Monday, July 4, 2011

Bubur Sup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak bubur sup lagi utk berbuka puasa. Tentunya ramai kawan2 yg berpuasa sunat syaaban hari ni ya. Alhamdulillah , moga setiap amalan kita di terima dan mendapat keberkatan dariNYA. Bubur ni mmng sedap dan kami sekeluarga amat menggemarinya. Bila buat berbuka puasa mmng kena sangat sbb bertenaga semula setelah seharian keletihan. Bubur ni ada campuran lada hitam, tu yg buat ianya sangat sedap. Terima kasih pada K.Nor kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya.


Bahan:
  • 2 cawan beras ~ dibasuh dan rendam 10 minit dan toskan
  • daging/isi ayam ~ dipotong kecil
  • 5 biji bawang merah ~ dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
  • 2 in halia ~ diketuk/dihiris pjg (btg mancis)
  • 3 sudu besar rempah sup (serbuk)
  • 1 - 1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam yg ditumbuk
  • 1 rempah sup bunjut
  • 1 batang celery ~ dipotong kiub
  • 2 - 3 bj ubi kentang ~ dipotong kiub
  • 1 kiub pati ayam/daging
  • 2 1/2 liter air
  • garam
  • minyak
Bahan Penumis:
  • 1 btg kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 bj buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
Bahan tabur:
  • bawang goreng
  • daun saderi ~ dihiris
Cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk rice cooker dan tumis bahan penumis hingga wangi.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Goreng hingga kekuningan.
  3. Masukkan rempah sup yg dibancuhkan dgn sedikit air dan serbuk lada hitam.
  4. Biarkan hingga wangi dan masukkan potongan daging/ayam.
  5. Kacau dan biarkan daging mesra dgn rempah, kemudian masukkan 1 cawan air.
  6. Masak hingga daging 1/2 empuk dan masukkan lebihan air dan rempah sup bunjut.
  7. Masak hingga air mendidih dan masukkan beras, celery dan ubi kentang.
  8. Masukkan juga kiub pati ayam/daging, garam dan sedikit gula jika suka.
  9. Alihkan periuk ke rice cooker dan masak hingga bubur masak.
  10. Hidangkan dalam mangkuk dan tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.
*tambahkan air panas jika bubur agak pekat
** lebihkan serbuk lada hitam jika nak bubur lebih pedas


Bunga kat atas ni pemberian K.Nor sempena pengunjung blog Secubit Garam yg telah mencecah 1 juta orang dan sekarang ianya makin bertambah lagi. Tahniah pada K.Nor atas kejayaan ini. Yatie tumpang gembira dan berbangga dengan pencapaian akak. Moga akak dan Secubit Garam terus sukses di masa2 akan datang dan berkongsi ilmu masakan yg sememangnya mabeles dan malatop. Terima kasih dngn perkongsian ilmu selama ini. Moga kita semua mendapat manfaat darinya.

10 comments:

  1. KAK yatie.
    ayu tumpang berbuka ya..
    hehehe..
    kak, kurangkan lada hitam..
    nanti ayu kepedasan..
    heheheheh

    selamat berbuka puasa ya,,

    ReplyDelete
  2. Salam kak! amatlah sesuwai kat tekak kita yg tgh batuk2 manja nii hihihi...lama jugak tak buat2 bubur mcm niii nanti nak buat jugaklah! hihihi...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikumkakyatie..
    tetiba saya pun trasa nak makan bubur nasi jugak.
    sedapnye krup krap ngan ikan bbilis tu...

    ReplyDelete
  4. salam singgah, sedap bubur, rajin memasak cik yati.

    ReplyDelete
  5. salam yatie.. aduhh buat k.nor terliur la pulak bila yatie tayang bubur sup ni.. terasa nak membubur la jugak hehe..

    mekasih sudi try resipi bubur ni.. alhamdulillah.. kena dgn selera yatie.. bubur ni kalau makan time demam2 mmg la sedapnyer.. panas badan, kejap jer kebah demam :)

    mekasih juga sudi angkut dan gantung red roses tu.. amin.. mudah2an niat baik kita semua blogger masakan ni utk berkongsi ilmu diberkati Allah... blog yatie pun hebat.. dgn masakan yg mengancam selera..semoga kita geng masak2 semua akan terus sukses dlm bidang blogging ni ya.. dah semoga ukhwah antara kita sentiasa berkembang mekar mewangi hingga akhir hayat.. amin...

    psst izah.. mana ada letak bilis dlm bubur tu.. hehee.. letak daging la jah.. :)

    ReplyDelete
  6. kak yatie

    sungguh selera saya menengoknya.. suka sangat bubur sup camni..

    selamat menjalani ibadah puasa.!

    ReplyDelete
  7. Assalam Yatie,
    dah terasa dah dekat sangat bulan puasa bila tengok bubur begini....lada hitam tu yg buat best!

    ReplyDelete
  8. sedapnya K.yatie.nanti nak try buat gakla...bab bubur2 nasi ni mmg laju jer zla:)

    ReplyDelete
  9. salam kak.. wah bestnya anak2 dan family ita pun sua bubur nasi gini.. leh la cuba nanti lama juga tak makan..

    ReplyDelete
  10. akak...
    bubur sup nie nampak menyelerakan sekali ler akak... sedapnya.. bab2 gini mmg diana suka makan..

    ReplyDelete