Monday, July 11, 2011

Talam Keladi 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Smlm penat mengarang so arini tak mau bebel panjang lebar. Kuih talam keladi ni saya buat malam tadi. Jadi pagi ni bolehlah buat bf. Kuih ni sedap dan lembut...terasa lemak manisnya. Resepi ni saya kopipes dari Ayu dan resepi asal adalah dari Chef Asma. Terima kasih pada penyumbang resepi kerana berkongsi resepi yg sedap ni. Pada peminat kuih talam tu, bolehlah mencubanya. Untuk adunan bawah tu, saya tambahkan sedikit gula pasir supaya tidak terasa lemak masin je. Saya suka lapisan bawah tu manis sedikit, kalau tawar je, anak2 takmo makan, saya pula yg kena habiskannya. Sebelum ni pernah buat guna resepi di SINI. Terpulanglah pada selera masing2 ya. Selamat Mencuba..



Bahan-Bahan UtkLapisan Bawah(A)
  • 220 gm tepung beras (Yatie guna 2 cwn)
  • 40 gm tepung ubi(Yatie guna 3 sudu besar)
  • 1 1/2 tsp garam
  • 5 sudu besar gula pasir (Yatie tambah, suka manis sikit kuih ni)
  • 300 ml santan pekat
  • 700 ml air

  • (B) 250 gm keladi - (lebih sikit pun tak apa) - buang kulit, basuh,(basuh dgn air garam untuk tidak hitam) potong kiub dan kukus selama 5 minit.- (kukus baru timbang)
Cara-caranya :
  1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
  2. Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B
  3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
  4. Kukus selama 25 minit
Bahan-Bahan Utk Lapisan Atas
  • 150-180 gm tepung gandum(Yatie guna 1 1/2 cwn je)
  • 250 gm gula halus
  • 3-5 biji telur (Yatie guna 3 biji telur je)
  • 250 ml santan
  • 500 ml air
  • sedikit pewarna purple
Cara caranya :
  1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
  2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
  3. Kukus selama 30 minit.(Lap 5 minit sekali)

31 comments:

  1. Sala pagi kak yatie!!! sukeeeeee talam keladi niii sedapppppp!!! resepi yg ni belum cuba nanti careik keladi leh cuba suke ngan talam2 gini hihihi... sedap tergigit2 dia punyer keladi kan kak hihihi...

    ReplyDelete
  2. As'salam Yatie

    kalau nak makan kuih talam ni, kena tunggu bulan puasa jer..hihi. sebab kak ct suka yang ada ketul2 keladi kat kuih tu. selalunya bulan puasa gi cari kat bazar kampung melayu tu, ada yang sedap :)

    ReplyDelete
  3. Selamat pagi akak...
    talam keladi nie mmg diana minat sesangat makan.. tp mmg x perna buat sendiri lagi... Suka ngan kerajinan akak membuat kuih2 gini... semuanya cantik2 belaka.. yg pastinya semua nampak sedap... tergoda diana tgknya... suka@X!

    ReplyDelete
  4. Salam kak..... orang pertama singgah nak breakfast kat sini.....ira mmg suka betul kuih talam ni...

    ReplyDelete
  5. tuk tuk... (ketuk pintu nih)... selamat pagi...kak gee nak kuih setalam... heheee

    ReplyDelete
  6. Dah lama teringin nak cuba talam ni...tapi keladi tu tak terbeli-beli lagi... nampak sedap je kak... siap ada yang ketul2 tu lagi...

    ReplyDelete
  7. salam yatie,
    bila tgk org buat talam keladi,masa tu lah teringin sgt nak buat tapi setiap kali ke pasar asyik terlupa je nak beli keladi...hehe

    ReplyDelete
  8. Salam Yati dtg sin nak mkn talam keladi yg sagat kita suka...x pernah buat lg ni.....nnt lah kalau ada kelani dak jugak menerai buatnya..apa pun nakrasa 2 potong

    ReplyDelete
  9. morning sis...wahh sgt teringin nak mkn talam keladi ni.dah nak bersalin br jumpa resipe mudah dan nmpk chantek sgt hasilnye.nak cuba ye sis...tq berkongsi ilmu.

    ReplyDelete
  10. Yatie...nampak cantik dan sedap...jap lg nk pegi pasar cari keladi...nk buat 1/2 adunan je...

    ReplyDelete
  11. kak yatie, kita mmg admire kat talam2 akak ni. nampak sungguh sedap! pasti akan dicuba jugak. nak puasa x lama lg nih. :D

    ReplyDelete
  12. Baru lepas makan tapi beli le. Kalau dapat makan yang kat atas ni mesti lagi best punya.

    ReplyDelete
  13. dah lama kita tak menalam...nak ke pasar beli keladi pun tak sempat....tumpang tengok jer la ...

    ReplyDelete
  14. Salam..Sedapnya kue talam ni..Kena cari keladi jugeee ni

    ReplyDelete
  15. dah lama mencari resepi ni baru jumpa ...cantik sgt.....

    ReplyDelete
  16. assalam kak...lately ni bz ngan xtvt jer tak sempat nk bw..wahh cantiknya talam...sedap ni...suka banget colour purple tu kak...hehe

    ReplyDelete
  17. bestnya bestnya...ada sesiapa nak anto kat kita tak? errr tak der heh? tak perrr lah...

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Yatie cayang oiii...ada lg tak talam keladi tuh...adeehh akak terlepas keretapi laaa...nnt bgtau awal lenkali eh...akak sewa jet nnt..hehe

    ReplyDelete
  19. Assalam yatie,
    sorry tadi pagi kita tak sempat nak singgah sini..
    lepas type entry awrd tu terus tinggalkan blog..wah dah jadi lah kuih talam keladi mu ini..cantik warnanya yatie...masih terasa kesedapan kuih ni..

    ReplyDelete
  20. Salam Yatie..
    cantik & kemas talam keladi

    ReplyDelete
  21. aslmkum yatie.. lama tak buat talam ni..prnh juga guna rspi ni.. sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum kak...
      slamat berujung minggu...
      saia dah buat talam keladi ni kak..
      tp apasal kiub2 keladi tu mengapung je kat atas.
      tak macam talam akak...menyebar gitu...cantik...

      Delete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. assalammualaikum...kak yatie nak tanya sya dah buat talam keladi ni sedap..tapi lapisan atas dan bawah tak melekatlah kak.sebelum saya masukkan lapisan atas saya dah cakar-cakarkan dengan garpu baru masukkan lapisan atas..harap akak dpt bantu saya..terima kacih..

    ReplyDelete
  24. Hi,

    I am going to try this kuih talam recipe this Tuesday. A teacher in my school brought it for tea break. It was yummy. So wish me luck.Will get back to you once done. Thank you friend.

    ReplyDelete
  25. best...nak buat keladi dah beli tinggal nak cari pewarna keladi atau boleh tak perisa air keladi

    ReplyDelete
  26. Salam,

    Nak tanya ni sudu besar tue besar mana...yang kita guna untuk makan ke yang kita guna untuk cedok nasik...

    ReplyDelete
  27. Saya buat talam keladi ni, keladinya terapung dkt ats. Kenapa ye?

    ReplyDelete
  28. Assalam akak minta izin amek resipi disini ye, tk.

    ReplyDelete
  29. Salam Yatie,

    Saya budak baru belajar..first time buat malam tadi. Nak tanya kenapa talam saya lembik ye, part mana rasanya yang saya buat salah. Resepi totally ikut resepi Yatie, mungkin cara buat tak betul kot. Ker sebab saya tutup dgn aluminium foil atas kuih talam tu yg jadi lembik.
    Terima kasih ye

    ReplyDelete