit.(Lap 5 minit sekali)
Sunday, July 10, 2011
Award dan Tag Dari Ika Dan Cheq Sue
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak gantung award yg di terima dari Ika dan Cheq Sue. Seronok rasanya tapi.....ada syaratnya. Bila kenangkan syarat2nya alamak hai..termenung sebentar, bukannya apa ada tugasan dan kena mengaranglah pulak. Saya ni bab mengarang dah tak berapa pandailah dah berkarat otaknya. Tapi takpelah demi persahabatan dan memeriahkan lagi dunia blogging ni, saya kerahkan otak gaklah utk mengarang.
Ok, syarat yg di kenakan adalah 7 perkara mengenai diri anda...jom citer serba sedikit..
1. Nama sebenar Nor hayati binti Ramlan dan merupakan anak ke 3 dlm 8 beradik. Dalam 8 orng beradik tu semuanya perempuan cuma sorang je lelaki. Nama manja mmng Yatie je takde panggilan lain sbb mmng kena dngn jiwa ini nama tu. Mempunyai 4 orng anak, 2 lelaki dan 2 perempuan.
2. Masa kecik2 mmng saya sangat manja kata emak. Menyusu badan sampai umur 3thn lebih. Mak nak buat kerja pun susah, asyik nak bergantung je...ekekeke. Maaf mak..dan terima kasih atas segalanya. Bila darjah 1 cukup manja dngn guru kelas. Lagipun guru kelas saya suka pangku saya masa tu....saya pun apalagi jadi murid kesayangan cikgulah..hah3 perasan kejapppp.
3. Masa sekolah rendah suka sangat naik basikal, tapi takde basikal sendiri. Hampir setiap petang pergi ke rumah jiran semata2 nak tumpang main kayuh basikal...kesiankan sambil buat muka kesian...hah3..Satu hari tu pergilah main basikal kat rumah jiran tanpa pengetahuan mak. Teruja sangat masa tu sbb kawan tu nak ajak naik basikal laju2 siap turun bukit lagi. Saya pun suka sangatlah tanpa menghiraukan risikonya.Tiba2 basikal yg kami naiki terlajak ke cerun bukit, masa tu baru tahu yg basikal tu takde break. Sedihnya saya masa tu sbb kaki, lutut dan tangan semuanya luka. Lebih parah lagi pipi saya yg putih melepak bertukar menjadi merah. Kalau merah pakai make up takpelah, ini merah darah. Sakit dan pedih yg amat sangat. Masa tu dah terbayang dah muka mak. Inilah akibatnya pergi main basikal tanpa pengetahuan mak...
4. Uwaaa seronok pulak nak cerita kisah kita masa kecik2. Satu tabiat saya masa kecik2 ialah saya suka makn sardin. Sebenarnya setiap petang saya kena jaga kedai. Sambil jaga kedai tu, biasalah mesti makan jajan/keropok/coklat dan sebagainya. Tapi saya tak berapa suka sbb dah jemu. Saya suka makan sardin. Hampir setiap hari mesti saya buka tin sardin yg kecil. Pada saya sedap betul makan sardin walaupun mentah. Satu hari tu, mak kemas2 kat belakang kedai. Mak pun pelik, kenapalah banyak tin sardin yg terbuka kat belakang kedai. Mak pun tanyalah pada saya siapa punya kerja ni. Nak tak nak saya pun mengakulah, nak tipu kang sakit perut pulak.
Mak cuma geleng kepala je, ingatkan sardin tu habis di jual, rupanya habis di makan anak sendiri...wakakaka..bayangkan anak dara jaga kedai sambil makan sardin mentah..hanyir woooo.
Mak tersenyum je sbb anaknya jaga kedai tak minta upah....cuma minta upah makan sardin je...hah3 klakor betullah bila ingatkan balik....
5. Bila dah remaja saya suka sangat tlng mak kat dapur. Suka sangat bila tngk mak buat kuih/kek atau biskut raya. Sayalah orng paling sibuk dan seronok masa tu. Satu hari tu nak buat surprise pada mak. Masa mak kat kedai, saya pun buatkanlah kuih kegemaran mak iaitu kuih serimuka. Teruja sangat tngk daun pandan yg segar kat belakang rumah. Saya pun terfikir, kalau letak air pandan banyak2 mesti lagi harum dan sedap kuih serimuka saya. Saya pun meneruskan projek saya.
Bila kuih dah masak, saya pun seronok sbb kuih menjadi dan cantik..harum semerbak tu jangan citerlah..mmng tak sabar nak merasanya.
Bila saya potong kuih tu, sayalah orng pertama merasainya..alahai tak sangka kuih yg cantik dan harum tadi tak sedap bahagian tepungnya. Manisnya cukup cuma bila makan tu tekak jadi gatal dan perit. Saya pun cuba makan lagi..betullah tekak jadi gatal. Saya pun ambil keputusan utk buangkan saja kuih tu. Kesiankan mak kalau termakan kuih tu. Itulah kenangan saya masa pertama kali buat kuih kukus2...pengajarannya supaya ikut sukatan betul2, jngn sesuka hati je nak letak lebih itu dan ini utk lebih sedap dan akhirnya takleh makan...sampai skrng saya tersenyum je bila kenangkan kembali...kih3..
6. Saya ni suka menjahit. Setiap raya mesti jahit baju suami dan anak2, jadi jimatlah sikit kos. Tapi sejak balik Msia ni dan berehat selama 3 thn tak menjahit..jadi malaslah pulak nak menjahit kembali...lebih2 lagi dah syok berblogging ni. Dari menjahit saya lebih suka buat kuih/kek skrng ni. Minat tu dah bertukar plk, lagi2 jumpa kawan2 di alam cyber ni....Anak2 tak suka beli baju dah siap, diaorang lebih suka baju yg maknya buatkan, dapatlah diaorang mintak fesyen yg macam2....
7. Saya ni sebenarnya tegas dan garang. Percaya ke?????. Kalau tak percaya mailah jumpa saya sendiri..hah3 yeyeooorrrrr jek. Pernah cikgu anak saya tanya kat anak saya, mama pernah marah Seri tak? Anak saya pun jawab, selalu gak, lebih2 lagi bila dapat markah rendah dlm exam. Cikgu tak percaya, sbb dia kata tngk muka mak Seri mcm tak pernah marah je...sampai gitewww sekali cikgu tu cakap. Saya gelak je mendengarnya. Padahal, tanyalah sendiri pada anak2 saya...apa yg saya buat pada diaorang bila saya marah. Agak2nya apa pendapat kawan2 tentang saya...ada garang Tak? Ce Citer...Ce Citer sikit....kih3..
Oklah, tanpa di sedari terlebih sudah buat karangan ni. Harap cikgu Ika berpuashati ya. Inilah serba sedikit kisah saya, tak taulah karangan ni menepati tajuk atau sebaliknya....apa pun layan jeeeelahhhh...Kali ni nak beri pula pada 5 orng kawan2. Harap sudilah ambil award ni dan bila ada kelapangan tu buatlah tag ni ya..kerah otak sikit..seronok pulak bila bercerita....Kita tngk sape yg kenaaaa..
Tauhu Berlada
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak menu ringkas je. Saya masak lemak cendawan, goreng ikan pastu buat sambal tauhu. Sebenarnya nama resepi ni tauhu berlada dan resepi asal adalah dari Chef Hanieliza dlm buku Senangnya Memasak. Saya suka resepi dari K.Liza ni, selain resepinya yg ringkas dan mudah.... hasilnya pasti sedap. Terima kasih kak berkongsi yg mudah ni. Jom kita semak resepi yg best ni....tambahkan lagi menu tauhu. Pada penggemar tauhu tu, bolehlah mencubanya.
Bahan- bahan
Bahan- bahan
- 4 keping tauhu
- 1 labu bawang besar Holland (dimayang kasar)
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar kicap (saya tambah)
- 5 biji limau kesturi (diambil jus)
- 1 tangkai daun kari
- 1 sudu kecil gula
- 1 cwn minyak masak
- Garam secukup rasa
- 7 tangkai cili merah(saya guna 4 tangkai je)
- 10 biji cili api
- 2 sudu besar cili kisar(saya tambah)
- 2 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- Panaskan minyak dan goreng tauhu sehingga garing. Kemudian ketepikan. Kalau suka boleh potong 4 setelah di goreng.
- Asingkan separuh minyak dn tumiskan daun kari sehingga wangi.
- Masukkan bahan yang dikisar dan kacau rata. Masakkan sehingga pecah minyak.
- Masukkan jus limau kesturi, sos tomato, gula, garam, kicap dan bawang besar. Masakkan sehingga bawang layu
- Masukkan tauhu dan kacau rata. Perasakan, sekiranya dah ok, tutup api.
- Sedia dihidangkan.
Friday, July 8, 2011
Mee Kari Kerang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Harap anda semua sihat dan ceria di samping tugas seharian. Terima kasih pada pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku. Kunjungan anda semua amat2 saya hargai. Maaflah sbb takde n3 terbaru. Hari ni busy sikit, pastu lappy buat hal...takleh nak buka langsung sejak semalam. Ini pun saya guna lappy anak sbb terasa sunyi je bila tak berblogging. Terasa macam ada jiran dtng rumah tapi kita tak layan dngn baik....kan tak bestkan. Menu Conney Dog tu pun dah basi daaaa...boringkan bila singgah asyik menu yg sama je.
Ok, supaya tak menghampakan kawan2 semua, hari ni saya nak kongsikan bersama resepi Mee Kari Kerang yg sungguh sedap. Ramai kawan2 yg tahu masak mee kerang ni, lagipun mudah je. Tak kisahlah, walaupun mudah saya nak kongsikan juga resepi yg sememangnya mudah dan sedap ni. Sebelum ni nampak K.Nor buat mee kari ni, terliur je di buatnya. Kali ni saya masak mee kari my style. Kalau berbuka puasa dngn mee kari ni mmng best dan cepat laku. Pada peminat mee tu, bolehlah mencuba resepi yg mudah ni. Jom kita semak bahan2nya.
Bahan- Bahan
Ok, supaya tak menghampakan kawan2 semua, hari ni saya nak kongsikan bersama resepi Mee Kari Kerang yg sungguh sedap. Ramai kawan2 yg tahu masak mee kerang ni, lagipun mudah je. Tak kisahlah, walaupun mudah saya nak kongsikan juga resepi yg sememangnya mudah dan sedap ni. Sebelum ni nampak K.Nor buat mee kari ni, terliur je di buatnya. Kali ni saya masak mee kari my style. Kalau berbuka puasa dngn mee kari ni mmng best dan cepat laku. Pada peminat mee tu, bolehlah mencuba resepi yg mudah ni. Jom kita semak bahan2nya.
Bahan- Bahan
- 1/2 ekor ayam-di potong kecil, cuci dan toskan
- 4 sudu besar rempah kari ikan *
- 2 sudu besar rempah kari daging *(*bancuh dngn sedikit air)
- 1 keping asam keping
- 1 kiub pati ikan bilis Knorr
- 2 cawan santan pekat(saya guna 2 kotak santan, setiap satu kotak mengandungi berat 200ml)
- 5 cawan air
- 1 cawan isi kerang atau lebih
- garam dan sedikit gula
- 1/2 cawan minyak masak utk menumis
- 2 keping fishcake- di potong nipis
- 10 ketul fish ball- di belah 2
- 5 ulas bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 2 sudu besar cili kisar
- 2 sudu besar udang kering- cuci, rendam dan toskan
- ##1 btg kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga,
- 2 tangkai daun kari
- 1 btng serai- di ketuk
- 1 kilo mee kuning di celur dan toskan
- Daun bawang dan daun sup- di potong2
- 2 keping tauhu digoreng dan dipotong nipis
- 4 biji telur direbus kupas kulit dan belah dua,
- cili merah atau cili jeruk,
- sawi dan taugeh dicelur dan di toskan
- 4 biji limau kasturi, cuci dan belah 2
- Bawang goreng
- Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis. Masukkan pula bahan2 kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari ayam dan daging yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau.
- Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di cincang dan biarkan sehingga empuk.
- Masukkan kerang, fish cake,fish ball, serbuk pati ikan bilis, dan asam keping.
- Biarkan sehingga mendidih,bila kuah dah mendidih masukkan santan kotak garam dan gula.
- Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan.
- Masukkan sedikit mee yg telah di celur dalam ke dlm mangkuk,
- letak sawi,taugeh, telur rebus, tauhu goreng, daun sup, daun bwg, cili dan bwg goreng. Tuangkan kuah di atas mee tadi. Tambahkan dngn perahan jus limau kasturi. Sedia untuk dimakan
- Selamat Mencuba.
Wednesday, July 6, 2011
Conney Dog
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni nak tayang Conney Dog yg saya buat utk bf. Sebenarnya Conney Dog ni sesuai di makan bila2 masa je. Resepi ni mudah tapi sedap sangat. Anak2 saya bukan main suka lagi roti macam ni ala2 A&W gitewww. Bila buat sendiri ni puashati, anak2 pula bolehlah makan lebih. Roti ni lebih sedap lagi bila di makan bersama sos cili dan mayonis. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Terima kasih pada Fidadaud@myresepi.com kerana berkongsi resepi yg sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya.Jom kita tngk bahan2 yg diperlukan.
Bahan-bahan ( 10 biji )
Bahan-bahan ( 10 biji )
- 400 gm daging kisar
- 3 biji bawang besar - potong dadu
- 2 ulas bawang putih - cincang halus
- 1 sdk serbuk lada (chilli powder)
- 3/4 sdk lada hitam - kisar halus
- 3/4 cawan sos tomato
- 1/4 cawan air
- 1 sdk garam
- 1 sdk gula
- serbuk perasa secukup rasa
- 10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
- 10-12 biji sosej / frankfurter
- SOS: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
- Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
- Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
- Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
- Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya.
Tuesday, July 5, 2011
Puding Sagu Dengan Pati Santan
Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah puding sagu dngn pati santan utk juadah berbuka puasa hari ni. Hari ni ambil resepi dari rumah K.Nor semuanya. Terasa macam makan kat rumah K.Nor pulak. Memang sedap betul, sampai kekenyangan menikmati bubur sup bersama puding sagu ni tadi. Dah malam ni baru sambung balik n3. Terima kasih sekali lagi pada K.Nor kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Sekali lagi Yatie nak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg belum mencuba tu, bolehlah mencubanya....mmng berbaloi. Rasanya Izah dan Mas juga dah mencubanya...mmng sedapkan..
Bahan- Bahan
Bahan- Bahan
- 1/2 cawan sagu
- 1/4 cawan tepung ubi/tepung jagung ~ k.nor guna tepung jagung, saya pun sama
- 3 cawan air
- 1/4 cawan air pandan pekat atau esen vanila ~ k.nor ganti dgn 1 sudu teh pandan paste
- 1 1/2 cawan gula pasir ~ k.nor guna 9 sudu besar gula (2/3 cawan) saya pun sama
- Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan
- Masukkan sagu, air, tepung ubi/tepung jagung dan air pandan ke dalam periuk
- Kacau atas api sederhana sehingga masak
- Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan bancuhan bertukar menjadi jernih
- Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan
- 1 cawan santan pekat
- 1 cawan santan cair
- 1/2 cawan tepung beras
- 2 sudu besar gula pasir
- 1/2 sudu teh garam
- Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api kecil sehingga masak dan pekat
- Sudukan keatas Puding Sagu
- Sejukkan dulu baru la dihidangkan...
Monday, July 4, 2011
Bubur Sup
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak bubur sup lagi utk berbuka puasa. Tentunya ramai kawan2 yg berpuasa sunat syaaban hari ni ya. Alhamdulillah , moga setiap amalan kita di terima dan mendapat keberkatan dariNYA. Bubur ni mmng sedap dan kami sekeluarga amat menggemarinya. Bila buat berbuka puasa mmng kena sangat sbb bertenaga semula setelah seharian keletihan. Bubur ni ada campuran lada hitam, tu yg buat ianya sangat sedap. Terima kasih pada K.Nor kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya.
Bahan:
** lebihkan serbuk lada hitam jika nak bubur lebih pedas
Bunga kat atas ni pemberian K.Nor sempena pengunjung blog Secubit Garam yg telah mencecah 1 juta orang dan sekarang ianya makin bertambah lagi. Tahniah pada K.Nor atas kejayaan ini. Yatie tumpang gembira dan berbangga dengan pencapaian akak. Moga akak dan Secubit Garam terus sukses di masa2 akan datang dan berkongsi ilmu masakan yg sememangnya mabeles dan malatop. Terima kasih dngn perkongsian ilmu selama ini. Moga kita semua mendapat manfaat darinya.
Bahan:
- 2 cawan beras ~ dibasuh dan rendam 10 minit dan toskan
- daging/isi ayam ~ dipotong kecil
- 5 biji bawang merah ~ dihiris halus
- 3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
- 2 in halia ~ diketuk/dihiris pjg (btg mancis)
- 3 sudu besar rempah sup (serbuk)
- 1 - 1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam yg ditumbuk
- 1 rempah sup bunjut
- 1 batang celery ~ dipotong kiub
- 2 - 3 bj ubi kentang ~ dipotong kiub
- 1 kiub pati ayam/daging
- 2 1/2 liter air
- garam
- minyak
- 1 btg kayu manis
- 5 kuntum bunga cengkih
- 3 bj buah pelaga
- 1 kuntum bunga lawang
- bawang goreng
- daun saderi ~ dihiris
- Panaskan minyak dalam periuk rice cooker dan tumis bahan penumis hingga wangi.
- Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Goreng hingga kekuningan.
- Masukkan rempah sup yg dibancuhkan dgn sedikit air dan serbuk lada hitam.
- Biarkan hingga wangi dan masukkan potongan daging/ayam.
- Kacau dan biarkan daging mesra dgn rempah, kemudian masukkan 1 cawan air.
- Masak hingga daging 1/2 empuk dan masukkan lebihan air dan rempah sup bunjut.
- Masak hingga air mendidih dan masukkan beras, celery dan ubi kentang.
- Masukkan juga kiub pati ayam/daging, garam dan sedikit gula jika suka.
- Alihkan periuk ke rice cooker dan masak hingga bubur masak.
- Hidangkan dalam mangkuk dan tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.
** lebihkan serbuk lada hitam jika nak bubur lebih pedas
Bunga kat atas ni pemberian K.Nor sempena pengunjung blog Secubit Garam yg telah mencecah 1 juta orang dan sekarang ianya makin bertambah lagi. Tahniah pada K.Nor atas kejayaan ini. Yatie tumpang gembira dan berbangga dengan pencapaian akak. Moga akak dan Secubit Garam terus sukses di masa2 akan datang dan berkongsi ilmu masakan yg sememangnya mabeles dan malatop. Terima kasih dngn perkongsian ilmu selama ini. Moga kita semua mendapat manfaat darinya.
Sunday, July 3, 2011
Apam Polkadot lagi dan lagi dan lagi....
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Harap anda semua baik2 saja di hari minggu ni. Hari ni saya nak kongsikan bersama apam polkadot yg saya buat 2 hari lepas. Apam ni di tempah oleh cikgu sekolah anak2 saya. Sebelum ni saya buat apam polkadot utk jamuan kelas dan sempena hari guru tempohari. Cikgu anak saya berkenan dngn apam polkadot ni dan menempah apam ni utk jamuan sekolah. Saya ni tak biasa nak letak harga, so tanya jugalah pada kawan2 yg sudah biasa mengambil tempahan. Alhamdulillah hingga kini apam polkadot mmng laris dan paling popular. Resepinya bolehlah kawan2 rujuk di SINI ya. Layan apam polkadot...
Saturday, July 2, 2011
Roti Lapis Berdaging
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah roti lapis berdaging yg saya buat masa hariulangtahun Talhah tempohari. Kalau kuih manis2 dia tak berapa suka. Kalau kuih yg pedas2 Talhah mmng suka sangat. Kali ni saya buatkan roti lapis berdaging, ada taburan cheese lagi kat atasnya...wallaaaahhhh mmng sedap betul. Makan masa panas2, mmng asyik gitewww. Lebih sedap lagi bila di makan bersama mayonis dan sos cili...mmng best. Oklah pada kawan2 yg tak pernah buat roti lapis yg sedap ni, bolehlah mencubanya. Mmng mengenyangkan sampai ke malam makan roti lapis ni. Terima kasih pada Umi-e@myresepi.com kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya di sini pula ya.
Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Bahan-bahan ( 6-8 orang )
- 3 biji kentang di potong dadu
- 500 gm daging cincang (saya guna 400 gm je)
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu besar serbuk kari (saya letak 3 sudu besar)
- 3 sudu makan minyak untuk menumis
- 12-14 keping roti
- 500ml susu segar
- 3 biji telor
- secubit garam dan sedikit gula
- Parutan cheese (banyak ikut suka)
- Sedikit margerin untuk melenser
- Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam dan sedikit gula.
- Masak sehingga kentang empuk dan kering sedikit. Dah siap ketepikan dulu.
- Sementara itu,satukan susu+telor+secubit garam
- Pukul susu+telor+garam hingga sebati
- Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
- Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
- lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
- Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
- Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
- Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
- Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
- Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
- Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos cili.